Analisis Keberkesanan Teknik Pengajaran Bahasa Melayu Guru Dalam Meningkatkan Kemahiran Berbahasa Murid

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

ANALISIS KEBERKESANAN

TEKNIK PENGAJARAN BAHASA MELAYU GURU

DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERBAHASA MURID Saya telah diberi tugasan mengenai teknik pengajaran Bahasa Melayu. Saya dikehendaki menganalisis keberkesanan teknik pengajaran Bahasa Melayu oleh guru yang menjadi responden kajian saya. Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Luagan sebagai tempat kajian saya. Disini saya dikehendaki mencari guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan melihat teknik pengajaran yang diajar oleh guru Bahasa Melayu tersebut .Saya telah memilih Cikgu Sandy Paun dalam melaksanakan kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Sebelum Cikgu Sandy memulakan sesi pembelajaran, beliau telah memulakan degan senaman dan meneruskan pengajarannya dengan set induksi. Menurut Mok Soon Sang (2000), set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Tujuan utama mengadakan set induksi ini ialah membina aliran fikiran serta menimbulkan minat pelajar-pelajar supaya mereka akan menumpukan terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikanoleh guru. Tajuk pembelajaran yang disampaikan oleh Cikgu Sandy ialah tentang tentang Tingkah Laku dan juga kata dasar. Sebelum mengulas lebih lanjut tentang pengajaran Cikgu Sandy bertanyakan murid menolong ibu bapa . tentang pelajaran minggu lepas iaitu tentang mengingat kembali perkataan mencuci,

Hal ini membantu murid mengingat kembali topik pembelajaran

yang telah dipelajari. Contohnya, murid mengemas, dan belajar.

Untuk menarik minat murid semasa sesi pembelajaran Cikgu Sandy telah menggunakan buku teks Bahasa Melayu sebagai alat bantu mengajar, Cikgu Sandy juga telah menggunakan bahasa gerakan tubuh badan, isyarat dan juga kontak mata dengan murid-muridnya. Hal ini supaya muridnya memberi tumpuan semasa proses pembelajaran dijalankan. Cikgu Sandy menggunakan kaedah membaca dalam pengajarannya. Cikgu

Sandy juga bertanyakan soalan berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Mereka telah membuat perkaitan mengenai soalan yang berkaitan dengan tajuk .

Berdasarkan pemerhatian dan temu bual yang telah saya jalankan di Sekolah Kebangsaan Luagan, Keningau . Cikgu Sandy Paun telah menggunakan teknik soal jawab, teknik perbincangan dan latih tubi dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tujuan Cikgu Sandy menggunakan teknik-teknik ini untuk menarik minat murid belajar serta dapat mengekalkan perhatian di dalam kelas. Hal ini selaras dengan pendapat Mok Soong Sang (2003) yang menyatakan teknik pengajaran boleh diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, teknik ini dapat

membangkitkan rasa ingin tahu murid dalam topik pembelajarannya. Teknik soal jawab yang digunakan oleh guru bukan sahaja membolehkan guru untuk mengetahui tahap dan kemampuan murid di dalam memahami pengajaran yang disampaikan malahan dapat mencungkil bakat dan kemampuan murid terbabit. Melalui teknik ini, guru akan dapat mengenali dan mendampingi murid dengan sebaiknya. Teknik ini juga dapat digunakan untuk menilai hasil pelajaran atau aras yang dicapai oleh seseorang murid setelah pembelajaran tamat. Oleh sebab itu, guru perlulah menguasai kaedah dan juga teknik bersoal jawab dengan baik. Teknik ini bukanlah sesuatu yang dibuat secara spontan, malah untuk mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki, maka ia hendaklah dirancang dengan sebaik-baiknya.

Hasil daripada pemerhatian saya, Cikgu Sandy telah menggunakan teknik soal jawab melalui penggunaan ayat tanya seperti contoh yang berikut:

Soalan Cikgu Sandy Apakah yang kamu lakukan semasa cuti? Bagai mana kamu membantu ibu bapa semasa cuti?

Jawapan Murid Murid menjawab membantu ibubapa

Membantu membersihkan rumah

Jadual 1 : Soalan yang ditanya oleh guru

Dalam hal ini cikgu telah membantu pelajar meningkatkan kefahaman isi-isi pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Cikgu Sandy sentiasa melayan semua jawapan yang diberikan murid dengan baik tanpa membuatkan murid berasa didiskriminasi atau pilih kasih. Kedua-dua guru Bahasa Melayu ini juga telah memberi peluang yang cukup kepada murid yang tidak menjawab dengan memanggil nama mereka dan memberi peluang mereka menyebut apa yang terdapat dalam buku teks.

Selain menggunakan teknik soal jawab, guru turut menggunakan teknik perbincangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Menurut

Kementerian Pendidikan 1990:85, teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas.

Mok Soon Sang (2003) pula mendefinisikan perbincangan sebagai satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan murid-murid dalam kelas atau suatu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan di bawah penyeliaan seorang guru.

Berdasarkan pemerhatian di dalam

Cikgu Sandy, guru tersebut jelas aktiviti

menggunakan teknik perbincangan di dalam kelas mereka. Ini melalui mengeluarkan pendapat tentang tajuk pembelajaran. beliau

menggunakan teknik

perbincangan ini untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat murid dengan bernas. Contoh di dalam kelas Cikgu Sandy: Cikgu Sandy berbincang dengan muridnya mengenai kata dasar dan menyuruh muridnya menyebut kata dasar dalam kata yang diberikan.

Kata

Kata dasar

Menulis Menolong Mencuci Menyapu Menyiram

Tulis Tolong Cuci Sapu Siram

Jadual 3 : Topik yang dibincang guru dengan murid

Cikgu melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai topik yang diberi . Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajam minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat tentang tajuk yang diberi atau pengajaran yang sedang berlangsung. Bertepatan dengan definisi yang diberikan oleh Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2006) dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif, responden guru dalam kajian ini turut menggunakan teknik latih tubi bagi mencapai objektif dan hasil pembelajarannya.

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari oleh murid. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu

kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat faktafakta penting. Contohnya, Cikgu Sandy telah menyuruh muridnya membaca petikan yang berikut:

Saya suka menolong ayah mencuci kereta. Saya selalu menyapu halaman rumah. Saya telah menyiram pokok bunga. Saya sering membantu ibu di dapur. Saya suka mengemaskan rumah.

Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Cikgu Sandy telah memberi fokus kepada aspek kebolehan murid menggunakan bahasa iaitu :

Guru Sebutan

Murid menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

Tatabahasa

penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

Perbendaharaan kata

meluaskannya

dengan

penggunaan

imbuhan

yang

sesuai

mengikut

konteksnya dalam situasi tertentu. Kefasihan menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. Kefahaman latihan memahami soalan dan

memberikan jawapan yang wajar. Jadual 5: fokus yang diberikan guru kepada murid Teknik latih tubi juga dikenali juga dengan teknik menghafaz. Kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

Dalam pemerhatian saya, Cikgu Khamisah dan juga Cikgu Sandy telah menggunakan alat bantu yakni buku teks dalam sesi pengajaran mereka. Cikgu sandy juga menggunakan papan tulis dalam pengajarannya. Ini lebih memudahkan pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan baik. Contoh pengajaran Cikgu Sandy yang menggunakan papan tulis: Beri makna atau maksud perkataan menolong mencuci mengemas membantu membasuh menyusun

Selain itu juga, Cikgu Sandy telah menggunakan alat bantu kertas A4 yang telah di isi dengan perkataan imbuhan dan kata dasar. Contoh:

menulis menolong mencuci menyapu menyiram

tulis tolong cuci sapu siram

Selain itu juga Cikgu Sandy telah menggunakan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid. Menurut Kamus Dewan dalam Teknik Pengajaran Bahasa Melayu( ), pendekatan bermaksud cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Pendekatan pengajaran murid adalah pendekatan yang kedua di mana kaedah-kaedah yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah serta kaedah perbincangan. Cikgu Sandy telah menggunakan kaedah perbincangan semasa sesi pengajaran dijalankan. Kesimpulannya, pengajaran Cikgu Sandy adalah berdasarkan pendekatan eklektik iaitu gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Pengajaran guru

adalah sesuai dengan tahap pencapaian umur sebagaiman yang dapat dikaitkan dengan teori behaviourisme dan mentalis iaitu. Dalam teori pemerolehan bahasa ahli psikologi yang turut berpegang pada teori B.F Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak. Disini Cikgu Khamisah dan Cikgu Sandy menggunakan teori mentalis bagi meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Contohnya Cikgu Khamisah telah menyuruh muridnya membaca tiga kali soalan supaya murid dapat memahami kehendak soalan. begitu juga dengan Cikgu Sandy menyuruh muridnya membaca petikan berulang kali. Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Dalam kelas bacaan, kedua-dua guru mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulang-ulang.

You might also like