KBSR KSSR Okt 2014

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 48

Pengertian kurikulum

Tafsiran spesifik: pelbagai aktiviti di


dalam dan luar bilik darjah
Tafsiran umum: proses aktiviti yang
dialami seseorang individu dari
peringkat kematangan mentah
kanak-kanak ke peringkat
kematangan orang dewasa.
Kurikulum dalam bilik darjah:
matapelajaran yang diajar dalam
bilik darjah
Kokurikulum
Kurikulum nyata: kurikulum
formal/rasmi
Kurikulum tersirat: kurikulum tidak
formal yang digunakan untuk
memupuk nilai, sikap, dan interaksi
sosial
Modern elementary curriculum
(Ragan, 1960):
Kurikulum merupakan semua
pengalaman yang sebenar dalam
hidup nyata. Bagaimanapun
pengalaman ini yang terkandung
dalam sesuatu kurikulum hendaklah
dipilih dengan teliti serta dirancang
dan diorganisasikan
Tawner & Tanner Curriculum
Development Theory into Practice
kurikulum mempunyai organisasi
pengalaman pembelajaran
pengalaman yang mempunyai nilai
praktik.
Kurikulum merangkumi pengalaman
kehidupan nyata dan tidak nyata
yang dipilih, diorganisasi dan disusun
oleh sarjana pendidikan dan pakar
kurikuum secara teliti dan
profesional, demi menjadikan
pelbagai jenis aktiviti pembelajaran
nyata dan tidak nyata seperti yang
dijalankan di dalam dan di luar bilik
darjah, dalam dan luar sekolah untuk
MODEL KURIKULUM
Berasaskan rancangan di peringkat
sekolah:
Kerr, J.K (1968)- semua pelajaran yang
dirancang dan dibimbing oleh sekolah samada
dilaksanakan secara individu atau kelompok,
baik di dalam mahupun di luar bilik darjah
Hirst (1975) satu program mengandungi
aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru
untuk membolehkan murid-murid mencapai
objektif yang ditentukan.
Berasaskan rancangan bidang
pendidikan:
Smith (1957) pengalaman yang
dirancangkan dan ditawarkan kepada
murid-murid dibawah bimbingan sekolah
Saylor dan Alexander (1974) rancangan
yang menyediakan semua peluang
pembelajaran dengan tujuan memperolehi
maklumat dan objektif pendidikan dibawah
bimbingan sekolah
Berasaskan bentuk dan objektif:
Tyler (1950)
- Matlamat pendidikan yang harus dicapai oleh negara atau
sekolah( Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh
sekolah?)
- Isi pelajaran dipilih untuk mencapai objektif yang ditentukan
(Bagaimanakah pengalaman pembelajaran dipilih untuk
mencapai objektif yang ditetapkan?)
- Metodologi digunakan untuk menyusun dan melaksanakan
pengalaman2 pembelajaran supaya mencapai objektif
(Bagaimanakah pengalaman pembelajaran disusun bagi
menjamin pengajaran berkesan?)
- Penilaian untuk mengukur keberkesanan pembelajaran
(Bagaimanakah keberkesanan pengalaman pembelajaran
dapat dinilai?)
Beauchamp (1968)
- Pernyataan tujuan2 pendidikan berasaskan
aspirasi masyarakat yang hendak dicapai
melalui sekolah
- Objektif2 dan organisasi isi kandungan untuk
setiap mata pelajaran
- Panduan penggunaan kurikulum untuk guru-guru
- Skema penilaian untuk menilai keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian
objektif dan matlamatnya
Bobitt How to make a curriculum
- Analisis mengenai aktiviti kehidupan
manusia
- Analisis mengenai objektif
pendidikan
- Analisis mengenai perkembangan
kanak-kanak
- Analisis mengenai penentan dan
penyusunan mata pelajaran
- Analisis mengenai peruntukan masu
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL OBJEKTIF (Tyler, Bobbit &
Taba)
MODEL PROSES (Stenhouse)
MODEL TREN TERKINI (Emergent
Curriculum)
MODEL TABA
Mencadangkan langkah2 tersusun dalam
perkembangan kurikulum:
- Langkah 1: Diagnosis keperluan-keperluan
- Langkah 2 : Pembinaan objektif-objektif
- Langkah 3: Pmilihan isi kandungan
- Langkah 4: Organisasi isi kandungan
- Langkah 5: Pemilihan pengalaman pembelajaran
- Langkah 6: Organisasi pengalaman pembelajaran
- Langkah 7: Penentuan apa yg hendak dinilai dan
cara-cara yang akan digunakan dlm penilaian
MODEL STENHOUSE
Aktivti yg membenarkan kanak2 membuat keputusan
bijaksana dan membolehkan mereka membuat refleksi
mengenai keputusan yg dibuat oleh mereka
Aktivti yg memerlukan pelajar memainkan peranan aktif dalam
situasi pembelajaran
Aktiviti yg membolehkan pelajar mencapai penyelesaian di
aras kebolehan yg berlainan
Aktivit yg memerlukan pelajar meneliti suatu idea dalam
situasi baru/mengaplikasi sesuatu proses intelek
Aktiviti yg melibatkan pelajar dan guru dlm penanggungan
risiko, bukanya risiko tentang hidup atau mati tetapi risiko
kejayaan atau kegagalan
Aktiviti yg melibatkan para pelajar dlm aplikasi dan
penguasaan peraturan2 bermakna, standard atau disiplin
Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah KBSR
vs
Kurikulum Standard Sekolah
Rendah KSSR
KBSR
Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah
Latar Belakang
1982 - Percubaan di 305 buah sekolah
seluruh Malaysia.
1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan
diganti dengan Kemahiran Hidup.
1988 - Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan
secara rasmi

Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Pendidikan diMalaysiaadalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segiintelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
Latar Belakang
1993 - Kurikulum Baru Sekolah
Rendah ditukar kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah.

1994 - Alam Dan Manusia digantikan


dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
Tujuan Pendidikan Sekolah
Rendah
1.Menguasai kemahiran asas.
2.Menguasai kemahiran berfikir.
3.Memperoleh ilmu pengetahuan.
4.Menghayati dan mengamalkan
nilai murni.
5.Membentuk sahsiah yang positif.
6.Membina kemahiran sosial.
Tujuan Pendidikan Sekolah Rendah
(sambungan)
7.Memeupuk semangat
kewarganegaraan.
8.Menanam rasa cinta akan alam
sekitar.
9.Memupuk serta meningkatkan
kreativiti dan bakat.
10. Menyedari tentang kepentingan
kesihatan dan kecergasan diri.
11.Menyedari tentang kepentingan sains
dan teknologi.
Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah ialah untuk
membolehkan murid:

1.Menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan.


2.Menguasai kemahiran asas bertutur, membaca dan
menulis.
3.Mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira
dan menggunakan-nya dalam menyelesaikan masalah harian.
4.Menguasai kemahiran belajar.
5.Bertutur, membaca, menulis dan memahami dalam bahasa
Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
6.Memperoleh ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha
menambahkannya.
7.Mengamalkan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan
nilai murni dan menjadikannya asas bagi amalan hidup.
8.Mempunyai daya kepimpinan dan keyakinan diri.
Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah ialah
untuk membolehkan murid:
(sambungan)
9.Mempunyai semangat patriotisme.
10. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta
kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
11. Mengembangkan bakat, kesenian dan kreativiti.
12. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
13. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-
aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan
kebuadayaan nasional.
14. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
15. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap
yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti.
16. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan
memahami pengertian ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran
bagi murid Islam.
Prinsip KBSR

1.Perkembangan menyeluruh.
2.Penguasaan kemahiran asas.
3.Pemupukan nilai-nilai murni.
4.Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
murid.
5.Prinsip mudah ubah.
6.Pendidikan umum untuk semua murid.
7.Pendidikan seumur hidup.
8.Bahasa merentas kurikulum.
9.Penilaian berterusan.
Penilaian berterusan.

Penekanan utama ialahKemahiran Asas


3Miaitumembaca, menulis dan mengira.
Aspek yang tekandung dalamkemahiran
asasialah 3M ialah kemahiranpertuturan,
pendengaran, pembacaan, penulisan serta
amalan dalam penggunaan empat operasi
matematik iaitu tambah, tolak, darab dan
bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan
secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran.
Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran
nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.
Konsep Bersepadu

Unsur pengetahuan, kemahiran


dan nilai digabungkan supaya
wujud kesepaduan dari segi
intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Ianya merangkumi aspek
teori dan amali serta nilai murni
bagi emlahirkan insan yang
seimbang. Pembelajaran di bilik
darjah diperkukuhkan melalui
kokurikulum.
Penekanan & Tumpuan
KBSR
a.Kemahiran asas 3M (Meliputi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan
menulis).
b.Kemahiran berfikir.
c.Nilai merentas kurikulum.
d.Bahasa merentas kurikulum.
e.Patriotisme merentas kurikulum.
f.Strategi P & P yang berpusatkan murid.
g.Penilaian berterusan.
h.Pemulihan dan pengayaan.
Strategi Pengajaran & Pembelajaran

Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.


Menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar
bilik adrjah.
Mengaitkan pengalaman murid dengan apa yang
diajar.
Menggunakan pelbagai media alam semula jadi,
bahan maujud, media cetak dan media
elektronik.
Menilai proses P&P seharian supaya tindak susul
dapat dijalankan.
HASRAT KSSR
Hasrat KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
berhasrat untuk melahirkan insan yang
seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi,
sains dan teknologi, perkembangan fizikal
dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan
dan kerohanian, sikap dan nilai
HASRAT KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira
cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE)
dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga
mengguna pakai empat tonggak pendidikan
UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui
(learning to know), belajar untuk bertindak
(learning to do), belajar untuk hidup bersama
(learning to live together) dan belajar untuk
membentuk peribadi (learning to be).
HASRAT KSSR
Murid yang mengikuti KSSR akan
mempunyai asas-asas berikut:
- Insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial
- Warganegara yang
bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh
berperanan di arena global (Global
Player)
HASRAT KSSR
PRINSIP KSSR

Prinsip KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
mengekalkan kesemua prinsip KBSR.
Prinsip ini dikekalkan kerana masih
sesuai dan relevan untuk melahirkan
insan yang seimbang dan holistik.
PRINSIP KSSR
BENTUK KURIKULUM
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR,
merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang
ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu,
kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada
pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan
penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu,
kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap
tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.
BENTUK KURIKULUM KSSR
FOKUS KSSR
KSSR memastikan selepas enam (6)
tahun persekolahan murid mencapai
standard pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang ditetapkan bagi setiap
tahap. KSSR memberi penekanan
kepada 4M iaitu kemahiran
membaca, menulis, mengira dan
menaakul. Kemahiran menaakul
adalah keupayaan membuat
pertimbangan dan penilaian dengan
FOKUS KSSR
FOKUS KSSR
Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran
menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan
untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid
menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga
diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti
dan inovasi, keusahawanan dan TMK.
Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan
dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai
kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih
kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan
perkembangan sahsiah.

ORGANISASI KURIKULUM
KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular
dengan mengelompokkan mata pelajaran
dalam kumpulan tertentu yang dikenali
sebagai modul. Mata pelajaran juga
diorganisasikan secara modular iaitu
kandungan mata pelajaran disediakan dalam
bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-
contained). Setiap modul mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.
Organisasi Tahap I

Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.
Organisasi Tahap II
Pada Tahap II, kurikulum
diorganisasikan secara modular
dalam Mata Pelajaran Teras dan Mata
Pelajaran Elektif. Kandungan mata
pelajaran disediakan dalam bentuk
modul. Komposisi KSSR Tahap 2
adalah seperti jadual di bawah.
ORGANISASI TAHAP II
Kurikulum Berasaskan Standard
KSSR digubal dalam bentuk
pernyataan standard. Pernyataan
standard terdiri daripada standard
kandungan dan standard
pembelajaran yang perlu dicapai
oleh murid dalam suatu tempoh dan
tahap persekolahan.
Standard Standard
Kandungan Pembelajaran
Penyataan spesifik Satu penetapan
tentang perkara yang kriteria atau petunjuk
murid patut ketahui
(indicator) kualiti
dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh
pembelajaran dan
persekolahan pencapaian yang
merangkumi aspek boleh diukur bagi
pengetahuan, setiap standard
kemahiran dan nilai. kandungan.
Elemen Merentas Kurikulum
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah
yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal
insan yang dihasratkan serta dapat menangani
cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen
merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti
Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam
Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.
Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti
sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti
pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen


merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan
insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia
ada dan baharu dalam pembangunan insan yang
seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.
PERBEZAAN KBSR vs KSSR

You might also like