Latihan Ringkasan Bahasa Melayu

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 11

LATIHAN RINGKASAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

Latihan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan
belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80
patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group,
study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini
merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan
bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota
kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika
perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.
Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah
untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita
mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita
tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-
pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu
kesatuan yang jitu.
Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu
dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu
memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama
mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang
yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.
Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini
demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan
pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan
demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk
menyayakan perbincangan itu.
Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara
yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak
memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3


Latihan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faedah
permainan tradisional. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat dijual beli
serta memiliki nilai pengajaran yang dapat kita timba sewaktu menekuninya. Namun
begitu, permainan tradisional semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional
dianggap kolot dan membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh sebab itu, kita
mestilah mengetahui faedah permainan tradisional kepada remaja.
Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi
masa lapang remaja secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat
beli- belah dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Namun begitu, permainan
tradisional dapat mengelakkan situasi tersebut daripada berlaku. Remaja dapat
mempelajari ilmu permainan tradisional dan mengetahui kepentingan nilai
kesabaran dalam diri. Selain itu, remaja akan belajar untuk menghargai masa.
Permainan tradsional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim
antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan dan pershabatan dapat dieratkan
sewaktu bermain permainan tradisional. Sebagai contohnya, remaja boleh bermain
sepak raga bersama-sama rakan dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan
baharu. Dengan cara ini, remaja dapat menjalin hubungan persahabatan yang lebih
luas.
Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan
persefahaman. Semasa bermain, remaja dapat memahami kelebihan dan
kelemahan kawan, serta lawan mereka. Permainan wau misalnya , dapat
membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain untuk menaikkan wau
tersebut. Hal ini dapat membentuk prinsip kehidupan yang saling memerlukan bagai
aur dengan tebing. Remaja juga dapat memelihara warisan budaya bangsa
daripada pupus. Remaja dapat mengenali dan mempelajari seni yang terkandung
dalam permainan tradisional. Oleh hal yang demikian, seni warisan bangsa ini tidak
akan pupus ditelan zaman kerana tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada remaja.
Permainan tradisional perlu dihidupkan semula sebelum terkubur. Dalam hal ini
semua pihak perlu bekerjasama agar generasi muda zaman ini menjadikan
permainan tradisional sebagai aktiviti yang membanggakan bangsa. Permainan
tradisonal masih relevan dalam zaman globalisasi ini.
Latihan 3

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3


Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah
berpersatuan dalam kalangan belia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Pelbagai mekanisme boleh dilakukan dalam usaha mengisi erti kemerdekaan


negara. Belia memainkan peranan penting dalam memastikan kemerdekaan
terpelihara dan pembangunan negara menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.
Antara kaedah bagaimana belia dapat memastikan kelangsungan pembangunan
negara berjalan rancak dan meningkatkan makna kemerdekaan ialah menerusi
kegiatan berpersatuan. Berpersatuan dapat meningkatkan pembabitan belia
dalam kegiatan sukarela dan kebajikan.
Di samping itu, kegiatan berpersatuan mampu membudayakan sikap
murni belia selaras dengan usaha mewujudkan masyarakat prihatin.
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan memberitahu hanya 2.5 juta daripada
belia negara ini yabg berdaftar sebagai ahli dalam pelbagai persatuan belia.
Jumlah itu menunjukkan belia di negara ini tidak gemar menyertai persatuan. Oleh
itu, Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa berusaha menggerakkan pelbagai
program bagi memupuk minat belia untuk berpersatuan.
Pihak kerajaan juga tidak pernah meminggirkan peranan yang dimainkan
oleh pihak belia dalam pembangunan negara, sebaliknya segala perancangan dan
dasar yang dibuat kerajaan, belia turut diberi perhatian. Dalam mengimarahkan
lagi pembabitan golongan muda dalam persatuan, pertubuhan belia perlu
mengorak langkah lebih aktif untuk menarik golongan belia dalam berpersatuan.
Dalam diri belia pula perlu ditanam bahawa kegiatan berpersatuan sebagai
sebahagian ibadat. Berpersatuan dapat melahirkan masyarakat yang hidup dalam
suasana yang harmoni.
Pemimpin pelajar yang aktif berpersatuan ketika di kampus dapat
meningkatkan keyakinan apabila menempuh alam pekerjaan mahupun kehidupan.
Kesan daripada berpersatuan membawa kepada pembentukan peribadi yang lebih
berwibawa. Malah berpersatuan dapat meluaskan pengetahuan dan menambah
pelbagai kemahiran diri. Namun, mahasiswa yang aktif dalam persatuan mesti
diiringi pencapaian akademik yang cemerlang. Seterusnya, peranan belia sentiasa
penting sama ada ketika menuntut kemerdekaan atau dalam pembangunan
negara pada masa kini. Sebenarnya, persatuan belia sejak dahulu memainkan
peranan penting dalam membantu pemimpin masyarakat menentang penjajah dan
menuntut kemerdekaan.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3


Soalan 2 – Pemahaman Petikan
1. Berikan maksud rangkai kata “meminggirkan peranan”, mengikut konteks dalam
petikan di atas.
[2 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Naytakan usaha-usaha yang dilakukan untuk mengalakkan golongan belia


menyertai kegiatan berpersatuan.
[4 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pihak ibu bapa
dan sekolah supaya pelajar aktif dalam kegiatan berpersatuan?
[4 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Latihan 4

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3


Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang peranan remaja dalam memupuk semangat kejiranan. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan umur
termasuk remaja. Dalam hal ini, remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep
kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh
masyarakat, khasnya golongan remaja.
Remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat seperti Rukun
Tetangga (RT). Kini, aktiviti RT semakin meluas fungsinya seperti aktiviti
pendidikan, sukan, keagamaan, rekreasi, dan kesihatan. Remaja boleh terlibat
dengan aktif. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan dapat mewujudkan
rasa kasih sayang, bantu-membantu dan kekuatan dalam kalangan rakyat. Malah,
melalui suara kolektif remaja dapat saling membantu, mengingatkan dan menegur
sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat. Semangat kejiranan dan
persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan iri hati, dengki,
bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan.
Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan
setempat daripada ancaman luar. Semuanya dapat dibendung jika jiran
memainkan peranan masing-masing dan remaja boleh mengambil inisiatif dengan
melaporkannya kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlakunya perkara
yang meragukan. Sesungguhnya, remaja boleh bekerjasama dengan media massa
untuk menyemarakkan semangat kejiranan. Misalnya, dengan memaparkan
rencana yang menekankan peri pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan.
Selain itu, remaja boleh berinteraksi dengan ibu bapa untuk memastikan kejiranan
golongan remaja sentiasa kondusif dan baik.
Mereka juga perlu berbincang dan bersepakat dalam melaksanakan program
yang bersesuaian agar matlamat yang satu dapat dicapai. Hal ini demikian kerana
semangat kejiranan mampu mengekalkan keamanan, keselamatan dan
ketenteraman. Remaja mesti menjadikan agama sebagai pegangan utama agar
lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, kejiranan dan negara.

Latihan 5

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3


Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis sebuah
ringkasan tentang cara-cara mengatasi tekanan. Panjang ringkasan anda hendaklah
antara antara 80 – 100 patah perkataan . Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi , dan mental yang
dialami oleh seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi. Selain itu
seseorang akan mengalami tekanan apabila berdepan dengan sesuatu yang tidak
menyenangkan seperti bau busuk, bunyi yang kuat, terlalu banyak tugas yang
perlu dibuat, dan kata-kata kesat.
Jika tidak dikawal, stres atau tekanan yang berlebihan untuk jangka panjang
akan memudaratkan kesihatan dan meninggalkan risiko terhadap penyakit.
Seseorang yang sentiasa berhadapan dengan tekanan berkemungkinan menjadi
individu yang cepat berasa marah, murung dan prestasi kerja atau pelajaran
merosot. Sebenarnya, ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengawal
stres. Setiap kali berasa stres bawalah bertenang kerana bertenang bolah
membantu mengurangkan kitaran stres negatif.
Seterusnya, stress boleh dikawal dengan melakukan latihan pernafasan.
Langkah ini dapat meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam
sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan. Kita juga disarankan supaya
melakukan ibadat seperti berzikir dan bersembahyang mengikut kepercayaan
masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan
perasaan seseorang. Kita juga boleh berkongsi perasaan dengan seseorang bagi
melegakan stres. Carilah orang yang boleh dipercayai dan dapat memahami
perasaan anda. Berehat dan mendengar muzik juga antara langkah yang
berkesan. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan hati.
Selain itu, aktiviti riadah dan bersukan dapat membantu dalam
mengurangkan tekanan. Beriadah dan bersenam bukan sahaja dapat
menyihatkan badan tetapi juga menenangkan fikiran. Di samping itu, kita
hendaklah sentiasa berfikiran positif untuk meningkatkan harga diri sendiri. Kita
perlu melihat kebaikan yang lebih banyak dalam mana-mana situasai yang bersifat
negatif. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada tekanan. Namun,
kejayaan kita menangani stres membolehkan kita menjalani kehidupan dengan
lebih positif, berjaya dan bahagia.

Soalan 2 – Pemahaman Petikan

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3


1. Berdasarkan petikan, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang
mengalami tekanan atau stres?
(3 markah)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Berdasarkan petikan, kemukakan 3 cara untuk mengatasi masalah tekanan atau


stres yang dihadapi oleh sesorang.
(3
markah)____________________________________________________________
_______
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Sebagai seorang pelajar, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil sekiranya
anda mengalami masalah tekanan di sekolah.
Kemukakan sekurang-kurangnya dua langkah dan alasan anda berbuat demikian
(4
markah)____________________________________________________________
_______
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Latihan 6

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3


Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang faedah-faedah penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka
angkasa lepas. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Misi menghantar rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas yang bermula pada
tahun 2003 akhirnya sempurna sekembalinya Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke Bumi
selepas 11 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) semalam. Walaupun detik
bersejarah itu tercatat 46 tahun selepas kejayaan angkasawan pertama Yuri Gagari dari
Rusia membuat pusingan bersejarah mengelilingi Bumi, namun beliau dikatakan lewat.
Malah, catatan Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan ke-141 amat bermakna kepada
negara kerana berlangsung bersempena dengan 50 tahun usia kemerdekaan tanah air.

Penglibatan ini memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara
untuk menyertai penerokaan angkasa lepas dengan menghantar angkasawan pertama
selepas tiga tahun ditawarkan berbuat demikian. Tiada siapa boleh menidakkan betapa
kejayaan angkasawan pertama negara menjadi kebanggaan kita sekali gus melonjakan
nama Malaysia di arena antarabangsa. Kejayaan menjadikan Program Angkasawan
Negara satu realiti pastinya membuka mata dunia betapa negara kecil di peta dunia ini
amat serius membangunkan industri angkasa lepas. Kejayaan ini telah menutup
tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat. Malah sebelum ini
ramai yang tidak yakin misi ini akan membuahkan hasil. Selain itu, tanggapan negara maju
yang usaha Malaysia menyertai misi tersebut untuk menandingi negara lain dapat
dihapuskan.

Sesungguhnya selepas mencatat rekod kejayaan ini ialah kelangsungan program


angkasawan negara terutama dari sudut penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar. .
Disebabkan Sheikh Muszaphar selamat kembali ke Bumi maka program-program untuk
mendidik rakyat Malaysia tentang angkasa lepas akan menarik perhatian masyarakat.
Begitu juga dengan cadangan kerajaan untuk mewujudkan pelan tindakan pembangunan
angkasa negara sebagai susulan kepada penghantaran angkasawan pertama Malaysia ke
ISS akan menerima respon yang baik daripada orang ramai.

Kita berharap Sheikh Muszaphar akan memberi ceramah di seluruh pelosok


negara tentang pengalamannya di angkasa untuk menarik minat masyarakat tentang
angkasa lepas. Begitu juga dengan hasil penyelidikan Sheikh Muszaphar di ISS bakal
membuka lembaran baharu bidang perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah
rawatan penyakit kronik. Pelaburan untuk meneroka angkasa lepas yang besar jumlahnya
dapat dimanfaatkan sepenuhnya supaya kelak bakal angkasawan yang dilahirkan di
negara kita mampu bersaing dengan calon-calon dari negara luar. Sesungguhnya
kejayaan angkasawan pertama kita mesti ada susulannya sebagai bukti bahawa negara
serius menyertai masyarakat antarabangsa meneroka angkasa.
Soalan 2 – Pemahaman Petikan
Soalan 2 – Pemahaman Petikan

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3


1. Berikan maksud rangkai kata kelangsungan program.
[2 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Apakah tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan?


[4 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang mengalami iklim panas dan lembap
___________________________________________________________________
sepanjang tahun. Malaysia merupakan negara yang indah dan mempunyai tempat-
tempat menarik sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan. Contoh pulau
___________________________________________________________________
peranginan yang terdapat di Malaysia ialah Pulau Sipadan, Pulau Tioman, Pulau
___________________________________________________________________
Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Ketam. Di pulau-pulau tersebut, terdapat
banyak terumbu karang yang indah menanti para pelancong. Di samping itu, tempat
tersebut tenang dan selamat untuk aktiviti sukan air seperti jet ski, perahu layar dan
scuba.
3. Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia mengambil masa yang lama untuk
Industri
melahirkan pelancongan
seorang angkasawan ini iaitu
banyak mendatangkan
46 tahun faedah kepada
setelah angkasawan negara.
Rusia berjaya
Antaranya
menerokai dapat
angkasa memajukan
lepas? industri kraf tangan yang berkualiti untuk dipasarkan
bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. Dengan sokongan dan bantuan
[4 markah]
___________________________________________________________________
modal oleh kerajaan pula, industri pelancongan boleh beroperasi dengan lebih
meluas. Oleh itu, industri pelancongan akan menarik pelabur asing untuk membuat
___________________________________________________________________
pelaburan di Malaysia dalam industri pelancongan. Secara tidak langsung industri ini
___________________________________________________________________
akan dapat menambahkan lagi pendapatan negara.
___________________________________________________________________
Selain itu, tempat-tempat pelancongan yang menarik di Malaysia merupakan
___________________________________________________________________
daya tarikan kepada para pelancong asing. Kehadiran para pelancong boleh
___________________________________________________________________
memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ke serata
dunia. Di samping itu, industri ini juga memberi peluang pekerjaan terutamanya
kepada penduduk kampung. Misalnya industri kraf tangan di desa-desa memberi
pekerjaan
Latihan 7 kepada penduduk kampung mengusahakan hasil kraf seperti bakul, rotan,
dan tikar mengkuang. Seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar
Baca petikan Selain
bandar. di bawahitu,dengan teliti. Berdasarkan
kedatangan pelancongpetikan
juga tersebut, tulis sebuah
menyebabkan pusat-pusat
ringkasan tentang kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada negara. Panjang
penginapan berkembang dan hal ini dapat memajukan industri perhotelan.
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan Oleh ayat sendiri Malaysia
itu, rakyat tanpa mengubah maksudmenyahut
diseru supaya asal petikan.
seruan kerajaan dengan
bersikap mesra dan berbudi bahasa kepada para pelancong seiring dengan Kempen
Budi Bahasa Budaya Kita. Dengan cara ini industri pelancongan dapat terus
menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3
Soalan 2 – Soalan Pemahaman

1. Apakah maksud “ mendatangkan faedah ” [ 2 markah


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Berdasarkan petikan, apakah keistimewaan pulau-pulau peranginan yang terdapat


di Malaysia?

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3


[3 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak
kerajaan untuk meningkatkan industri pelancongan?
[ 4 markah
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3

Anda mungkin juga menyukai