Contoh Ulasan

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 18

Bahagian : C

Tulis empat pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.
Petang itu aku berjalan pulang dari sekolah.Ketika melalui suatu kawasan
perumahan, aku ternampak akan beberapa orang budak lelaki sedang bermain bola
berhampiran dengan jalan raya. Tiba-tiba, bola itu melatun ke tengah jalan akibat
ditendang oleh seorang daripada mereka. Seorang budak lain berlari untuk
mendapatkan bola itu. Tanpa disedarinya sebuah motosikal yang bergerak laju telah
melanggar budak itu. Budak itu tercampak ke tengah jalan, manakala penunggang
motosikal itu tercampak di tepi jalan. Motosikalnya terpelanting jauh di dalam parit.
Aku dan orang ramai yang berada di situ bergegas ke tempat kejadian. Aku
segera berlari ke pondok telefon yang berhampiran lalu menghubungi ambulans.
Sementara itu, beberapa orang pemandu mengangkat budak dan penunggang
motosikal itu ke tepi jalan. Seorang daripada mereka memberikan rawatan
kecemasan sementara menunggu ambulans tiba. Ada dalam kalangan orang ramai
memarahi penunggang motosikal kerana melanggar budak itu. Aku menggelenggelengkan kepala melihat mereka. Sepatutnya mangsa dibantu bukan dicerca.
Tidak lama kemudian, ambulans tiba di tempat kejadian.Selepas itu aku meneruskan
perjalanan pulang ke rumah.
Kumpulan A
Pengajaran dalam petikan ini ialah kita mestilah berhati-hati di jalan raya
untuk mengelakkan sebarang kemalangan.Di samping itu,kita patut mengambil
tindakan rasional pada waktu kecemasan.Lebih-lebih lagi,kita sebagai insan yang
mulia harus menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.Akhirnya ,kita perlulah
prihatin terhadap mangsa kemalangan .

Kumpulan C
Kita mesti berhati-hati di jalan raya semasa pulang dari sekolah.Di samping
itu,kita harus telefon ambulans kalau ada kemalangan.Lebih-lebih lagi,kita patut
menolong mengangkat budak itu dan penunggang motosikal ke tepi jalan.Tambahan
pula,kita perlu baik hati dan memberi rawatan kecemasan.

Bahagian : C
Tulis beberapa nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.

Pada suatu hari, ketika pulang dari sekolah, Aman terlihat seorang tua yang
sedang terjatuh. Tanpa berlengah lagi Aman pun menolong orang tua itu. Orang tua
itu mengalami kecederaan. Lutut dan tangannya berdarah. Aman mengambil sehelai
sapu tangan lalu membalut luka di lutut orang tua itu. Aman kasihan melihat orang
tua itu. Kemudian, Aman membantu orang tua itu pulang ke rumahnya.Rupa rupanya
orang tua itu tinggal sendirian. Orang tua itu memberitahunya bahawa dia mempunyai
10 orang anak tetapi seorang pun tidak mengambil berat terhadapnya. Aman
berasa geram bercampur sedih mendengar cerita itu. Dia insaf bahawa suatu hari
nanti dia pasti akan menjadi tua seperti orang tua itu. Aman selalu melawat orang
tua itu jika ada masa lapang.

Kumpulan A
Nilai-nilai dalam petikan ini ialah kita mestilah menolong warga emas yang
memerlukan bantuan dengan segera. Di samping itu,kita patut mengambil tindakan
yang rasional .Lebih-lebih lagi,kita sebagai insan yang mulia harus bertanggung jawab
terhadap ibu bapa kita.Akhirnya ,kita perlulah prihatin terhadap warga tua yang
hidup bersendirian .
Kumpulan C
Kita mesti menolong orang tua yang telahjatuh.Di samping itu,kita harus baik
hati dan membalut luka di lutut orang tua.Lebih-lebih lagi,kita patut kasihan melihat
orang tua dan membantu orang tua itu pulang ke rumahnya .Tambahan pula,kita perlu
mengambil berat tentang ibu bapa kita.

Bahagian : C
Tulis beberapa sikap baik yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.

Pada cuti semester yang lalu,taman saya telah mengadakan aktiviti


bergotong-royong. Seluruh penduduk di taman saya telah bergotong-royong.
Beberapa hari sebelum bergotong-royong, AJK taman bermesyuarat untuk melantik
AJK gotong-royong supaya perjalanan semasa bergotong-royong menjadi lancar.
Semua penduduk bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti ini. Suasana di taman
saya sungguh meriah. Semua orang bekerja dengan ikhlas dan gembira. Orang lelaki
membuat kerja-kerja berat seperti mencangkul rumput, menebas semak, menebang
pokok dan sebagainya. Orang perempuan pula membuat kerja-kerja dapur seperti
memasak lauk-pauk dan menyediakan minuman. Selepas bergotong-royong, taman
kami kelihatan bersih dan cantik.
Kumpulan A
Sikap baik dalam petikan ini ialah kita mestilah bekerjasama dalam aktiviti
gotong -royong. Di samping itu,kita patut mengambil tindakan yang rasional untuk
menjayakan sesuatu aktiviti .Lebih-lebih lagi,kita harus bersungguh-sungguh ketika
melakukan kerja kumpulan .Akhirnya ,kita perlulah iklas terhadap tugas yang
diamanahkan .
Kumpulan C
Kita mesti membuat gotong-royong dengan baik.Di samping itu,kita patut
bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti gotong-royong.Lebih-lebih lagi,kita harus
sama-sama menjaga kebersihan taman kita .Tambahan pula,kita perlu ikhlas dan
gembira membuat gotong-royong.Akhirnya,kita harus baik hati untuk menyediakan
makanan.

Bahagian : C
Tulis beberapa amalan yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.
6.40 pagi
Setelah siap berpakaian sekolah, aku bersarapan bersama-sama ibu bapaku. Seperti
biasa, aku makan dua keping roti dan minum segelas susu. Aku bersalaman dan
mencium tangan ibu bapaku sebelum menaiki bas sekolah.
7.10 pagi
Sampai di sekolah, aku bergegas ke kelas untuk membantu rakan-rakanku
membersihkan kelas. Aku dan Ismail menyusun kerusi dan meja, manakala Fatimah
dan Mastura menyapu sampah. Zakaria pula membersihkan papan hitam. Setelah
kerja selesai, kami beratur di dataran perhimpunan sekolah.
7.40 pagi
Ustazah Noraini masuk ke kelasku. Dia mengajar kami mata pelajaran Pendidikan
Islam. Aku tertarik dengan sebuah cerita yang disampaikan oleh Ustazah Noraini
kepada kami. Antara initipati ceritanya ialah betapa pentingnya anak menghormati
ibu bapa. Kata Ustazh, Kita perlu membalas jasa ibu bapa dengan belajar
bersungguh-sungguh. Jangan sesekali menderhaka kepada mereka kerana perbuatan
itu berdosa besar dan tuhan akan membalas setiap perbuatan yang kita lakukan Aku
cukup insaf mendengar cerita Ustazah itu.
10.00 pgi
Aku ke katin sekolah. Ketika sedang makan, aku terpandang akan seorang murid
perempuan yang tercari-cari akan sesuatu. Aku segera mendapatkannya lalu
bertanya tentang masalahnya. Murid itu mengatakan bahawa duitnya hilang. Aku
berasa kasihan akan murid itu lalu membelikannya makanan . Dia mengucapkan
terima kasih kepadaku.
Kumpulan A
Amalan baik dalam petikan ini ialah kita mestilah bekerjasama dalam aktiviti
gotong -royong. Di samping itu,kita patut mengambil tindakan yang rasional untuk
menjayakan sesuatu aktiviti .Lebih-lebih lagi,kita harus bersungguh-sungguh ketika
melakukan kerja kumpulan .Akhirnya ,kita perlulah iklas terhadap tugas yang
diamanahkan .
Kumpulan C
Kita mesti membuat gotong-royong dengan baik.Di samping itu,kita patut
bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti gotong-royong.Lebih-lebih lagi,kita harus
sama-sama menjaga kebersihan taman kita .Tambahan pula,kita perlu ikhlas dan
gembira membuat gotong-royong.Akhirnya,kita harus baik hati untuk menyediakan
makanan.

Tuliskan empat nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Pada hujung minggu, murid-murid Tahun Enam Ikhlas membersihkan kelas
mereka. Cikgu Salmi mengarahkan mereka membawa peralatan yang diperlukan.
Pada hari yang ditetapkan, mereka berkumpul di dalam kelas. Cikgu Salmi
membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Seteleh kumpulan dibahagikan,
mereka menjalankan tugas masing-masing dengan tekun tanpa pengawasan Cikgu Salmi.
Mereka begitu gembira membersihkan kelas kerana ingin melihat suasana kelas mereka
bersih dan ceria. Setelah selesai, mereka semua berasa puas hati dengan kelas mereka.
Keadaan kelas yang bersih membuatkan mereka bersemangat untuk belajar
bersungguh-sungguh. Cikgu Salmi mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana
sangup meluangkan masa rehat pada hujung minggu. Cikgu Salmi bersyukur kerana
dikurniakan murid-murid yang patuh dan menghormati guru mereka.
Contoh jawapan: kumpulan A
Antara nilainya adalah kita mestilah menjaga
kebersihan kelas supaya kelas kelihatan ceria. Seterusnya,
kita harus bertanggungjawab
ke atas tugas yang
diberikan. Tambahan pula , kita patut berterima kasih
kepada yang memberi kerjasama. Akhirnya, kita perlulah
menghormati guru dan patut kepada arahan mereka.
(43p.p)

Contoh jawapan : kumpulan c


Antaranya, kita mesti membersihkan kelas kita supaya bersih.
Seterusnya, kita patut menjalankan tugas masing-masing. Selain itu, kita perlu
mengikut arahan guru kita.Tambahan pula kita patut mengucapkan terima kasih
kepada orang yang membantu. Di samping itu, kita perlu patuh dan menghormati
guru kita.(42p.p)

Tuliskan empat nilai yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Kenney bangun pada pukul 6.45 pagi.Selepas itu dia akan mengemaskan
katilnya.Kemudian, dia mengikut ayahnya berjoging di taman yang berhampiran.
Sekembalinya dari taman, dia mandi dan berpakaian kemas. Kenney amat disukai oleh
kawan-kawannya kerana dia ringan tulang dan sentiasa kelihatan kemas. Pakaian
sekolahnya selalu bergosok dan putih.
Setiap bulan Kenney akan meminta ayahnya membawa ke kedai gunting.
Ayahnya tidak pernah menolak permintaan anaknya.Kenney juga selalu bercerita kepada
ayahnya bahawa guru melarang murid-murid berambut dan berkuku panjang.
Di rumah, dia sentiasa memastikan biliknya kemas dan bersih.Hiasan-hiasan yang
menarik juga diletakkan di dalam biliknya supaya kelihatan ceria.
Contoh jawapan: kumpulan A
Antara nilainya ialah kita mestilah rajin
menjaga kebersihan bilik tidur supaya dapat kelihatan
kemas. Seterusnya, kita harus menjaga kesihatan dan
kebersihan fizikal diri kita. Tambahan pula , kita patut
menghormati nasihat guru. Akhirnya, kita perlulah
bertanggungjawab ke atas kebersihan persekitaran demi
kebaikan kita . (43p.p)

Contoh jawapan : kumpulan c


Antaranya, kita mesti bangun awal. Seterusnya, kita patut
mengemaskan bilik tidur kita. Selain itu, kita perlu rajin mandi dan berpakaian
kemas dan berjoging kerana itu adalah aktiviti yang baik. Di samping itu, kita
perlu menghormati guru.Akhirya, kita harus berkasih sayang.(41p.p)

Tuliskan pengajaran yang kamu peroleh daripada puisi di bawah. Panjang


jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Andai saudari ke pekan sehari,
Belikan saya petai sepapan,
Andai diri tak suka dikeji,
Jagalah adab jagalah sopan.
Ikan kembung ikan haruan,
Buat hidangan tetamu Mak Bedah,
Jangan langsung abaikan pelajaran,
Kelak dirimu menangis tak sudah.
Kalau belayar ke Pulau Betung,
Sambil belayar labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Burung serindit terbang girang,
Turun di kuala mencari makan,
Emas dan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa tidak diendahkan.
Contoh jawapan: kumpulan A
Antara nilainya ialah kita mestilah bersopan
santun kerana budi bahasa budaya kita. Seterusnya, kita
harus
rajin
belajar
untuk
mencapai
destinasi
hidup.Tambahan pula , kita patut hidup bersatu padu untuk
kesejahteraan hidup. Akhirnya, kita perlulah mengutamakan
disiplin diri supaya dipandang tinggi.(40p.p)

Contoh jawapan : kumpulan c


Antaranya, kita mesti jaga adab dan sopan santun dalam
hidup. Seterusnya, kita patut belajar bersungguh supaya lulus dengan baik. Selain
itu, kita perlu hidup bersama-sama. Di samping itu, kita perlu berbudi bahasa.
Akhirnya, kita patut mengamalkan nilai-nilai ini dalam hidup kita.(41p.p)

Tuliskan pengajaran yang kamu peroleh daripada puisi di bawah. Panjang


jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Bunga berkembang menghiasi alam,
Kemboja putih di laman pusara,
Bertemu kenalan hulurkan salam,
Sapa menyapa , ramah mesra.
Dahlia berkuntum tumbuh melata,
Banyak sungguh di Hulu Tembeling,
Manis, senyum, tutur,dan kata,
Rakan dan taulan menuntun seiring.
Jambangan indah dibawa ke pekan,
Ada teratai, seroja dan cempaka,
Sikap sombong jangan amalkan,
Barulah tiada hati yang terluka.
Tanjung merendang di pinggir desa,
Tumpang berteduh pohon Melati,
Susah senang sama dirasa,
Itulah sifat sahabat sejati.
Contoh jawapan: kumpulan A
Antara pengajarannya ialah kita mestilah
memberikan salam kepada kenalan dan beramah mesra.
Seterusnya, kita harus memupuk setia kawan untuk
mengeratkan hubungan yang baik. Tambahan pula , kita
patut berbaik hati
menjaga persahabatan. Akhirnya,
persahabatan mestilah berprinsipkan berat sama dipikul
dan ringan sama dijinjing . (42p.p)

Contoh jawapan : kumpulan c


Antaranya, kita mesti beramah mesra dengan kawan kita.
Seterusnya, kita patut bermuka manis,senyum,bertutur kata dengan baik bersama
kawan. Selain itu, kita perlu baik hati dengan kawan kita. Di samping itu, kita perlu
sayang kawan.Akhirnya, kita harus sentiasa bersama kawan dalam susah dan
senang.(41p.p)

Arahan: Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan ini
dalam satu perenggan.

Petikan
Rama- rama mempunyai sayap yang sangat cantik. Semua orang suka melihat
rama- rama. Ali, Ramu dan Chong sangat suka menangkap rama- rama. Pada suatu hari,
Ali mengajak kawan- kawannya pergi menagkap rama- rama. Mereka membawa jarring
untuk menangkap rama- rama.
Ketika sedang berjalan- jalan, meraka ternampak sekumpulan rama- rama
berterbang. Ada seekor rama- rama terbang ke tepi sebuah tasik. Ramu ingin menangkap
rama- rama itu. Tiba- tiba, Ramu terpijak ranting kayu di tepi tasik. Dia terus terjatuh ke
dalam tasik. Kawan- kawannya berasa cemas kerana mereka tidak tahu berenang.
Nasib mereka baik kerana ada seorang pemuda yang lalu di situ. Pemuda itu
mendengar jeritan mereka dan terjun ke dalam tasik. Mereka mengucapkan terima kasih
kepada pemuda yang berani itu. Sejak kejadian itu, mereka tidak lagi bermain di tepi
tasik.

Ulasan 1
Antara pengajarannya ialah, kita mestilah sayang akan kehidupan alam seperti
rama- rama. Seterusnya, kita patutlah berhati- hati sewaktu melakukan sesuatu kerja. Di
samping itu, kita patulah bijak bertindak untuk meyelamatkan mangsa yang lemas.
Akhirnya, kita wajarlah mengucapkan terima kasih terhadap orang yang menolong kita.

Ulasan 2
Kita mestilah sayang akan haiwan kecil seperti rama- rama. Seterusnya, kita
patutlah menjerit meminta pertolongan semasa dalam kecemasan. Di samping itu, kita
mestilah menolong orang yang berada dalam bahaya. Akhirnya, kita wajarlah
mengucapkan terima kasih kepada orang yang menlong kita.

Arahan: Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan ini
dalam satu perenggan.

Petikan
Pada pagi itu seperti biasa Cik Anita pergi bekerja dengan menaiki bas. Walau
bagaimanapun, pagi itu dia agak lewat sedikit tiba di perhentian bas. Ketika Cik Anita
asyik menunggu bas, tiba- tiba muncul seorang pemuda berlari ke arahnya. Pemuda itu
menegur Cik Anita tetapi Cik Anita tidak melayan sapaan pemuda itu.
Apabila pemuda itu meyedari tidak ada orang lain di kawasan itu, dia terus
meragut bag Cik Anita lalu melarikan diri. Cik Anita terkejut lalu menjerit meminta
tolong. Kelvin terdengar jeritan itu dan terus mengejar pemuda itu. Setelah berlaku
pergelutan dengan pemuda itu, Kelvin berjaya menangkap pemuda itu.
Cik Anita mengucapkan terima kasih. Selepas itu, Cik Anita memberi wang sagu
hati kepada Kelvin. Kelvin tidak mengambil wang itu kerana pertolongannya adalah
ikhlas.

Ulasan 1
Antara pengajarannya ialah, kita haruslah sentiasa berhati- hati semasa
bersendirian di tempat awam yang sunyi. Seterusnya, kita wajarlah berwaspada terhadap
orang yang tidak dikenalinya. Di samping itu, kita patulah berani bertindak untuk
membantu orang yang memerlukan bantuan. Akhirnya, kita wajarlah mengucapkan
terima kasih kepada orang yang menolong kita.

Ulasan 2
Kita mestilah berhati hati semasa menunggu bas. Di samping itu, kita patutlah
berjaga- jaga terhadap orang yang tidak di kenali. Seterusnya, kita haruslah meminta
pertolongan jika bag kita di curi orang. Akhirnya, kita patutlah mengucapkan terima kasih
kepada orang yang menolong kita.

Arahan: Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan ini
dalam satu perenggan.
Petikan

10

Ramu, Chong dan Ali adalah sahabat baik. Mereka tinggal berjiran. Mereka
berjalan kaki ke sekolah. Semasa pulang mereka bertiga sentiasa berhati- hati semasa
melintas jalan apabila sampai di bahu jalan mereka bertiga akan bermimpin tangan agar
dapat melintas bersama- sama. Sebelum mereka melintas, mereka akan memandang ke
kanan, ke kiri dan ke kanan semula untuk memastikan tiada kereta yang lalu. Apabila
mereka memastikan tiada kendearaan yang lalu, mereka bertiga mengatur langkah
bersama- sama untuk melintas jalan tersebut. Sikap berhati- hati yang mengamalkan telah
membantu mereka untuk melintas jalan dengan selamat.

Ulasan 1
Antara nilai murninya ialah, kita mestilah mempunyai semangat kejiranan tanpa
mengira bangsa dan agama. Seterusnya, kita haruslah berhati- hati melintas jalan raya
yang sibuk demi keselamatan kita. Di samping itu, kita patutlah mengamalkan peraturan
jalan raya untuk mengelakkan sebarang kecelakaan. Akhirnya, kita patutlah sentiasa jaga
keselamatan diri kita semasa menggunakan jalan raya.
Ulasan 2
Kita mestilah mengadakan persahabatan dengan jiran- jiran kita. Di samping itu,
kita haruslah berhati- hati semasa melintas jalan. Seterusnya, kita patutlah memandang ke
kanan, ke kiri dan ke kanan semula semasa melintas jalan. Akhirnya, kita patutlah
memimpin tangan agar dapat melintas bersama- sama dengan selamat.

Arahan: Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan ini
dalam satu perenggan.
Petikan

11

Sahabat karibku Ratna. Dia adalah sahabat sedarjahku. Kami sentiasa bersamasama, di sekolah mahupun di rumah. Setiap pagi, kami berbasikal ke sekolah. Pada waktu
petang, kami membuat kerja rumah bersama- sama. Ratna selalu membantu aku
menyelesaikan masalah dalam pelajaran terutama Matematik.
Ratna murid yang rajin dan bijak. Dia selalu memperoleh markah tertinggi dalam
peperiksaan. Semua guru dan murid sangat sayang padanya kerana kebijaksanaannya.
Hobi Ratna ialah mengumpul setem dan menyanyi. Berbagai- bagai jenis dan bentuk
setem ada dalam simpanannya. Kini, dia mempunyai lima buah album setem.
Ratna becita- cita untuk menjadi seorang doctor yang terkenal. Dia berjanji akan
belajar bersungguh- sungguh untuk mencapai cita- citanya. Aku berasa sungguh bertuah
dapat berkawan dengannya. Aku juga berbangga dengan sikapnya yang sanggup
menolong sesiapa sahaja. Oleh itu, aku ingin mencontohi sikap baiknya itu.

Ulasan 1
Antara nilai murninya ialah, kita haruslah membantu rakan kita dalam
pelajarannya. Di samping itu, kita mestilah bersikap rajin supaya maju dalam pelajaran
kita. Seterusnya, kita patutlah bercita- cita tinggi dan berusaha untuk mencapainya.
Akhirnya, kita wajarlah berasa bangga mempunyai sahabat yang sanggup membantu kita.
Ulasan 2
Kita mestilah sentiasa bersama dan membantu kawan kita. Seterusnya, kita
haruslah rajin memmbaca untuk mendapat markah yang tinggi. Di samping itu, kita
patutlah mempuyai hobi yang baik seperti mengumpul setem. Akhirnya, kita patutlah
mempunyai cita- cita yang tinggi dalam hidup kita.

Bahagian : C
( masa yang dicadangkan : 20 minit )
20 markah

12

Tulis beberapa nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih 40 patah perkataan.
Rahman sedang menonton berita di televisyen seorang diri. Tiba-tiba, dia
terdengar jeritan jirannya meminta tolong. Jeritan itu kedengaran beberapa
kali. Kokilan memberanikan diri untuk melihat perkara yang berlaku. Dia
terkejut apabila mendapati anak jirannya, pengsan. Kokilan terus menelefon
jirannya yang lain, iaitu Pak Mahat. dia meminta Pak Mahat membawa anak
jirannya yang pengsan itu ke klinik berdekatan. Namun begitu, jirannya
berasa sedih kerana tidak mempunyai wang yang secukupnya untuk membayar
kos rawatan. Tanpa membuang masa, Rahman terus masuk ke dalam rumahnya
dan mengambil wang saku yang diberikan oleh ayahnya. Dia memberikan wangg
tersebut kepada jirannya.

Antara nilainya adalah ________________________________________


______________________________________________________.
Selain itu,_________________________________________________
______________________________________________________.
Seterusnya, ________________________________________________
_______________________________________________________.
Akhirnya,__________________________________________________
_______________________________________________________.

Bahagian : C
(masa yang dicadangkan: 20 minit)
20 markah

13

Tulis beberapa nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di
bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih 40 patah perkataan.

Pada suatu hari, Sang Kancil merayau-rayau untuk mencari makanan.


Walaupun telah lama mencari makanan tetapi dia tidak berputus asa. Tibatiba dia ternampak seekor buaya sedang membaham kaki seekor kerbau. Sang
Kancil terus bertanya apa yang sedang berlaku. Sang Kerbau menceritakan
bahawa dia telah dibaham sebaik sahaja selepas menolong Sang Buaya yang
terhempap sebatang kayu. Lalu Sang Kancil pun berfikir untuk menyelesaikan
masalah ini. Akhirnya Sang Kancil mendapat satu akal. Sang Kancil pun
menyuruh mengulangi kejadian yang berlaku pada mula-mula tadi. Sang Kerbau
pun mengangkat kayu dan menghempapkan ke atas badan Sang Buaya. Sang
Buaya tidak dapat bergerak dan meminta supaya diberi pertolongan. Sang
Kancil dan Sang Kerbau hanya membiarkan sahaja Sang Buaya dihempap kayu
tadi. Sang Kerbau mengucapkan terima kasih kepada Sang Kancil kerana telah
menolongnya.
Antara nilainya adalah ________________________________________
______________________________________________________.
Selain itu,_________________________________________________
______________________________________________________.
Seterusnya, ________________________________________________
_______________________________________________________.
Akhirnya,__________________________________________________
_______________________________________________________.

Bahagian : C
(masa yang dicadangkan: 20 minit)
20 markah
14

Tulis beberapa pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di


bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah
perkataan.
Roslan dan Rosli tinggal berjiran. Mereka juga bersekolah di sekolah
yang sama. Pada setiap hari mereka akan belajar bersama-sama samada di
sekolah, iaitu di Sekolah Kebangsaan Ladang Dublin. Mereka juga selalu
belajar di rumah salah seorang daripada mereka. Mereka berdua adalah
pelajar harapan sekolah. Roslan dan Rosli saling bertukar menduduki tempat
pertama dan kedua di dalam kelas. Mereka juga bermain bola bersama-sama
pada waktu petang. Ibu bapa mereka juga saling hormat-menghormati dan
tolong-menolong di antara satu sama lain. Jika ada makanan di rumah, ibu
Roslan akan memberi sedikit kepada keluarga Rosli. Begitu juga sebaliknya
kepada keluarga Rosli. Kadang-kadang bapa Rosli akan menumpang kereta
bapa Roslan ke tempat kerja jika hujan kerana bapa Rosli hanya mempunyai
motorsikal sahaja. Jika ada keramaian, mereka juga akan tolong-menolong.
Mereka hidup harmoni kerana mengamalkan semangat kejiranan.

Antara pengajarannya adalah ________________________________


______________________________________________________.
Selain itu,_________________________________________________
______________________________________________________.
Seterusnya, ________________________________________________
_______________________________________________________.
Akhirnya,__________________________________________________
_______________________________________________________.
Bahagian : C
(masa yang dicadangkan: 20 minit)
20 markah
15

Tulis beberapa nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di
bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah
perkataan.

Fahmi tinggal di sebuah kawasan perumahan. Rumahnya bersih dan cantik


kerana setiap petang Fahmi membantu ibunya membersihkan rumah. Pada
suatu hari, Fahmi melihat sebuah lori yang penuh dengan perabot berhenti di
sebelah rumahnya. Fahmi sungguh gembira kerana akan mendapat jiran
baharu. Fahmi mengunjungi rumah jiran baharunya dan mereka saling
berkenalan. Fahmi menolong jiran baharunya mengangkat barang ke dalam
rumah. Dia melakukannya dengan rela hati. Tidak lama kemudian, ibu Fahmi
dating dan mempelawa jiran baharu mereka makan malam di rumah Fahmi.
Jiran Fahmi menerima pelawaan ibu Fahmi dengan gembira sambil
mengucapkan terima kasih.

Antara nilainya adalah ________________________________________


______________________________________________________.
Selain itu,_________________________________________________
______________________________________________________.
Seterusnya, ________________________________________________
_______________________________________________________.
Akhirnya,__________________________________________________
_______________________________________________________,

CONTOH LATIHAN
Tuliskan beberapa nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.
16

Pada hari minggu , Ramesh ke pasar malam. Ibu Ramesh selalu ke situ kerana
barang-barang yang dijual adalah berpatutan harganya.Semasa berada di pasar itu,
Ramesh melihat seorang pemuda yang cacat tangannya sedang menjual hasil lukisannya.
Ramai pengunjung yang tertarik dengan lukisan yang dijual. Ada yang membeli dan ada
juga yang hanya melihat sahaja. Di satu sudut pemuda itu ada menyediakan tabung untuk
orang ramai menghulurkan derma.
Ramesh kasihan melihat pemuda itu. Dia mendapatkan kebenaran ibunya untuk
membantu pemuda itu. Ibu Ramesh terus memberikan kebenaran kepadanya dan
menghulurkan wang ringgit. Ramesh terus membeli lukisan itu.
Tuliskan amalan baik yang kamu peroleh daripada puisi di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Lee Beng Siang seorang murid Tahun 5 yang rajin mengulangkaji pelajaran di
rumah tanpa perlu dipaksa oleh ibu bapanya. Lee Beng Siang percaya bahawa kejayaan
tidak akan datang dengan sendirinya tetapi perlu berusaha.
Lee Beng Siang tidak lokek akan ilmu. Dia sering membantu rakan-rakannya
yang kurang faham dalam pelajaran.Dia membantu mereka dengan ikhlas. Dia juga
sering menasihati mereka tentang cara-cara hendak maju dalam pelajaran.
Lee Beng Siang merupakan anak yang bertanggungjawab. Dia membantu ibunya
melakukan kerja rumah
kerana ibunya kurang sihat. Ibu dan bapanya amat
menyayanginya.
Tuliskan empat nilai yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Pada hari ahad yangLalu, penduduk kampung Batu Papan telah mengadakan
gotong royong membersihkan seluruh kampung.Semua warga kampung telah hadir
untuk berganding bahu bagi menjayakan gotong-royong itu.Mereka berkumpul seawal
pukul 7.30 pagi.
Selepas ketua kampung memberikan penerangan dan pembahagian tugas, mereka
memulakan tugas-tugas seperti yang telah diagihkan. Mereka menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Menjelang tengah hari, gotong-royong itu pun tamat. Ketua kampung
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.Sebelum pulang, mereka
menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh kaum wanita.

17

18

Anda mungkin juga menyukai