Dokumen tersebut menjelaskan berbagai definisi dan penggunaan teknik dalam pengajaran bahasa, khususnya dalam konteks pengajaran bahasa Melayu. Beberapa teknik yang disebutkan antara lain teknik permainan peranan, bercerita, inkuiri, perbahasan, dan drama. Teknik-teknik tersebut bertujuan untuk menarik minat siswa, melibatkan siswa secara aktif dalam pembelajaran, serta mencapai
0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
85 tayangan31 halaman
Dokumen tersebut menjelaskan berbagai definisi dan penggunaan teknik dalam pengajaran bahasa, khususnya dalam konteks pengajaran bahasa Melayu. Beberapa teknik yang disebutkan antara lain teknik permainan peranan, bercerita, inkuiri, perbahasan, dan drama. Teknik-teknik tersebut bertujuan untuk menarik minat siswa, melibatkan siswa secara aktif dalam pembelajaran, serta mencapai
Dokumen tersebut menjelaskan berbagai definisi dan penggunaan teknik dalam pengajaran bahasa, khususnya dalam konteks pengajaran bahasa Melayu. Beberapa teknik yang disebutkan antara lain teknik permainan peranan, bercerita, inkuiri, perbahasan, dan drama. Teknik-teknik tersebut bertujuan untuk menarik minat siswa, melibatkan siswa secara aktif dalam pembelajaran, serta mencapai
Dokumen tersebut menjelaskan berbagai definisi dan penggunaan teknik dalam pengajaran bahasa, khususnya dalam konteks pengajaran bahasa Melayu. Beberapa teknik yang disebutkan antara lain teknik permainan peranan, bercerita, inkuiri, perbahasan, dan drama. Teknik-teknik tersebut bertujuan untuk menarik minat siswa, melibatkan siswa secara aktif dalam pembelajaran, serta mencapai
Unduh sebagai PPTX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 31
Disediakan oleh:
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga),
teknik - kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony teknik - satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz - Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik - pengendalian suatu organisasi yang benar- benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang digunakan. Teknik Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita Teknik inkuiri Teknik perbahasan Teknik kuiz Teknik sumbangsaran Teknik soal jawab Teknik simulasi Teknik drama Teknik perbincangan Teknik forum Teknik dialog - lakaran peristiwa yang disedut daripada alam fantasi dan imaginasi. - Peristiwa itu boleh juga diambil daripada situasi yang terdapat dalam masyarakat, isu sosial atau petikan daripada unsur- unsur pelajaran di sekolah. Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. - untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi). - bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. - Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
- Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. - berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
- dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. - Aktiviti yang tidak memerlukan pentas dan peralatan yang lengkap tetapi pelakon harus menggunakan bahasa yang betul, tersusun dan indah.
- Penglibatan pelajar dalam aktiviti drama di bilik darjah adalah secara langsung sama ada sebagai pelakon atau penonton. DRAMA DI DALAM BILIK DARJAH Aktiviti drama dapat memenuhi keperluan berikut:
Keperluan Aktiviti Drama Aktiviti ini dijalankan untuk menarik minat dan tumpuan pelajar terhadap pelajaran dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Contohnya, seorang pelajar boleh menggunak teknik mimos untuk mencetuskan perbincangan. Drama boleh menjadi aktiviti fokus dalam sesuatu pengajaran. Ini boleh dilaksanakan melalui pemilihan bahan sama ada bahan sastera atau bukan sastera seperti sejarah, sains, agama, seni dan budaya. Drama dalam pengajaran bahasa dapat dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan terhadap pembelajaran yang telah berlaku. Contohnya, setelah mengajarkan makna perumpamaan, pelajar diminta melakonkan satu peristiwa untuk menerangkan maksud perumpamaan itu. Teknik drama, merupakan salah satu teknik belajar yang menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif. Oleh itu, teknik ini sesuai digunakan sebagai aktiviti pemulihan. Aktiviti drama boleh digunakan sebagai suatu cara penilaian formatif dalam pengajaran bahasa. Contohnya, pembacaan skrip yang menunjukkan intonasi dan sebutan yang betul. Pelajar melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang ditetapkan. Untuk menjayakannya, dia dikehendaki menghayati watak tersebut melalui aksi dan laras bahasa yang sesuai. Contoh: a. Watak Tuan Puteri yang budiman. b. Situasi Situasi gembira. Aktiviti yang dipindahkan daripada alam nyata di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah. Keadaan sebenar diwujudkan di dalam bilik darjah melalui perubahan persekitaran serta lakonan. Situasi yang dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan pembacaan yang dilakukan oleh pelajar. Contoh: Menerima rawatan di wad kecemasan. Pelajar akan membaca dan membina skrip dialog mengikut peranan yang ditetapkan dengan bahasa, intonasi, nada, gaya dan aksi yang sesuai.
Aktiviti ini dapat dilakukan secara individu atau kumpulan. Guru memilih skrip drama yang baik seperti Uda dan Dara. Pelajar akan membaca dengan lancar serta menggunakan sebutan, nada intonasi dan gaya yang betul berdasarkan cerita serta melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan suasana cerita. Dalam aktiviti ini guru boleh menggunakan berbagai-bagai jenis boneka yang melambangkan watak-watak tertentu. Dengan menggunakan boneka, pelajar memainkan peranan dan menimbulkan situasi yang sesuai dengan jalan cerita. Penggunaan boneka adalah melalui pergerakannya serentak dengan lafaz, iringan skrip dan iringan bunyi-bunyian. Aktiviti ini menggunakan gerak-geri, sarung tangan, topeng, pepatung dan gambar. Lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar dalam kehidupan seharian. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan kecil, iaitu antara dua hingga lima orang sahaja. Pelajar diberi masa yang pendek, iaitu antara 10 hingga 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog untuk dilahirkan secara spontan. Satu bentuk lakonan yang skripnya tidak dilafazkan oleh pelakon tetapi dibaca oleh pelajar lain serentak dengan aksi pelakon. Oleh itu, pelakon dan pembaca skrip mestilah bersama-sama menghayati skrip tersebut sebelum dilakonkan. Lakonan jenis ini dapat memberikan peluang kepada pelajar berlakon dengan penuh yakin tanpa memikirkan masalah menghafal dialog. Contoh: Peristiwa Malam Kemerdekaan Negara. Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog. Mimos boleh dilakukan secara individu atau secara kumpulan. Pelajar yang menjadi penonton perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap setiap pelakuan yang sedang dilakonkan oleh rakannya untuk membuat tafsiran. Selepas aktiviti ini, penonton membuat laporan dengan menggunakan perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun.