Nota Ringkas Pen Islam Form 1

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

Nota ringkas

Pendidikan Islam tingkatan 1


Solat Jamak

Cara melakukan jamak takhir


1. Berniat untuk melakukan solat jamak takhir apabila
masuk waktu solat pertama
2. Tidak disyaratkan tertib sama ada untuk melakukan solat
pertama
atau
kedua
terlebih
dahulu

Mengumpulakan dua solat dalam satu waktu


Contoh
(1) Melakukan solat zuhur dan asar dalam waktu zuhur atau asar
(2) Melakukan solat magrib dan Isyak dalam waktu magrib atau
Isyak
Bahagian solat jamak
(1) Solat jamak takdim : Mengumpul dua solat dan dilakukan
pada waktu pertama
Contoh : Melakukan solat zuhur dan asar dalam waktu zuhur
Melakukan solat magrib dan Isyak dalam waktu
magrib
Syarat jamak takdim
1. Solat dimulakan pada waktu yang pertama
2. Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan
takbiratulihram
3. Di laksanakan berturut-turut tanpa di selangi perbuatan
lain
4. Solat jamak seseorang tidak batal kerana diselangi
iqamah atau mengambil wudhuk
5. Masih dalam keadaan musafir
(2) Solat jamak takhir : Mungumpulkan dua solat dan dilakukan
pada waktu yang kedua
Contoh : Melakukan solat zuhur dan asar dalam waktu asar
Melakukan solat magrib dan isyak dalam waktu isya
Syarat jamak takhir
1. Berniat untuk mentakhirkan(melakukan solat pertama
dalam waktu kedua) apabila masuk waktu solat pertama
2. Masih dalam keadaan bermusafir

Rujukan kitab Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato Ismail Kamus

3.

Contoh : Ali melakukan solat jamak takhir zuhur dan asar


dalam waktu asar, Ali boleh melakukan solat zuhur
dahulu atau asar dahulu (begitu pula dengan solat
magrib dengan isyak)
Di galakan supaya mendahulukan solat kedua [ Contoh :
Jamak takhir zuhur dengan asar, buat asar dahulu dan di
ikut solat pertama (zuhur)

Solat Qasar
-

Memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat


Hanya khusus untuk solat 4 rakaat ( zuhur, asar dan isyak )

Solat jamak qasar


-

Gabungan solat jamak dan qasar hanya boleh dilakukan ketika


bermusafir lebih dua marhalah

Hal-hal berkaitan jamak dan qasar


(1) Bermusafir lebih 2 marhalah (pendapat mengatakan 48, 56
dan 60 batu)
(2) Boleh melakukan solat jamak dan qasar dalam masa yang
sama
(3) Seseorang boleh memilih sama ada ingin :
a. Menjamakkan dua solat fardu tanpa qasar
b. Menjamakkan dua solat fardu dan qasar (bagi solat 4
rakaat) dalam satu masa
c. Mengqasarkan solat fardu 4 rakaat tanpa jamak

Nota ringkas
Pendidikan Islam tingkatan 1
-

Solat jamak dan qasar adalah suatu keringanan yang diberikan


oleh Allah kepada Hamba Nya dalam segenap masa bagi orang
yang bermusafir, sama ada susah atau senang asalkan melebihi 2
marhalah
Syarat-syarat qasar
(1) Musafirnya bukan untuk melakukan maksiat
(2) Perjalanan tidak kurang daripada 2 marhalah
(3) Solat yang boleh diqasarkan hanya solat 4 rakaat (zuhur, asar
dan isyak).
(4) Tidak boleh qasar solat qada (ganti) yang di tinggalkan di luar
musafir
(5) Boleh mengqasarkan solat qada yang ditinggalkan semasa
bermusafir ketika bermusafir
(6) Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratulihram
(7) Tidak boleh berimamkan dengan orang yang solat solat
sempurna (tamam)
(8) Tahu destinasi yang dituju
(9) Masih dalam perjalanan
(10) Tahu bahawa orang yang bermusafir harus mengerjakan solat
qasar (ada ilmu)

Solat-solat sunat
-

Merupakan satu amalan yang sangat digalakan

Solat sunat Rawatib


1. Solat sunat sebelum dan selepas solat fardu
2. Antara solat sunat Rawatib ialah
a. Dua rakaat sebelum solat subuh
b. Dua rakaat sebelum dan sesudah solat zuhur
c. Dua rakaat sebelum solat asar
d. Dua rakaat selepas solat magrib
e. Dua rakaat sebelum dan selepas solat isyak
3. Lafaz niat boleh rujuk kitab Indahnya hidup bersyariat

Solat sunat duha


1. Di lakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi
sekadar satu galah tinggi iaitu sekitar jam 8.00 pagi hingga
gelincir matahari ( sebelum zuhur )
2. Di kerjakan 2, 4,6 atau lapan rakaat
3. Lafaz niat dan doa boleh rujuk kitab Indahnya hidup
bersyariat

Lafaz niat boleh rujuk buku Indahnya hidup bersyariat

Qailulah
1. Di sunatkan tidur sebentar sebelum menunaikan solat fardu
zuhur untuk memudahkan bangun solat sunat pada tengah
malam
2. Sekiranya tidur sahaja tanpa niat untuk bangun pada tengah
malam maka tidak mendapat sebarang pahala sunat

Solat dalam penerbangan


-

Jika terdapat ruang untuk solat secara berdiri maka hendaklah


berdiri
Sekiranya keadaan kapal terbang tidak tenteram kerana masalah
seperti cuaca dan lain-lain maka bolehlah solat setakat mana yang
boleh, jika tiada masalah wajiblah berdiri
Berwudhuk secara bersederhana kerana kekurangan sumber air
Masalah kiblat hendaklah rujuk peta dan bertanya pihak yang
berkaitan di dalam kapal terbang
Jika menaiki kenderaan lain maka hendaklah menghadap kiblat
semasa takbiratulihram kemudian boleh la menghadap ke arah
lain mengikut pergerakan kenderaan

Rujukan kitab Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato Ismail Kamus

Solat sunat Awwabin


1. Waktunya antara magrib dan isyak
2. Bilangan rakaat : 6 rakaat 3 salam
3. Lafaz niat dan rujukan boleh lihat kitab Indahnya hidup
bersyariat

Nota ringkas
Pendidikan Islam tingkatan 1
-

Solat sunat witir


1. Di lakukan selepas solat isyak
2. Di sebut witir kerana di lakukan dengan bilangan rakaat yang
ganjil 1, 3 hingga 11 rakaat
(sekurang-kurangnya 1 rakaat dan paling banyak 11 rakaat)
3. Jika lebih 2 rakaat maka lakukan 2 rakaat - 2 rakaat dan akhiri
dengan satu rakaat.
4. Di bulan Ramadan, solat witir di lakukan secara berjemaah
dan di pertengahan Ramadan di sunatkan membaca doa
qunut
5. Lafaz niat dan rujukan sila rujuk kitab Indahnya hidup
bersyariat

Solat sunat tahajud


1. Di lakukan pada tengah malam selepas bangun daripada tidur
2. Lafaz niat, doa dan rujukan boleh rujuk kitab Indahnya hidup
bersyariat

Solat sunat Isyraq


1. Di lakukan 2 rakaat setelah matahari terbit segalah sekitar
7.30 pagi hingga 8.00 pagi atau sama seperti waktu duha
2. Lafaz niat, doa dan rujukan boleh rujuk kitab Indahnya hidup
bersyariat

Solat sunat tasbih


1. Disebut solat tasbih kerana mengandungi bacaan 300 tasbih
2. Jika dilakukan waktu siang maka dilakukan 4 rakaat satu
salam
3. Jika dilakukan waktu malam maka dilakukan 4 rakaat 2 salam
4. a. Membaca tasbih sebanyak 15 kali selepas membaca surah
b. Membaca tasbih sebanyak 10 kali semasa rukuk selepas
membaca bacaannya
c. Membaca tasbih sebanyak 10 kali semasa iktidal
d.Membaca tasbih sebanyak 10 kali semasa sujud

Rujukan kitab Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato Ismail Kamus

e.Membaca tasbih sebanyak 10 kali semasa duduk antara 2


sujud
f. Membaca tasbih sebanyak 10 kali semasa sujud yang kedua
g.Membaca tasbih sebanyak 10 kali semasa duduk istirahat
(duduk sebentar sebelum berdiri untuk rakaat baru)

5.

jika di tambah setiap satu rakaat akan dibaca 75 tasbih


jadi jumlah tasbih yang dibaca dalam 4 rakaat (75 x 4)
sebanyak 300 tasbih.
Selepas salam boleh ucapkanlah doa seperti yang tercatat
dalam kitab Indahnya hidup bersyariat

Solat sunat hajat


1. Anjuran bagi mereka yang mempunyai hajat atau kesulitan
dalam sesuatu hal agar menunaikan solat hajat 12 rakaat
dengan 6 salam.
2. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah malam.
3. Sujud adalah tempat yang paling afdal untuk berdoa
4. Cara-cara melakukan solat sunat hajat boleh rujuk kitab
Indahnya hidup bersyariat

Solat sunat tahiyat masjid


1. Dilakukan bertujuan menghormati masjid dan dilakukan
setiap kali memasuki masjid
2. Rasulullah SAW berabda :
Apabila kamu masuk masjid janganlah kamu duduk sebelum
kamu menunaikan solat 2 rakaat hadis sahih
3. Apabila berada di dalam masjid di sunatkan supaya beriktikaf
4. Lafaz niat solat dan iktikaf serta cara solat sunat tahiyat
masjid boleh rujuk kitab Indahnya hidup bersyariat

Solat sunat taubat


1. Dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalah dirinya
sendiri dan memohon keampunan daripada Allah SWT
2. Solat ini dilakukan sama seperti solat lain sebanyak 2 rakaat
3. Syarat-syarat bertaubat
a. Menyesal terhadap perbuatan yang lalu
b. Benci perbuatan tersebut

Nota ringkas
Pendidikan Islam tingkatan 1
c.

4.
-

Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan tersebut


lagi
d. Meminta maaf dan memulangkan hak( jika melibatkan
kesalahan sesama manusia )
Lafaz niat sila rujuk kitab Indahnya hidup bersyariat

Teknik Khusyuk dalam solat


-

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (Iaitu)


orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, Surah Al Mukminun
ayat 1hingga 2

Solat sunat musafir


1. Dilakukan ketika seseorang ingin keluar bermusafir
(menemouh perjalan lebih 2 marhalah )
2. Lafaz niat dan surah anjuran boleh rujuk kitab Indahnya
hidup bersyariat

Antara teknik untuk mendapat khusyuk dan kemanisan dalam


solat dan ibadah ialah
1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah terutamanya di
masjid
2. Menjaga makan dan minum agar terjamin halalnya
3. Memperbanyakkan sedekah
4. Jangan menangguh untuk membuang air besar atau kecil
ketika mahu menunaikan solat
5. Mengambil wuduk dengan sempurna
6. Memakai pakaian yang bersih
7. Tempat sujud yang tidak bergambar
8. Mengingati mati
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang
Maha Agung
10. Sentiasa takut dan rendah diri terhadap Allah
11. Memahami segala bacaan dalam solat
12. Memandang tempat sujud
13. Memanjangkan tempoh rukuk dan sujd
14. Tempat solat jauh dari gangguan
15. Fokus kepada solat yang dilakukan
16. Jangan memandang ke kiri dan kanan.

Doa adalah ibadah


Allah SWT berfirman maksudnya :
Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah, nescaya Aku
perkenankan untukmu.
Surah al Ghafir ayat 60

Solat sunat yang dikerjakan secara berjemaah


-

Solat sunat dua hari raya


1. Dua hari raya iaitu solat sunat Aidilfitri (1 Syawal) dan solat
sunat AidilAdha (10 Zuhijjah)
2. Sunat muakkad (dituntut) dikerjakan beramai-ramai di masjid
atau tengah padang
3. Dilakukan ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga
tergelincirnya matahari.
4. Pada rakaat pertama takbir sebanyak 7 kali dan rakaat kedua
5 kali
5. Setiap takbir di selangi dengan tasbih sila rujuk kitab
Indahnya hidup bersyariat
6. Rukun, syarat serta sunat sa,a dengan solat biasa.

Solat tarawih pada bulan Ramadan


1. Dilakukan selepas solat Isyak dalam bulan Ramadan.
2. Hukumnya sunat muakkad (dituntut)
3. Boleh dilakukan secara sendirian atau berjemaah ( berjemaah
adalah lebih afdal)
4. Di Malaysia biasanya dilakukan sebanyak 8 atau 20 rakaat
5. Lafaz niat sila rujuk kitab Indahnya hidup bersyariat

Rujukan kitab Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato Ismail Kamus

Allah SWT berfirman yang maksudnya :

Doa

Nota ringkas
Pendidikan Islam tingkatan 1
-

Syarat-syarat berdoa
1. Berwuduk
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat
4. Khusyuk dan tawaduk (rendah diri)
5. Tidak tergesa-gesa atau tenang
6. Mulakan dengan memuji kebesaran Allah SWT dan diikuti
dengan selawat Nabi
7. Berdoa dengan penuh harapan akan dikabulkan
8. Diakhiri dengan selawat dan salam
9. Tahu isi dan makna doa

Syarat doa makbul


1. Menjauh perkara-perkara haram dan syubhah (yang ditidak
tahu halal atau haramnya)
2. Harta yang digunakan (untuk tujuan makan, minum, pakaian
dan lain-lain) adalah halal sumber dan cara mendapatkannya

Waktu yang baik untuk berdoa


1. Pada malam qadar ( 10 malam terakhir bulan Ramadan )
2. Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah )
3. Bulan Ramadan
4. Malam jumaat
5. Waktu jumaat
6. Pada tengah malam
7. Seperdua malam ( selepas 12 malam)
8. Sepertiga malam pertama ( jam 6 hingga jam 10)
9. Sepertiga malam terakhir ( selepas jam 2 pagi )
10. Waktu sahur
11. Antara azan dan iqamat
12. Pada akhir tiap-tiap solat fardu
13. Dalam pertempuran di medan perang
14. Waktu dalam sujud
15. Sedang membaca al Quran
16. Setelah tamat membaca al Quran
17. Ketika minum air zam-zam
18. Waktu ayam jantan berkokok
19. Pada waktu turun hujan

Rujukan kitab Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato Ismail Kamus

Sebab-sebab doa tidak di terima


1. Tidak menunaikan suruhan Allah SWT
2. Meninggalkan sunnah Nabi SAW
3. Tidak beramal dengan Al Quran
4. Tidak bersyukur kepada Allah atas segala nikmat
5. Tidak melawan hasutan syaitan
6. Tidak beramal untuk mendapatkan syurga
7. Tidak beramal untuk menjauhi diri daripada neraka
8. Tidak bersedia untuk mati
9. Menceritakan aib orang tetapi lupa aib sendiri
10. Tidak mengabil iktibar daripada kematian

Qada solat
Mengikut syarak, orang yang dibolehkan untuk mengqadakan
(menggantikan) solat yang tertinggal adalah :
1. Orang yang tertidur
2. Orang lalai atau terlupa
-

Kedua orang ini tidak berdosa tetapi wajib menggantikan solat


yang tertinggal serta merta
Orang yang meninggalkan solat fardu tanpa sebarang keuzuran
yang syari di anggap kufur dan berdosa besar.
Wajib bagi orang yang sengaja meninggalkan solat fardu dengan
sengaja bertaubat serta mengqadakan solat yang ditinggalkannya.

Waktu-waktu di makruhkan solat


Selepas solat fardu subuh
Ketika naik matahari
Ketika matahari di tengah-tengah langit
Selepas solat fardu asar
Ketika terbenam matahari
Solat yang boleh dilakukan walaupun dalam waktu makruh
Solat qada
Tahiyat masjid
Solat jenazah
Solat Qabliyah (sebelum) asar dan subuh yang tidak sempat
dilakukan sebelumnya

Anda mungkin juga menyukai