Penglibatan Malaysia Dalam Komanwel Slps Mencapai Kemerdekaan
Penglibatan Malaysia Dalam Komanwel Slps Mencapai Kemerdekaan
Penglibatan Malaysia Dalam Komanwel Slps Mencapai Kemerdekaan
dalam komanwel
selepas mencapai
kemerdekaan
Pendahuluan
● Komanwel merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan secara
sukarela bagi bekas Tanah Jajahan British yang ditubuhkan pada
tahun 1931
● Matlamat penubuhannya adalah untuk membentuk persahabatan
dalam kalangan negara anggota di samping saling bekerjasama dalam
semua bidang.
● Pertubuhan ini diketuai oleh Ratu England dan tidak mempunyai
perlembagaan atau peraturan yg tertentu
● Malaysia menjadi anggota Komanwel setelah mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957
● Penglibatan Malaysia dalam Komanwel dapat dilihat dalam aspek
politik,ekonomi dan social.
Isi 1 : Perjanjian Pertahanan Anglo Malaya (AMDA)
● Perjanjian ini telah ditandatangani pada tahun 1957 yang memberi jaminan
keselamatan kepada negara
● Melalui Perjanjian ini, Britain, Australia dan New Zealand menjanjikan akan
memberi bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak
● Semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia, tentera Komanwel telah
mengawasi perairan Sabah dan Sarawak
● Malaysia juga pernah dibantu Ketika menghadapi ancaman komunis
● Malaysia perlu mendapatkan bantuan dari segi ketenteraan pada awal
kemerdekaan kerana pada Ketika itu negara hanya mempunyai satu pasukan
Rejimen Melayu Diraja dan tidak mempunyai Angkatan tentera laut dan
udara.
● Jelaslah, perjanjian ini memberi kan jaminanan keselamatan kepada negara.
Isi 2 : Penglibatan dalam bidang ekonomi
● Pada awal kemerdekaan, negara sangat bergantung kepada British
dari segi ekonomi kerana Britain mengimport dua komoditi utama
iaitu biji timah dan getah
● Pelabur Britain masih menguasai peritus yang besar dalam ekonomi
Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian
● Dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel
dikenakan cukai yang rendah.
● Malaysia pernah pernah menggesa agar bantuan teknikal diberi
kepada negara yang sedang membangun semasa pemerintahan Tun
Hussein Onn dalam Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel
(CHOGM) pada tahun 1978
Isi 2 : Penglibatan dalam bidang ekonomi
● Semasa Pemerintahan Tun Dr Mahathir beliau meminta agar
kepentingan negara yang sedang membangun diberi perhatian dan
tidak ditindas oleh negara maju
Isi 3 : Menentang dasar Apartheid
● Dasar Apartheid merupakan satu dasar yang memisahkan penduduk
kaum kulit putih dari kaum kulit hitam di Afrika. Kaum kulit hitam
dianggap lebih rendah dan diberi layanan buruk.
● Melalui Komanwel, Malaysia jelas menentang dasar ini yang
bertentangan dengan hak asasi manusia. Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama diberi kebebasan sepenuhnya
untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing.
● Malaysia melahirkan rasa tidak puas terhadap dasar ini semasa
pemerintahan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1960 dan mendesak
Afrika Selatan dikeluarkan dari Komanwel.
Isi 3 : Menentang dasar Apartheid
● Semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir, beliau telah mencadangkan
agar sekatan ekonomi dikenakan ke atas Afrika Selatan . Perkara ini
turut disuarakan semasa Persidangan CHOGM di Kuala Lumpur.
● Kesungguhan Malaysia dan negara-negara lain dalam Komanwel
dalam menyuarakan hak rakyat berkulit hitam di Afrika akhirnya
menyebabkan dasar ini dihapuskan
● Jelaslah , bantahan Malaysia dan negara- negara lain telah
menyebabkan dasar ini dihapuskan dan Afrika Selatan di singkirkan
daripada pertubuhan komanwel.
Isi 4 : Penglibatan dalam CHOGM
● Pada tahun 1989, pertama kali Malaysia telah dipilih menjadi tuan
rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM)
● Malaysia telah mengutarakan isu-isu berkaitan alam sekitar dan
pencemaran
● Deklarasi Langkawi telah dimeterai yang mendorong semua negara
anggota memberi perhatian kepada isu alam sekitar Ketika negara
anggota sibuk membangunkan ekonomi negara masing-masing
● Selain itu, ia turut membincangkan isu berkaitan perlucutan senjata,
hak kemanusiaan dan keganasan yang berlaku di beberapa negara.
● Jelaslah, penglibatan Malaysia dalam CHOGM telah memberi
peluang kepada Malaysia untuk mengutaraan isu-isu bekaitan alam
sekitar dan pencemaran.
Isi 5 : Rancangan Colombo
● Pada awal penubuhan Rancangan Colombo bertujuan untuk memberi
bantuan dari negara maju kepada negara membangun dalam bentuk
modal, teknologi serta kemahiran.
● Antara bantuan adalah seperti infrastruktur seperti jalan raya, kereta
api, empangan, hospital, baja tmbuhan , kilang dan university.
● Malaysia turut mendapat manfaat melalui rancangan ini seperti
bantuan kepakaran , teknikal dan biasiswa dalam bidang Pendidikan.
● Pelajar Malaysia mendapat biasiswa melanjutkan pelajaranke Britain,
Australia dan New Zealand. Selain itu, Malaysia mendapat bantuan
bagi pembinaan Lebuh Raya Timur Barat serta pembinaan jalan raya
dan jambatan di Sabah dan Sarawak
Isi 6 : Sukan Komanwel
● Malaysia juga turut terlibat dalam acara sukan yang melibatkan
negara yang diadakan setiap empat tahun sekali.
● Malaysia pernah menjadi penganjur Sukan Komanwel pada tahun
1998. Sukan tersebut telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil
yang merupakan stadium utama dan dijadikan tempat bagi acara
pembukaan dan penutupan ramai
Kesimpulan
Kesimpulannya , Malaysia telah melibatkan diri dengan aktif dalam
Komanwel. Banyak faedah yang diperoleh melalui penyertaannya dan
Malaysia turut memberi berbagai sumbangan di dalam pertubuhan ini.