Ringkasan Soalan Sahaja

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 7

Soalan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan.

Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan. Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu. Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna. Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu. Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Soalan 2

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah berpersatuan dalam kalangan belia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pelbagai mekanisme boleh dilakukan dalam usaha mengisi erti kemerdekaan negara. Belia memainkan peranan penting dalam memastikan kemerdekaan terpelihara dan pembangunan negara menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Antara kaedah bagaimana belia dapat memastikan kelangsungan pembangunan negara berjalan rancak dan meningkatkan makna kemerdekaan ialah menerusi kegiatan berpersatuan. Berpersatuan dapat meningkatkan pembabitan belia dalam kegiatan sukarela dan kebajikan. Di samping itu, kegiatan berpersatuan mampu membudayakan sikap murni belia selaras dengan usaha mewujudkan masyarakat prihatin. Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan memberitahu hanya 2.5 juta daripada belia negara ini yabg berdaftar sebagai ahli dalam pelbagai persatuan belia. Jumlah itu menunjukkan belia di negara ini tidak gemar menyertai persatuan. Oleh itu, Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa berusaha menggerakkan pelbagai program bagi memupuk minat belia untuk berpersatuan. Pihak kerajaan juga tidak pernah meminggirkan peranan yang dimainkan oleh pihak belia dalam pembangunan negara, sebaliknya segala perancangan dan dasar yang dibuat kerajaan, belia turut diberi perhatian. Dalam mengimarahkan lagi

pembabitan golongan muda dalam persatuan, pertubuhan belia perlu mengorak langkah lebih aktif untuk menarik golongan belia dalam berpersatuan. Dalam diri belia pula perlu ditanam bahawa kegiatan berpersatuan sebagai sebahagian ibadat. Berpersatuan dapat melahirkan masyarakat yang hidup dalam suasana yang harmoni. Pemimpin pelajar yang aktif berpersatuan ketika di kampus dapat meningkatkan keyakinan apabila menempuh alam pekerjaan mahupun kehidupan. Kesan daripada berpersatuan membawa kepada pembentukan peribadi yang lebih

berwibawa. Malah berpersatuan dapat meluaskan pengetahuan dan menambah pelbagai kemahiran diri. Namun, mahasiswa yang aktif dalam persatuan mesti diiringi pencapaian akademik yang cemerlang. Seterusnya, peranan belia sentiasa penting sama ada ketika menuntut kemerdekaan atau dalam pembangunan negara pada masa kini. Sebenarnya, persatuan belia sejak dahulu memainkan peranan penting dalam membantu pemimpin masyarakat menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Belia Tidak Aktif Rugikan Negara,oleh Dr. Saipon, Berita Harian, 30 April 2011)

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan berikut: i) Berikan maksud rangkai kata meminggirkan peranan, mengikut konteks dalam petikan di atas. ii) [2 markah] Nyatakan usaha-usaha yang dilakukan untuk mengalakkan golongan belia menyertai kegiatan berpersatuan. iii) [4 markah]

Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pihak ibu bapa dan sekolah supaya pelajar aktif dalam kegiatan berpersatuan? [4 markah]

soalan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Soalan 4

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca penyakit sosial dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Penyakit atau masalah sosial dalam kalangan remaja bukan sesuatu yang luar biasa dalam masyarakat hari ini. Malah, gejala penyakit sosial ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong fenomena ini semakin berleluasa. Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang perhatian daripada ibu bapa, khususnya ibu bapa yang bekerja di bandar. Ibu bapa kini sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibat kesibukan dan keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati. Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif tersebut akibat daripada pergaulan bebas dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa memberi wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang. Ada segelintir remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, contohnya perceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Remaja yang bergaul dengan rakan yang bersikap negatif juga akan turut bersikap negatif. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah lalu mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh. Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga patut dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar dapat melibatkan diri dan mengelakkan mereka melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Langkah ini amat perlu kerana semua agama mengajar penganutnya supaya berkelakuan baik. Tegasnya, anak-anak muda atau golongan remaja ini haruslah dididik dan dijaga dengan baik kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara suatu hari nanti.

Bahagian A (ii) Pemahaman 1. 2. 3. Berikan maksud tidak mahu mengambil tahu dalam petikan. [2 markah] Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membendung gejala sosial dalam kalangan remaja? [4 markah] Pada pendapat anda, sebagai pelajar dan juga remaja apakah yang patut golongan remaja lakukan untuk mengatasi gejala sosial ini? [4markah]

soalan 5

Bahagian A (i): Meringkaskan Karangan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan kitar semula. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia dianggarkan menghasilkan sebanyak 15 000 tan sampah dalam sehari. Jumlah ini dijangka akan meningkat pada kadar dua peratus pada setiap tahun. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan program kitar semula sebagai satu cara mengelakkan pembaziran wang dan tenaga kerja yang banyak untuk menguruskan sampah yang semakin banyak.

Selaras dengan pelancaran tersebut, pihak berkuasa tempatan telah mengambil langkahmeletakkan tong-tong kitar semula di tempat-tempat yang sesuai seperti di kompleks beli-belah, sekolah dan pusat perniagaan. Setiap set tong kitar semula terdiri daripada tiga buah tong iaitu tong coklat untuk bahan-bahan kaca, tong biru untuk kertas, serta tong jingga untuk plastik dan logam. Selain dapat mengurangkan jumlah tapak pelupusan sampah, program kitar semula juga bermatlamat untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada masyarakat.

Apabila tong-tong kitar semula itu penuh, bahan-bahan yang terkumpul akan dibawa ke pusat pengumpulan barang terpakai. Barangan kitar semula yang dibawa akan dinilai dan pusat pengumpulan akan memberikan bayaran kepada syarikat yang membawanya. Pengguna yang membawa barangan terpakai terus ke pusat pengumpulan akan mendapat bayaran yang berpatutan juga. Sehubungan itu, kerajaan telah menawarkan beberapa galakan yang lain seperti pengecualian cukai bagi mesin dan peralatan yang digunakan untuk kitar semula.

Selain pihak kerajaan, pihak swasta digalakkan turut serta dalam rangkaian aktiviti kitar semula. Misalnya, mereka menggalakkan pekilang-pekilang menggunakan bahan kitar semula sebagai asas dalam pembuatan produk mereka. Dalam hal ini, negara dapat juga menjimatkan penggunaan bahan mentah.

Bahagian A(ii): Pemahaman

1. 2. 3.

Berikan maksud rangkai kata mengambil langkah dalam petikan. [2 markah] Apakah matlamat-matlamat program kitar semula? [4 markah] Program kitar semula di negara tidak mendapat sambutan daripada seluruh masyarakat. Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]

Soalan 6

Bahagian A (i): Ringkasan (20 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kesan pengambilan minuman beralkohol. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Arak adalah sejenis minuman yang beralkohol dan boleh memabukkan. Kandungan gula yang tinggi dalam minuman beralkohol ini juga boleh memudaratkan dan menjejaskan kesihatan si peminum. Oleh itu, agama Islam mengharamkan umatnya minum minuman keras.

Jika wanita hamil minum minuman keras, maka pertumbuhan bayi dalam kandungannya turut terbantut. Risiko bayi mengalami kecacatan atau menghidap penyakit sangat tinggi. Hal ini demikian kerana alkohol yang mengalir ke dalam tubuh si ibu akan memberi kesan kepada fizikal bayi serta menjejaskan kesihatannya.

Sekiranya pelajar yang minum minuman keras pula, mereka tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar sekali gus menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka. Pengambilan alkohol juga boleh memporak-porandakan sesebuah keluarga jika Jika dalam sesebuah keluarga itu ada pemabuk.

Pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk setelah minum arak pula tidak dapat memberikan tumpuan semasa memandu. Perbuatan mereka ini melanggar undang-undang jalan raya serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Akibatnya, kemalangan mudah berlaku dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. Oleh sebab minuman beralkohol ini sangat berbahaya, sepatutnya kerajaan mengharamkan penjualan dan pengedarannya di seluruh negara. Jika tindakan ini segera dilaksanakan sudah tentu rakyat dapat menjimatkan wang. Tindakan tersebut juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga hidup dengan sihat dan produktif kerana bebas daripada alkohol. Seterusnya, masalah sosial yang berkait rapat dengan minuman keras ini juga dapat diatasi.

Bahagian A (ii): Pemahaman (10 markah)

1. 2. 3.

Berikan maksud hilang keupayaan berfikir dalam petikan. [2 markah] Apakah kebaikan-kebaikannya jika kerajaan mengharamkan penjualan dan pengedaran arak di seluruh negara? [4 markah] Masih ramai rakyat Malaysia yang gemar minum minuman beralkohol walaupun mereka mengetahui bahawa minum minuman beralkohol memberi kesan buruk kepada kesihatan. Pada pandangan anda mengapakah keadaan ini berlaku?

Soalan 7

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentangmengapa remaja perlu membaca bahan bacaan yang bermutu?. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Jika remaja tidak berminat membaca mereka akan ketinggalan tentang perkembangan pesat yang berlaku di dunia pada hari ini. Dunia pada era globalisasi ini adalah bertunjangkan maklumat dan ilmu sebagai asas perkembangannya. Sekiranya remaja tidak gemar membaca, tambahan pula jika mereka hanya membaca bahan bacaan yang ringan dan bercorak hiburan, gosip, hal-hal picisan, tahayul, kisah-kisah artis dan penghibur semasa, ilmu mereka tidak akan berkembang.

Remaja perlu membaca bahan-bahan bacaan yang bermutu untuk melatih diri supaya berfikir dan menganalisis. Generasi yang membaca bahan bacaan yang bermutu akan dapat menghasilkan idea-idea yang bermakna untuk diri, masyarakat dan negara. Dalam bahan bacaan yang bermutu terkandung maklumat dan ilmu yang amat berguna untuk remaja.

Masyarakat Barat dan Jepun amat gemar membaca. Membaca bukan saja menjadi tabiat sebahagian masyarakat mereka di segenap peringkat, tetapi juga menjadi santapan jiwa. Bagi mereka, mendapat bahan bacaan yang digemari ibarat mendapat teman yang sangat dikasihi. Kalau remaja rajin membaca bahan bacaan yang bermutu nescaya pada masa hadapan mereka mampu menempa kejayaan dan perubahan yang berguna untuk masyarakat dan negara seperti orang Barat dan Jepun tersebut.

Tabiat membaca mesti dipupuk dan dilatih sejak kecil lagi. Anak-anak yang masih kecil patut didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang bermutu supaya daya pemikiran mereka akan berkembang dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Sekiranya remaja membaca bahan bacaan yang tidak bermutu mereka hanya berupaya memikirkan perkara-perkara yang remeh sahaja. Justeru, apabila dewasa mereka tidak akan berupaya menghadapi desakan hidup yang kian mencabar.

Sebagai negara yang sedang menuju tahap negara maju dan berpendapatan tinggi Malaysia seharusnya memiliki generasi muda yang berminat membaca kerana kemajuan negara banyak bergantung kepada kemampuan ilmu pengetahuan dan pemikiran rakyatnya supaya kita tidak akan terpinggir daripada arus maklumat, ilmu dan juga kemajuan pada era globalisasi yang sedang kita tempuh. Proses memajukan negara harus seimbang dengan darjah kemampuan rakyatnya berfikir.

Bahagian A (ii)

1. 2. 3.

Berikan maksud mampu menempa kemajuan dalam petikan. [2 markah] Apakah kesan-kesannya sekiranya remaja kita hanya berminat membaca bahan bacaan yang tidak bermutu? [4 markah] Kebanyakan remaja kita kini kurang gemar membaca. Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]

Anda mungkin juga menyukai