Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu (Projek SDP)
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu (Projek SDP)
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu (Projek SDP)
<BERBAYU>
PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH 2012
1.0 PENDAHULUAN
Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk
memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam
masyarakat Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok
Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan
mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi
malah memukau audiens.
Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan
turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu
dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk
dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(Kategori Tahap 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan.
2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis
tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.
2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam
kalangan murid.
2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dalam bahasa Melayu.
2.5 Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan, meyakinkan berdasarkan
bahan rangsangan.
2.6 Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan.
2.7 Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan bahan
rangsangan.
3.0 PENGELOLAAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Perlis.
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu ini turut dibantu oleh guru pelatih Bahasa
Melayu . Seterusnya, pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat
Pelajaran Daerah dan pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing.
4.0 PENYERTAAN
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5
dan 6) Sekolah Rendah. Penyertaan terbuka kepada semua murid warganegara
Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan
Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu:
4.1 Bahagian Pertama : Tajuk yang telah disediakan oleh sekolah
4.2 Bahagian Ke dua : Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan
bergambar berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Keluwaranegaraan
tahun 4 - 6 .
5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN
5.1 PERINGKAT DAERAH
5.1.1 setiap sekolah perlu menantar seorang wakil (lelaki/perempuan) :-
_borang penyertaan perlulah diserahkan kepada urusetia program sebelum atau pada : 14 September
2012.
- Wakil urusetia proram akan mengambil setiap Borang penyertaan yang telah dilengkapkan secara
langsung ke setiap sekola yang menyertai pertandingan.
- Sebarang urusan penyerahan borang atau kemusykilan boleh diajukan kepada :
- Ridzuan Razali (pengerusi BERBAYU):013-4557449
- Shafiza (setiausaha BERBAYU): 019-4501684
5.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU
5.3.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Dua(Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah
Kebangsaan sekitar perlis.
5.3.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing dibenarkan
mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah, daerah ke negeri dan negeri
ke peringkat kebangsaan.
5.3.3 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :
5.3.3.1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
5.3.3.2cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.
5.3.3.3 cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.
5.3.3.4 hasil karya sendiri.
5.3.4 Kualiti cerita
5.3.4.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat
yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
5.3.4.2 Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.
5.3.4.3 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta tidak tertumpu kepada cerita-
cerita rakyat sahaja.
5.3.4.4 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap
peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.
5.3.6 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada ke-8, menandakan masa persembahan telah
tamat.
5.3.7 Muzik dan kesan bunyi tidak dibenarkan semasa bercerita (kecuali props)
5.3.8 Pelajar perlu dikuarantin untuk cerita Bahagian Dua.
5.3.9 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01)
minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).
5.3.10 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita
dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton.
Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan
mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan,
setapak ke hadapan dan setapak ke belakang.
5.3.11 Peserta digalakkan memakai kostum.
5.3.12 Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa
pendaftaran.
5.3.13 Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat
persembahan cerita kurang daripada enam (06) minit atau melebihi lapan (08 ) minit.
* kurang daripada 6.00 minit dipotong 10 markah
Dari (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong
05.59 05.30 1 markah
05.29 05.30 2 markah
04.59 04.30 3 markah
04.29 04.00 4 markah
< 04.00 ke bawah 5 markah
* Lebih daripada 08 minit
Dari (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong
08.01 08.29 1 markah
08.30 08.59 2 markah
09.01 09.29 3 markah
09.30 09.59 4 markah
>10.00 ke atas 5 markah
Pemotongan markah hanya dilakukan oleh Ketua Hakim sahaja.
5.3.14 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :
5.3.14.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;
5.3.14.2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;
5.3.14.3 dibantu oleh orang lain;
5.3.14.4 menggunakan muzik atau kesan bunyi.
5.3.15 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.
5.3.16 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan
pemenang:
i) teknik persembahan
ii) bahasa dan pertuturan
iii) penghayatan cerita
5.3.17 Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang penyertaan yang
disahkan oleh Guru Besar.
5.3.18 Bilangan panel hakim adalah tiga (03) yang terdiri daripada
5.3.19 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.
7.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU
7.1 Teknik Persembahan 20 markah
7.2 Bahasa dan pertuturan 20 markah
7.3 Penghayatan cerita 20 markah
7.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
7.5 Mesej/nilai dalam cerita 05 markah
7.6 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah
7.7 Kawalan suara 10 markah
Jumlah 100 markah
8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)
8.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah
8.2 Bahasa dan Pertuturan 25 markah
8.3 Penghayatan cerita 20 markah
8.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
8.5 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah
Jumlah 100 markah
9.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia