Kepentingan Kaedah Saintifik Kepada Sains Sosial
Kepentingan Kaedah Saintifik Kepada Sains Sosial
Kepentingan Kaedah Saintifik Kepada Sains Sosial
Maksud penggunaan kaedah saintifik dalam sains sosial adalah penggunaan kaedah yang
sistematik dan kaedah yang objektif dalam sesuatu penyelidikan yang dibuat.1 Kaedah
sistematik adalah kaedah yang berpandukan kepada peraturan-peraturan. Kaedah ini
melibatkan prosedur-prosedur yang dirancang dengan teliti dan analisis yang dilakukan
adalah secara ketat dan terperinci. Ia bertujuan menghasilkan huraian yang jelas
berkenaan setiap langkah supaya boleh diulangi oleh orang lain. Manakala kaedah
objektif pula adalah merujuk kepada pengumpulan maklumat yang benar dengan
menggunakan instrumen atau peralatan yang sah. Contohnya adalah seperti menggunakan
borang soal selidik. Ia bertujuan untuk menyekat atau mengelak timbulnya bias (berat
sebelah) ataupun emosi.
Penggunaan kaedah saintifik dapat membantu menyeragamkan pendekatan yang
digunakan untuk memahami jenis-jenis maklumat yang sangat berbeza-beza. Kaedah
saintifik juga membolehkan data-data sains sosial untuk direplikasi dan disahkan dalam
banyak keadaan serta di bawah situasi yang berbeza dan juga dikaji oleh pelbagai
pengkaji. Melalui replikasi eksperimen, generasi baru sains sosial boleh mengurangkan
kesilapan dan memperluaskan kebolehpakaian teori-teori yang digunakan. Ia juga
membenarkan teori untuk diuji dan disahkan dan bukannya daripada sekadar menjadi
andaian palsu dan tidak dapat disahkan kebenarannya.
Selain itu, pengunaan kaedah saintifik dapat memberikan pemahaman yang lebih kukuh
tentang bagaimana sesuatu fenomena atau masalah sosial itu berlaku. Tambahan pula , ia
juga membantu seseorang menganalisis dan menilai pelbagai situasi masalah sosial itu
dari segi aspek yang terdapat dalam kaedah saintifik melalui kajian-kajian yang telah
dilakukan. Justeru itu, ia membantu pengamal sains sosial menjelaskan pelbagai prinsip
sains sosial dengan lebih nyata dan terperinci dan ia juga membolehkan mereka untuk
mengubah, mencabar atau menyusun semula tentang prinsip mereka yang sebelum ini
hanya sekadar berbentuk hipotesis. Kaedah saintifik juga telah mengembangkan bidang
1
Rohana. 2003
sains sosial kepada pelbagai cabang kerana kaedah saintifik berkait rapat dengan logik
dan rasional. Logik dan rasional pada asalnya tidak boleh digunakan pada zaman
pertengahan di barat kerana pada zaman itu ilmu pengetahuan hanya disebarkan oleh
gereja dan ilmu-ilmu yang bertentangan dengan ketuhana adalah dilarang.2
Teori dan kaedah saintifik adalah amat berkaitan dengan aspek logik sains iaitu
menyediakan penjelasan sistematik dan masuk akal manakala pengumpulan data
berkaitan dengan aspek pemerhatian. Analisis data melihat pola dalam pemerhatian dan,
jika bersesuaian, ia akan membandingkan apa yang dijangka secara logik dengan apa
yang sebenarnya diperhatikan.3 Langkah pertama dalam pemikiran saintifik ialah
menyusun sesuatu pemikiran kepada corak yang logik. Ilmu pengetauan boleh dipercayai
datang menerusi kaedah saintifik menggunakan fakta yang dapat dilihat dan logik.
Kaedah penyelidikan saintifik bermula dengan sifat ingin tahu tentang suatu keadaan
tertentu, yang dinyatakan sebagai masalah dan frasa yang berbentuk soalan. Masalah ini
boleh datang daripada pemerhatian diri sendiri atau dari perbuatan yang dilaksanakan
oleh orang lain. Jawapan tentatif kepada persoalan atau penyelesaian kepada masalah ini
boleh diberikan. Hipotesis ini diperolehi dari pengalaman dan teori sebelumnya di dalam
sains sosial.4
Penyelidikan sentiasa diteruskan ke arah matlamat atau penyelesaian. Masalah
ditunjukkan dengan kaedah penyelidikan dalam usaha untuk mendapatkan bukti yang
berkaitan dengan hipotesis. Hipotesis memberi arah kepada pemikiran penyelidik dengan
jawapan. Jika masalah yang dinyatakan sebagai soalan, maka setiap hipotesis mungkin
adalah jawapan atau penjelasan kepada soalan. Analisis diteruskan di bawah prosedur
yang ditetapkan setelah data dikumpulkan dan hipotesis yang diuji. Kaedah saintifik
menyediakan rangka kerja bagi mengumpul serta menyusun data supaya mereka boleh
dianalisis dan ditafsirkan. Pengumpulan data menunjukkan komponen empirikal dalam
kajian saintifik. Penyelidikan saintifik tidak hanya mengumpul data bagi tujuan
mengumpul fakta. Tafsiran data merupakan komponen penting dalam proses penyelidikan
keran tafsiran menggunakan satu kerangka konsep dalam kaedah saintifik.
Satu hipotesis yang telah mendapat kelulusan profesional secara meluas kerana ia masuk
akal dalam sistem sebab dan akibat dan tidak ditolak dalam persampelan empirikal
berulang oleh pelbagai penganalisa yang bekerja secara bebas, kadang-kadang dikenali
sebagai prinsip, teori, atau hukum. Teori atau hukum mempunyai nilai bukan hanya
kerana ia menyumbang iaitu menjelaskan pemerhatian masa lalu tetapi juga kerana ia
dapat meramalkan pemerhatian dan eksperimen masa hadapan. Para saintis perlu
mengekalkan keraguan yang sihat. Oleh yang demikian hukum atau teori yang lazimnya
dilihat sebagai hipotesis yang tidak boleh ditolak tetapi boleh dibuang sekiranya
penjelasan dan bukti yang lebih munasabah dan kukuh.5
Hipotesis adalah anggapan, proposisi yang diandaikan bagi sesuatu hujah, teori yang
hendak dibuktikan atau disangkal dengan merujuk kepada fakta dan penjelasan sementara
bagi sesuatu6. Manakala Oxford Reference Dictionary mentakrifkan hipotesis sebagai
usul atau andaian yang dibuat daripada fakta yang diketahui sebagai asas penaakulan atau
penyiasatan bagi sesuatu kajian. Kepentingan hipotesis dapat dilihat apabila sesuatu
hipotesis yang dirumuskan dengan baik dapat menyediakan asas penting bagi seseorang
penyelidik untuk memulakan siasatan tanpa pembaziran masa dan tenaga yang banyak.
Selain itu, hipotesis dapat mengelakkan seseorang pengkaji dari kekeliruan dan dapat
menunjukkan ke arah tujuan yang benar kepada beliau untuk meneruskan dan
menjalankan penyiasatannya. Soalan dan kaedah saintifik akan dipandu dengan baik oleh
hipotesis yang sesuai, untuk memberikan jawapan yang betul.
Antara kepentingan lain bagi hipotesis ialah ia sangat membantu dalam membolehkan
penyelidik untuk mengetahui dengan tepat mengenai jenis maklumat yang paling sesuai
untuk menangani masalah yang dihadapi. Dengan mengumpul fakta dan angka penting
serta menggunakan kaedah yang betul, penyelidik akan dapat membuat kesimpulan yang
tepat dan dipercayai. Sebuah penyelidikan tanpa hipotesis akan menjadikan sesuatu
5
6
pencarian atau kajian itu tiada tujuan dari aspek segala-galanya termasuk tentang apa-apa
yang diperlukan atau tidak diperlukan, yang berkaitan atau tidak berkaitan. Oleh yang
demikian, kepentingan hipotesis dapat dilihat dalam menentukan kesesuaian sesuatu
penyelidikan. Para penyelidik tidak lagi perlu mengambil risiko membuang masa
berharga dengan mengabaikan garis panduan yang diberikan oleh hipotesis yang bermutu
tinggi kerana kajian zaman moden ini bercirikan oleh kecekapan dan keberkesanan
melalui penggunaan teknologi yang bersesuaian bagi sesuatu kajian yang berkaitan.7
Kaedah saintifik secara umum bukan sahaja dapat membantu untuk mengenal pasti
prejudis malahan dapat menghapuskan atau mengurangkan sifat itu, dan ia
menunjunjukkan jalan kepada orang ramai untuk melihat dan menukar sebarang
kecenderungan yang mereka mungkin ada mengenai sesuatu konsep tertentu. Setelah hal
ini berlaku, ia mengurangkan sifat prejudis, berat sebelah, dan kesilapan kognitif lain
yang sering muncul dalam halangan konsep-konsep yang subjektif. Penggunaan kaedah
saintifik adalah satu komponen penting dalam pengajian pelajar, terutama pelajar dalam
sains sosial dan tingkah laku. Penyelidik menggunakan kaedah saintifik untuk
menjalankan penyelidikan asas untuk memahami pelbagai fenomena tingkah laku dan
sosial. Kaedah penyelidikan juga mempunyai banyak aplikasi praktikal. Justeru itu, ia
adalah penting untuk memahami asas-asas kaedah saintifik dan penyelidikan tidak kira
apa sahaja matlamat semasa atau masa depan kerjaya seseorang.8
Sistem pengetahuan mengenai kaedah saintifik memberi pengertian yang mendalam
kepada institusi yang terdiri daripada struktur sosial sesuatu masyarakat dan dibangunkan
melalui agen sosial yang ada berada di dalam institusi-institusi ini. Agen sosial ini terdiri
daripada para sarjana, guru-guru dan penyelidik yang banyak terlibat dalam kajian sains
sosial. Idea yang digunakan dalam kaedah saintifik adalah sebahagian daripada litar
pengetahuan bersepadu yang kompleks dan wajar. Justeru itu, ia berkaitan menerusi
hubungannya dengan kebenaran idea-idea, sebab-musabab, kemajuan dan kemanusiaan.
7
8
Kesahihan sudut pandangan saintifik adalah berdasarkan kepada cara bagaimana ianya
dilakarkan pada litar ini.9
Selalunya di dalam penyelidikan sains sosial, seseorang penyelidik akan menyesuaikan
diri mereka atau mereplikasikan metodologi penyelidik-penyelidik yang lepas dengan apa
yang mereka ingin kaji. Oleh itu, ia sangat berguna dan demikian itu, adalah amat penting
dalam kaedah saintifik untuk sentiasa menyediakan maklumat yang mencukupi untuk
membolehkan pengkaji lain untuk menggunakan atau mereplikasikan kajian. Maklumat
ini adalah penting terutamanya apabila satu kaedah baru telah dibangunkan atau
penggunaan kaedah saintifik secara inovatif yang sedia ada telah digunapakai yang
membolehkan cabang-cabang kajian sains sosial menjadi lebih kreatif dan efektif.
Kaedah saintifik juga memboleh kita mengenal pasti masalah yang wujud dalam
masyarakat sosial dan pengkaji menyenarai masalah yang dihadapi oleh penyelidik secara
objektif. Penggunaan kaedah saintifik dalam penyelidikan sains sosial adalah sesuatu
perkara yang sangat penting bagi memastikan kajian sains sosial tepat dan juga
membolehkan seseorang itu berupaya memahami keadaan atau perkara yang di
selidiknya10. Apabila pengkaji dapat memahami keadaan yang berlaku daripada pelbagai
sudut, barulah pengkaji dapat mengenal pasti cara atau langkah untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh masyarakat. Oleh sebab itu, kaedah sesitimitik penting untuk
memastikan pengkaji sains sosial dapat menyelesaikan masalah tanpa sebarang kesan
negatif.
Selain itu, kaedah saintifik juga digunakan untuk mengkaji cara manusia mengatur
kehidupan secara berkelompok dan membentuk jaringan hubungan bagi membolehkan
mereka menjalani kehidupan tersebut. Dalam kata lainnya, sains sosial ialah himpunan
pengetahuan mengenai pemahaman dan kajian tentang manusia, budaya dan masyarakat
iaitu semua aspek kehidupan manusia termasuk hubungan atau interaksi sosial dan jalinan
sosial diamalkan dalam sains tulen.
10
11
Bibliografi
MacDonald, Alexander M. , 1981. Chambers Twentieth Century Dictionary. Edinburgh:
Chambers.
Rao, Aditham B. 2008. Research Methodology for Management and Social Sciences.
New Delhi: Excel Books India.
Smith, Mark J. 1998. Social Science in Question: Towards a Postdisciplinary Framework.
London: SAGE Publications Ltd.
Kundu, Abhijit. 2009. The Social Sciences: Methodology And Perspectives. New Delhi:
Pearson Education India.
Gebremedhin, Tesfa G. & Tweeten, Luther G. 1994. Research Methods and
Communication in the Social Sciences. Westport: Praeger Publishers.
Weathington, Bart L., Cunningham, Christopher J. L. & Pittenger, David J. 2010.
Research Methods for the Behavioral and Social Sciences. New Jersey: John Wiley &
Sons.
Gauch, Hugh G. 2003. Scientific Method in Practice. Cambridge: Cambridge University
Press.
Babbie, Earl. 2013. Social Research Counts. California: Cengage Learning.