Jurnal M5-Teknik Penerangan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

Format Jurnal: Minggu Kelima Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa Tajuk Jurnal : Minggu 5 : 16 20 Februari 2014 : Teknik penerangan

1. Masalah

Pelbagai teknik digunakan oleh seorang guru agar murid memahami dengan penuh makna sesuatu pelajaran. Teknik- teknik yang digunakan pula selalunya haruslah kreatif dan inovatif agar mampu menarik minat pelajar untuk memahami dan mengingati sesuatu isi kandungan pelajaran dengan mudah. Antara teknik yang selalu diaplikasi termasuklah teknik penyoalan, demonstrasi, eksperimen, simulasi dan sebagainya. Namun, saya tersedar akan sesuatu di sebalik semua teknik itu yang agak menyukarkan saya iaitu kaedah penerangan di sebalik aktiviti- aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Saya tersedar bahawa setiap aktiviti mahupun teknik lain yang pelbagai dan kreatif itu memerlukan penerangan disebaliknya sama ada semasa, sebelum ataupun selepas aktiviti. Apa yang menjadi masalah kepada saya adalah pemahaman pelajar terhadap setiap penerangan saya itu dirasakan kurang jelas.

2. Analisis

Setelah seminggu berakhir dengan ketidakpuasan dalam diri saya kerana teknik penerangan yang kurang berkesan terhadap murid dalam setiap proses pengajaran, saya mula menganalis diri. Di mana kekurangan dan kelemahan diri saya sehingga saya hampir putus untuk menerangkan sesuatu perkara kepada pelajar kerana mereka kelihatan seperti masih kabur setiap kali setelah diterangkan walaupun aktiviti juga telah dijalankan dengan aktif. Namun, bila mula masuk ke alam teori, murid- murid ini seperti tidak mahu mendengar penerangan lalu terus menolak maklumat yang ingin disampaikan. Masalah semakin ketara ketika menerangkan teknik menjawab soalan terutamanya soalan Bahagian B yang berbentuk subjektif. Sebagai contoh, dalam subjek Sains, soalan yang berkehendakkan hubungan atau hipotesis haruslah dijawab dengan cara menyatakan semakin ..., semakin... atau jika..., maka.... Benar, murid boleh mengambil perhatian di bahagian itu. Namun, apabila jawapan ingin dikemukakan, mereka maih keliru. Apa yang saya boleh simpulkan di sini ialah, mereka hanya mampu menghafal cara menjawab soalan tetapi tidak memahami kehendak soalan. Di sini, pemahaman tentang huraian soalan dan topik berkenaan amat penting agar dapat diaplikasi dalam jawapan tetapi jelaslah bahawa penerangan- penerangan yang disampaikan mengenai kehendak soalan dan topik berkaitan masih belum berkesan sepenuhnya. Hanya segelintir pelajar sahaja benar- benar memahaminya sehingga ke tahap aplikasi.

3. Cadangan untuk Memperbaiki

Melihatkan

keadaan

itu,

saya

terpanggil

untuk

bertanyakan

guru-

guru

berpengalaman tentang gaya atau kaedah penerangan yang berkesan terhadap muridmurid. Selain itu, saya juga akan mendapatkan komen daripada guru pembimbing mengenai kekurangan teknik penerangan yang saya lakukan di dalam kelas. Langkah awal telah dilakukan iaitu melalui nasihat guru pembimbing. Apa yang harus dititikberatkan adalah tahap murid tersebut yang mana kelas saya terdiri daripada muridmurid yang pelbagai tahap kerana berada di kelas pertengahan. Ada yang agak mudah memahami sesuatu perkara melalui penerangan setelah melakukan aktiviti hands- on , ada yang sederhana tahapnya untuk memahami sesuatu di mana mereka ini mengambil masa 2

yang lama untuk memahaminya, dan ada juga tidak mampu untuk memahami isi pengajaran. Majoriti murid terdiri daripada tahap sederhana. Oleh itu, saya harus menjaga teknik- teknik penerangan yang ingin disampaikan mengikut tahap penerimaan murid. Elemen nada dan suara malah gaya juga harus diketengahkan agar bersesuaian dengan mereka. Saya harus melakukannya dengan jelas agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan murid. Selain itu juga, saya bercadang untuk membuat penerangan dalam kelompok kumpulan yang lebih kecil mengikut tahap murid. Lembaran kerja bersesuaian akan disediakan kepada kelompok murid di luar penerangan.

4. Tempoh Masa

Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dalam jangka seminggu akan datang. Tempoh percubaan itu akan saya aplikasikan sepenuhnya bersama guru- guru berpengalaman sebagai pembimbing. 5. Penilaian Kejayaan

Saya akan melihat kepada jawapan di atas lembaran kerja yang disediakan. Jika kehendak soalan difahami dan dijawab dengan betul, maka teknik penerangan yang digunakan berjaya. Jika tidak, ia bermakna murid masih belum memahami isi kandungan pelajaran sepenuhnya.

6. Tindakan Susulan

Tindakan susulan akan diambil sekiranya rancangan pada minggu itu kurang berkesan. Sekiranya tindakan kurang berkesan dalam tempoh waktu yang dirancang, saya akan cuba mendapatkan nasihat pensyarah pula setelah waktu praktikum tamat untuk diaplikasi pada fasa praktikum seterusnya akan datang.

Disemak oleh guru pembimbing: Tandatangan: Nama Tarikh : :

Disemak oleh pensyarah pembimbing: Tandatangan: Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai