Skema Peperiksaan Percubaan Sem 2 2022
Skema Peperiksaan Percubaan Sem 2 2022
Skema Peperiksaan Percubaan Sem 2 2022
1. Bincangkan peranan Khalifah Abu Bakar dalam menjamin keselamatan negara sepanjang
pemerintahnnya.
Pengenalan
Abu Bakar atau nama sebenarnya Abdullah bin Abi Qahafah merupakan sahabat Nabi
Muhammad s.a.w yang paling rapat. Beliau terkenal dengan gelaran as-Siddiq kerana sentiasa
membenarkan dan menyakini apa-apa yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w khasnya selepas
peristiwa Israq Mikraj. Dari segi peribadi,beliau terkenal dengan sifat yang lemah lembut, pemurah,
dan banyak mengorbankan harta bendanya demi perkembangan agama Islam,terutamanya sewaktu
ummat Islam menghadapi pemulauan kaum Quraisy. Bukti pengorbanan besar beliau ialah
kesanggupan mengorbankan semua hartanya,sehinggakan apabila ditanya apakah harta yang tinggal,
beliau menjawab hanya Allah dan Rasul s.a.w. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 11 Hijrah
dan hanya memegang teraju pemerintahan Negara Islam selama dua tahun. Walaupun tempoh
pemerintahannya singkat,beliau telah mampu menyelesaikan pelbagai masalah genting demi
keselamatan negara.
Isi
Abu Bakar as-Siddiq telah berjaya menyelesaikan soal kewafatan Nabi Muhammad s.a.w sama ada
persoalan kepercayaan serta tempat pemakaman jasad Rasulullah s.a.w. Abu Bakar telah membaca nas-
nas al-Quran dan al-Hadis untuk menyelesaikan isu ini. Mengenai krisis kepercayaan Nabi Muhammad
s.a.w telah wafat, beliau telah membaca petikan Surah Ali Imran, ayat144, sementara itu isu
pemakaman dapat diselesaikan apabila beliau menyatakan nabi dan rasul terdahulu dimakamkan di
tempat mereka wafat. Sehubungan itu, jasad Baginda telah disemadikan di Madinah.
Abu Bakar juga menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelesaikan soal pengganti Rasulullah s.a.w
untuk memimpin Negara Islam. Beliau telah mengemukakan hujah sebaik-baik khalifah mestilah
dipilih dalam kalangan Muhajirin untuk mengelakkan perpecahan sesma kaum Aus dan Khazraj, di
samping golongan ini sememangnya mempunyai bakat kepimpinan semula jadi.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq memainkan peranan mengukuhkan negara dan umat Islam dengan
memerangi golongan al-Riddah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW golongan ini muncul
sebagai musuh Islam. Mereka terdiri daripada tiga kumpulan iaitu golongan murtad, golongan yang
enggan membayar zakat dan golongan yang mengaku sebagai nabi palsu. Golongan murtad terdiri
daripada mereka yang baru memeluk Islam dan belum benar-benar memahami Islam. Apabila Nabi
Muhammad SAW wafat, kebanyakannya daripada mereka murtad daripada agama Islam. Golongan
nabi-nabi palsu pula sebenarnya telah muncul ketika Rasullulah SAW masih hidup dan semakin jelas
setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW.Antara nabi-nabi palsu itu ialah Musailamah al-Kazzab,
Tulaihah bin Khuailid, Sajjah dan Aswad Al-Ansi.Golongan ini mengaku mendapat wahyu dan
mempunyai pengikutnya masing-masing.
Golongan yang enggan membayar zakat pula dipimpin oleh Malik bin Nuwairah dari Bani
Tamim.Kebanyakan tinggal di Yamamah dan Oman. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq membentuk 11
pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid untuk memerangi golongan-golongan ini.
Golongan ini dapat dipatahkan dan keadaan kembali tenang. Sekiranya golongan-golongan ini tidak
diperangi mereka akan dapat menghancurkan
negara Islam dan memecah-belahkan umat Islam. Tindakan yang diakukan oleh Khalifah Abu Bakar
as-Siddiq telah menyebabkan nabi-nabi palsu terkorban, golongan yang enggan membayar zakat rela
membayarnya dan golongan murtad pula bersetuju untuk kembali ke pangkal jalan.
5. Pengumpulan al-Quran
Seterusnya Khalifah Abu Bakar as-Siddiq juga dianggap sebagai penyelamat umat Islam kerana telah
mengambil keputusan untuk mengumpul al-Quran. Pengumpulan al-Quran dicadangkan oleh Umar al-
Khattab dan diterima oleh Abu Bakar. Hal ini kerana, semasa perang menentang golongan al-Riddah
ramai penghafal al-Quran terkorban. Contohnya, 70 orang Huffaz (penghafaz)telah gugur syahid dalam
Perang Yamamah. Keadaan ini menimbulkan kesedaran tentang bahaya akan terhapusnya al-Quran.
Ada juga yang berasa bimbang berlakunya penyelewengan dalam al-Quran. Tujuan al-Quran
dibukukan juga kerana banyak ayat-ayatnya ditulis pada kulit-kulit kurma, batu-batu dan kayu sudah
banyak yang rosak dan perlu diselamatkan. Pengumpulan ini dapat dijadikan pedoman kepada umat
Islam.
Akhirnya naskah yang ditulis disimpan di rumah Abu Bakar as-Siddiq. Usaha Khalifah Abu Bakar ini
telah berjaya mengukuhkan pegangan umat Islam terhadap Al Quran.
Kesimpulan
Pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq singkat iaitu lebih kurang dua tahun tiga bulan dan tiga
hari. Namun beliau berjaya menyelesaikan masalah-masalah penting negara yang mengancam
kedaulatan Madinah. Oleh yang demikian tidak hairanlah beliau dianggap ‘Penyelamat Umat Islam’
kerana sumbangan dan jasanya dalam mengukuhkan negara dan umat Islam.
2. Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khalifah al-Rasyidin pada abad ke- 7 Masihi.
Pendahuluan
Khalifah ialah institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan pentadbira dan pemerintahan Negara
dan umat Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Mahmood Mohd. Taib an-Najmi
dalam Sejarah Tamadun Islam menyatakan, khalifah ialah satu jawatan menggantikan Nabi
Muhammad s.a.w. selepas baginda wafat untuk memerintah dan mentadbir Negara dan umat Islam.
Mahayudin Hj. Yahya dalam Tamadun Islam menyatakan khalifah berasal daripada perkataan khulafa
yang membawa maksud pengganti, iaitu pengganti Nabi Muhammad s.a.w. Khalifah ialah satu gelaran
yang diberikan kepada sesiapa yang menjadi ketua (imam atau imamah) negara Islam menggantikan
Nabi Muhammad s.a.w. dalam pengurusan pemerintahan dan pentadbiran.
Isi-isi penting
1. Perundingan beramai-ramai
Cara ini dilakukan dengan mengadakan perundingan dan persetujuan tanpa ditetapkan calon terlebih
dahulu. Sebelum Nabi Muhammad s.a.w. wafat, baginda tidak meninggalkan sebarang wasiat atau
pesanan kepada sesiapa untuk dicalonkan sebagai khalifah (pengganti). Untuk menentukan siapakah
yang akan dilantik menjadi khalifah, umat Islam yang diwakili oleh kaum Muhajirin dan Ansar telah
berhimpun di Dewan Bani Saadah untuk berbincang dan melantik khalifah pertama.
Untuk mengelakkan sebarang permasalahan dalam kalangan kamu Muhajirin dan Ansar, Saidina Abu
Bakar al-Siddiq mencalonkan Saidina Umar al-Khattab mewakili golongan Muhajirin dan Abu
Ubaidah mewakili Ansar untuk dipilih sebagai khalifah. Saidina Umar al-Khattab menarik diri daripada
pencalonan dan diikuti oleh Abu Ubaidah.
Sebaliknya, Saidina Umar al-Khattab mencalonkan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah dan
disokong oleh Abu Ubaidah. Cadangan tersebut disokong oleh umat Islam dan Saidina Abu Bakar al-
Siddiq dibaiahkan dalam musyawarah/syura sebagai khalifah pertama memerintah Negara dan umat
Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w.
Apabila seseorang khalifah baharu hendak dipilih, namanya diusul atau dicalonkan oleh khalifah
sebelumnya terlebih dahulu sebelum musyawarah dalam majlis Syura dan dibaiahkan oleh umat Islam.
Nama khalifah itu akan diputuskan dalam majlis Syura. Contohnya, pelantikan Khalifah Umar al-
Khattab sebagai khalifah kedua dalam khulafa al- Rasyidin.
Semasa Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tengah gering, umat Islam berusaha pulih daripada masalah
kemunculan nabi-nabi palsu dan golongan murtad. Untuk mengelakkan masalah dalam negeri berlaku
kembali, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Saidina Umar al-Khattab untuk dipilih sebagai
khalifah menggantinya memerintah Negara dan umat Islam.
Pencalonan itu dipersetujui oleh para sahabat dan umat Islam. Setelah wafatnya Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq pada tahun 644Masihi, pencalonan Saidina Umar al-Khattab dibawa ke Majlis Syura. Melalui
musyawarah, para sahabat dan ahli lembaga Majlis Syura, plantikan Saidina Umar al-Khattab
dipersetujui oleh para sahabat dan menerima baiah daripada umat Islam tanpa bantahan.
Khalifah terdahulu akan mengusulkan beberapa orang calon dalam kalangan para sahabat untuk dipilih
salah seorang daripada mereka sebagai khalifah seterusnya. Cara ini berlaku dalam pemilihan Saidina
Uthman bin Affan sebagai khalifah menggantikan Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah Umar al-
Khattab yang sedang tenat kerana ditikam oleh seorang keturunan hamba dari Parsi telah
mengemukakan nama enam orang calon, iaitu Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abu Talib,
Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zuber al-Awwam, dan Saad bin Abu Waqas. Manakala
puteranya, Abdullah bin Umar al-Khattab tidak dicalonkan sebagai khalifah. Pemilihan dan
musyawarah diadakan di rumah Saidatina Aishah bin Abu Bakar al-Siddiq.
Tiga hari selepas wafatnya Khalifah Umar al-Khattab (644 Masihi), satu majlis diadakan untuk
memilih pengganti khalifah. Musyawarah tersebut dipengerusikan oleh Abdul Rahman bin Auf yang
menarik diri sebagai calon khalifah. Serentak dengan itu, Zuber al-Awwam, Saad bin Abu Waqas, dan
Talhah bin Ubaidillah menarik diri daripada pencalonan jawatan khalifah.
Pemilihan diadakan antara Saidina Ali bin Abu Talib dan Saidina Uthman bin Affan. Dalam pemilihan
tersebut, Saidina Uthman bin Affan mendapat kelebihan undi. Dengan ini, Saidina Uthman bin Affan
dibaiahkan sebagai menggantikan Khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah ketiga dalam Khalifah al-
Rasyidin memerintah negara dan umat Islam berpusat di Madinah (644-656 Masihi).
Masyarakat Islam telah mengusul dan mencadangkan keturunannya menjadi khalifah seterusnya
memerintah negara dan umat Islam berpusat di Madinah. Cara tersebut berlaku semasa pelantikan
Saidina Ali bin Abu Talib dilantik sebagai khalifah seterus memerintah Negara selepas kewafatan
Khalifah Uthman bin Affan pada tahun 656 masihi. Apabila wafatnya Khalifah Uthman bin Affan
berlaku pergolakan dalam kalangan umat Islam untuk menentukan siapakah khalifah yang akan
menggantikannya.
Pada masa tersebut, Madinah dikuasai oleh pemberontak. Penduduk Mesir mencadangkan Saidina Ali
bin Abu Talib dilantik sebagai khalifah, penduduk Basrah mencadangkan Talhah bin Ubaidillah
sebagai khalifah, dan penduduk Kufah mencadangkan Zuber al-Awwam sebagai khalifah.
Oleh kerana terdapat tiga orang calon untuk jawatan khalifah, maka pemilihan dan musyawarah
diadakan untuk menentukan siapakah antara tiga orang calon tersebut yang akan dipilih oleh umat
Islam sebagai khalifah berikutnya. Keputusan pemilihan dalam musyawarah tersebut, Saidina Ali bin
Abu Talib dibaiahkan sebagai khalifah yang keempat.
Penutup
3. Bincangkan pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah al-Rasyidin pada abad ke-7 Masihi.
Pengenalan
Dari segi bahasa bermaksud penyucian atau penyuburan. Penyucian dikaitkan dengan menghapuskan
sifat-sifat kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.Penyuburan pula dikaitkan dengan
penambahan pahala serta keberkatan dalam harta yang dimiliki.Dari segi syarak pula, zakat dikaitkan
dengan pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan ke atas umat Islam termasuk dalam rukun Islam.
Kefarduan zakat telah disyariatkan pada tahun kedua setelah Nabi Muhammad saw berhijrah ke Kota
Madinah. Zakat ialah satu daripada rukun Islam kelima. Keengganan membayar zakat boleh membawa
kepada hukuman bunuh atau mereka juga dipaksa membayar zakat oleh pemerintah.
2. Jenis zakat
Zakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah yang diwajibkan ke atas semua individu Muslim bermula
daripada bulan Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.Manakala zakat harta hanya diwajibkan
ke atas individu yang mampu apabila harta yang dimiliki cukup kadar (nisab) serta haulnya (genap
setahun dimiliki).
Zakat harta terbahagi kepada zakat pertanian, zakat binatang temakan, zakat pemiagaan, zakat emas
dan perak dan harta rikaz (harta karun).Harta yang dikeluarkan sebagai zakat akan diagihkan kepada
lapan golongan asnaf.
3.Kadar zakat
Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang kira-kira 2.7 kilogram yang dikeluarkan daripada jenis
bahan-bahan makanan yang mengenyangkan dan makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti
beras, gandum, barli dan seumpamanya. Imam Abu Hanifah dan Mazhab Hanafi mengharuskan zakat
fitrah dikeluarkan melalui mata wang dengan mengikut kadar atau nilai harga bahan makanan asasi
tersebut. Manakala kadar zakat harta pula dikeluakan dengan kadar yang di tetapkan oleh syarak.
Contoh kadar nisab pertanian ialah lima ausuq.Kadar ausuq ialah kira-kira 900 liter secara timbangan.
Manakala kadar zakat tanaman ialah 1/10 jika menggunakan air hujan atau air sungai dan 1/20 jika
diusahakan sendiri menggunakan ala penyiram.
4. Asnaf zakat
(a) golongan fakir
(b) golongan miskin
(c) musafir
(d) mualaf
(e) hamba yang membebaskan diri
(f1 orang yang berhutang
(g) orang yang bejihad
(h) amil
Khalifah Abu bakar al-Siddiq bersikap tegas ke atas orang yang cuba memisahkan antara kewajipan
sembahyang dengan kewajipan zakat kerana sembahyang merupakan tiang agama, manakala zakat pula
jambatannya. Walaupun Umar al-Khattab cuba menasihatinya supaya berbincang terlebih dahulu,
tetapi Khalifah Abu Bakar tetap dengan pendiriannya yang tegas berdasarkan dalil al-Quran dan hadis.
Khalifah Abu Bakar bertindak tegas menggempur golongan tersebut. Golongan ini telah ditangani
melalui pembentukan 11 buah pasukan tentera. Misi ini telah bejaya termasuklah membunuh golongan
yang mengaku merjadi nabi.
Zaman Umar
Zaman Khalifah Umar, pelaksanaan zakat diteruskan.Pada zaman. pemerintahan Khalifah Umar bin al-
Khattab pula, sumber zakat meningkat disebabkan kesan kejayaan kempen dakwah dan ketenteraan
yang dijalankan. Contohnya selepas menyerang Parsi dan syiar Islam berkembang di Parsi kerana
mendapat layanan yang baik daripada pemerintahan Khalifah Umar. Rakyat Parsi dibenarkan
menjalankan upacara keagamaan dan ibadat mengikut agama mereka dan membayar jizyah. Mereka
diberi jaminan keselamatan harta benda. Kesannya mereka memeluk agama Islam dan dikenakan
bayaran zakat.Hasil zakat telah dihantar ke seluruh tanah jajahan yang dikuasai Islam dan sumber zakat
telah dapat diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerimanya.
Zaman Uthman
Zakat dilaksanakan dengan jayanya zaman Khalifah Uthman. Khalifah Uthman memperkenalkan
zakat ternakan kepada pemilik kuda. Pengenalan zakat kuda ini tidak pernah dilakukan sejak zaman
Nabi Muhammad s.a.w. Namun Khalifah Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang dinikmati
oleh masyarakat Islam sehingga berjaya memiliki kuda wajar dikenakan zakat sejajar dengan zakat
yang dikenakan ke atas binatang unta. Segala sumber zakat dimasukkan ke dalam Baitulmal
sebagaimana zaman Khalifah Umar.
Masalah timbul apabila Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan pengagihan wang zakat ketika
dana perbendaharaan merosot. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh sebilangan pihak dan menganggap
Khalifah Uthman sebagai bidaah. Namun, Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang tersebut
diambil sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan.
Zaman Ali
Pada zaman Ali, walaupun menghadapi konflik dalaman, namun pelaksanaan zakat tetap dijalankan
seperti biasa.
4. Huraikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran.
Pengenalan
Ibn Majid atau nama sebenarnya Shihab al-Din bin Majid al-Najdi. Dilahirkan di Julphar (Oman).
Beliau merupakan seorang ahli pelayaran Arab yang terkemuka pada abad ke-9 H/15 M. Beliau adalah
daripada keturunan ahli pelayaran dan digelar “Singa Laut” kerana kemahirannya belayar di Lautan
Hindi. Beliau telah menghasilkan 25 buah kitab sama ada berbentuk prosa atau pun puisi yang
merangkumi bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin, ombak dan lain-lain yang menggambarkan
penguasaannya dalam bidang pelayaran .
Isi-isi penting
Menghasilkan kitab Hawiyat al Ikhtisar fi Usul ‘Ilm al-Bihar. Kita ini dihasilkan pada tahun 866 H.
Kandungan buku ini mengenai ilmu tarikh (falak), ilmu bahasa dan ilmu bintang. Juga berkaitan
dengan laut di pantai Laut Arab, Hijaz, Syam dan Afrika. Beliau juga menjelaskan laluan di Teluk
Parsi, Lautan Hindi, Laut China, pantai, pelabuhan, garis lintang dan ilmu astronomi (falak).
Menghasilkan kitab al-Urjuzah al-Mu’arrabah pada tahun 890 H membicarakan pelayaran di Teluk
Aden secara terperinci. Karya ini telah berjaya menarik perhatian bukan sahaja khalayak pembaca
malahan juga dapat memberikan tarikan yang tersendiri kepada penjelajah-penjelajah lain.
Menghasilkan karya Qadimah Makkiyah yang merupakan sebuah karya yang memberi huraian lengkap
tentang laluan di Laut Merah dari Jeddah ke Tanjung Fartak (Selatan Semenanjung Tanah Arab),
Calicut, Daibul, Kokan, Gujerat dan Hormuz.
Karya Aribah al-Dara’ib dan Urjuzah al-Maimiyah pula pula merupakan huraian yang lengkap
mengenai penggunaan bintang sebagai panduan dalam pelayaran. Beliau juga telah menghasilkan karya
mengenai bintang-bintang di kutub utara berjudul Urjuzah al-Maimiyah.
2. Jurupandu
Beliau telah memandu Vasco da Gama yang belayar dari Malindi iaitu pantai timur Afrika hingga ke
Calicut (Kerala). Sumbangan Ibn Majid ini diikhtiraf oleh Portugis sehingga beliau digelar Malemo
Canaqua.
Kesimpulan
Sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi telah merangsang pelayaran tokoh-tokoh
Islam lain dan memberi maklumat serta gambaran kepada masyarakat sejagat. Jelas bahawa Ibn Majid
merupakan tokoh pelayaran Islam yang berjaya mengembangkan atau merintis ilmu pelayaran moden
dan ilmu pelayaran ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Barat untuk menjelajah dan
neneroka dunia Timur.
5. Bincangkan kebangkitan masyarakat tempatan terhadap pencerobohan kuasa barat di Algeria pada
abad ke-19 Masihi dan abad ke-20 Masihi.
Pengenalan
Sebelum penjajahan Perancis, Algeria merupakan sebahagian daripada empayar Turki uthmaniyah.
Kelemahan pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah memberi ruang kepada kuasa Perancis campur
tangan di Algeria. Kuasa-kuasa Barat mula membahagi-bahagikan wilayah dunia Islam. Penjajahan
Perancis di Algeria bermula kerana isu kewangan.
Pada akhir abad ke-18, Perancis terlibat secara aktif dalam ekonomi Algeria. Campur tangan Perancis
dalam politik bermula apabila pemerintah Algeria, Husain Dey menuntut hutang dari tentera Perancis
yang masih tertunggak untuk pembelian gandum.
Isi-Isi :
Husain Dey ialah pemerintah Algeria yang dilantik oleh Khalifah Turki Uthmaniyah. Beliau ingin
mengutip hutang dari Perancis, tetapi ditolak.
Tindakan Husain Dey yang tidak mahu memberikan penghormatan kepada bendera Perancis telah
menimbulkan krisis. Keadaan ini menggiatkan lagi usaha penjajahan Perancis ke Algeria.
Pada tahun 1832, penentangan terhadap Perancis yang sangat hebat dipimpin oleh Amir Abdul
Qadir. Beliau ialah seorang tokoh ulama, pemimpin politik dan tentera.
Pengalaman yang diperolehnya di Makkah, Damsyik dan Baghdad menanamkan semangat kepimpinan
dalam dirinya. Sebagai seorang amir, beliau telah menyatupadukan pelbagai puak untuk menentang
Perancis.
Amir Abdul Qadir ialah seorang yang mempunyai semangat cinta akan tanah air. Penentangan beliau
berterusan sehingga tahun 1842. Kejayaan beliau adalah kerana menggunakan taktik perang gerila.
Beliau bergabung dengan Abu Ma’zi untuk menentang Perancis di wilayah Oran.
Beliau berjaya menggerakkan pendudukan Algeria dan menewaskan Perancis dalam pertempuran Sidi
Ibrahim. Sepanjang penentangan selama 10 tahun, beribu-ribu umat Islam terkorban.
Gabenor Jeneral Perancis yang baharu, iaitu Thomas Robert Bugeaud menyerang Algeria secara
berterusan dari tahun 1841 hingga 1847. Beliau merebut banyak tanah Algeria dan peneroka Perancis
di Algeria menuntut supaya Algeria digabungkan dengan negara Perancis. Tindakan Bugeaud sangat
ganas dan penduduk Algeria sangat menderita.
Banyak kawasan pertempatan, pertanian dan binatang ternakan dimusnahkan. Tentera Islam yang
dibawa oleh Amir Abdul Qadir tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerah diri.
Undang-Undang 1848
Pemberontakan Kabylia
Kesan Pemberontakan
Pihak Perancis memaksa penduduk tempatan untuk membayar cukai yang lebih banyak untuk
menampung perbelanjaan Perancis. Masyarakat Algeria juga tidak dibenarkan berhubung dengan
masyarakat Islam lain.
Perancis telah bekerjasama dengan golongan ulama dengan melantik mereka sebagai pegawai kerajaan
untuk mengelakkan penentangan peribumi. Perancis juga mengehadkan pendidikan orang Islam,
mengenakan cukai yang tinggi dan mengadakan undang-undang khas untuk mengawal masyarakat
tempatan.
Gerakan Algeria Muda
Pada tahun 1900, golongan modenis Islam Algeria (Algeria Muda) menghantar satu memorandum
kepada pemerintah Perancis bagi mendapatkan hak mengundi dan melantik perwakilan. Mereka juga
cuba bekerjasama dengan pendukung modenis Islam di timur tengah untuk membebaskan diri daripada
Imperialisme Eropah secara politik, ekonomi, dan kebudayaan.
Selepas Perang Dunia Pertama, golongan Algeria Muda yang memperkenalkan diri mereka sebagai
orang Islam Perancis berusaha menuntut kemajuan dalam pendidikan dan hak politik.
Selain daripada golongan Algeria Muda, terdapat juga rakyat Algeria yang bangkit menentang penjajah
Perancis dengan menjadikan dasar Pan-Islamisme sebagai penyesalesaian kepada masalah di Negara
mereka. Gerakan ini berjaya menyekat kegiatan Kristianiti di Algeria dan Afrika Utara.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Perancis telah menyekat kegiatan golongan peribumi, namun menjelang tahun 1900-
an muncul golongan modenis Islam Algeria. Mereka berjuang dengan cara yang berhemah untuk
mendapatkan kebebasan daripada penjajahan Perancis.
Jihad yang berterusan telah berlaku di Algeria, menelan korban sejuta syuhada sehingga negara ini juga
digelar “negara sejuta syuhada”. Perjuangan panjang masyarakat tempat Alegeria yang dipimpin oleh
para ulama telah menghasilkan kejayaan apabila Algeria memperoleh kemerdekaan dari Perancis pada
tahun 1962, iaitu setelah dijajah selama 132 tahun.
6. Bincangkan faktor politik dan ekonomi yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Turki
pada abad ke-20 M.
Pengenalan
Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 - 1909) merupakan kemuncak kepada tanzimat atau
pembaharuan dan baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah terakhir yang mempunyai kuasa autonomi
ke atas kerajaannya sendiri. Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-
19 lagi namun Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki Uthmaniyah
serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda telah melakukan beberapa
pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya.
Pada awal abad ke-20, Sultan Abdul Hamid II telah mempunyai kuasa, sungguhpun kuasa tersebut
semakin merosot dan hilang selepas pelucutan baginda sebagai Sultan Uthmaniyah pada tahun 1909.
Dalam tempoh 1900 hingga 1909, baginda cuba sedaya upaya mempertahankan wilayah dan
keselamatan rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Tempoh tersebut juga merupakan tempoh
kuasa-kuasa barat cuba mengenakan tekanan ke atas kerajaan baginda.
Britain, Perancis dan Rusia khususnya bersaing sengit untuk mendapatkan kekayaan yang terdapat
dalam wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk menghancurkan
empayar Turki Uthmaniyah. Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan
Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan empayar Turki
Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan
beberapa rancangan untuk membina negara bangsa Turki.
Isi-isi Penting :
Pembentukan negara bangsa Turki pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme yang
merupakan satu dasar terpenting pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Sebagai satu dasar,
fahaman ini menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam sejagat di bawah pimpinan seorang
khalifah yang berperanan membela hak umat Islam, bukan sahaja di Turki malah di seluruh dunia.
Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang Islam di Turki dan berada dalam empayar Turki
hendaklah disatukan di bawah pimpinan Sultan Turki Uthmaniyah. Manakala umat Islam yang berada
di bawah penguasaan orang barat hendaklah menyokong khalifah kerajaan Turki Uthmaniyah bagi
memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing daripada belenggu penjajahan barat.
Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan keagungan sistem khalifah Islamiyah dan usaha
ini menggerunkan penjajah terutamanya Britain. Menurut baginda, walaupun empayar Turki
Uthmaniyah lemah dari sudut politik, namun negara-negara Barat masih takut kepada kekuatan Islam.
Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme ini, Sultan Abdul Hamid II telah menggerakkan seluruh lapisan
masyarakat yang terdiri daripada kalangan ulama, pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum,
negeri dan aliran pemikiran serta pelbagai bidang kepakaran. Di antara tokoh yang menyertai Projek
Pan-Islamisme” ini termasuklah Jamaludin al-Afghani, Abd. Al-Qadir al-Maghribi dan Rashid Rida.
Sultan abdul hamid II mewarisi sebuah negara yang sedang berada di peringkat muflis. Jumlah hutang
kerajaan turki uthamaniyah pada awal pemerintahan baginda mencecah angka 300 juta lira. Baginda
memutuskan untuk membayar keseluruhan hutang sebagai langkah untuk membebaskan kerajaan Turki
Uthmaniyah daripada tekanan politik Barat. Dengan melunaskan hutang itu juga bermakna baginda
tidak memberi peluang kepada pihak musuh untuk melakukan pencerobohan ke atas wilayahnya. Demi
bangsa dan negaranya, baginda sanggup berbuat demikian.
Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki sekitar tahun 1910 hingga 1915, mereka
menekankan kepada dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Turki Uthmaniyah sebagai reaksi kepada
penentangan dan pemberontakan yang datangnya dari negara Balkan. Kajian oleh Eeman Mohamed
Abbas mendapati pemerintahan al-Ittihad wa al-Taraqqi bermula secara rasmi pada tahun 1909 iaitu
selepas penyingkiran Sultan Abdul Hamid II, bukanlah pada tahun 1924 iaitu selepas Mustafa Kamal
Ataturk memansuhkan sistem Khalifah Uthmaniyah.
Dalam tempoh selepas itu, semua keputusan utama dalam pentadbiran kerajaan kerajaan Turki dibuat
oleh golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi seperti keputusan untuk melibatkan diri dalam Perang Dunia
Pertama dan menyokong Jerman dalm perang tersebut. Golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang
menganjurkan nasionalisme Turki sebenarnya dipelopori oleh bangsa Rusiadan Yahudi Dunama yang
kebanyakannya lepasan sekolah Kristian atau Eropah. Merekalah yang mengasaskan gerakan ini yang
kemudiannya bertanggungjawab meniupkan semangat nasionalisme Turki atas nama merealisasikan
impian bangsa Turaniah.
Gerakan ini menyeru ke arah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan “kebangsaan,
perlembagaan, persamaan dan kebebasan.” Golongan ini telah menyebarkan fahaman mereka dalam
golongan Turki Muda. Rejim Turki Muda yang diketuai pemimpin tiga serangkai (Tal’at Pasha, Enver
Pasha dan Kolonel Jamal Pasha) kemudiannya telah memaksa seluruh rakyat di bawah empayar Turki
Uthmaniyah sama ada Arab, Armenia, Greek dan yang lain-lain untuk menjadi Turki.
Tuntutan ini dipengaruhi oleh penduduk Kristian dari wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah khususnya di
rantau Balkan seperti Serbia, Montenegro Bulgaria, Romania dan Armenia. Mereka menggunakan
sentimen agama dan bangsa serta mendapat sokongan kuasa-kuasa Barat. Bagi membebaskan diri dan
melemahkan penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah di rantau Eropah, mereka menubuhkan Liga
Balkan dan melancarkan Perang Balkan 1 dan 2 pada tahun 1912-1913.
Bagi memadam usaha mereka untuk membebaskan diri dari kerajaan Turki Uthmaniyah, pelbagai
usaha dilakukan seperti tanzimat tetapi tidak berjaya. Keadaan bertambah buruk apabila kuasa
imperialis Barat seperti British, Perancis dan Rusia bersatu menghasut penduduk minoriti Turki
Uthmaniyah (Ahl al-Dhimmah) di rantau Balkan khasnya yang beragama Kristian dan Yahudi untuk
melakukan pemberontakan. Keadaan huru hara ini memudahkan kuasa Barat menguasai wilayah-
wilayah Turki Uthmaniyah.
Pendapatan negara semakin berkurangan berikutan cukai berkurangan di kerajaan pusat di Istanbul.
Keadaan menjadi semain seriuos apabila ada dalam kalangan gabenor dan pegawai kerajaan tidak
amanah akibat kelemahan pemerintah. Kekurangan cukai menyebabkan kerajaan mengalami masalah
memperkasakan pasukan tentera dan mempertahankan wilayah. Contohnya di Balkan yang sering
berlaku konflik berpanjangan dan kemaraan kuasa imperialisme Barat.
Kerajaan terpaksa berhutang yang berasaskan riba dengan bank Barat untuk menyelesaikan masalah
dalamnegara seperti krisis Balkan, program tanzimat, pembinaan Terusan Suez, Perang Dunia Pertama
dan lain-lain. Kerajaan menghadapi zaman muflis. Akibat daripada itu kerajaan mengenakan cukai
terhadap rakyat. Rakyat menderita. Penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan sistem ekonomi
kapitalis Barat menyebabkan kebergantungan kepada kuasa Barat.
Penutup :
Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki namun beliau gagal
dengan asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah.
Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka telah termasuk dalam
perangkap kuasa-kuasa Barat.