Kata Pemeri
Kata Pemeri
Kata Pemeri
TAHUN 3
ialah adalah
Hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi
Hadir di hadapan frasa nama
nama
Menunjukkan persamaan Menunjukkan huraian atau keterangan
Contoh : Contoh:
Guru kelas saya ialah Puan Masni. Hadiah hari lahir itu adalah daripada
ayah.
KATA PEMERI
Frasa nama ialah frasa yang mengandungi kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama(rujuk
buku teks BM muka surat 6 dan 11).
Contoh : Cikgu Hassan, pemandu teksi, Sang Kancil, harimau bintang, pinggan mangkuk, saya, awak,
masa, waktu petang dan sebagainya.
Frasa adjektif ialah frasa yang mengandungi kata adjektif (rujuk buku teks BM muka surat 25, 26
dan 31).
Contoh : cantik, rajin, sungguh merdu, baik, amat tinggi, warna merah dan sebagainya.
Frasa sendi nama ialah frasa yang mengandungi kata sendi nama (rujuk buku teks BM muka surat 36).
Contoh : di, ke, dari, daripada, untuk dan lain-lain lagi
Kata Pemeri - ialah
Contoh ayat:
Rumah yang besar itu ialah rumah Mariam.
Puan Norehan ialah guru kelas 3 Cendekiawan.
Agama rasmi Malaysia ialah agama Islam.
Kata Pemeri - adalah
Contoh ayat:
Hadiah yang dibeli itu adalah untuk ibu.