Bab 1 Edup3063
Bab 1 Edup3063
Bab 1 Edup3063
HASIL PEMBELAJARAN:
1-Menjelaskan konsep asas pengujian ,
pengukuran, penilaian dan pentaksiran dalam
pendidikan.
2-Membezakan pengujian, pengukuran,
penilaian dan pentaksiran
3- Membincangkan peranan dan tujuan
pentaksiran dalam pendidikan
4- Membezakan pentaksiran tentang
pembelajaran , pentaksiran untuk pembelajaran
dan pentaksiran sebagai pembelajaran.
Konsep Asas
- Pengujian
-Pengukuran
- Penilaian
- Pentaksiran
- Pentaksiran tentang pembelajaran
- Pentaksiran untuk pembelajaran
- Pentaksiran sebagai pembelajaran
- Keputusan Instruksional
- Keputusan Bimbingan
- Keputusan Pentadbiran
- Keputusan Penyelidikan
- Motivator Pembelajaran
Pengujian merupakan cara yang sistematik
untuk mengukur perubahan tingkah laku
seseorang murid dalam pembelajarannya.
Mengikut Airasian ( 2005) , ujian merujuk satu
prosedur formal yang sistematik untuk
mengumpulkan maklumat mengenai prestasi
murid.
Miller, Linn & Gronlund ( 2009) pula
mendefinisikan ujian sebagai satu instrumen
atau prosedur yang sistematik untuk mengukur
sampel tingkah laku dengan mengemukakan
satu set soalan secara formal.
Menurut mereka, ujian akan menjawab soalan ‘
betapa baik pencapaian seseorang individu
sama ada secara perbandingan dengan yang lain
atau dengan satu domain tugasan pencapaian’ .
Sebenarnya ujian merupakan prosedur objektif
dan sistematik untuk mengukur satu sampel
tingkah laku seperti kemahiran murid dari segi
lisan, bertulis dan saintifik atau matematik,
pencapaian keselruhan dan prestasi murid.
Cara melaksanakannya , termasuk beberapa
jenis ujian seperti ujian pensel dan kertas, ujian
lisan, portfolio dan ujian prestasi.
Dalam pengujian , maklumat yang sah amat
penting. Guru yang menggunakan ujian perlu
menentukan jenis maklumat yang dikehendaki
dan ujian mesti digubal untuk memperoleh
maklumat yang diperlukan .
Maka, guru harus jelas dengan tujuan pengujian
di dalam bilik darjah serta memastikan ujian
yang digunakan memenuhi tujuan yang diingini
Pengukuran merupakan satu proses
menetapkan nombor kepada individu mengikut
peraturan yang spesifik .
Dalam konteks pendidikan, Airasian (2005)
menghuraikan pengukuran sebagai proses
memberi nombor kepada pencapaian.
Menurut Miller, Linn & Gronlund (2009) ,
pengukuran menjawab soalan “ Berapa
banyakkah?’. Maka secara umumnya
pengukuran ialah cara-cara objektif dan
sistematik untuk memperoleh maklumat yang
sah mengenai ciri-ciri dan tingkah laku murid.
Dalam pengukuran di dalam bilik darjah,
terdapat beberapa kaedah untuk
memperoleh maklumat murid dan tinjauan
literatur mendapati bahawa ujian kertas dan
pensel, ujian lisan, ujian prestasi , soal selidik,
temubual, pemerhatian, skala kadar, latihan,
lembaran kerja dan penyoalan merupakan
alat pengukuran yang digunakan di dalam
bilik darjah untuk mengukur prestasi murid.
Mengikut Kizlik (2015) , penilaian merujuk
proses yang direka bentuk untuk mendapatkan
maklumat supaya dapat membantu kita
membuat satu penghakiman mengenai satu
situasi.
Apabila maklumat dikumpulkan melalui cara-
cara pengumpulan seperti ujian kertas dan
pensel, latihan bertulis atau ujian lisan, guru
akan menggunakan data untuk pelbagai tujuan
seperti membuat keputusan terhadap murid,
serta proses pengajaran dan pembelajaran.
Proses ini merupakan proses pengumpulan
dan intrepretasi maklumat mengenai
kurikulum dalam aspek seperti murid, guru,
strategi pengajaran dan pembelajaran serta
bahan pengajaran.
Hal ini melibatkan penghakiman dan
keputusan yang dibuat tentang kualiti
terhadap sesuatu aspek sama ada
pencapaian murid, pengajaran guru atau
aktiviti pengajaran.
Dalam penilaian bilik darjah, maklumat
dikumpulkan sebelum penilaian boleh
dilaksanakan.
Pentaksiran merupakan bahagian utama dalam
proses pengajaran pembelajaran dan istilah ini
menggambarkan proses berterusan yang
merangkumi pengumpulan, pengintrepretasian,
perekodan dan pelaporan maklumat mengenai
prestasi murid supaya dapat membantu guru
membuat keputusan.
Maka, pentaksiran merujuk istilah umum yang
merangkumi pelbagai prosedur untuk memperoleh
maklumat tentang pembelajaran murid dan
membentuk penghakiman nilai mengenai kemajuan
pembelajaran ( Miller, Linn & Gronlund, 2009)
Kesimpulannya pentaksiran dianggap
sebagai alat, teknik, prosedur dan semua
aktiviti yang diambil oleh guru dan murid
untuk memperoleh maklumat melalui cara
formal dan tidak formal. Menurut Arends (
2004), maklumat yang dikumpulkan akan
menyediakan maklum balas untuk
membantu menambah baik aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan diri mereka.