20150323100326konsep Kurikulum PJ & SS
20150323100326konsep Kurikulum PJ & SS
20150323100326konsep Kurikulum PJ & SS
SAINS SUKAN
MINGGU 6
HASIL PEMBELAJARAN
• Mengulas definisi kurikulum dengan menyenaraikan
elemen-elemen yang terdapat dalam kandungan kurikulum.
• Menghubungkait kurikulum pendidikan kebangsaan dengan
kurikulum pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.
• Mengenal pasti jenis kurikulum dan peranan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan
pendidikan kesihatan.
• Membina kerangka konseptual struktur kurikulum
pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.
DEFINISI KURIKULUM
• Kurikulum atau "currere" adalah bahasa Latin
yang bermaksud laluan perlumbaan.
• Perkataan tersebut sinonim dengan institusi
pendidikan yang digambarkan sebagai pusat
yang mengendalikan segala aktiviti pengajaran
dan pembelajaran sebagai proses “laluan
perlumbaan” bagi seseorang pelajar untuk
mencapai kejayaan dalam bidang pelajarannya.
• Taba (1962) - mendefinisikan kurikulum sebagai
suatu perancangan untuk pembelajaran.
• Definisi tersebut merujuk kepada rangka atau
model yang melibatkan proses dan kaedah
pembelajaran individu.
• Proses-proses pembelajaran melibatkan elemen
seperti objektif, isi kandungan pelajaran, strategi
pengajaran dan pembelajaran serta penilaian
pembelajaran (Taylor, 1979).
• Neagley & Evans (1967) - kurikulum merujuk kepada
semua pengalaman pembelajaran yang dirancang dan
dilaksanakan pihak sekolah.
• Pengalaman tersebut adalah untuk membimbing pelajar
memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan
lebih awal berdasarkan kemampuan individu.
• Kurikulum dipersembahkan dalam keadaan yang mudah
dan selesa supaya pelajar dapat mencapai matlamat
dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam
rancangan pembelajaran.
• Saylor & Alexander (1974) - Kurikulum sebagai
rancangan yang menyediakan semua peluang
pembelajaran dengan tujuan memperoleh
maklumat dan objektif pendidikan di bawah
bimbingan sekolah.
• Peluang pembelajaran merupakan rancangan
pelbagai aktiviti pelajaran dan di jalankan di tempat
seperti dalam bilik darjah, makmal, bilik multimedia,
padang, bilik sumber dan di mana-mana tempat di
kawasan sekolah.
• Olivia (1997) - kurikulum ialah perkara-perkara yang
diajar di sekolah, satu set pelajaran, kandungan pelajaran,
satu program pengajian, satu set bahan, satu urutan
kursus, satu set objektif pencapaian, kursus pengajian,
semua perkara yang berlaku di sekolah termasuk kelas
tambahan, kauseling dan hubungan interpersonal,
perkara yang diajar di dalam dan di luar sekolah atas
arahan pihak sekolah, kesemua perkara yang dirancang
oleh kakitangan sekolah, beberapa siri pengalaman yang
dilalui oleh pelajar di sekolah dan pengalaman yang dilalui
oleh seseorang pelajar hasil daripada persekolahan.
Definisi oleh: Kurikulum mengandungi elemen
berikut:
Taba (1962)
Taylor (1979)
Saylor &
Alexander (1974)
Olivia (1997)
• Dengan menggunakan ayat sendiri, berikan
pengertian kurikulum anda.
APAKAH MAKSUD KURIKULUM
KEBANGSAAN?
APAKAH PERKAITANNYA
DENGAN KURIKULUM MATA
PELAJARAN PJ DAN SAINS
SUKAN?
“Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program
pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua aspek
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang pelajar dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan” (PPK, 2001).
• Kurikulum Kebangsaan digubal berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu
usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan.
Matlamat Kurikulum Kebangsaan:
• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan
bersatu padu
• Melahirkan insan yang beriman, berilmu,
berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera
• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk
keperluan negara
• Memberi peluang pendidikan kepada semua
warganegara Malaysia.
Misi Kurikulum Kebangsaan
• Manakala misi kurikulum tersebut adalah
untuk membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia.
Hubungakait Falsafah dan
Kurikulum
• Penyataan falsafah dan kurikulum adalah sebagai
pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap
perkara-perkara yang berkaitan dengan
pendidikan.
• Falsafah dan kurikulum menjadi dasar dan
pertimbangan asas untuk menentukan kandungan,
bahan-bahan pelajaran, strategi pengajaran dan
pembelajaran serta penilaian supaya dapat
diselaraskan dengan kurikulum mata pelajaran.
KURIKULUM PJ
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3/1979
bertarikh 2 Mei 1979
• Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran
yang diwajibkan untuk diajar di sekolah-
sekolah kerajaan.
• Waktu yang diperuntukan bagi pelajaran
Pendidikan Jasmani iaitu 60 waktu setahun x
40 minit.
• Tidak harus digunakan bagi mata pelajaran
lain.
Surat Pekeliling Ikhtisas bil
25/1998 bertarikh 18 November
1998
• juga telah memaklumkan bahawa mata
pelajaran Pendidikan Jasmani adalah mata
pelajaran teras sebagaimana diperuntukan
dalam Akta Pendidikan 1996.
Matlamat PJ
• memenuhi keperluan pertumbuhan dan
perkembangan individu bagi membentuk
masyarakat yang cergas, sejahtera dan
produktif (PPK, 2001).
• Matlamat tersebut bertujuan membantu
pelajar menjadi cergas melalui pembelajaran
aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Objektif PJ
• Mempertingkatkan dan mengekalkan
kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor;
• Menguasai kemahiran asas pergerakan dan
permainan mengikut kemampuan diri;
• Melakukan senaman dan aktiviti fizikal
sebagai rutin harian;
• Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan
keselamatan semasa menyertai pelbagai
kegiatan fizikal;
• Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
• Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
• Oleh itu, Pendidikan Jasmani perlu
dilaksanakan dalam konteks pendidikan yang
berkesan.
• Guru seharusnya menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani berlandaskan sukatan pelajaran.
• Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani adalah
dokumen rasmi yang diterbitkan Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk membantu guru
merancang, melaksana dan menilai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
• Kandungan sukatan pelajaran disusun
mengikut tiga tunjang pembelajaran iaitu
kecergasan, kemahiran dan kesukanan.
Kurikulum Pendidikan Kesihatan
Surat Pekeliling Ikhtisas bil
25/1998 bertarikh 18 November
1998
• Pendidikan Kesihatan adalah mata pelajaran
teras sebagaimana yang diperuntukan dalam
Akta Pendidikan 1996.
• Wajib diajar di sekolah-sekolah Malaysia.
• Waktu yang diperuntukan bagi pelajaran
Pendidikan Kesihatan adalah 24 waktu
setahun x 40 minit.
Matlamat PK
• Matlamat mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan bertujuan membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan,
memupuk sikap positif terhadap kesihatan,
dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Objektif PK
1. Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan
diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran;
2. Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan
menangani masalah dan isu berkaitan
dengan kesihatan;
3. Membentuk sikap yang positif terhadap
kesihatan berasaskan pengetahuan dan
pengalaman;
4. Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin
harian; dan
5. Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti
kehidupan masyarakat secara keseluruhan.
• Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Pendidikan Kesihatan digubal untuk melahirkan
murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
• Kurikulum Pendidikan Kesihatan berhasrat
mendukung cita-cita murni dan unggul serta
membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap
kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
• Skop dan kandungan mata pelajaran PK
terbahagi kepada tiga tunjang pembelajaran
iaitu Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup
Sihat, Kebersihan dan Keselamatan
Persekitaran.
• Tiga tunjang ini membantu dalam mencapai
matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan.
KURIKULUM SAINS SUKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1/2002
bertarikh 4 Januari 2002
• memaklumkan kepada semua sekolah
menengah berkaitan dengan pelaksanaan
mata pelajaran Sains Sukan
• berkuatkuasa mulai sesi persekolahan tahun
2002
• Sains Sukan adalah mata pelajaran elektif
kumpulan teknologi dan ditawarkan keapda
murid Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.
• Semua permohonan untuk menawarkan mata
pelajaran Sains Sukan hendaklah dikemukakan
kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan
mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan
Negeri;
• Peruntukan masa bagi mata pelajaran Sains
Sukan adalah 4 waktu seminggu
• Mata pelajaran Sains Sukan hendaklah diajar
oleh guru yang berkelulusan Ijazah Pendidikan
Jasmani atau yang setaraf dengannya;
• Sekolah boleh membuka kelas Sains Sukan
dengan bilangan murid sekurangkurangnya 15
orang; dan
• Sekolah perlu mempunyai peralatan yang
sesuai dengan kehendak kurikulum Sains Sukan.
• Sains Sukan telah ditawarkan sebagai mata
pelajaran peperiksaan peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia
(Rujuk Surat Siaran Lembaga Peperiksaan bil.
LP SPPP/16/6.44Jld.6(24) bertarikh 11
November 2000)
Matlamat Sains Sukan
• Sains Sukan bertujuan untuk melahirkan
murid yang menguasai pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman asas sains sukan
melalui amalan teori dan praktis dalam bidang
sukan serta memupuk dan meningkatkan
pengayaan nilai sebagai persediaan di bidang
kerjaya.
Objektif Sains Sukan
1. memperoleh pemahaman tentang fungsi tubuh
badan secara saintifik semasa melakukan
pergerakan;
2. menghayati perlakuan pergerakan fizikal
terhadap kehidupan dan kesihatan diri;
3. mengaplikasi prinsip latihan bagi meningkatkan
komponen kecergasan;
4. memahami proses fisiologi yang memberi kesan
terhadap pencapaian sukan;
5. memahami prinsip asas kecederaan sukan
dan aplikasinya dalam aktiviti fizikal; dan
6. merancang pemakanan yang sesuai
berdasarkan keperluan latihan dan
pertandingan.
• Tunjang 1 – Pengenalan Sains Sukan
• Tunjang 2 – Anatomi dan Fisiologi
• Tunjang 3 – Persediaan Fizikal
• Tunjang 4 – Lakuan Motor dan Biomekanik
Kurikulum adalah terjemahan daripada falsafah
pendidikan dan menjadi landasan dalam
pembentukan kurikulum mata pelajaran. Sebagai
guru dan pelajar, anda pasti boleh
menghubungkait kurikulum pendidikan
kebangsaan dengan kurikulum pendidikan
jasmani dan pendidikan kesihatan. Jelaskan dalam
bentuk grafik perkaitan tersebut dari aspek
matlamat dan objektif.
PERKAITANNYA….
• Konsep Kurikulum
– Dokumentasi khas dan panduan.
– Tumpuan kepada kaedah penyampaian.
– Program pengajian yang merujuk kpd mata pelajaran.
– Membentuk pengalaman pembelajaran terancang.
– Konsep yang tersirat.
• Matlamat dan Objektif Kurikulum
– Garis panduan dan penentu sempadan ilmu.
– Penyampaian maklumat ikut peringkat.
– Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa.
– Membina modal insan abad ke 21.
– Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S)
– Kurikulum yang sama dari aspek ideologi masyarakat
yang sekata dan bersatu.
– Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.
JENIS KURIKULUM
KURIKULUM FORMAL
• rancangan eksplisit dan operasional yang
menjelaskan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ke arah pencapaian matlamat
atau objektif pendidikan yang dihasratkan
(Ornstein,& Hunkins,1983).
• berupa satu set dokumen tentang objektif,
kandungan dan pengalaman belajar serta hasil
yang dijangkakan untuk dilaksanakan.
• Mohd. Saleh (1996) - kurikulum formal ialah
aktiviti pembelajaran yang nyata dan kemudian
dipraktikkan oleh murid-murid serta
bersesuaian dengan kehendak isi pelajaran
sebagaimana yang dicadangkan oleh sesebuah
sekolah.
• Kurikulum ini melibatkan segala bentuk aktiviti
sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik
darjah.
Beberapa orientasi dalam konsep
Kurikulum Formal
• Kurikulum Akademik
– Isi kandungan kurikulum ini adalah berdasarkan isi
kandungan daripada perkara yang susah kepada
yang senang dan daripada gambaran yang umum
kepada gambaran khusus.
– Mata pelajaran seperti Sains, Geografi, Sejarah,
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris termasuk
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang diajarkan
adalah berdasarkan keperluan atau kehendak
kurikulum sesebuah organisasi pendidikan.
• Kurikulum Humanistik
– Kurikulum ini melibatkan kesedaran yang diperoleh
daripada apa yang dipelajari oleh murid daripada mana-
mana mata pelajaran.
– Mereka pasti akan merasa sesuatu yang bermakna dan
berharga kerana mereka akan dapat mencampurkan
emosi, intelek dan perlakuan dalam dirinya.
– Kurikulum berorientasi ini tidak tersusun, tetapi di
dalamnya terdapat kesedaran agama, moral dan rohani
kepada murid-murid yang sedia menghayatinya.
• Kurikulum Teknologi
– Kurikulum ini berasaskan kepada aliran sains,
teknikal dan juga vokasional.
– Mata pelajaran yang dipelajari meliputi pelbagai
perkara dan ada yang merupakan teras atau yang
wajib.
– Untuk memasuki aliran ini, sekolah atau pusat-pusat
pengajian perlu menyediakan keperluan fizikal yang
cukup bagi menarik minat murid mempelajarinya.
– Masa yang diperuntukkan hendaklah mencukupi
dan murid-murid perlu didedahkan kepada latihan
dan praktikal bagi memudahkan proses
pembelajaran.
• Kurikulum Berbidang Luas
– Kurikulum ini mengkategorikan kumpulan mata
pelajaran yang mempunyai banyak persamaan.
– Misalnya, mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil
mengandungi bacaan, lisan serta kefahaman
diletakkan dalam kumpulan atau bidang bahasa
manakala sains dan geografi termasuk Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan diletakkan dalam bidang
sains sosial.
• Kurikulum Pengembangan Kognitif
– Kurikulum orientasi ini cuba menghubungkaitkan
unsur-unsur yang terdapat dalam mata pelajaran
atau pengalaman yang diterima agar murid dapat
memanfaatkan dirinya dan juga orang lain.
– Murid bukan sahaja diajar menghafal dan lulus
dalam peperiksaan tetapi mereka juga boleh
berfikir, menyelesaikan masalah dan boleh
membuat keputusan yang munasabah.
• Kurikulum Pembangunan Masyarakat
– Kurikulum ini mempunyai kaitan dengan sosio
budaya persekitarannya.
– Institusi pendidikan bukan sahaja dianggap
sebagai tempat memberi pelajaran tetapi juga
sebagai pusat yang boleh memberi sumbangan
kepada masyarakat.
– Sebagai contoh, mata pelajaran Geografi, Ekonomi,
Kajian Tempatan dan juga kerja-kerja projek serta
aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di luar
sekolah secara tidak langsung boleh mendekatkan
murid-murid dengan kehidupan masyarakat.
Apakah kandungan kurikulum
formal yang terdapat dalam
sukatan pelajaran pj, pk dan
sains sukan?
• Sebagai guru dan pelajar, anda harus berupaya untuk
mengenal pasti aspek-aspek yang terkandung dalam
jenis kurikulum formal.
• Berikan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam PJ dan Sains Sukan berkaitan kurikulum
formal.
• Nyatakan peranan anda sebagai guru dalam
melaksanakan kurikulum formal ini
KURIKULUM TERSEMBUNYI
• aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak
dirancang atau boleh disebut sebagai kurikulum ”tak
rasmi” atau ”terlindung” atau ”tak formal” atau
”tersirat”.
• berlaku diluar konteks pengajaran rasmi dan murid
belajar secara implisit dari peraturan yang tidak bertulis
seperti adat resam, nilai budaya dan kerohanian.
• Perkara ini dibentuk oleh faktor-faktor seperti status
sosio ekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan
murid.
• Kurikulum jenis ini tidak dibuat atau dirancang secara
formal, tetapi berlaku tanpa disedari oleh guru dan
murid.
• Kurikulum ini dapat dihayati oleh murid melalui
peraturan yang diinginkan untuk kebaikan bersama
seperti perbarisan sebelum memasuki bilik darjah,
perhimpunan mingguan, jadual harian pembersihan
bilik darjah, peraturan waktu makan di kantin,
disiplin semasa di bilik darjah, peraturan di
perpustakaan dan lain-lain lagi.
• Pengalaman yang diterima itu sebenarnya
boleh memberi panduan kepada masa
hadapan murid-murid apabila mereka tamat
belajar persekolahannya.
• Implikasi kurikulum tersembunyi ini lebih
kepada kesedaran, keinsafan dan peraturan
yang perlu dipatuhi murid.
• Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan, kurikulum tersembunyi
berlaku apabila pihak sekolah atau guru
mengambil tindakan pelaksanaan terhadap
surat-surat pekeliling.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000
Panduan keselamatan diri pelajar semasa
pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan
serta kegiatan kokurikulum dan sukan di
dalam dan di luar kawasan sekolah. Berikut
adalah petikan penyataan surat pada Para 2.
Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan, untuk
memastikan keselamatan diri pelajar terjamin semasa
berada di sekolah.
Oleh itu langkah-langkah. keselamatan perlu diwujud dan
diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang
kemungkinan berlakunya kemalangan di kalangan murid
ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktiviti-
aktiviti pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan
kokurikulum atau sukan”.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983 dan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985 berkaitan
pakaian seragam murid.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1996 adalah
mengenai penampilan diri pelajar, kekemasan
dan kerapian berpakaian.
– Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan (Sekolah
Rendah dan Menengah).
– Ketika bermain dan bersukan atau menjalani
aktiviti pendidikan jasmani, murid-murid
perempuan, terutamanya di Sekolah-Sekolah
Menengah, adalah digalakkan tanpa paksaan
memakai seluar panjang yang sesuai dan baju
berlengan jika dikehendaki oleh mereka atau ibu
bapa / penjaga mereka.
– Dalam hal ini, sekolah-sekolah bolehlah
menetapkan sendiri warna yang sesuai bagi seluar
panjang dan baju berlengan” (Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 3/1983).
– Kasut - Kasut bagi murid-murid sekolah rendah
dan menengah adalah kasut berwarna putih yang
diperbuat daripada 'canvas' atau dari bahan
sintetik lainnya seperti nylon dan polyester yang
mempunyai daya resap dan penyaluran gerak
udara.
– Sekiranya memakai stoking, stoking hendaklah
berwama putih” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
8/1985).
– Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian
Berpakaian - Meminta semua sekolah mengambil
langkah-langkah dan tindakan yang wajar,
konsisten dan tegas bagi mempastikan amalan-
amalan ke arah pembinaan sahsiah dan
penampilan diri yang baik di kawasan para
pelajar” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1996).
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998: Menjaga
kesihatan pelajar di sekolah. Berikut adalah petikan
penyataan surat pada Para 3.
– Surat Pekeliling lkhtisas ini bertujuan mengingatkan
supaya proaktif dan prihatin terhadap aspek-aspek
kesihatan pelajar, khususnya yang ada kaitan dengan
perkembangan kesihatan rohani, emosi dan sosial mereka.
– Perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu
berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara perlu sentiasa
dihayati”.
• Sebagai guru dan pelajar, anda harus berupaya untuk
mengenal pasti aspek-aspek yang terkandung dalam
jenis kurikulum tersembunyi.
• Berikan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam PJ dan Sains Sukan berkaitan kurikulum
tersembunyi.
• Nyatakan peranan anda sebagai guru dalam
melaksanakan kurikulum tersembunyi ini.
Tanggungjawab guru pendidikan jasmani dan
kesihatan, guru sukan dan guru kokurikulum terhadap
keselamatan pelajar adalah:
• Merancang aktiviti dengan teliti dengan mengambil
kira ruang dan alatan yang hendak digunakan itu
selamat.
• Mempunyai pengetahuan tentang prosedur
kecemasan dan memastikan alat bantu mula yang
secukupnya bila berlaku sesuatu insiden.
• Mengadakan pelan kontijensi jika berlaku kecemasan
dan kemalangan.
• Sentiasa memberi peringatan secara lisan dan bertulis
mengenai aspek-aspek keselamatan pelajar.
Tindakan-tindakan yang perlu digerakkan dengan
segera bagi menjaga kesihatan pelajar di sekolah
adalah: