Isu-Isu Gaya Hidup SihaT
Isu-Isu Gaya Hidup SihaT
Isu-Isu Gaya Hidup SihaT
- penyalahgunaan bahan
- kesihatan diri
- ksihatan reproduktif
NAMA: M.TENALAGI
PENSYARAH: PN.ROHAYA
Penyalahgunaan Bahan
Menghisap Minum
Dadah
rokok Arak
Dadah
Wujud dalam bentuk pil, serbuk dan bahan mentah.
Jenis-jenis dadah adalah heroin, kokain, candu, ganja dan pil khayal
Mengubah cara berfikir, perasaan dan perlakuan seseorang serta mengakibatkan kematian.
Kesan pengambilan dadah merujuk kepada 4 sudut iaitu pada diri penangih sendiri, keluarga ,
masyarakat dan Negara.
Menghisap Rokok
Merokok penyebab utama gangguan kesihatan serta kematian
Statistik telah menunjukkan bahawa bilangan kematian yang berpunca daripada barah paru-
paru dianggarkan sebanyak 14733 orang bagi tempoh antara tahun 1995 hingga tahun 2000.
Mengalami penyakit seperti pulmonary kronik ( COPD ) yang boleh menyebabkan pesakit sukar
bernafas, batuk berkahak dan memberi kesan pada jantung.
Orang yang tidak merokok juga diserang penyakit apabila terhidu asap tembakau rokok yang
dihembus keluar oleh perokok.
Bahan kimia yang terkandung dalam
sebatang rokok
Minum Arak
Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan
Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi
jumlah yang diminum pada satu-satu masa.
Kesan yang sangat jelas dan cepat adalah hilang kewarasan berfikir .
Selain itu peminum arak yang mabuk yang membawa kenderaan boleh mengakibatkan
kemalanagan di jalanraya.
Kesihatan Diri -- Obesiti
Obesiti merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini dan di
seluruh dunia.
Masalah tersebut bukan saja menggambarkan amalan pemakanan seseorang yang tidak betul,
bahkan lebih buruk ia kerap diiringi dengan pelbagai penyakit termasuk jantung dan darah tinggi.
wanita mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal
berbanding dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil.
wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan
jantung ataupun kanser
Menurut para penyelidik, obesiti ditentukan menerusi indeks berat badan (BMI) yang
mengukur kesesuaian antara ketinggian seseorang dengan berat badan mereka.
BMI antara 18.5 dikategorikan berat badan yang ideal dan sihat, manakala BMI 30 hingga 39.9
adalah obes.
Saiz ukur lilit pinggang wanita yang lebar adalah tanda pengumpulan lemak berlebihan pada
bahagian depan perut, istilah ini dipanggil abdominal obesity.
Saiz had pinggang yang sihat ialah 35 inci bagi wanita dan lelaki 40 inci.
Statistik menunjukkan kadar obesiti mengikut
kaum di Malaysia
Kesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental serta sosial dan bukan hanya
ketiadaan penyakit berkaitan dengan proses, fungsi dan sistem reproduktif.
Ia merangkumi keupayaan untuk menjalin kehidupan seksual yang memuaskan dan selamat
serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab.
Apa Itu Kesihatan Seksual?
Kesihatan seksual adalah komponen penting dalam kesihatan reproduktif.
Ia merupakan keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab
dan selamat sama ada kehamilan diingini atau tidak.
Sekiranya kehamilan diingini, pasangan perlu bersedia untuk memikul segala tanggungjawab
yang berkaitan dengannya.
Kenapa Kesihatan Reproduktif Penting
Bagi Kesejahteraan Keluarga?
Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduktif dalam masyarakat.
Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilakan anak-anak yang mempunyai
status kesihatan reproduktif yang lebih baik.
Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan reproduktif yang khusus dan sekiranya difahami ia
akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga
Peranan Dan Tanggungjawab Ahli Keluarga
Peranan Suami Isteri
Kebahagiaan perkahwinan dan perhubungan antara suami isteri adalah berasaskan kepada
sikap jujur, romantis dan kesediaan bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Nyatakan perasaan dan kemahuan secara jujur dan terbuka khususnya dalam perhubungan
seksual.
Setiap pasangan harus berbincang dan merancang bilangan, masa dan jarak kehamilan
berdasarkan kemampuan mereka.
Menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi muda.
Dapatkan bantuan professional sekiranya perlu.
Isu-isu berkaitan dengan kesihtan
reproduktif
Seks selamat
-Perhubungan seks hanya dalam konteks perkahwinan.
-Menggunakan kaedah perancangan keluarga jika belum bersedia untuk kehamilan.
-Mendapat rawatan awal dan lengkap juka ada jangkitan kelamin.
-Elakkan hubugan seks berisiko.
Tingkahlaku seks berisiko:
1. Pada usia yang awal
2. Dengan berbilang pasangan
3. Hubungan seks rambang (casual sex)
4. Memperdagangkan seks
5. Seks luar nikah.
Jangkitan Kelamin
1. Menyebabkan kerosokkan kepada sistem Peranakan dan seterusnya menyebabkan
kemandulan.
2. Penyakit AIDS daripakan jangkitan HIV.
3. Kesan kepada janin.
4. Kematian dalam kandungan
5. Kelahiran tidak cukup bulan.
Penderaan seks
1. Perhubungan seks tanpa persetujuan
2. Hubungan seks dengan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun
3. Keganasan
4. Peistiwa yang traumatik dan memberi kesan mendalam kepada mangsa dan keluarga.
Soalan :
1. Apakah kesan penyalahgunaan dadah dalam bidang sukan?
2. Bincangkan cara mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan remaja pada masa kini.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan reproduktif?
Sekian, Terima Kasih.