Falsafah Pendidikan Barat

Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 31

Falsafah Pendidikan Barat

Grace Goh Seh Nee Yii Chii Ping

Pengenalan

Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada falsafah tradisional dan falsafah moden. Kedua-dua berbeza dari segi cara mereka melihat perhubungan di antara matlamat dan kaedah. Falsafah tradisional mengambil kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan individu. Manusia bebas memilih kaedah untuk mencapai matlamat Falsafah moden, menyuarakan bahawa individu boleh menentukan kedua-dua matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat.

Perennialisme Falsafah Pendidikan Tradisional Barat Essentialisme Isi Kandungan Progressivisme Falsafah Pendidikan Moden Barat Rekonstruksionisme

Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

1. Perennialisme
Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiada had masa.

Ciri yang mendefinisikan manusia adalah rasionaliti.

Konsep:

Oleh yang demikian, rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui pendidikan.

Matlamat Pendidikan:
Perennialisme percaya bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tiada had masa. Guru dilihat sebagai seorang yang berkuasa dalam bidangnya. Pengetahuan dan kepakarannya tidak boleh dipersoalkan. Guru membantu murid berfikir secara rasional berdasarkan kaedah Sokratik. Sebagai pakar mata pelajaran, ia perlu mahur membimbing perbincangan. Nilai tradisional juga diajar secara eksplisit.

Fokus perennialisme ialah perkembangan diri:


Ini adalah kerana orang adalah manusia. Oleh itu, orang perlu diajar mengenai kemanusiaan dahulu, bukan mesin atau teknik. Orang juga adalah pertamanya orang, dan keduanya pekerja. Oleh itu, topiktopik liberal harus diajar dahulu sebelum topik-topik vokasional. Topik-topik penting adalah topik yang membincangkan perkembangan seseorang. Oleh itu, prinsip perlu diajar, bukannya fakta.

2. Essentialisme

Konsep

Essentialisme melihat kepada apa yang perlu penting dalam hidup untuk kehidupan yang sempurna dan baik.

Matlamat pendidikan: Bertujuan menggalakkan perkembangan intelek setiap individu dan mendidikan seseorang yang kecekapan. Program di bawah fahaman essentialisme biasanya mengajar kanak-kanak secara ansur maju, daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks.

Essentialisme juga berusaha mengekalkan sekolah sebagai fungsi akademik. Guru dianggap sebagai berkuasa dalam mata pelajaran dan pengajarannya. Ia berkuasa di dalam bilik darjah, dan menentukan kurikulum. Guru juga bertanggungjawab mengajar nilai-nilai tradisional. Oleh itu, seorang guru dianggap sebagai model yang bernilai untuk dicontohi. (William Bagley 1874-1946)

Falsafah Pendidikan Barat Moden

Falsafah Pendidikan Barat Moden

Falsafah pendidikan barat moden terdiri daripada beberapa mazhab.

Setiap mazhab mempunyai ciri-ciri dan pandangannya sendiri.

Walau bagaimanapun, kebanyakan mazhab mempunyai pertalian kerana mereka berkembang daripada mazhabmazhab lain.

Mazhab-mazhab tersebut adalah pragmatisme, progressivisme dan rekonstruktivisme sahaja.

1. Progressivisme
Progressivisme percaya bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif. Pengetahuan akan membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan.

Progressivisme berkembang daripada pragmatisme (berfikir mengenai penyelesaian masalah dengan cara praktikal dan munasabah).

Konsep:

Matlamat Pendidikan: Oleh kerana pengetahuan menerangkan realiti masa kini, kanak-kanak perlulah diajar bagaimana cara berfikir dan bukannya apa yang perlu difikirkan. Dengan ini, pendidikan haruslah menyediakan murid yang boleh menyesuaikan dirinya dengan perubahan situasi. Progressivisme beranggapan bahawa manusia secara semula jadinya adalah baik. Ia berpegang kepada pandangan bahawa kanakkanak akan memilih apa yang terbaik untuk mereka.

Pandangan progressivisme
a) Kurikulum Berdasarkan minat murid Isi kandungan yang interdisiplin Melibatkan aplikasi masalah Marusia Menggalakkan pelbagai alternatif yang berkait seperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah dan kaedah projek Menekankan pengalaman langsung Tumpuan kepada pembelajaran aktif dan relevan Menggunakan pendekatan induktif untuk pengajaran

b) Peranan Guru Sebagai pembimbing kepada penyelesaian masalah dan inkuiri saintifik.
Murid digalakkan menbina penerangan serta kefahaman sendiri tentang sesuatu fenomenal. Ini membolehkan murid menggunakan pembinaan pengetahuan baru untuk bidang pembelajaran lain. Di sini fokusnya ialah murid sebagai relajar dan bukan sebagai isi kandungan.

c) Peranan Sekolah Menggalakkan kolaborasi


Aktiviti pembelajaran kumpulan secara kolaboratif digalakkan. Kurang penekanan kepada pembelajaran persaingan individu.

Pereka cipta dan pelaksanaan prosedur yang demokratik


Bebas membincang Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama Menggalakkan penyertaan menyeluruh dalam aktiviti pendidikan Penyertaan masyarakat Reformasi sosial

2. Rekonstruksionisme
Konsep:
Rekonstruksionisme adalah hasil pertumbuhan daripada progressivisme.

Matlamat Pendidikan: Rekonstruksionisme berhasrat untuk memperbaiki dan membangunkan semula masyarakat. Ia menunjukkan pembentukan satu corak budaya baru dan penghapusan penyakit masyarakat sabagai tujuan utama pendidikan.

Rekonstruksionisme melihat sekolah sebagai penggerak penting untuk memajukan kehidupan manusia melaui pendidikan dan reformasi sosial. Rekonstruksionisme memilih sekolah sebagai tempat untuk membentuk masyarakat baru. Fungsi utama sekolah termasuklah:
Untuk mengenalpasti masalah masyarakat yang utama yang menyebabkan krisis budaya Untuk memupuk sikap dan kemahiran yang boleh menyelesaikan masalah tersebut

Kurikulum:
Menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial Berfokuskan trenda masa kini dan masa depan, merangkumi isu-isu kebangsaan dan antarabangsa Menggalakkan kemahiran dan mata pelajaran yang diajar adalah yang boleh mengenal pasti dan menyelesaikan masalah masyarakat Menggalakkan pembelajaran aktif dengan mengambil kira mengemai masyarakat masa kini dan juga masa hadapan

KUIZ

Falsafah Pendidikan Tradisonal Barat terdiri daripada : I. II. III. IV. a) b) c) d) Perennialisme Progressivisme Essentialisme Rekonstruksionisme l & ll l & lll ll & lV lll & lV

Fokus perennialisme ialah: a) b) c) d) Perkembangan keluarga Perkembangan diri Perkembangan negara Perkembangan agama

Yang berikut, mana satu yang bertujuan menggalakkan perkembangan intelek setiap individu dan mendidikan seseorang yang kecekapan? a)Perennialisme b)Essentialisme c)Progressivisme

Falsafah Pendidikan Moden Barat terdiri daripada mazhab-mazhab berikut kecuali: a)Pragmatisme b)Progressivisme c)Rekonstruktivisme d)Perennialisme

Berikut adalah konsep progressivisme kecuali : a)Percaya bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif. b)Pengetahuan akan membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan. c) Adalah hasil pertumbuhan daripada progressivisme.

Matlamat pendidikan Rekonstruksionisme adalah: I. II. III. a) b) c) Berhasrat untuk memperbaiki dan membangun semula masyarakat. Mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tiada had masa. Menunjukkan pembentukan satu corak budaya baru dan penghapusan penyakit masyarakat l & ll l & lll ll & lll

Menurut rekonstruksionisme, apakah fungsi utama sekolah? a)Untuk mengenalpasti masalah masyarakat yang utama yang menyebabkan krisis budaya b)Untuk melahirkan individu intelek dalam pendidikan c)Untuk memupuk nilai-nilai yang penting dalam kehidupan dalam seseorang individu

BETUL

SILA CUBA LAGI

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai