Pengakap Raja

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

SELAMAT DATANG

Sidang
Anugerah Pengakap Raja
Oleh:
Pengiran Khairul Fahmi

1. APA ITU PENGAKAP RAJA


Pengakap Raja ialah satu taraf yang tertinggi dalam semua
unit pengakap kerana seseorang itu memiliki keistimewaan
yang tiada dalam mana mana bahagian dalam pengakap.
Seseorang ahli pengakap yang ingin mencapai tahap tersebut
mestilah melalui berbagai bagai ujian dan cabaran.
Pengakap Raja juga diiktiraf sebagai seorang yang telah
matang ilmunya dalam dunia kepengakapan dan bersedia
berkhidmat kepada pengakap tak kira diperingkat kumpulan
hinggalah keperingkat antarabangsa, kepada masyarakat dan
juga kepada negara. Seseorang yang dikatakan Pengakap
Raja perlulah memiliki sifat yang disegani, berkepimpinan,
bertanggungjawap, disiplin yang baik serta sanggup
mengeluarkan ilmu pengakap untuk ahli pengakap yang lain.

2. LENCANA DAN SIJIL PENGAKAP RAJA


Anugerah Pengakap Raja adalah anugerah yang tertinggi
bagi ahli pengakap. Seorang Pengakap Remaja yang
berjaya menerima anugerah ini akan diberi Lencana Pengakap
Raja dan Sijil Pengakap Raja. Sijil Pengakap Raja pula
merupakan satu satunya sijil yang paling bernilai dalam
pengakap. Untuk mendapatkanya Pengakap dimestikan
menjalani berbagai ujian yang penuh dengan cabaran. Nilai
yang lebih istimewa bagi sijil ini ialah dengan limpah
kemurahan hati DYMM Seri Paduka Bahginda Yang Dipertuan
Agong dan DYMM Raja Raja dalam negara Malaysia
memperkenankan menandatangan sijil tersebut.

LENCANA PENGAKAP RAJA

SIJIL PENGAKAP RAJA

1. SEJARAH RINGKAS PENGAKAP RAJA


1.1. Anugerah Tertinggi dalam semua unit pengakap.
1.2. Diiktiraf seluruh pengakap di dunia
1.3. Diperkenalkan oleh BP setelah mendapat perkenan
dari Raja England iaitu King Edward Ke 6 dan dinama
King Scout Award pada tahun 1909
1.4. Apabila King George ke 5 menjadi Raja England pada
tahun 1910 masih dinamakan King Scout Award
adakalanya dikenali nama King George Scout Award
1.5. Nama anugerah tersebut digunakan pakai oleh semua
pengakap di negara negara dibawah Empayar British
termasuk Tanah Melayu (Malaysia) sekitar tahun 1911 1912
1.6. Sekitar tahun 1953 bertukar nama kepada Anugerah
Queen Scout apabila Queen Elizabeth Ke 2 menjadi Ratu
England

1.7. Selepas merdeka, ditukar kepada King Scout selepas


terpisah dari Pengakap Great Britain dan mendapat
perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong mengunakan
gelaran tersebut.
1.8. Pada tahun 70an pula sempena rombakan bahasa oleh
kerajaan Malaysia dimana istilah perkataan bahasa
Inggeris dalam bahasa Melayu diubah maka perkataan
King Scout bertukar menjadi Pengakap Raja sehingga
sekarang.

LENCANA PENGAKAP RAJA DAHULU DAN


SEKARANG
Queen/ King Scout ( Sebelum & selepas perang )

Queen/ King Scout (Sebelum & selepas merdeka )

Pengakap Raja (Edisi terawal tahun 70 an)

Pengakap Raja ( Edisi 1 Tahun 80 an )

Pengakap Raja ( Edisi 2 )

Pengakap Raja ( Edisi 3 )

Pengakap Raja ( Edisi 4 )

Pengakap Raja ( Edisi 5 Tahun 90 an )

Pengakap Raja ( Edisi 6 tahun 90 an & awal tahun 2000 an)

Pengakap Raja ( Edisi 7 Tahun 2005 hingg sekarang )

4. SKIM LATIHAN LENCANA KE PENGAKAP RAJA


Pemimpin Pengakap Remaja haruslah menjalankan ujian
diperingkat kumpulan atau mengarahkan Pengakap Remaja
tersebut mengikuti ujian di peringkat daerah/negeri bagi
menyiapkan diri dengan ilmu pelajaran pengakap dan haruslah
berjaya mencapai taraf kelulusan dalam skim latihan lencana
kemajuan PM/PR . Taraf taraf lencana yang diperlukan
adalah seperti dibawah:
3.1. Pengakap Muda Lulus Lencana Keahlian dan lencana
Usaha, Maju dan Jaya.
3.2. Pengakap Remaja Lulus lima lencana tertinggi dan
menerima anugerah Rambu Pengakap Remaja
3.3. Mengikuti serta lulus Ujian Sikap Pengakap Raja
(Pra Pengakap Raja).

Ujian Pentarafan
Pengakap
Raja

Ujian Sikap
Pengakap
Raja

Rambu Bushman Thong

5. TANGGUNGJAWAP PEMIMPIN PENGAKAP REMAJA


5.1. Memastikan Pengakap Remaja tersebut mendapat
latihan secukupnya.
5.2. Memastikan Pengakap Remaja tersebut memiliki sifat
yang terpuji dan boleh dijadikan model kepada
pengakap yang lain serta boleh memimpin.
5.3. Menyemak buku log, sijil, projek dan menandatangani.
5.4. Menandatangani borang PPM-PR jika didapati
Pengakap Remaja tersebut layak menduduki ujian.
5.5. Mengesyorkan kepada Pesuruhjaya Daerah
5.6. Memastikan keperluan ke Ujian Pengakap Raja
mencukupi.

6. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI UJIAN SIKAP


Sebelum ke Ujian Pentarafan Pengakap Raja, Pengakap
Remaja perlu menghadiri Ujian Sikap Pengakap Raja (USPR)
Dengan syarat dibawah:
6.1. Berumur tidak kurang dari 16 tahun dan tidak
melebihi 18 .
6.2. Calon mestilah berdaftar keahlinya ke Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia dan mempunyai kad
keahlian yang sah bagi tahun yang ingin diambil.
6.3. Lulus lencana Usaha, Maju dan Jaya serta 5 lencana
tertinggi dan Rambu Pengakap Remaja.
6.4. Memasuki pergerakan pengakap sekurang kurang 3
tahun berturut turut.
6.5. Memiliki dokumen ujian dan sijil sijil kelulusan yang
sah serta ditandatangani oleh Pemimpin dan
Pesuruhjaya Daerah.

6.7. Mempunyai buku log yang telah dikemaskinikan


6.8. Mempunyai pakaian seragam yang lengkap mengikut
peraturanya.
6.9. Berkelakuan baik dan berdisiplin yang diakui oleh
Pemimpin dan Pesuruhjaya Daerah.
6.10. Sihat tubuh badan.
6.11. Mendapat kebenaran dari ibu bapa/ penjaga.
6.12. Mendapat pengesahan Pengetua dan Pemimpin
Kumpulan.
6.13. Menyiapkan projek yang telah diberi dan dibuat sendiri.

7. MAKLUMAT PENTING
Pemimpin Pengakap Remaja perlulah memastikan calon
calon dikehendaki menyediakan dan membawa dokumen
dokumen yang diperlukan pendaftaran sebagai calon
Pengakap Raja
7.1. Borang PPM (PR) yang diisi dengan lengkap, 2 keping
gambar ukuran pasport berwarna berpakaian seragam
lengkap ada 5 lencana tertinggi dan Rambu Pengakap
Remaja mesti dipakai, Satu gambar dilekatkan pada
borang PPM(PR).
7.2. Semua salinan sijil sijil lencana kemajuan pengakap
Muda,Remaja dan Ujian Sikap Pengakap Raja.
7.3. Buku Log kemajuan yang telah disahkan.
7.4. Kad Pengenalan serta Surat Beranak difotostate dalam
kertas A4.

7.5. Pengesahan dari ibu/bapa atau penjaga serta surat


pengesahan dari Pengetua dan Pemimpin Kumpulan.
7.6. Surat akuan doktor yang mengatakan kesihatan calon.
7.7. Wang tunai bagi bayaran penyertaan dan pendaftaran
ke Ujian Pengakap Raja.
7.8. Kad keahlian pengakap difotostatekan depan dan
belakang untuk 3 tahun berturut turut.
7.9. Buku Log (Perlu dibawa semasa Ujian Sikap Pengakap
Raja)
7.10. Projek (Mengikut budibicara Lembaga Pentaraf)
7.11. Membawa sebatang tongkat setinggi 5 kaki dan jejari
bulat inci

Borang PPM PR
Untuk Pencalonan
Ujian Pengakap Raja

PEMERIKSAAN BUKU LOG

CONTOH PROJEK BOARD IKATAN DAN SIMPULAN

TONGKAT PENGAKAP SEMASA UJIAN

CONTOH CAMP STANDART DALAM UJIAN PENTARAFAN


PENGAKAP RAJA

sessi TAMAT
SELAMAT BERPENGAKAP

You might also like