PERKEMBANGAN INTELEKTUAL Sejarah Tema 2
PERKEMBANGAN INTELEKTUAL Sejarah Tema 2
PERKEMBANGAN INTELEKTUAL Sejarah Tema 2
04
P R E S E N TAT I O N
Ilmu Naqli adalah ilmu yang berdasarkan kpd Ilmu Aqli ialah ilmu bersumberkan olahan akal
Quran dan sunnah Rasul saw. Ilmu ini biasanya manusia seperti falsafah, pengurusan, sains fizik,
dikenali sebagai ilmu wahyu. Jenis ilmu ini kimia dan kejuruteraan
mempunyai fardhu ain serta fardhu kifayah iaitu
ilmu yang wajib dipelajari oleh semua muslim.
03
P R E S E N TAT I O N
09
P R E S E N TAT I O N
09
PERKEMBANGAN ILMU NAQLI ZAMAN
KERAJAAN ABBASIYAH PADA ABAD KE 11 -13M
• Konsep ilmu naqli ialah ilmu yang bersumberkan wahyu dan sunnah
Rasulullah SAW.
• Pada zaman Abbasiyah, penulisan ilmiah oleh sarjana Islam aktif dalam bidang
ilmu naqli dan aqli.
PERKEMBANGAN ILMU NAQLI ZAMAN
KHALIFAH ABBASIYAH
• Ilmu Tafsir Quran tidak hanya tertumpu kepada teks sahaja yang melahirkan tafsir
bil matsur tetapi telah menekankan kepada kontekstual yang melahirkan tafsir
birra’yi seperti tafsir maudhui (memisahkan ilmu ke dalam perkara tertentu
mengikut mata pelajaran), tafsir adaby (kesusasteraan), tafsir nuzuli(sebab turun
ayat al-Quran) dan tafsir ilmu.
• Antara tokoh tafsir zaman Khalifah Abbasiyah ialah Zamakjsyari, seorang ulama
yang arif dalam bidang nahu, bahasa, tafsir, ma’ani dan bayan, Antara karangannya
yang terkenal ialah al-Khasaf dan Ibn Taimiyyah dengan karyanya Majmu’al-Fatawa
ILMU HADIS
• Kajian hadis tertumpu kepada makna ketetapan daripada Nabi Muhammad SAW di samping kajian daripada
aspek riwayat dan dirayahnya yang kemudian mendorong kepada kemantapan disiplin ilmu hadis.
• Antara tokoh hadis berpengaruh ialah Zamakhsyari yang juga imam dalam bidang ilmu bahasa, ma'ani dan
bayan. Antara karyanya ialah al-Falq iaitu tentang tafsir hadis.
ILMU KALAM
• Ilmu Kalam adalah ilmu membicarakan tentang wujudnya Allah, cara mekrifat atau mengetahui secara mendalam tentang
sifat-sifat Allah, para rasulNya dan alam akhirat dengan menggunakan dalil-dalil yang sah.
• Pemikiran teologi (ilmu berkaitan akidah) berkembang pesat pada zaman Khalifah Abbasiyah merangkumi sistem,
metodologi dan pokok kajiannya.
• Imam al-Ghazali menghasilkan karya Iqtishad fi al-I’tiqad manakala Imam al-Qusairy an-Naisabury menghasilkan karya
Risalatul Qusairiyah yang menentang keras doktrin-doktrin aliran Muktazilah, Karamitah, Mujassimah (golongan yang
membincangkan sifat tuhan secara fizikal) dan Syiah.
ILMU TASAWUF
• Ilmu Tasawuf berkembang dengan kemunculan tokoh-tokoh tasawuf dan turut menyumbang kepada kemunculan istilah-
istilah tasawuf seperti zuhud, mahabbah, makrifah dan al-ittihad (penyatuan).
• Ilmu Tasawuf mengalami pencemaran dengan pengaruh asing seperti fahaman pantheisme (menyerah kepada takdir tanpa
usaha). Suasana pencemaran diselamatkan dengan kemunculan Imam al-Ghazali melalui karyanya Ihya Ulumuddin yang
berjaya membersihkan fahaman asing dengan mengemukakan falsafah akhlak dan menentang teori pencantuman
(Wahdatul Wujud) dan resapan.
ILMU FIQAH
• Ilmu Fiqah adalah bidang berkaitan perundangan dan hukum-hakam Islam serta pengajaran di
sebalik hokum hakam tersebut. Walaupun terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang
jelas di dalam al-Quran dan as-sunnah seperti hukum qisas, hudud, pewarisan dan sebagainya,
namun masih banyak bidang perundangan yang memerlukan kepada interpretasi. Secara
teknikalnya, bidang ini dikenali dengan nama ijitihad.
• Antara tokoh ilmu fiqh ialah Imam an-Nawawi dengan Kitab Hadis 40 dan Imam Ibn
Taimiyyah dengan karyanya Majmu al-Fatawa.
• Dari segi sejarah, ijitihad memang telah digunakan oleh umat Islam sejak zaman Nabi
Muhammad SAW.
KESIMPULAN
• Satu fenomena yang dapat dikesan daripada perkembangan intelektual, khasnya penulisan ilmu naqli yang
wujud dalam zaman Abbasiyah ini ialah pencernaan ilmu kepada bidang-bidang tertentu seperti tafsir al-
Quran, hadith, feqah dan sebagainya
• Perkembangan intelektual ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Islam merupakan agama yang
progresif dan dinamik.
PERKEMBANGAN ILMU NAQLI
ZAMAN KHALIFAH UMAYYAH DI
ANDALUSIA
• Ilmu Tafsir al-Quran
• Perkembangan ilmu tafsir al-Quran di Andalusia sebagai satu komponen disiplin ilmu tersusun telah berlaku
secara serentak dengan perkembangan ilmu-ilmu lain.
• Situasi ini mendorong para sarjana Islam menguasai pelbagai disiplin dmu secara menyeluruh.
• Pemerintah kerajaan Muwahhidun bertanggungjawab dalam perkembangan ilmu tafsir di Andalusia. Sarjana
Islam digalakkan membuat tafsiran al-Quran bukan sahaja mengikut ayat tetapi juga membuat pelbagai ulasan
dan pendapat tentang ayat yang dibaca.
• Pengajian Islam termasuk pengajian al-Quran dan tafsir mula diserap masuk ke dalam sistem pendidikan Andalusia setelah
bertapaknya Islam.
• Ibn 'Atiyyah (meninggal 1146M) merupakan tokoh mufassir berpengaruh telah menghasilkan kitab tafsir 30 juruk iaitu Al-Muharrar
al-Wajiz. Beliau menggunakan kaedah Tafsir bi al-Ma’thur yang berpandukan al Quran, hadis dan athar (riwayat sahabat) dalam
mentafsirkan ayat al-Quran.
• Muhy al-Din Iba ‘Arabi (1163-1240M) melalui karya tafsirnya al-Quran al-Karim dengan memuatkan aliran Tafsir al-Sufi
• Imam al-Qurtubi (1214-1273M) melalui karya tafsirnya berjudul Al-Jami’ li Ahkam al-Quran dengan mendedahkan aliran fiqh al-
Maliki ketika membahaskan ayat-ayat hukum.
• Ibn Rushd (1126-1198M) mengetengahkan aliran Tafsir bi al-Ray al-Falsafi di dalam karyanya Al-Fast al-Maqol
• Perkembangan aliran pemikiran pada era pemerintahan Muwahiddun memberi impak kepada corak pentafsiran al-Quran
ILMU HADIS
•
• Perkembangan bidang hadis dapat dikesan dengan kemunculan tokoh hadis
terkemuka seperti Ibn Abd al-Barr (978-1070 M)
• Ibn Abd al-Barr seorang ulama hadis terkenal di Andalusia dan Afrika Utara.
Beliau mendalami sejarah para sahabat nabi dan ilmu Mustalah Hadis. Karya
ulung beliau ialah Al-Istiab li Sahabah
• Ibrahim al-Ansari menghasilkan Kitab al-Arbain Hadithan al-Buldaniyyah dan
Kitab fi Tabyin al-Mushkilat al Hadithah
ILMU KALAM
• Ilmu Kalam merupakan ilmu yang membicarakan tentang wujudnya Allah, cara bermakrifat atau mengetahui secara mendalam tentang sifat-
sifat Allah, para rasulNya dan alam akhirat dengan menggunakan dalil-dalil yang sah.
• Serentak dengan kemasukan aliran Asya'irah oleh Muhammad ibn Tumart di Andalusia pada zaman kerajaan Muwahiddun, secara tidak
langsung bibit-bibit ilmu kalam mula bertapak dan seterusnya mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan sarjana Islam.
• Kemasukan aliran aliran sufi, zahiri, ahli kalam dan sebagainya membuktikan kerajaan Muwahiddun mengamalkan dasar keterbukaan dan
demokratik dalam proses perkembangan ilmu pengetahuan.
• Ini berbeza dengan kerajaan Islam sebelumnya iaitu kerajaan Murabitun yang rata-rata berpegang pada fahaman dan fiqh al-Maliki dan
kurang meraikan perkembangan aliran lain, bahkan menentang kemasukan aliran ilmu kalam.
ILMU FIQH
• Setelah kerajaan Muwahiddun mengambil alih pemerintahan Andalusia daripada kerajaan Murabitun, berlaku senario
keterbukaan masyarakat dalam berpegang pada mazhab tertentu.
• Pengaruh ulama Maliki yang sebelum ini mendominasi mulai berkurangan pada zaman kerajaan Muwahiddun.
• Kemunculan Imam al-Qurtubi melalui karya tafsir Al-Jami' li Ahkam al-Quran mencerminkan fenomena keterbukaan mazhab
apabila beliau tidak bersikap fanatik kepada mazhab Maliki, bahkan adakalanya beliau turut mentarjih pandangan mazhab lain.
• Abu al-Qasim Abdullah dari Granada menghasilkan Kitab al-Tashil li Ulum al-Tanzil, Kitab al-Anwar al-Saniyyah fi al-Alfaz
al-Saniyyah, Kitab Masa'il Usul al-Fiqh dan Kitab al-Ahkam fi Usul al-Ahkam
• Ibn Hazm (1994-1065M) dianggap imam dalam ilmu fiqah di Andalusia telah menghasilkan karya al-Fasl fi al- Milal wa '-
Ahwa'wa 'i-Nithal.
• Antara ulama berpengaruh lain yang turut mewarnai perkembangan ilmu fiqh di Andalusia ialah Ziyad Ibn Abdul Rahman
yang mengajar fiqh menurut Mazhab Maliki, Ibn Yahya, Abu Bakar Ibn al-Quthiyah, Munzir Ibn Said al-Baluthi dan Ibn
Rushd.
PERKEMBANGAN ILMU AQLI PADA ZAMAN
KERAJAAN ABBASIYAH PADA ABAD KE 11 – 13 M
• Ilmu aqli adalah ilmu yang bersumberkan akal dan dibahagikan kepada ilmu sains tabii, sains sosial dan sains kemanusiaan
• Ilmu aqli menduduki taraf kedua selepas ilmu naqli kerana ilmu bersumberkan pemikiran ini ada kalanya benar dan ada
kalanya salah
• Galakan pemerintah dan minat terhadap bidang intelektual menyebabkan berlaku perkembangan pesat dalam bidang ilmu
aqli di Banghdad pada abad ke-11 hingga ke-13 Masihi
• Pada zaman Khalifah Abbasiyah, wujudnya kegiatan penulisan ilmiah dalam kalangan sarjana Islam dalam semua bidang
ilmu pengetahuan
• Ini termasuk kegiatan terjemahan falsafah dan sains dari Greek ke dalam Bahasa Arab
ILMU FALSAFAH
• Bidang falsafah ialah induk kepada ilmu pengetahuan kerana daripada ilmu falsafah ini berkembanglah ilmu-ilmu
yang lain.
• Bagi memahami fungsi falsafah, maka para sarjana Islam telah merungkai dan cuba meneroka bidang falsafah ini.
• Antara tokoh yang terkenal ialah Imam al-Ghazali (1091-1095M). Karya beliau yang berbentuk falsafah ini ialah
Maqasid Falasifah dan Tahafut al-Falasifah yang membicarakan teori falsafah dan penyelewengan falsafah Barat
tentang fizik dan metafizik. Karya falsafah lain termasuk Al-Munqiz Min ad-Dalal.
• Pertembungan antara kerajaan Abbasiyah dengan kebudayaan luar (Parsi dan Yunani) telah membawa pelbagai
perubahan terutama dalam bidang keilmuan.
ILMU PERUBATAN
• Ilmu perubatan merupakan salah satu ilmu yang paling menyerlah pada zaman kerajaan Abbasiyah.
• Antara tokoh perubatan terkemuka ialah Al-Hazen (960-1034M) dan beliau juga digelar Ibn al-Haytham
(Alhacen) merupakan pakar sakit mata. Antara karya beliau ialah Kitab al-Manazir (Book of Optics) dan
Risalah fi l-Daw’ (Treatise on Light) iaitu ilmu yang mengkaji pengaruh Cahaya terhadap mata
ILMU ASTRONOMI
• Abu Raihan al-Biruni (973-1048M) menghasilkan karya agungnya, Rasa’il al-Biruni (Ensiklopedia Astronomi dan
Matematik). Kejayaan terpentingnyaialah menentukan musim dan pasang surut air laut, kedudukan garis lintang
dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalender, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat
ketumpatan.
• Nasiruddin ath-Thusi (1201-1274M) telah menghasilkan 16 buah buku astronomi, 14 buah buku matematik serta
pelbagai bidang ilmu lain seperti biologi, kimia, matematik dan falsafah.
ILMU MATEMATIK
• Tokoh matematik terkenal ialah Umar Khayyam (1048- 1131M). Sumbangan uatamanya adalah dalam bidang
algebra. Beliau menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra termasuk geometric bagi
persamaan kiub. Umar Khayyam telah mengenalpasti 13 jenis bentuk persamaan kiub.
• Kitab Mazalat fi al-Jabar wa al-Muqabila’ merupakan karya algebra teragungnya dan menjadi rujukan penting
dalam perkembangan bidang algebra.
• Dalam bidang geometric beliau banyak membuat kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.
ILMU SEJARAH
• Kajian mendalam terhadap al-Quran dan Sunnah telah mengilhamkan beberapa ulama untuk menerokai
bidang ilmu sejarah.
• Tokoh sejarawan terkenal iaitu Miskawayh (932- 1030M) telah menghasilkan karya bertajuk Tarajib al-
Umam (Pengalaman Bangsa). Beliau antara sejarawan Islam terawal menulis peristiwa-peristiwa yang
dilihat sendiri.
• Ibn al-Athir al-Jazari (1160- 1234M) menghasilkan karya bertajuk al-Kamil fi al-Tarikh dan Abu al-Fida’
(1273- 1331M) pula menghasilkan karya Mukhtasar Tarikh al-Bashar dan Taqwim al-Buldon.
ILMU GEOGRAFI
• Yaqut al-Hamawi telah menulis karya yang bertajuk Mu’jam al-Buldan dan sarjana Barat telah menganggap
karya ini sebagai sebuah karya yang terbaik pernah ditulis oleh ahli geografi Islam.
• Selain itu, terdapat juga karya-karya lain seperti Ahsan al-Taqasaim fi Ma’rifati al-Aqalim yang ditulis oleh
al-Maqdisi.
• Seorang arkeologi Islam yang bernama al-Hamdani pula telah menulis sebuah karya yang bertajuk Sifat
Jazirat al-Arab.
ILMU SASTERA
• Terdapat beberapa tokoh sasterawan yang berpengaruh lahir pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah.
• Farid al-Din al-’ Aththar (1142- 1220M) merupakan penyair sufi terhebat dan karya penulisannya yang popular
ialah Mantiq al-Thayr dan Tadzkirat al-Awliya. Karya ini telah berjaya mempengaruhi hampir semua sufi
generasi selepasnya termasuk Jalaluddin al-Rumi.
• Tema penulisannya berkaitan “penderitaan suci”, ‘kerinduan Ilahi’ dan pencarian Rohani yang tiada henti.
Semua karyanya berbentuk syair kecuali Tadzkirat al-Awliya
KESIMPULAN
• Perkembangan ilmu aqli pada zaman Abbasiyah secara tidak langsung membuktikan bahawa Islam
merupakan agama yang progresif dan dinamik
• Baghdad merupakan antara tempat utama untuk menyerap peradaba Islam bagi bangsa Eropah melalui
perkembangan ilmu aqli dari tokoh-tokoh ilmuwan Islam.
PERK E MBAN G A N IL M U A Q LI ZAMA N K HA LI FA H
U MAY YA H DI AN D A LU S I A PA D A A BAD K E 11 – 13 M
• Pada abad ke-11 hingga ke-13 masihi menyaksikan pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam di Andalus seperti
kerajaan Muluk ak-Tawa’if, kerajaan al-Murabitun, kerajaan al- Muwahidun serta kerajaan Bani al-Ahmar atau
dikenal sebagai Nasriyah. Tempoh masa ini menyaksikan perkembangan bidang keilmuan Aqli (bukan agama)
sebagaimana zaman-zaman sebelumnya.
PERKEMBANGAN ILMU AQLI
• Perkembangan ilmu aqli khususnya ilmu falsafah menyaksikan kemunculan beberapa orang ahli falsafah yang
unggul seperti Ibn Tarafail yang menulis buku Hayy Ibn Yaqzan. Karya beliau telah diterjemahkan dalam Bahasa
Latin, Belanda, Inggeris, Jerman, dan Perancis.
• Dalam karya tersebut, beliau memaparkan aliran-aliran pemikiran sezaman menerusi beberapa kisah. Beliau
menyatakan bahawa “walaupun falsafah agama adalah benar, tetapi ia tidak boleh digunakan secara langsung untuk
membimbing urusan dan kehidupan rakyat biasa”.
• Tokoh yang lebih terkenal ialah Ibn Bajjah. Dalam tamadun barat, beliau dikenali sebagai Avempace serta merupakan
komentator karya-karya Aristole, ahli Muzik dan Fizik. Karya beliau yang utama ialah Tadbin al-Mutawahid. Beliau
merupakan guru kepada Ibn Tufail dan dianggap setaraf dengan Ibn Rusyd, Ibn Sina dan al-Farabi.
• Sebagai ahli falsafah, minatnya tertumpu kepada idea dan pemikiran berkaitan aspek-aspek kemanusiaan. Beliau
menumpukan kajian khusus tentang bentuk-bentuk kerohanian dan idea-idea yang terdapat dalam pemikiran
manusia.
• Pada zaman ini juga muncul Ibn Rusyd yang mengulas dan memberi jawapan terhadap “serangan” Imam al-
Ghazali dalam karyanya yang bertajuk Tahafut al-Tahafut dan komentamya terhadap karya Aristotle.
• Pengaruhnya yang besar telah menyebabkan munculnya aliran falsafah di Eropah yang dikenal dengan nama
Averoisme.
KESIMPULAN
• Perkembangan ilmu naqli dan aqli pada zaman kerajaan Andalus menggambarkan sesuatu ilmu itu tetap
berkembang sepanjang zaman dan umat Islam terus menuntut dan mendalami ilmu.
• Kemunculan golongan cerdik pandai Islam pada zaman itu telah mendorong perkembangan ilmu naqli dan
aqli.
THANK YOU!
11