Jurnal Mingguan 4
Jurnal Mingguan 4
Jurnal Mingguan 4
Tarikh Peristiwa /Kejadian : 21 April 2014 25 April 2014 Tajuk Jurnal : Kualiti Pembelajaran (Tingkah Laku Murid)
1. Masalah / Peristiwa Pada minggu keempat ini, saya tidak banyak menghadapi masalah pengurusan dan pembelajaran sebagaimana yang telah saya rancangkan. Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi iaitu terdapat murid yang tidak memberikan kerjasama dan seterusnya memberikan kesan terhadap kualiti pembelajaran. Perkara ini saya sedari kebanyakkannya berlaku pada fasa perkembangan pembelajaran (penyampaian). Sesetengah murid tidak melakukan perkara yang disuruh dan patuh akan arahan guru. 2. Analisis Daripada situasi di atas, saya dapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan saya melakukan perkara tersebut. Setelah membuat perkaitan dengan proses pembelajaran pada minggu lepas, saya dapati bahawa terdapat signifikan yang berbeza berlaku setiap kali saya menggunakan strategi pengajaran yang berbeza. Berikut adalah antara faktor yang dapat saya kenalpasti: a) Murid kurang faham dengan isi pengajaran yang saya sampaikan. Oleh itu, ia cenderung membuatkan saya mengajar perkara tersebut berulang-ulang. Murid yang cekap pula akan mudah bosan dan mula melakukan kerja-kerja sendiri tanpa menumpukan perhatian. b) Murid selalu tidak sabar melakukan aktiviti kumpulan. Hal ini saya sedari kerana murid sentiasa bertanya akan aktiviti yang saya jalankan setiap kali bertemu dan masuk ke dalam kelas. Mereka sememangnya lebih suka corak pembelajaran sambil bermain.
c) Strategi yang saya gunakan semasa fasa penyampaian adalah lebih kepada berpusatkan guru. Hal ini kerana masa tidak akan mencukupi apabila menyuruh murid membuat dan meneroka sendiri pada fasa ini. Oleh itu, murid agak berasa bosan.
3. Cadangan Tindakan Susulan Bagi tujuan penambahbaikan, saya perlu merancang dengan lebih teliti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan menekankan beberapa aspek bagi mengatasi masalah ini. Setelah membuat satu perbandingan dan analisis berikut merupakan tindakan yang saya telah fikirkan dan diharapkan dapat membantu mengatasi masalah ini: a) Saya seharusnya bersikap lebih tegas supaya mereka dapat memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran saya. Saya tidak risau dengan murid yang cepat menerima dan faham, namun dikuatiri ianya akan menjadi ikutan murid lain. b) Saya akan melibatkan murid dalam fasa penyampaian ini. Namun demikian, bagi memastikan masa yang saya rancang mencukupi, saya akan terlibat mengawal tingkah laku murid agar tidak mengganggu masa yang dirancang. c) Saya akan cuba banyak menyelitkan unsur penerokaan dalam fasa aktiviti kumpulan. Oleh kerana mereka minat dengan aktiviti berkumpulan, maka saya akan mengambil peluang ini memberikan aktiviti yang mencabar dan menggalakkan pemikiran aras tinggi. Oleh itu, saya tidak akan memperuntukkan masa yang terlalu lama dalam fasa penyampaian. d) Saya akan bertanya dan mendapatkan nasihat daripada guru yang lebih pakar. Ekoran itu, saya akan mendapatkan satu cadangan dan strategi yang lebih berkesan dan sesuai dengan masalah yang dihadapi ini. e) Saya akan mengenalpasti murid yang bertingkah laku sedemikian. Maka, saya akan kerap kali memanggil mereka untuk menunjukkan kepada rakan-rakan tentang pemahaman terhadap ilmu yang disampaikan.