Kod Etika Perguruan KPM

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Kod Etika Perguruan

Kementerian Pelajaran
Malaysia
Tatasusila Kod Etika Profesion Guru
Malaysia
Tanggungjawab terhadap Pelajar

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara

Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion


Tanggungjawab terhadap
Pelajar
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan
pelajar kami daripada hal-hal lain

Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa


mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik,
ekonomi, sosial, keturunan atau agama

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai


pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam
darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di
bilik darjah tanpa sebarang bayaran

Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan


tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik
kepada pelajar

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas


melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar
supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-
tingginya
Tanggungjawab terhadap
Ibu Bapa
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap
anak-anak mereka

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama


yang erat di antara institut pendidikan dengan rumah tangga

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu


bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak
mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang
diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi


oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau


melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga
mereka
Tanggungjawab terhadap
Masyarakat dan Negara
Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran
yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,
negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang


boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan
berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama
Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan
memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian
dalam sebarang kegiatan masyarakat

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru


dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat

Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan


moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat

Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima


oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan
baik
Tanggungjawab terhadap
Rakan Sejawat dan Profesion
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan
atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik
seseorang guru di hadapan pelajar

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh


menjejaskan kecekapan kami sebagai guru atau ibu
bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan
maruah seseorang guru
Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan
tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-
sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas
dan sosial

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami


terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan

Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan


nama baik profesion keguruan

Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru


Guru yang dimaksudkan dalam
konteks tatasusila ini ialah orang yang
menyebarkan ilmu pengetahuan di
sesebuah institusi peringkat rendah,
menengh dan tinggi, termasuk guru
terlatih yang bertugas dalam
pentadbiran, organisasi dan
penyeliaan pendidikan
(KPM)

You might also like