Latihan Novel Ting 2 Meniti Impian

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12

TEMA

Tema novel Meniti Impian ialah keazaman dan kegigihan seorang remaja berusaha mengejar impian dan
cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Huraian yang mengukuhkan tema tersebut:

 Tema tersebut dijelmakan melalui watak Zahar yang gigih menuntut ilmu dalam bidang
pertukangan perabot di IKM kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot
yang cemerlang.
 Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usaha Zahar membantu Pak Yusuf dalam menyiapkan
perabot yang ditempah oleh orang kampung dan jiran Pak Yusuf setiap kali pulang bercuti di
kampung.
 Walaupun Zahar tidak dapat meneruskan persekolahan di peringkat yang lebih tinggi,dia tidak
berputus asa sehingga berjaya mendapat sijil MLVK di IKM.
 Zahar tidak berputus asa belajar dengan tekun di IKM walaupun dipandang rendah dan hina oleh
Suhaili yang berkelulusan ITM.
 Setiap nasihat daripada Cikgu baharum di dalam kelas diikuti dan difahami dengan bersungguh-
sungguh kerana Zahar ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajarannya.
 Sebelum menghadapi peperiksaan,Zahar sudah berasa yakin kerana sejak awal lagi,dia sudah
belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.
 Penghinaan Suhaili terhadap kelulusan IKM yang susah mendapat pekerjaan dijadikan sebagai
penguat semangat bagi Zahar untuk berusaha dengan gigih untuk berjaya walaupun hanya belajar di
IKM.
 Walaupun hanya membuat latihan dalam loi di ilang tersebut,namun Zahar tetap belerja
bersungguh-sunggh sehingga dia ditawarkan pekerjaan tetap di kilang tersebut tetapi dia telah
menolaknya.
 Akhirnya Zahar berjaya memperoleh kelulusan yang cemerlang dan pulang ke kampung dengan
membina bengkel perabotnya sendiri yang dibina atas tanahnya sendiri bernama Bengkel Meniti
Impian.
PERSOALAN

Persoalan ialah isu-isu sampingan dalam cerita.Sesebuah novel atau cerita itu boleh mempunyai banyak
persoalan.

1. Ketekunan/Kegigihan membawa kejayaan. Contoh; Zahar sangat tekun /gigih berusaha menuntut
ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel
perabotnya sendiri.
2. Minat dan kebolehan membuahkan hasil. Contoh, Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara
kecil-kecilan walaupun dia tidak mempunyai sijil kemahiran dalam bidang tersebut dan Zahar sangat
meminati bidang pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi
pelajar cemerlang di IKM
3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja. Contoh, Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili
tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza dan Norimi menaruh
perasaan kepada Zahar tetapi amat cemburu.
4. Keharmonian hidup masyarakat di kampung. Contoh, Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung
di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang membantu dalam menyediakan
hidangan untuk majlis tersebut. Atau, Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk
mendirikan bengkel perabotnya dan Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah hari.
5. Keikhlasan dalam persahabatan. Misalnya, Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani
latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya. / Zahar dan rakan-rakan di IKM serta
di kampung saling memberi sokongan antara satu sama lain.
6. Kepentingan ilmu dan pelajaran, Contohnya;Setiap kali pulang ke kampung.Zahar tidak pernah
lupa menasihati adik-adiknya supaya tidak mengabaikan pelajaran. Walaupun gagal memasuki
Tingkatan 6, Zahar meluahkan hasrat untuk memasuki Tingkatan 6 swasta tetapi terbantut kerana
kemiskina
 Tauke Lim berharap agar anak perempuannya yang bercita-cita menjadi akauntan akan lulus dalam
peperiksaan SPM
 Zahar berjaya dengan cemerlang di IKM kerana dia sedar kepentingan menuntut ilmu
 Pak Yusuf membiayai kedua-dua orang anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti.
1. Persoalan tanggungjawab yang perlu dijalankan
 Contohnya; Setelah kematian suaminya, Mak Kiah menoreh getah, membuat tikar mengkuang dan
mengambil upah menjahit pakaian untuk menyara kehidupan keluarganya.
 Mak Temah menghidangkan makanan kepada suaminya Pak Yusuf sebagai memenuhi
tanggungjawabnya sebagai isteri.
 Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh imam
masjid
1. Persoalan Kehidupan masyarakat kampung yang sederhana
–  Contohnya Mak Temah menghidangkan hidangan makan tengah har berlaukan gulai ikan talang,ulam
pucuk pegaga dan sayur tumis pucuk paku.

1. Perpaduan antara kaum


 Contohnya, Tauke Lim menempah empat buah meja kayu daripada Pak Yusuf setelah dia berpuas
hati dengan hasil perabot yang dibuat oleh Pak Yusuf.
1. Bersabar dengan penghinaan orang
 Contohnya, .Zahar tetap bersabar dengan sikap Suhaili yang menghina mereka yang berkelulusan
IKM yang kononnya akan merempat dan susah untuk mendapat pekerjaan.
1. Mematuhi peraturan dan disiplin
 Contohnya, Zahar,Ramli dan rakan-rakannya mematuhi arahan untuk berbaris dengan tegak
semasa minggu suai kenal di IKM.
1. Kegigihan mencari rezeki
 Contohnya, Mengetahui kesusahan keluarganya, Zahar tetap membantu – pekerjaan ibunya Mak
Kiah setiap kali cuti semester.
 Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf untuk menyara keluarganya.
1. Memandang rendah orang lain
 Contohnya, Sikap Suhaili yang memandang rendah kepada Zahar kerana dia sedang belajar di ITM
manakala Zahar hanya berjaya menjadi pelatih IKM.
1. Semangat kesukanan
 Contohnya, Walaupun telah memenangi perlawanan bola sepak dengan pasukan IKM Alor
Setar,pelatih-pelatih IKM Sungai Petani tetap mengawal diri supaya tidak menguris perasaan
lawannya.
 Zahar tidak menganggap bahawa kemenangan pasukan bola sepak IKM Sungai Petani merupakan
usahanya sendiri sebaliknya semua ahli pasukannya yang telah membawa kejayaan.
15 Hidup bergotong-royong
– Penduduk kampung bergotong-royong mendirikan bengkel Zahar tanpa mengira terik panas matahari.
– Penduduk kampung bekerjasama apabila adanya kenduri kendara dan mengeratkan hubungan silatulrahim.

Watak dan perwatakan

Watak utama : Zahar

Watak

 Anak sulung
 Berusia awal 20-an
 Telah kematian bapanya, ibunya Mak Kiah
 Abang kepada Zakri dan Halim
 Bapa saudaranya Pak Yusuf
 Pandai bermain bola sepak
 Bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri
 Lulusan SPM dan IKM
 Kawan-kawannya di IKM ialah Ramli, Norimi dan Habsah
 Kawan sekampungnya ialah Bakar, Rahim dan Suhaili
Perwatakan: Antara perwatak Zahar ialah dia seorang yang ….
1. Seorang yang rajin
2. Tidak mudah berputus asa
3. Anak yang baik
4. Patuh pada arahan
5. Seorang yang tegas
6. Seorang yang tekun
7. Bersikap rasional
8. Setia kawan
9. Taat pada printah agama
10. Tahu membalas budi
11. Cinta akan kampung halamannya
12. Berkeazaman tinggi
13. Berjimat cermat dalam berbelanja
14. Anak muda yang pandai berdikari
 

Watak sampingan: Pak Yusuf

Watak

 Bapa saudara Zahar


 Dalam lingkungan 60-an
 Kesihatannya baik
 Mempunyai bengkel perabot
 Isterinya Mak Temah
 Dua orang anaknya sedang belajar di universiti
 

Perwatakan: Antara perwatakan Pak Yusuf ialah

1. Mengambil berat terhadap anak saudaranya


2. Seorang yang bertanggungjawab
3. Seorang yang gigih bekerja
4. Seorang yang pemaaf
5. Seorang yang rajin bekerja
Suhaili

Watak

 Tinggi lampai
 Berbibir nipis
 Kulitnya puth kuning
 Berlesung pipi kanan
 Kawan sekelas Zahar
 Anak ketua kampung, Pak Karim
 Lulusan ITM
 Pernah bekerja di Petaling jaya
 Jawatannya Penolong Kerua Unt Pemasaran
Perwatakan: antara perwatakan Suhaili ialah dia seorang yang

1. Akan mengakui kesalahannya


2. Suka memandang rendah terhadap orang lain
3. Mudah berputus asa
Ramli

Watak:

 Kawan baik Zahar


 Berasal dari Pulau Pinang
 Pelatih Kursus Pertukangan Perabot IKM
 Pemain pasukan bola sepak IKM Sungai Petani
Perwatakan

1. Suka mengusik rakan


2. Pemain bola sepak yang baik
Norimi

Watak

 Kawan Zahar
 Berasal dari Johor Bahru
 Berkursus dalam bidang Lukisan Seni Bina
Perwatakan: Norimi seorang yang….

1. Lemah -lembut
2. Mudah tersenyum
3. Cemerlang dalam pelajaran
Mak Temah

Watak

 Isteri Pak Yusuf


 Berbadan gempal
Perwatakan: Mak Temah seorang …..

1. Isteri yang bertanggungjawab


2. Suka mengusik anak buahnya
3. Mengambil berat
4. Rajin memasak
Watak-watak lain

 Mak Kiah
 Tauke Lim
 Cikkgu Baharun
 Razali
LATAR (LATAR BELAKANG SESEBUAH CERITA)

Latar masa dan contoh peristiwa yang berlaku pada masanya.

 Lima tahun – Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot yang berupa bangsal kecil di sebelah
rumahnya sejak lima tahun lalu kerana berminat dalam kerja-kerja pertukangan
 Setahun- Zahar telah bekerja di bengkel perabot bapa saudaranya sejak setahun yang lalu
 Tiga tahun- Setelah tiga tahun berhenti sekolah Zahar gagal mencari kerja pekerjaan
 Satu jam setengah – Zahah dan Suhaili menaiki bas MARA dari Sik Ke Alor Setar selama satu jam
setengah
 Waktu pagi – Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal
pagi
 30 petang -5 minit sebelum pukul 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki berkumpul di
padang pada minggu suai kenal
 Pada waktu malam – Norimi dan Zahar mendeklamasikan sajak ciptaan mereka pada malam
penutupan minggu suai kenal di IKM Sungai Petani
 Tiga bulan- Pernah selama tiga bulan Mak Kiah, ibu Zahar dirawat di hospital / Selepas tiga bulan
menduduki peperiksaan asas, barulah keputusan peperiksaan Zahar dan rakan-rakannya diumumkan.
 Dua minggu- Pasukan bola ssepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu
selepas perlawanan persahabatan di tempat mereka.
 Enam bulan – Zahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani selama enam
bulan
Latar Tempat dan contoh peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang berkenaan.

 Bengkel perabot Pak Yusuf – Selepas berhenti sekolah Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf
bagi membantu keluarganya ATAU Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal, Pak
Yusuf menyiapkan perabot yang ditempah oleh penduduk kampung dan jiran-jirannya
 Bengkel Pertukangan Perabot, IKM Sungai Petani – Zahar dan rakan sekelasnya menduduki
peperiksaan asas di dalam Bengkel Pertukangan Perabot IKM Sungai Petani.
 Padang – Ramli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang kerana mereka
kekurangan pemain
 Rumah ketua kampung – Semasa Zahar pulang ke kampung, ada kenduri di rumah ketua kampung,
Pak Karim
 Stesen bas MARA – Zahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan
Suhaili
 Kompleks City Point, Alor Setar – Tempat Zahar dan Suhaili makan ayam goreng KFC di
Kompleks City Point, Alor Setar.
 IKM Sungi Petani – tempat Zahar mendaftar dan berkursus Pertukangan Perabot dan bertemu
dengan Norimi yang mengikuti kursus Lukisan Seni Bina
 Kampung Carok Petitih, Sik, Kedah – Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Carok Petitih,
Sik menuju kke IKM Sungai Petani dengan menaiki teksi Pak Usin
Latar Masyarakat dan contohnya

 Masyarakat pekebun yang rajin bekerja – Misalnya, selain membuat perabot di bengkelnya Pak
Yusuf juga sering membersihkan kebunya ATAU Mak Kiah, ibu Zahar bekerja menoreh getah
untuk menampung keperluan keluarganya.
 Masyarakat pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguh – Pelatih-pelayih di IKM termasuk
Zahar, Ramli dan Norimi belajar dengan bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan asas
 Masyarakat yang ‘suka menjaga tepi kain orang’ – Zahar sedar bahawa orang kampung akan
menimbulkan cerita yang bukan-bukan dan bertokok-tambah jika dia dengan Suhaili menaiki teksi
atau menaiki bas bersama-sama
 Masyarakat yang suka memandang rendah orang lain- Suhaili memandang rendah Zahar yang
hanya berkelulusan IKM, berbanding dengan dirinya yang merupakan lulusan ITM
 Masyarakat yang rajin bekerja- Cahar dan Razali yang dengan rajin di kilang perabot Usaha
Bersatu, walaupun mereka hanya menjalani latihan dalam loji sahaja.
 Masyarakat yang mempunyai keazaman yang kuat – Zahar mempunyai keazaman yang kuat untuk
mencapai-cita-citanya ingin menjadi pengusaha perabot setelah dihina oleh Suhaili semasa
pertemuan mereka di Alor Setar
 Masyarakat yang bergotong-royong – Penduduk kampung bergotong-royong semasa mendirikan
bengkel perabot Zahar di bahagian kanan halaman rumahnya.
 Masyarakat yang mementingkan ilmu – Zahar, walaupun gagal masuk ke Tingkatan 6 telah
melanjutkan pelajarannya di IKM untuk memperoleh ilmu dalam bidang pembinaan perabot.
 Masyarakat yang prihatin/ ambil berat terhadap sanak-saudara – Pak Yusuf mengambil berat akan
Zahar, anak saudaranya. Dia sanggup menyewa teksi untuk menghantar Zahar ke IKM Sungai
Petani.
Gaya Bahasa

 Cara pengarang menggunakan bahasa untuk menampakkan unsur keindahan dan menjadikan cerita
lebih menarik
 Antara unsur gaya bahasa yang digunakan dalam novel ini ialah
1. Metafora – perbadingan secara langsung (bahasa kiasan), contohnya;
 memukul jantung hatinya (Hal. 13)
 …..kuntum kegembiraan mengembang di hatinya. (Hal. 25)
 Zahar tidak mahu gelombang resah…..(Hal. 61)
 Kita nyalakan obor semangat dalam diri kita (Hal. 64)
1. Diksi – pemilihan kata-kata yang tepat dan bersesuaian dengan tema novel. Antaranya; pelatih
IKM, me;arik, mengetam, latihan dalam loji, kayu dan papan.
2. Sinkope – dah, tu, tak, kau
3. Simlie _ (perumpamaan); perbandingan dia perkara yang sama keadaannya; biasanya didahului
oleh kata; seperti, bak, laksana, umpama, bagai; Contoh;
 bagaikan tidak mahu mengaku kalah dibayangi…(Hal.14)
 Arus fikirannya seperti terhenti (Hal. 180
 Cabaran kau tu bagai api membakar semangatkuzahar bagaikan tengelam
 Kata-kata yang bagai sembilu
 Bagaikan belati tajam
1. Hiperbola – perbandingan yang melampau-lampau / berlebih-lebihan daripada perkara sebenar ;
Contoh:
 Zahar yang duduk di hadapan kelas, bagai mengunyah kata-kata cikgu Baharum selumat-
lumatnya (hal.72)
 Lidah api sedang menjelir, memanah punggung kawah (Hal. 81)
 ..perutnya yang berkeroncong dipulas oleh hentakan bas sepanjang perjalanan…(Hal. 90)
1. Peribahasa – Contoh; ‘
 Tentulah berat kakinya untuk melangkah
 …patutlah macam isi dengan kuku
 Zahar tidak pernah berat mulut
 Berat tulang
 Pucuk dicita ulam mendatang
1. Pengulangan/repitisi – pengulangan kata atau frasa sebanyak beberapa kali dalam satu ayat.
 Contoh: entah kambing, entah kerbau tumbang malam tadi (Hal. 85)
 Biar peluh pak cik menitik bersama peluh (Hal. 7)
1. Anafora- pengulangan kata pada awal ayat (baris): Contoh, ada di situ, ada di sana
2. Epifora – pengulangan kata pada akhir ayat: Contoh; duka ini berakhir, hidup ini juga akan
berakhir.
3. Kata ganda
 Manik-manik peluh
 Kawan-kawan
 …pokok-pokok
 Sebaik-baiknya
1. Personifikasi
 Panas yang membakar atas zink bengkel
 Logo di sudut sebelah kiri surat itu cukup memukul tangkai hatinya
 Sinar mata mengerlip di mata tuanya
 Masjid yang terletak di simpang jalan itu kembali membungkus sepi
 …cita-cita juga boleh membenihkan kejayaan
 Warna senja mulai memanah suasana
 Malam juga tidak akan selamanya membungkus alam
 …nadanya menikam jantung Zahar
1. Penggunaan bahasa Inggeris
 Repair, awning, locker, ragging, best friend, no problem, girl friend, spot check, mood, tension,
urgent, traffic
Nilai dan pengajaran

 Nilai atau nilai murni, juga disebut nilai kemanusiaan ialah perkara atau perbuatan baik yang
dilakukan oleh watak dalam seseuah karya yang patut dicontohi
 Pengajaran pula segala perkara positif yang boleh dijadikan pelajaran dan perkara negatif yang
patut dijadikan sempadan atau patut dielakkan dalam kehidupan kita. Ayat pengajaran biasanya
bermula dengan…kita mestilah, kita haruslah, kita patutlah, kita janganlah, kita perlulah
 

Nilai Pengajaran Contoh

Bertanggung-jawab Kita haruslah Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang ditempah
bertanggungjawab atas oleh Tok Imam atas rasa tanggungjawab bahawa rak
tugas yang diamanahkan kasut itu    untuk kegunaan jemaah yang datang ke
masjid.

Mak Temah sentiasa memastikan hidangan untuk


suaminya, Pak Yusuf disediakan dengan sempurna atas
tanggungjawabnya sebagai isteri.

Bermaaf-maafan/ Saling Kita mestilah memaafkan Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang
bermaaf orang yang telah berbuat memandang rendah keputusannya untuk melanjutkan
salah terhadap kita pelajaran dalam bidang pertukangan perabot di IKM

Pelatih-pelatih senior dan pelatih baharu saling


bermaafan atas kesalahan masing-masing setelah selesai
minggu suai kenal

Keyakinan Kita mesti yakin terhadap Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam
kemampuan diri peperiksaan kerana dia telah bersedia dengan sebaik-
baiknya, di samping kerana doa restu daripada ibunya

Setia kawan (setia kepada Sikap setiakawan agar Zahar tidak mahu dipuji-puji atas kejayaan pasukannya
kawan) hubungan persahabatan dalam pperlawanan bola sepak, sebaliknya berpendapat
berkekalan bahawa kejayaan tersebut adalah kerana kerjasama yang
padu mereka sebagai satu pasukan

Kerajinan Kita mestilah rajin belajar / Mak Kiah rajin menganyam tikar mengkuang, selain
bekerja untuk mengubah turut mengambil upah menjahit pakaian untuk
kehidupan kepada yang menambahkan pendapatan keluarganya
lebih baik / mendapat
rezeki yang bertambah
baik
Zahar rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja di
rumah dan juga membantu Pak Yusuf membuat perabot
di bengkel

Keprihatinan Kita mestilah prihatin Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang
terhadap orang lain yang telah kematian ayah mereka. Dia berjanji bahawa dia
hidup susah
akan membantu mereka setakat yang dia mampu.

Berdisiplin Kita mesti mematuhi Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang perabot
disiplin atau arahan di tempat mereka bekerja, walaupun mereka datang dengan
mana-mana jua kita berada berbasikal sejauh 2 kilometer

Ketabahan Kita haruslah tabah Zahar tabah walaupun dipandang rendah  oleh Suhaili
menghadapi penghinaan kerana dia hanya lulusan IKM
daripada orang lain/
Tabah menghadapi dugaan

Mak Kiah membesarkan anak-anaknya dengan tabah. Dia


sanggup melakukan beberapa kerja demi menyara
keluarga setelah kematian suaminya

-Kita haruslah tabah menghadapi penghinaan orang


terhadap diri kita.

-Janganlah kita mudah berputus asa menghadapi


kesusahan dalam hidup.

Contoh: Zahar tabah menerima penghinaan Suhaili yang


memandang rendah kepada mereka yang mempunyai
kelulusan IKM.

–  Mak Kiah dengan tabah membesarkan tiga anaknya


dengan hasil menoreh getah,menganyam tikar dan
mengambil upah menjahit baju selepas kamatian
suaminya.\

Kerjasama Kita mesti bekerjasama  Pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerjasama
untuk mencapai kejayaan untuk memastikan kejayaan pasukan mereka dalam
perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola
sepak IKM Alor Setar

Pelatih-pelatih baharu yang seramai 150 orang


bekerjasama membbersihkan kawasan yang bersemak
seluas padang bola dalam masa yang singkat.

Berpendirian tegas Kita mestilah berpendirian Zahar bertegas menolak tawaran Suhaili yang ingin
tegas atau berpegang teguh membantunya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang
pada prinsip atau pendirian perabot tempat dia berlatih selepas tamat latihannya.
yang telah kita tetapkan Sebaliknya Zahar menetapkan pendiriannya untuk
membuka bengkel perabotnya sendiri

Keberanian Kita perlulah berani tampil Zahar dan Norimi berani mendeklamasikan sebuah sajak
ke hadapan untuk ciptaan mereka sendiri semasa majlis penutupan minggu
menunjukkan kebolehan
diri suai kenal

Bergotong-royong Kita patut bergotong- Orang-orang kampung bergotong-royong mendirikan


royong agar perkara yang bengkel perabot Zahar tanpa menghiraukan panas terik
sukar akan menjadi mudah pacaran cahaya matahari

Berbelanja dengan Kita haruslah berbelanja Zahar memelanjakan wang imbuhan sebanyak RM200.00
berhemat secara berhemah agar ada yang diterimanya setiap bulan dengan berhemah agak
wang yang mencukupi wang perbelanjaannya semasa belajar di IKM mencukupi
untuk kegunaan tertentu.
-Pengajaran:Kita haruslah mengamalkan sikap berjimat
cermat.

Contoh:

– Walaupun hanya menerima wang imbuhan sebanyak


RM200.00 sebulan,namun Zahar sentiasa berjimat cermat
untuk memastikan perbelanjaannya sentiasa mencukupi.

Ketekunan Kita mesti tekun dalam Selama setahun, Zahar bekerja di bengkel perabot Pak
melakukan setiap kerja Yusuf dengan tekun
yang dilakukan

Kesederhanaan (tidak Kita mestilah bersikap Sikap Zahar yang serba sederhana menyebabkan dia
melebih-lebihkan) sederhana atau merendah banyak kawan kerana dia mudah didekati dan begitu
diri, terutamanya apabila disenangi oleh rakan sekerja di kilang perabot di
berada di tempat orang Kamunting

Kegigihan Kita mestilah gigih dalam Zahar gigih belajar semasa menuntut di IKM sehingga
melakukan sesuatu perkara dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
agar mencapai kejayaan peperiksaan

Menghormati orang lain Kita haruslah menghormati Pelatih IKM Sungai Petani menyambut kedatangan
tetamu yang datang ke pasukan bola sepak IKM Alor Setar dengan rasa hormat
tempat kita dan menyediakan jamuan ringan.

Kita haruslah menghormati Zahar begitu menghormati cikgu Baharum, guru


guru yang telah banyak pertukangan perabot yang tidak kedekut mencurahkan
mencurahkan ilmu kepada ilmu pertukangan kepada anak-anak muridnya
kita

Baik hati Kita mestilah sentiasa Razali mempelawa Zahar tinggal bersama-sama dengan
berbuat baik kepada orang senang hati walaupun mereka baru berkenalan
lain

Keinsafan Kita mestilah menginsafi Shuhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar setelah dia insaf
sebarang kesalahan yang akan perbuatannya yang menghina dan memandang
pernah kita lakukan rendah Zahar yang akan menyambung pelajarannya di
IKM

Kebijaksanaan Kita haruslah bijak dalam Zahar bertindak dengan bijak memperdayakan barisan
menangani sesuatu pertahanan pihak lawan dan berjaya menjaringkan gol
permasalahan atau kemenangan pasukan mereka ke atas pasukan bola sepak
berhadapan dengan apa- IKM Alor Setar
apa jua  keadaan

NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL MENITI IMPIAN

Nilai Murni/Nilai Kemanusiaan – Semua perkara atau perbuatan baik yang boleh dijadikan contoh oleh
pembaca yang terdapat dalam novel,antara nilai murni yang biasanya dipaparkan oleh pengarang ialah nilai
kasih sayang ,berdikari, amanah, bekerjasama, hormat-menghormati, keadilan adil,patriotik, hemah
tinggi,taat, rasional, kebersihan, kegigihan dan keyakinan.

Pengajaran -Semua perkara positif dan negatif yang terdapat di dalam novel yang boleh dijadikan pedoman
dan peringatan kepada  pembaca dalam kehidupan mereka. Contohnya: Kita haruslah bekerjasama…
( perkara positif)/  Kita janganlah bersikap mementingkan diri sendiri ( perkara negatif )

 Nilai dan pengajaran boleh mengguakan contoh yang sama, hanya auatnya yang berbeza
Nilai murni: Saling memaafkan

– Pengajaran: Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita.

Contoh:  Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang telah memandang rendah keputusannya
melanjutkan pelajaran di IKM.

 Pelatih seniour dan pelatih baharu saling memaafkan kesalahan semasa berlangsungnya minggu
suai kenal.
 Pak Yusuf sentiasa memaafkan kesalahan isterinya Mak Temah walaupun Mak Temah lewat
menghidangkan sarapan.
  Nilai:Bertanggungjawab

– Pengajaran: Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan.

Contoh: Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang akan diletakkan di masjid kerana dia telah
dipertanggungjawabkan oleh tok Imam.

 Mak Temah sentiasa menyediakan hidangan untuk suaminya ,Pak Yusuf dengan sempurna kerana
tanggungjawabnya sebagai isteri.
Nilai:Keyakinan

– Pengajaran:Kita perlulah yakin terhadap kemampuan diri sendiri

Contoh: Pelatih-pelatih IKM diseru agar mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah mengalah kepada
pandangan masyarakat.

 Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah berusaha dengan
sebaiknya disamping restu daripada ibunya.
Nilai:Ambil berat/keprihatin

– Pengajaran:Sikap ambil berat terhadap kesusahan orang lain haruslah dijadikan amalan.
Contoh: Pak Yusuf mengambil berat tentang anak-anak saudaranya dan dia berjanji untuk membantu
keluarga Zahar setakat kemampuannya.

Nilai:Berdisiplin

– Pengajaran:Sikap berdisiplin mestilah diamalkan agar kita patuh kepada arahan

Contoh: Pelatih-pelatih baharu di IKM Sungai Petani diminta mematuhi arahan dan berbaris dengan tegak
semasa minggu suai kenal.

 Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang walaupun mereka datang dengan menaiki basikal
sejauh 2 km.
Nilai: kerjasama

– Pengajaran: Kita haruslan bekerjasama sebagai sebuah pasukan untuk mencapai kejayaan.

Contoh: Semua ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerjasama untuk memastikan kejayaan
pasukan mereka.

– Pelatih-pelatih baru seramai 150 orang bekerjasama membersihkan kawasan semak seluas padang bola
dalam masa yang singkat.

Nilai:Ketegasan

– Pengajaran:Kita mestilah tegas dalam mengambil tindakan atau pendirian yang telah kita buat.

Contoh: Zahar dengan tegas menolak tawaran Suhaili yang hendak membantunya mendapatkan pekerjaaan
di kilang perabot selepas tamat latihannya di sana.

Nilai:Keberanian

– Pengajaran: Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kemampuan diri.

Contoh: Zahar dan Norimi dengan berani mendeklemasikan sajak ciptaan mereka sendiri semasa penutup
minggu suai kenal.

Nilai:Bergotong-royong

– Pengajaran: Kita haruslah bergotong-royong melakukan sesuatu perkara yang sukar agar menjadi lebih
mudah.

Contoh:Orang-orang kampung bergotong-royong membangunkan bengkel perabot milik Zahar tanpa


menghiraukan terik panas matahari.

Nilai:Ketekunan

– Pengajaran:Kita mestilah tekun dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.

Contoh: Zahar tekun bekerja di bengkel Pak Yusuf sejak setahun yang lalu.

-.Zahar dan rakan-rakan sekelasnya sentiasa tekun melaksanakan tugasan mereka sejak latihan mereka
bermula di IKM.

 Nilai:Merendah diri/ kerendahan hati


– Pengajaran:Kita mestilah sentiasa bersikap merendah diri terutama di tempat orang.

Contoh: Sikap Zahar yang suka merendah diri menyebabkan dia mudah didekati dan disenangi oleh rakan
sekerja di kilang perabot di Kamunting.

Nilai:Saling menghormati /hormat-menghormati

Pengajaran:-Kita haruslah menghormati tetamu yang datang ke tempat kita.

-.Kita mestilah menghormati guru yang mencurahkan ilmu kepada kita.

Contoh: Pelatih IKM Sungai Petani menyediakan jamuan ringan untuk pasukan bola sepak IKM Alor Setar
yang bertancang ke tempat mereka.

-Zahar begitu menghormati Cikgu Baharum, guru pertukangan Perabot yang tidak lokek mencurahkan
segala ilmunya.

Nilai:Baik hati

– Pengajaran:Kita haruslah sentiasa berbuat baik kepada orang lain.

Contoh:Razali dengan senang hati mempelawa Zahar tinggal bersama-sama di rumah sewanya walaupun dia
baru mengenali Zahar.

Nilai; Berterima kasih

– Zahar mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kilang perabot tempat latihan lojinya dan
semua rakan sekerja yang begitu baik terhadapnya sejak dia memulakan latihannya di sana.

Anda mungkin juga menyukai