Seni Catan Cina
Seni Catan Cina
Seni Catan Cina
Sejak Zaman Klasik Cina sehingga sekarang perkembangan kerja-kerja kesenian Cina
sering mendapat perhatian oleh bangsa asing. Semasa Zaman Neolitik China memperlihatkan
bagaimana telah munculnya tembikar-tembikar yang diperbuat daripada tanah liat. Sejak
daripada itu orang Cina mula membuat beberapa tembikar yang bermutu tinggi dan cantik.
Pada zaman Dinasti Ming kemunculan tembikar berwarna biru putih merupakan salah satu
ciptaan yang dihasilkan oleh orang yang popular. Dalam bidang kesenian, tamadun Cina
bukan sahaja dikagumi dengan keindahan tembikarnya, tetapi mutu ketinggian dan
keagungan juga dikagumi dalam bidang-bidang lain seperti catan Cina.
Catan Cina (Guo Hua) mengambil tempat yang agak istemewa dalam tamadun Cina
kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. Golongan pemerintah dan kelas elit
semasa Dinasti Tang dan Sung merupakan penyokong utama dalam bidang ini. Contohnya
Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung merupakan seorang yang mencintai kesenian catan
Cina. Beliau menaungi bidang catan dan memberi jaminan latihan kepada artis-artis catan.
Oleh sebab itu, seni catan di China telah wujud sebagai kegemaran waktu lapang golongan
atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan pelukis amator itu beralih menjadi pelukis
profesional yang menjual lukisan untuk keuntungan yang lumayan.
Corak catan Cina berbeza dengan catan Barat. Pada zaman awal interaksi antara orang
Cina dengan Barat menyaksikan bagaimana orang Barat membuat kajian terhadap catan Cina
dan sering mengkritiknya. Seorang Paderi Jesuit yang pernah sampai ke China pada abad ke
17 iaitu Matteo Ricci menyatakan seniman Cina tidak mempunyai pengetahuan dalam seni.
Pendapat beliau dikongsi bersama oleh kebanyakan orang Barat yang pernah sampai ke sini
pada abad ke-17 hingga ke-19. Hanya segelintir orang Barat yang mengakui dan menghargai
catan Cina.
Catan Cina sebenarnya bermula awal Zaman Neolitik, di sini penulis hanya
membincang dan memberi gambaran sedikit sebanyak tentang Dinasti Tang dan Dinasti Sung
kerana seni lukis berkembang dengan pesat sehingga mencapai tahap kecemerlangan dalam
kedua-dua Dinasti ini.
i.
Catan Cina bermula sebelum Dinasti Tang (618 907) dan kebanyakan terdiri dari lukisan
garis yang menunjukkan manusia terlibat dalam berbagai aktiviti kehidupan. Masa ini
dipanggil golden age (Zaman Keemasan) dalam lukisan figura.Pada pertengahan Zaman
Dinasti Tang, lukisan lanskap, bunga dan burung lebih menonjol, diikuti dengan lukisan
gunung, hutan, pemandangan dan taman yang mempunyai keupayaan membawa seseorang
dari alam meterial ke dalam alam yang aman dan bebas. Ini kerana lukisan lanskap selalu di
anggap sebagai lukisan yang mengandungi ilmu pengetahuan yang tersurat dan tersilat dalam
kesusasteraan. Bunga, rumput, pokok, batu, burung dan lain binatang walaupun strok nya
ringkas tetapi dalam bentuk yang hidup dan bertenaga. Oleh itu, lukisan lanskap, bunga dan
burung, lukisan figura merupakan tiga katogori lukisan Cina tradisional. Pelukis yang
terkenal pada Dinasti Tang ini ialah Yen Li Pen, Wo Tao Tzu, Li Chen, dan Wang Wei.
ii.
Pihak pemerintah dan golongan elit pada zaman Dinasti Tang dan Sung ( 960 1279 )
memberi sokongan kepada kemajuan lukisan Cina. Pada zaman ini, lukisan yang kreatif
bermatlamat politik dan pendidikan. Pada zaman Dinasti Sung telah membentuk akademik
seni lukis yang agak sistematik. Maharaja Hui Tsung adalah pencipta seni lukis halus dan
beliau juga seorang pelukis. Beliau mengangkat martabat pelukis akademik ke tahap yang
paling tinggi pada zamannya.
ekonami dan kebudayaan, menyebabkan ramai penulis-penulis berminat kepada seni lukis.
Akibatnya kesusasteraan diterapkan ke dalam lukisan. Penyajak yang terkenal, Sun Shih
(1056 1101 A.D) atau lebih dikenali sebagai Su Tung Po juga terkenal dalam literati
painting (lukisan yang ada sajak).
2.2
Sutera dan kertas - Material yang digunakan dalam seni catan Cina ialah
sutera dan kertas sebagai penyokong. Tekstil sutera mula ditenun 35000 tahun
dahulu. Penggunaan sutera oleh pelukis mencapai kemuncaknya ketika Dinasti
Sung (960 1279). Tetapi, pada masa itu, kertas berkualiti tinggi juga telah
digunakan secara meluas. Kertas terdiri daripada dua jenis iaitu Yu Ban Zhi
dan Shu Xuan Zhi (rice paper). Hasil seni atas kertas adalah lebih mudah
disimpan lama berbanding dengan sutera.
3.2.2
Berus Jingti, Hanbi dan Xiao Miao Bi. Berus mempunyai sejarah yang lebih
lama berbanding sutera. Hiasan atas tembikar Neolitik menunjukkan
penggunaan alat yang lembut dan flaksibel dan berkemungkinan besar adalah
jenis proto brush. Tulisan menggunakan pigmen merah atas tulang oracle
3000 tahun dahulu telah menggunakan alat tersebut dalam versi yang lebih
halus. Kekuatan dan kelembutan seikat bulu haiwan yang dijadikan tajam pada
hujungnya dapat dilihat melalui catan atas sutera. Jika digunakan oleh pelukis
yang berkemahiran tinggi, berus dapat menghasilkan garisan sekasar dawai
ataupun sehalus benang. Antara bahan mentah yang paling popular digunakan
sebagai berus ialah bulu kambing dan arnab. Bulu kambing adalah lebih
fleksibel tetapi kurang kuat dan agak keras. Berus diperbuat daripada
kombinasi yang berbeza-beza memberi pelbagai darjah keseimbangan untuk
menepati citarasa pelukis.
3.3
Gaya
Pai Miao Lukisan lakaran tanpa warna. Sama seperti lukisan pensil yang
dipelajari oleh pelajar, lakaran ini mementingkan kelicinan dan kematangan
garisan serta ton gelap yang memberi kesan form
3.3.2
Gong bi Lebih kepada realistik, teliti dan menyerupai benda yang sebenar.
Gaya ini serupa teknik grafik, kekemasan dan kehalusan perlu ditekankan.
3.3.3
Xieyi Secara spontan, berani menggunakan warna dan tidak ada garisan
lakaran. Gaya ini dapat mengekspresi mod seseorang pelukis pada masa itu.
Contoh-contoh gaya seni catan Cina
Pai Miao
3.4
Gong bi
Xieyi
Teknik
Teknik asas lukisan Cina adalah semudah materialnya, tetapi kerja penghalusan
menjadi kompleks. Catan Cina mementingkan kemahiran menggunakan berus. Penggunaan
berus yang betul akan menghasilkan berbagai brush stroke yang berlainan. Brush stroke
boleh dibahagi kepada 2 kategori iaitu central Point dan slanting Point. Dalam catan,
berus biasanya dipenuh dengan dakwat dan dicairkan dengan air untuk mencapai darjah
kepekatan yang dikehendaki. Ini terhasil apabila dakwat dan warna meresap ke dalam
permukaan kertas dan menghasilkan kelembutan. Brush stroke yang basah dan kering dapat
menghasilkan tekstil pada batang pokok dan batu yang masih kelihatan lembab dan segar.
Kesimpulanya, kemahiran mengendalikan berus dan mencampur air ke dalam dakwat serta
pengetahuan tentang sifat jenis kertas dan sutera yang berbeza adalah 3 keperluan asas untuk
teknik catan. Penggunaan berus yang betul akan menghasilkan kesan stroke seperti titik,
gosok berkedut-kedut, celup dan tarik. Penggunaan stroke berbeza-beza contohnya stroke
titik sahaja dapat menghasilkan berbagai jenis titik yang berbeza bukan dari segi jalinan
malahan juga penggunaannya. Pemandangan gunung berkabus yang dihasilkan melalui
titikan-titikan berus yang dicondongkan telah menjadi visi kabus dan hujan. Titik-titik
condong yang membentuk kepulan-kepulan awan di bawah puncak-puncak gunung dikenali
sebagai titik-titik Mi.
3.5
Penggunaan warna
Biasanya penggunaan warna-warna lembut telah menjadi trend utama dalam seni
catan Cina. Penggunaan warna memainkan peranan seperti peranan utama, sokongan atau
sampingan. Artis-artis merasakan tiada sesuatu pun yang dapat mengganggu kecantikan berus
dan dakwat. Penambahan warna yang sesuai akan memewahkan lagi sesebuah lukisan dan
senang meyampaikan pemikiran artis.
Jenis jenis warna yang biasa terdapat dalan catan Cina adalah seperti darjah berikut:
3.6
dan berharapan.
3.6.2 Hong (warna merah)
Merah adalah warna semasa tumbuhan sedang berbunga dan hidup subur. Ia
melambangkan kemeriahan dan kegembiraan Ia juga melambangkan wanita
atau gadis yang cantik. Merah terang (Cinnabar atau Dan) disamakan dengan
ketakjuban dan kehidupan yang abadi dalam budaya Cina, warna merah
sebagai penanda unggul dan metafora yang membawa tuah.
3.6.3 Huang (warna kuning)
Warna dataran rata di utara China. Berkait rapat dengan asal usul
kebudayaan Cina Han. Melambangkan tanda terima kasih dan hormat
kepada tanah. Kuning juga dikaitkan dengan maharaja. Dalam kepercayaan
agama, warna kuning juga dijadikan warna utama, oleh sebab itu, sami
Buddha biasanya memakai jubah kuning.
3.6.4 Bai (warna putih)
Warna alam spiritual upacara kematian dan pengkebumian masyarakat Cina.
Dalam agama Buddha warna putih melambangkan kesucian dan berkait rapat
dengan bunga teratai.
3.6.5 Hei (warna hitam)
Warna hitam melambangkan sesuatu yang misteri. Hitam ialah warna yang
tidak aktif, melambangkan ketakutan dan perbuatan yang jahat.
3.7
Binaan struktur lanskap merupakan topik yang penting dan harus difahami oleh pelajar melukis dan
memahirkannya.
3.7.1
Dalam sebuah lukisan lanskap, pelukis haruslah memahami struktur mana yang dikatakan sebagai objek
utama dan sekunder. Biasanya benda yang dilukis berdekatan dengan paras penglihatan dikatakan objek
utama. (lampiran 2)
3.7.2
Pemandangan yang berada dalam sesebuah lukisan perlunya ada sifat memberi dan
menerima untuk menghasilkan daya kesungguhan dan irama kelembutan dalam
lukisan. (lampiran 3)
3.7.3
Sifat nyata dalam lukisan biasanya memberi sesuatu perasaan lebih berat, lebih nyata
dan senang dikesan dalam lukisan. (lampiran 4)
3.7.4
Meninggalkan tempat kosong merupakan satu teknik yang penting dalam lukisan
cina. Kemahiran ini perlu difahami supaya pelukis dapat menghasilkan satu lukisan
yang dikatakan elegent. Peninggalan ruang kosong juga dapat membezakan lapisan
lukisan. Dalam seni lanskap Cina, artis-artis begitu teliti dalam menapis alam semula
jadi melalui pengamatan mereka, menjadikan jarak yang jauh lebih jauh dan ruangan
yang kosong lebih terasa kekosongan. (lampiran 5)
3.7.5
Stroke berus perlu adanya padat dan jarang supaya lukisn tidak kelihatan kaku.
haiwan yang
bersimbol. Ia menerangkan bahawa manusia tidak pernah melihat, menemui, dan mengenali
dunia secara langsung, tetapi mengenalinya secara simbol.
Manakala Jacob Korq di dalam bukunya, An Introduction to Peotry (1959: 14)
menyatakan bahawa: A symbol usually has no physical characteristics at all to justify its
abstract meaning. Oleh itu, secara ringkas, simbol adalah suatu tanda, ciri atau lambang yang
mempunyai makna abstrak, yang cuba memberitahu sesuatu hal atau idea kepada seseorang.
Dalam apresiasi seni simbol sering dipaparkan untuk menyampaikan ikonnya secara
padat. Erwin Panofsky menggunakan istilah ikon bagi menyampaikan mesej keagamaan di
zaman Renaissance. Simbol juga sesuai ditakrifkan sebagai significance form dalam
sesebuah karya seni.
Kesimpulan yang dibuat oleh Durkheim dan Whitehead (1927), Needham (1979: 3)
bahawa simbolisme adalah penting kerana ia bertujuan untuk menandakan sesuatu yang
penting dari segi sosial dan mendorong manusia untuk mematuhi atau mengikuti dan
mengenali nilai-nilai yang mereka patut hidup bersamanya.
Konfucius berkata:
Motif (tujuan) terletak pada jalan (dao), bukti terletak pada moral (te), bergantung
pada perikemanusiaan (ren) serta berhibur dalam enam acara seni yang lain, iaitu adat,
muzik, memanah, memandu kereta, menulis tentang sejarah dan kira-kira.
Jarang sekali corak atau simbol yang direka berfungsi hanya sebagai hiasan
dalam seni catan Cina, selalunya simbol atau corak tersebut membawa tema atau
mesej yang tersirat.
Contoh-contoh simbol yang biasa dijumpai dalam seni catan Cina:
3.10.1Motif flora
Motif
Catatan
i.
buah
delima
yang
disulam
dengan
motif
delima
ii.
Pokok plum berbunga dari dahan yang kelihatan seolaholah mati, lima kelopak bunga mewakili kehidupan baru di
hujung musim sejuk. Plum blossom merupakan keindahan
dalam musim sejuk. Ia seolah-olah mempunyai kuasa yang
QuickTime and a
TIFF (LZ W) decompressor
are needed to see this picture.
lumrah
kehidupan.
Kehidupan
baru
dan
Motif
Catatan
iii.
iv.
Motif
Catatan
v.
yang
panjang
dan
tirus.
Kadang-kadang
kepada
cerita
pasangan
kekasih
yang
vi.
Ju (Buluh)
Motif
Catatan
vii.
Motif
Catatan
i.
Long (Naga)
digunakan
dan
amat
mustahak
dalam
adalah
binatang
yang
mempunyai
kuasa
ii.
Ma (Kuda)
Kuda
QuickTime and a
TIFF (LZW) decompressor
are needed to see this picture.
dikait
rapat
dengan
ketenteraan
dan
Motif
Catatan
iii.
berwarna-warni
melambangkan
kecantikan,
iv.
Tie (Rama-rama)
Motif
Catatan
v.
He (Burung Bangau)
masyarakat
Cina,
burung
bangau
ini
vi.
Li Yu (Ikan Kap)
Melambangkan kekayaan. Li Yu sama bunyi dengan liyu (keuntungan,
berlebihan). Masyarakat Cina biasanya mendoakan rezeki yang berlebihan
semasa menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan ia juga dihadiah dalam
bentuk lukisan kepada sahabat yang berjaya dalam perniagaan agar mereka
murah rezeki. Ikan kap juga adalah simbol usia yang panjang kerana
dipercayai kebal daripada kematian secara semulajadi.