Sindrom Down

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

Oleh: Nancy Leong Nani Binti Hasanuddin Rosnijah Wasimin

PENGENALAN
 Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.  Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.  Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.

APA ITU SINDROM DOWN?


Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat di dalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).

BAGAIMANA SINDROM DOWN DISAHKAN


o Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. o Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid)

APAKAH YANG MENYEBABKAN SINDROM DOWN


1. Ibu-ibu yang mengandung pada umur 35 tahun ke atas . 2. Kelebihan kromosom 21 (95%). Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. 3. Mekanisma yang dinamakan "Translocation (5%). Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. 4. Mekanisma yang dinamakan "mosaic".

KROMOSOM MANUSIA

Karyotype sindrom Down

CIRI-CIRI SINDROM DOWN


Sifat pada kepala, muka dan leher
Iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam . Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek

Sifat pada tangan dan lengan


Mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease".

Sifat pada kaki


Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki

Sifat pada otot


Mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar

3 JENIS SINDROM DOWN


- Trisomy 21 (95%) - Translocation (4%) - Mosaicism (1%) Kesemua kanak-kanak dengan SD mengalami kelambatan pertumbuhan secara keseluruhan Umur biologikal tidak sama dengan umur akal (jurang 3-4 tahun)

MASALAH LAIN YANG BERKAITAN


o Sakit jantung berlubang o Mudah mendapat selesema, radang paru-paru o Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur o Kecacatan pertumbuhan perut o Mudah mendapat jangkitan o Masalah pendengaran dan penglihatan o Gangguan fungsi Tiroid o Barah (kanser)

Tingkahlaku Kanak-Kanak SD
Mempunyai kesukaran berkomunikasi Mempunyai kesukaran mengurus diri umur biologikal & umur akal juga latihan di rumah mempengaruhi Sistematik yang biasa disalah fahami sebagai degil Lambat di dalam proses melakukan sesuatu aktiviti

Kerapkali bercakap bersendirian seolaholah berkomunikasi dengan seseorang Dari segi emosi, mempunyai perasaan serta memahami setiap perbualan Mempunyai pemikiran yang mudah & sukar memikir secara abstrak atau berbelibelit Menuntut apa yang dijanjikan kepadanya

Tingkahlaku Murid SD
Dapat menguruskan diri serta melakukan apa sahaja sekiranya dilatih dan dididik dengan nilai-nilai murni umpamanya mencium tangan, bersalam, makan sendiri, ucapkan terima kasih, minta maaf Belajar melalui pemerhatian - contoh

Cara Penambahbaikan Pengajaran & Pembelajaran Untuk KanakKanak Dengan SD:


Umur biologikal tidak sama dgn umur akal; Setiap orang dari mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan berlainan. Oleh itu memerlukan RPH yang bersesuaian Memerlukan bahan pengajaran yang berpandukan deria penglihatan dan bukan deria pendengaran Mempunyai kesukaran mengeluarkan kata-kata (tidak dapat bertutur sebagaimana beliau memahami pertuturan

Mereka mempunyai daya ingatan yang singkat dan pengajaran perlu diulangi; Perlu diberi peluang untuk menggunakan respon motor umpamanya menggunakan isyarat tangan; Pengajaran & pembelajaran perlu menyeronokan untuk mereka mengikuti secara aktif. Kelambatan penguasaan bahasa menyebabkan mereka mempunyai pengetahuan am yang kurang jika dibanding dgn murid biasa

Mereka mempunyai daya ingatan yang singkat dan pengajaran perlu diulangi; Perlu diberi peluang untuk menggunakan respon motor umpamanya menggunakan isyarat tangan; Pengajaran & pembelajaran perlu menyeronokan untuk mereka mengikuti secara aktif.

MEMBANTU KANAK-KANAK SD BERTUTUR:


Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil: o Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka. o Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka. o Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab. o Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami. o Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.

o Latihan berterusan. o Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif. o Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru. o Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka. o Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.

MASALAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN


Kanak-kanak SD secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap.

Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga. Mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar.

RUJUKAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Sindrom down. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Down.8 Jun 2010 Jelita. Mengenali sinrdom down.http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/sindr om_down.asp. Januri 1997 PHKKS. Syndrome down-maklumat dan fakta. http://www.phkks.org/bm/info_syndown.html . 2010 Ari. Keperluan khas kanak-kanak sindrom down. http://ceritarasahati2.blogspot.com/2010/03/kerperluan-khasanak-sindrom-down.html. 14 Mac 2010 Ramli. Sindrom down. http://www.dr.com.my/index.php?option=com_content&task=view &id=258&Itemid=26. 7 Januari 2009 Azizi. Bermasalah pembelajaran. http://www.spe-ed.net/ldbp.php. 2010 Zulkiple Ibrahim. Membantu anak sindrom down ikhlas dari hati. http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2010/3/19/m star_rencana/20100319100157&sec=mstar_rencana. 19 Mac 2010

You might also like