Modul 7
Modul 7
Modul 7
PENGAJIAN PERNIAGAAN
KOPERASI NELAYAN
PULAU INDAH
a ) Jelaskan kelebihan dan kelemahan Koperasi Nelayan Pulau
Indah.
• Kelebihan dan kelemahan Koperasi Nelayan Pulau Indah
ialah :
Kelebihan.
1- Mementingkan kebajikan ahli koperasi.
- Koperasi Nelayan Pulau Indah mula mengorak langkah dengan
membuka sebuah kedai runcit koperasi yang menjual barang
keperluan harian seperti gula, kopi, beras dan sebagainya pada harga
yang berpatutan selain menyediakan perkhidmatan jualan secara
kredit untuk ahli-ahli yang layak.
2- Mendapat sokongan penuh kerajaan yang membuka banyak
peluang kepada koperasi untuk berkembang.
- Koperasi Nelayan Pulau Indah telah berjaya mendapat pinjaman
modal daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan untuk membeli bot dan enjin dan pukat secara
pukal yang kemudiannya dijual kepada ahli koperasi. Kesannya ahli
koperasi dapat memiliki peralatan penangkapan ikan yang lebih dan
seterusnya membantu mereka menikmati hasil penangkapan yang
lebih banyak.
3- Mengeratkan hubungan antara ahli koperasi.
Aktiviti lain yang dijalankan oleh Koperasi Nelayan Pulau Indah
ialah mengadakan gotong royong membersihkan kampung nelayan
dan pelbagai aktiviti riadah untuk mengeratkan hubungan antara ahli.
Kelemahan.
1- Pengurusan koperasi yang lemah akibat kekurangan kemahiran
pengurusan.
Pada peringkat awal penubuhan Koperasi Nelayan Pulau Indah,
lembaga pengarahnya terdiri daripada penduduk asal Kampung Pulau
Indah yang tidak mempunyai pendidikan formal yang tinggi. Keadaan
ini menyebabkan perkembangan koperasi pada masa itu sangat
perlahan.
2- Kekurangan penglibatan dalam kalangan ahli koperasi.
Peraturan yang mewajibkan setiap nelayan menjadi ahli
menyebabkan ahli koperasi tidak begitu menghiraukan perkembangan
koperasi.