Konsep Pendidikan Dari Perspektif Barat

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 11

KONSEP PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF BARAT

DISEDIAKAN OLEH AMIRUDIN OTHMAN 3PPISMP RBT 2

Falsafah Pendidikan Barat


Falsafah pendidikan barat mempunyai asasnya dalam falsafah umum. Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka melihat perhubungan di antara matlamat dan kaedah. Falsafah tradisional mengambil kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan individu. Manusia bebas memilih kaedah untuk mencapai matlamat , sebaliknya, falsafah moden menyuarakan bahawa individu boleh menentukan kedua-dua matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat.

Falsafah Pendidikan Tradisonal Barat


Perennialisma Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiada had masa. Ciri yang mendefinisikan manusia adalah rasionaliti, oleh yang demikian , rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui pendidikan Perennialisme percaya bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tiada had masa. Fokus perennialisme adalah perkembangan diri.

Essentialisma
Essentialisme melihat kepada keperluan dan kepentingan dalam hidup untuk kehidupan yang sempurna dan baik. Essentialism mengambil kira pendidikan sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan. Ia merupakan teori yang mepertikaikan bahawa tujuan utama pendidikan adalah menyampaikan budaya dan ilmu kepada setiapa generasi baru. Essentialism menggalakkan perkembangan intelek setiap individu dan mendidik seseorang agar cekap. Melibatkan pengajaran mata pelajaran asas yang tradisional yang berguna pada masa lampau dan yang akan berguna pada masa akan datang. Mata pelajaran yang penting adalah Membaca , Menulis dan Matematik (3M) serta Sastera, Bahasa Asing, Sejarah, Sains , Seni dan Muzik. Essentialism berusaha mengekalkan sekolah sebagai fungsi akademik. Guru dianggap sebagai yang berkuasa dalam matapelajaran dan pengajarannya. Ia berkuasa didalam bilik darjah, menentukan kurikulum dan mengajar nilainilai tradisional. Oleh itu, seorang guru dianggap sebagai model yang bernilai untuk dicontohi.

Falsafah Pendidikan Barat Moden


Falsafah pendidikan barat moden mempunyai banyak mazhab yang berbeza dengan ciri-ciri dan pandangan yang sendiri, namun ianya mempunyai pertalian kerana mereka berkembang daripada mazhab-mazhab lain. Mazhab-mazhab yang dimaksudkan adalah: pragmatism progressivism rekonstruktivism

Progressivism
Progressivism berkembang daripada mazhab pragmatism (berfikir mengenai penyelesaian masalah dengan cara praktikal dan munasabah). Pengetahuan akan membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan. Oleh kerana pengetahuan menerangkan realiti masa kini, maka kanak-kanak perlulah diajar bagaimana cara berfikir dan bukannya apa yang perlu difikirkan. Progressivism juga beranggapan bahawa manusia secara semula jadinya adalah baik. Ia berpegang kepada pandangan bahawa kanak-kanak akan memilih apa yang terbaik untuk mereka.

Pandangan Progressivism
Peranan Kurikulum - Melibatkan aplikasi masalah manusia. - Mengalakkan pelbagai alternative yang berkait seperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah dan kaedah projek. - Menekankan pengalaman langsung, tumpuan kepada pembelajaran aktif dan relevan, Peranan Guru

-Sebagai pembimbing kepada penyelesaian masalah dan inkuiri saintifik murid digalakkan membina penerangan serta kefahaman sendiri tentang sesuatu fenomena, bagi membolehkan murid mengguna pembinaan pengetahuan baru untuk bidang pembelajaran lain fokusnya ialah murid sebagai pelajar dan bukan sebagai isi kandungan

Peranan Sekolah

-Menggalakkan kolaborasi iaitu aktiviti pembelajaran kumpulan secara kolaboratif dan bagi mengurangkan penekanan kepada pembelajaran persaingan individu.
-Pereka cipta dan pelaksana prosedur yan demokratik iaitu bebas berbincang, merancang akitiviti pengajaran dan pembelajaran bersama, menggalakkan penyertaan menyeluruh dalam aktiviti pendidikan, penyertaan masyarakat dan reformasi sosial.

Rekonstruksionism
Adalah hasil pertumbuhan daripada progressivism yang berhasrat untuk memperbaiki dan membangunkan semula masyarakat. Menunjukkan pembentukan satu corak budaya baru dan penghapusan penyakit masyarakat sebagai tujuan utama pendidikan. Melihat sekolah sebagai penggerak penting untuk memajukan kehidupan manusia melalui pendidikan dan reformasi sosial. Rekonstruksionism memilih sekolah sebagai tempat untuk membentuk masyarakat baru.

Peranan sekolah. untuk mengenal pasti masalah masyarakat yang utama yang menyebabkan krisis budaya untuk memupuk sikap dan kemahiran yang boleh menyelesaikan masalah tersebut
Peranan Kurikulum. menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial. mengalakkan kemahiran dan mata pelajaran yang diajar adalah yang boleh mengenal pasti dan menyelesaikan masalah masyarakat mengalakkan pembelajaran aktif dengan mengambil kira mengenai masyarakat masa kini dan juga masa hadapan.

Sekian..

Anda mungkin juga menyukai