Apa Itu Negara Sedang Membangun
Apa Itu Negara Sedang Membangun
Apa Itu Negara Sedang Membangun
Negara-negara dunia ketiga merupakan satu kelompok negara yang terbesar dalam dunia.
Pengiktirafan negara-negara dunia ketiga ini adalah berdasarkan kepada konsep
pembangunan dalam negara-negara berkenaan. Dilihat dari sudut sejarah, boleh dikatakan
hampir keseluruhan negara dunia ketiga ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan
negara-negara barat, terutamanya negara kuasa barat yang suatu masa dahulu menjajah
negara dunia ketiga.
Negara-negara barat yang datang ke negara dunia ketiga ini mempunyai sebab-sebab
yang tertentu dan akhirnya mereka akan menguasai dan menakluk negara tersebut.
Negara imperialisme ini mengamalkan dasar-dasar negara mereka dan memperkenalkan
sistem ekonomi kapitalis mereka di negara jajahan mereka. Pada asalnya negara-negara
dunia ketiga ini merupakan negara yang kaya dengan kegiatan ekonomi seperti
perlombongan, pertanian, hasil-hasil hutan dan aktiviti perdagangan dengan struktur
sosial-politik yang stabil dan bebas daripada kawalan dan cengkaman negara asing.
Keadaan ini berubah selepas kedatangan pihak barat yang menjajah negara mereka dan
telah menyebabkan negara dunia ketiga ini mengalami krisis ekonomi kerana segala
khazanah alam dan hasil bumi yang lumayan talah dimiliki dan diambil oleh pihak
penjajah. Dengan itu juga maka bermulalah satu proses pembangunan semula di negaranegara dunia ketiga. Akibat daripada proses pembangunan yang tidak seimbang di negara
dunia ketiga ini telah mewujudkan negara yang dikenali sebagai negara miskin dan
negara barat yang menjajah itu dikenali sebagai negara kaya.
DEFINISI NEGARA DUNIA KETIGA
Negara-negara dunia ketiga ataupun juga dikenali sebagai negara sedang membangun ini
dikelasifikasikan sebagai negara yang tidak mempunyai sebarang industri yang
sofistikated dan mempunyai pendapatan perkapita yang rendah. Negara ini meliputi
hampir keseluruhan di benua Afrika, Asia dan negara-negara Amerika Selatan.
Sebarang ekonomi di negara dunia ketiga dikategorikan sebagai murahan dan mempunyai
tenaga kerja yang tidak berskil langsung.Terdapat hampir 70% daripada penduduk dunia
ketiga terlibat dalam aktiviti pertanian yang serba kekurangan (tradisional) . Mereka juga
merupakan golongan yang tidak sihat, berpenyakit dan sesetengah negara mengalami
masalah kebuluran. Kegiatan ekonomi banyak bergantung pada hasil pertanian utama
yang tidak komersial dan berbentuk sara diri, rendah harga pasaran dan tidak begitu
berkualiti. Faktor-faktor
1. Pertambahan penduduk yang amat pesat sama ada secara semula jadi atau migrasi
menyebabkan sumber yang ada tidak mampu menampung bilangan penduduk yang
ramai.
2. Kemerosotan bekalan sumber alam akibat eksploitasi berlebihan untuk memenuhi
keperluan penduduk yang semakin bertambah.
3. Kemerosotan permintaan terhadap tenaga kerja. berlaku apabila kegiatan ekonomi
merosot menyebabkan tiada peluang pekerjaan baru diwujudkan.
Kesan terhadap status sosioekonomi
Kesan positif
1. Tenaga buruh yang ramai. Bilangan penduduk yang ramai menyediakan tenaga kerja
untuk menggerakkan industri dalam negara.
2. Meluaskan pasaran domestik bagi barangan dan perkhidmatan ekoran bilangan
penduduk yang ramai.
3. Ancaman terhadap keselamatan negara dapat dikurangkan kerana memiliki saiz
anggota tentera yang besar.
Kesan negatif
1. Tekanan terhadap sumber dan ancaman kepupusan atau kehabisan sumber
2. Ekonomi negara sukar dimajukan. Taraf hidup penduduk rendah, kemiskinan
berleluasa, wujud persaingan dan pengangguran.
3. Taraf sosial penduduk rendah. Kurang kemudahan pendidikan, meluasnya buta huruf,
tahap kesihatan rendah, kemudahan-kemudahan asas tidak dapat disediakan dan tahap
ketersampaian rendah.