Ciri - Ciri Seorang Guru

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

CIRI- CIRI YANG PERLU ADA PADA SEORANG TOKOH GURU

1. Bersikap

profesional - sentiasa bersikap profesional dan tidak

mudah patah semangat dalam meneruskan agenda pendidikan negara sungguhpun berdepan dengan pelbagai kerenah dan masalah disiplin pelajar termasuk gejala buli di sekolah.

2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. 3. Kaya ilmu. 4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. 5. Bermoral teguh. 6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. 8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. 9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. 10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. 11. Mempastikan situasi Guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas.

12. Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. 13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik. 14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. 16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. 17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Tokoh pendidikan
Zainal Abidin Bin Ahmad ( ZA BA )Pendeta Yang Bersemangat Waja. Aminuddin Baki : Tokoh Pendidik dan Pemikir Bangsanya Ungku Omar Bin Ungku Ahmad : Saintis yang Berjiwa Pendidik. Profesor Diraja Ungku Aziz ialah seorang tokoh akademik dan ekonomi. Beliau merupakan anak Melayu pertama yang dilantik memegang jawatan penting di UM iaitu Ketua Jabatan Ekonomi dan apabila jabatan itu dinaiktarafkan menjadi fakulti, beliau ialah orang pertama yang menjadi dekannya; professor Ekonomi dan naib canselor.

TANGGUNGJAWAB SEORANG GURU

Bertindak sebagai penyebar ilmu


Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.

BERTINDAK SEBAGAI PEMBENTUK NILAI


Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar..

SEBAGAI PENGAMAL BUDAYA ILMU


Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya.

MENGAMALKAN KEMAHIRAN PROFESIONAL


Guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak. Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi.

BERSIFAT PROFESIONAL DAN PEKA


Pendidikan Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru.

Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing muridmurid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT.

MENGAMALKAN PENGAJARAN EFEKTIF


Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p dan kaeda yang sesuai menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan.

You might also like