Peta Minda

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 17

PETA MINDA

Satu Bentuk Gambaran Minda Untuk Mengekalkan Daya Ingatan

A.
Pengenalan
PETA MINDA ialah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan
kepada pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat menggunakannya.
Kaedah ini memerlukan anda menggambarkan fakta-fakta penting yang mahu diingati dalam bentuk
lakaran tersendiri untuk memudahkan anda memahami pelajaran. Anda sebenarnya menggunakan otak
kanan anda seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar,
anda berupaya menukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda.Sebenarnya
minda anda telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk meningkatkan ingatan, anda
perlu melakukan usaha sendiri untuk menggambarkannya. Kita akan mempelajari 80% daripada segala
yang kita lihat daripada apa yang kita dengar.
Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Peta Minda yang dihasilkan
adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana peta minda tersebut dihasilkan
berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.
B.
Kegunaan Peta Minda
1. Mengambil nota
2. Simpanan nota ringkas
3. Memanggil / Mencerna maklumat semula
4. Mengembangkan isi
5. Menyelesaikan masalah
C.
Bentuk Peta Minda
1. Pengkelasan
2. Rantai urutan
3. Kitaran
4. Kitaran (berpusat)
5. Tangga hiraki
6. Pohon fikiran
7. Pengkelasan (berpusat

Panduan Membina Peta Minda


Bahan
1. Pen / pensel berwarna
2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas
lukisan adalah dianggap baik)
Persediaan
a. Kenal pasti konsep / idea utama
b. Bina dengan pantas
c. Bina dengan riang dan positif
d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan
e. Dalam keadaan selesa & tenang
f. Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.

Langkah-langkah dalam membina Peta Minda


1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas
2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau
gambar yang sesuai
3. Bentuk cabang-cabang besar dari tajuk utama satu cabang untuk satu
isi utama
4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang
5. Lakar cabang-cabang kecil yang kecil sedikit dari cabang utama. Tuliskan
maklumat tambahan
6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran
7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari c
cabang tambahan. Tulisk maklumat tambahan
Strategi membuat Peta Minda
Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan
:1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.
2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang
tambahan berikutnya.
3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan
sejarah kita
4. Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi
atau cabang-cabang
5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan
jika perlu untuk menentukan keutamaan

D.
Menyediakan nota belajar dalam bentuk peta minda.

Nota ringkas dalam bentuk peta minda adalah penting kerana dapat
memberi satu gambaran menyeluruh terhadap satu-satu topik.

Peta minda membantu pemahaman dan pelajar dapat mengingat satusatu topik dengan lebih cepat.

Pelbagai cara dapat dibuat peta minda ini. Bagi pelajar-pelajar sekolah rendah, peta konsep, pengurusan
grafik adalah sesuai digunakan. Peta minda yang telah siap harus disimpan dalam satu fail. .

Kebiasaannya peta minda dilakar pada topik-topik yang susah diingati.

Peta minda juga boleh ditampal di dinding dalam bilik belajar agar
ianya mudah dilihat dengan segera dan dapat diingat dengan cepat.

E.
Kelebihan Peta Minda.

Lakaran melalui peta minda yang merangkumi teks, grafik dan gambar
dapat mempergiat kreativiti seseorang pelajar atau individu.

Peta minda memperkembang kemahiran motor atau manipulatif


pelajar-pelajar.

Peta minda memperkembang kemahiran menganalisis pelajar.

Menggalakkan pembelajaran berbentuk koperatif.

Memudahkan pembacaan dan pemahaman

Otak dan akal memang mempunyai hubungan yang sangat rapat .Akal adalah lebih
merujuk kepada pemahaman,pengertian dan fikiran.Akal lah yang membezakan antara
manusia dan binatang.Binatang juga mempunyai otak tetapi mereka tidak mempunyai
akal.Sekiranya kita tidak menggunakan akal selari dengan bimbingan wahyu Ilahi,maka
taraf kita akan disamakan oleh Allah dengan binatang,sebagaimana Firman Allah dalam
Surah Al-Furqan ayat 44 yang bermaksud : Atau apakah kamu mengira bahawa
kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami.Mereka itu tidak lain hanyalah
seperti haiwan ternakan,bahkan mereka lebih sesat jalannya(daripada haiwan
ternakan itu) Sememangnya otak tidak dapat dipisahkan dengan akal.Bila disebut
sahaja otak, pasti kita akan mengaitkannya dengan akal samada seseorang itu
mempunyai akal yang waras, bijak ataupun sebagainya.Otak berkembang dan
berfungsi mengikut fitrahnya.

Otak tidak akan jemu untuk berkembang walaupun ianya berada dalam tempurung
kepala yang berlapis-lapis dan kuat.Begitulah hebatnya otak. Ia umpama CPU dalam
sebuah sistem Komputer bagi tubuh manusia malah lebih hebat dari itu lagi.
Jika kehebatan dan kecanggihan sebuah komputer terletak pada microprocessornya(otak komputer) iaitu dengan mengolah dan memproses data dengan begitu
canggih sekali , tetapi kerja otak manusia adalah lebih hebat dari otak komputer
(microprocessor) itu sebenarnya!

. Samaun Samadikun dalam Majalah Elektron, April tahun 2000 telah membuat satu
perbandingan yang menarik antara otak manusia dan Microprocessor.Dari segi susun
atur microprocessor berkerja dalam 2 dimensi manakala otak dalam 3 dimensi.Dari
segi perantinya pula, microprocessor sebuah komputer berjumlah sebanyak 5 juta
manakala otak mempunyai 10 bilion neuron yang bertindak sebagai peranti
organik.Dari segi isipadunya pula Microprocessor mempunyai 0.01 sentimeter padu
manakala otak mempunyai 10 juta peranti per unit sentimeter padu.Dari segi
pengurangan kuasa dan fan in pula, microprocessor adalah 7 watt dan kurang dari 10
manakala otak 10 watt dan 1 s/d 100 ribu.Dari segi waktu tunda perambatan pula
microprocessor adalah 10 nanosaat / gate Von Neuman manakala otak pula 1
milisaat/neuron non Von neuman.
Kehebatan otak untuk menyimpan dan mengolah data sangat menakjubkan. Menurut
Mark Rizonzen Wigh, maklumat yang diterima oleh otak pada seseorang yang berusia
60 tahun adalah 60 tahun x 365 hari x 24 jam x 60 saat x 10 pesanan = 1,921,600,000
data.Itu baru dikira dengan hanya 10 pesanan sehari, bayangkan berapa banyak input
sehari yang otak boleh terima? Tiada had!!!
Dengan menggunakan mikroskop electron, otak kelihatan penuh dengan
zarah.Mengikut Stephen Hawking, dalam teori kuantumnya, terdapat 1026 atau 100
juta bilion-bilion zarah otak!Sel sarafnya saja berjumlah trilion sel.Sel otak , sinap dan
hubungan hubungan neurotransmitter (pembawa pesanan) ini membentuk
kecerdasan manusia.
Salah satu hasil kerja otak ialah pemikiran.Pemikiran manusia memang hebat, tidak
seperti organ fizikal lain yang terikat dengan ruang dan waktu, fikiran bebas
berkeliaran kemana saja sesuai dengan keinginannya!
Ketika manusia mula percaya adanya fungsi otak dan betapa misterinya kerja otak,
mereka pun mulai menerokai dan mengkaji otak manusia secara fizikal.

Peta pertama otak manusia ditemui pada sekeping kertas papyrus Mesir yang dijangka
di buat 2,500 3,000 tahun sebelum masihi!!!Galen, seorang doktor yunani pada
tahun ke-2 masihi menemui 7 daripada 12 pasang saraf otak.

Di waktu dunia barat baru menyambut Era Otak, sebenarnya sudah sekian lama ilmuan
islam seperti Ibnu Sina, Ibn Rusyd dan Al-Ghazali membicarakannya, malah konsep dan
ruang lingkup perbicaraan mereka lebih luas iaitu mencakupi persoalan AKAL!
Para ilmuan dan ahli hakikat yang mendalami ilmu kesufian islam terlebih dahulu
membicarakan soal otak, akal,nafs,ruh dan Qalbu.Mengapa mereka ini mempunyai
ilmu yang melangkaui zamannya??? Jawapannya adalah tidak lain dan tidak bukan
kerana mereka mengambil sumber ilmu dari AL-QURAN yang mulia!

Marilah kita kembali kepada Al-Quran pula .Bagaimanakah Akal itu dibicarakan dari
perspektif Al-Quran pula?.Perkataan Akal (Aql) telah disebut oleh Allah sebanyak 49
kali dalam 28 surah.Sebanyak 31 kali dalam 19 surah ketika Nabi Muhammad saw
berada di Mekah dan 18 kali dalam 9 surah ketika Baginda di Madinah.
Dalam islam ,akal yang berfungsi mempunyai pengertian ibadah.Segala hukum agama
adalah terbatal dengan sendirinya jika seseorang itu dikatakan tidak berakal.Oleh itu
kita boleh membuat kesimpulan bahawa akal itu adalah berkait rapat dengan
kesedaran

manusia.

Menurut Sheikh Yusuf Qardhawi, penyebutan kata dalam bentuk Istifham inkari atau
disebut pertanyaaan retorik seperti afala taqilun atau tidakkah kamu fikirkan ?
disebut banyak kali dalam Al-quran kerana ingin mengambil perhatian manusia
disamping bagi bertujuan memberikan motivasi, memberi semangat dan mendorong
manusia

menggunakan

akalnya.

Bentuk ayat ayat berkaitan dengan akal dalam al-quran adalah seperti berikut :
1. afala taqilun bermaksud Tidakkah kamu fikirkan? sebanyak 15 kali.
2. laallakum taqilun- bermaksud Semoga kamu fikirkan sebanyak 8 kali.
3. La yaqilun bermaksud Tidak mereka fikirkan sebanyak 7 kali.
4. in kuntum taqilun bermaksud Sekiranya kamu fikirkan sebanyak 2 kali.
[rujukan- buku Revolusi IQ-EQ-SQ- Taufik Pasak, m/s 209]
Pada pendapat saya pula, ayat yang merupakan pertanyaan itu Tidakkah kamu
fikirkan? adalah paling banyak disebut kerana ia ditujukan kepada seluruh
manusia.Oleh itu ia berbentuk soalan.Disamping ia boleh mencetuskan kaedah berfikir
Allah swt melalui firmaNya di dalam Al-Quran juga seakan mencabar seluruh
makhluknya untuk berfikir.
Ayat semoga kamu fikirkan adalah merupakan ayat yang ditujukan kepada mereka
yang telah beriman atau orang islam secara umum, ia adalah merupakan ayat suruhan
atau ayat motivasi.Ia juga ayat berupa harapan dari PenciptaNya semoga makhluknya
sentiasa berfikir.Ia juga mirip ayat Iqra atau bacalah iaitu ayat pertama yang
diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril kepada nabi Muhammad saw.
Ayat Tidak mereka fikirkan pula pada pendapat saya ditujukan kepada mereka yang
sudah beriman dan sudah mampu berfikir atau sudah mempunyai kecerdasan berfikir,
Cuma mereka tidak berfikir seperti apa yang disarankan oleh Penciptanya.Mereka akan
dapat memahaminya dengan sedikit usaha berfikir sahaja.
Ayat Sekiranya kamu fikirkan pula pada pendapat saya adalah ditujukan kepada
mereka yang khusus di sisi Allah.Ayat ini menggambarkan seseorang yang sudahpun
mempunyai tahap kecerdasan ataupun kemahiran berfikir yang tinggi dan mampu
berfikir pada tahap yang dikehendaki oleh penciptanya, Cuma manusia tidak terfikir

seperti apa yang dikehendaki oleh PenciptaNya dan manusia di kelas ini akan cepat
dan mudah memahami setiap ilmu dan kadang-kadang mudah beroleh ilham dari
Penciptanya!
Perkembangan dan kajian keatas otak juga telah memperkenalkan berbagai teori
kecerdasan manusia oleh sarjana barat seperti teori IQ(Intelligence Quotient) oleh
William Stern sejak 100 tahun yang lalu.Selepas itu muncul pula teori EQ (Emotional
Quotient) oleh Danial Goleman dan selepas itu diikuti pula teori SQ(Spiritual Quotient)
yang diperkenalkan oleh sepasang suami isteri iaitu Danah Zohar dan Ian
Marshal.Danah Zohar mendapat inspirasi dari hasil penemuan saintis Vilyanus
Ramachandran dan Michael persinger berkaitan dengan Titik Tuhan atau God Spot di
kawasan Temporal otak dan berkait rapat dengan Kelenjar Pineal atau Pineal gland
yang dipercayai oleh kebanyakan orang Hindu dan Yogi sebagai jendela atau mata ke-3
manusia!

*Teori Multiple Intelligence Howard Gardner


Howard Gardner yang juga seorang pakar psikologi dalam sebuah bukunya yang
terakhir pada 1999 yang berjudul Intelligence Reframe telah menambahkan lagi 3
komponen lain kecerdasan manusia kepada teori Kecerdasan Majmuknya iaitu
Kecerdasan

semulajadi,Kecerdasan

kewujudan

dan

Kecerdasan

spiritual

menjadikannya 10 jenis.Pada bahagian akhir dari bukunya beliau membuat satu


kesimpulan yang menarik iaitu kecerdasan yang paling tinggi , unggul dan paling
utama

ialah

Kecerdasan

Spiritual!

Selain itu pelbagai teori lain tentang otak dikemukakan,


diantaranya yang paling menarik ialah teori otak kanan dan otak kiri atau disebut teori
dua otak oleh Roger Walcott Sperry sehingga beliau menggondol anugerah Hadial
Nobel pada tahun 1981.

*Roger Sperry
Apakah anda seorang yang berfikir dengan otak kanan ataupun otak kiri???
Mungkin youtube dibawah boleh membantu anda mengenali gaya pemikiran anda!!!

Sekiranya anda melihat kaki kanan wanita itu berpusing dengan kakinya twist ikut
arah jam, maka anda seorang yang berfikir menggunakan otak kanan dan sebaliknya
jika anda melihat kaki kanan wanita tersebut bergerak melawan arah jam, maka anda
seorang yang berfikir menggunakan otak kiri.Lihat sekali lagi, anggapkan kaki kanan
wanita itu adalah jarum jam yang bergerak di atas permukaan jam yang diletakkan
secara horizontal, mungkin ia boleh membantu anda! Samada keputusannya berbeza
dengan rakan sebelah anda, sila jangan bergaduh, kedua-duanya adalah betul! Itulah
cara anda berfikir!

*Teori Otak kanan - Otak kiri Roger Sperry


Berlainan dengan Sperry, seorang pakar Psikobiologi Paul Mc Lean membahagikan otak
kepada tiga bahagian yang utama mengikut cara ia berfungsi iaitu Batang Otak

(brainstem), Sistem Limbik dan Kulit Otak (Cerebrum) .Pemikiran berkaitan dengan
Batang otak disebut otak Reptilia [fungsi motorik deria, penerusan hidup seperti
makan,membiak,tempat tinggal,melawan atau lari], pemikiran berkaitan dengan
Sistem limbik disebut Otak Mamalia [ perasaan dan emosi, ingatan, bioritmik seperti
denyutan jantung,hawa nafsu seks, lapar, tidur, tekanan darah, dan imuniti tubuh]
dan pemikiran berkaitan dengan Kulit Otak disebut Otak Manusia [ berfikir secara
bijak,

penalaran,

kewarasan,

bahasa,

intuisi,

kerohanian]

Mengambil inspirasi dari Teori Roger Sperry seorang pendidik dan pakar pengurusan
Amerika Ned Hermann membahagi pula otak kepada 4 bahagian atau kuadran iaitu
otak kanan atas-bawah dan otak kiri atas-bawah.Kuadran otak kiri atas berfungsi
dalam Pemikiran Analisis atau Analytic Thinking , kuadran otak kiri bawah pula
berfungsi dalam Pemikiran Perlaksanaan atau Implentation Thinking manakala kuadran
otak kanan bawah berkait dengan Pemikiran Sosial atau Social Thinking .Kuadran yang
ke empat iaitu kuadran otak kanan atas berkait dengan Pemikiran Masa Depan atau
Future Thinking!

*Teori 4 Kuadran Otak Oleh Ned Hermann


Apa yang menariknya ialah fungsi otak kanan bahagian atas ini jarang dimaksimakan.
Pada kuadaran ini terletaknya gaya pemikiran yang holistik, intuitif, Integrasi, sintesis
manakala aplikasi pemikiran pada bahagian ini ialah berbentuk imaginasi, artistik,
sintesis

dan

bukan

linear.

Apakah teori-teori yang dikemukakan oleh saintis dan ilmuan barat itu dapat
mengukur keupayaan sebenar kekuatan akal manusia anugerahi Ilahi yang sebenar???
Jawapannya sudah pasti : tidak! dalam artikel yang berikut nanti saya akan cuba

sedaya upaya saya untuk menolak Teori Titik Tuhan atau God Spot oleh Donah Zahar
dan

Ramachandran

itu

dengan

hujah

saya

yang

tersendiri.

Bagi saya teori TITIK TUHAN atau GOD SPOT ini adalah satu perancangan sulit Dajjal
dan Freemason untuk memerangkap pemikiran manusia supaya mengakui perasaan
beragama itu adalah sama pada setiap manusia atau ia terbentuk secara semulajadi
selari dengan perkembangan evolusi manusia dan ini sebenarnya lebih kepada
kecenderungan pendapat pemikiran Orientalis dan Liberalisasi agama kearah Agama
Dajjal yang satu dalam kerangka mereka menyambut kedatangan Dajjal dan New
World Order (NWO).

*Lihat gambar mata satu Dajjal jelas kelihatan pada kulit


buku-buku mereka berkaitan dengan Spiritual

*Gambar mata lagi !

Gagasan para ilmuan mereka semakin jelas untuk mengkaji dan memaksimakan aspek
kerohanian dan spiritual ini seperti saranan dari Stephen R.Covey ini, katanya :
Kita hidup di dunia yang di dominasi oleh otak kiri,ketika kata kata dan ukuran logik
berkuasa
Mari

.Kita

renungi

melupakan
pula

aspek

kata-kata

kreatif,intutif

hikmat

Sir

dan

perasaan

Muhammad

Iqbal

kita
ini

Jangan kau ikuti jejak intelek yang bertabur ribuan muslihat!Kembalilah ke jalan
cinta yang jauh lebih unggul.Dalam menunjukkan tujuan tunggal,apakah kau ingin
menyusuri lorong cinta dalam sorotan sinar intelek? Engkau bagaikan mencari terang
mentari

dalam

keredupan

kerdipan

lilin

Melalui kata-katanya itu Muhammad Iqbal secara sinis menyindir usaha sarjana barat
yang ingin menghuraikan ilmu akal dan unsur kerohanian atau spiritual dengan
menggunakan akal logik atau pemikiran rasional mereka yang diumpamakan seperti
cahaya kerdipan lilin sahaja sedangkan sebagai seorang muslim kita sudahpun
mempunyai sumber cahaya iaitu sinar mentari yang terang benderang sebagai
penyuluh

ilmu

iaitu

Al-Quran

yang

mulia

melaui

bimbingan

wahyu

Ilahi!

Oleh itu marilah kita umat melayu-islam berdoa semoga kita termasuk di dalam
golongan orang yang beriman dan menggunakan akal pemberian Allah swt ini dengan
sebaik mungkin semoga kita tidak menyesal dikemudian hari seperti peringatan Allah
dalam

surah

Al-Mulk

ayat

10

yang

bermaksud

Dan mereka berkata : Sekiranya kami mendengar atau memikirkan (peringatan itu),
nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala

Fungsi otak bergantung kepada bekalan darah yang diterima.Otak amat sensitif kepada
oksigen.Kekurangan oksigen selama 3 minit akan menyebabkan kita boleh pitam dan
jika otak tidak dibekalkan oksigen dari 8 hingga 10 minit kita boleh menjadi koma atau
meninggal dunia (brain death), oleh itu pengawalan tekanan darah,pengurangan
kolesterol dalam darah,pemakanan seimbang dan mengambil vitamin B12 yang
mencukupi disamping aktiviti bersenam boleh meningkatkan kesihatan otak!

Salur darah ke otak dengan satu sistem saluran yang hebat ciptaan Allah- Lihat salur
darah Circle of Willis!
Kedudukan senaman paling baik untuk mengalirkan darah ke otak ialah ketika kita
sujud dalam sembahyang!!! Jadi mengapa harus dicari senaman yang lain jika itulah
aktiviti fizikal(sembahyang) yang paling baik buat otak kita!

Inilah latihan kecerdasan Spiritual yang paling Unggul yang diajar oleh Seorang Rasul yang
Ummi iaitu Muhammad saw tetapi mempunyai Kecerdasan Spiritual yang terhebat dari
sekalian makhluk Allah yang lain hasil bimbingan Wahyu Ilahi (Al-Quran)!
Hasil penemuan terkini juga menyatakan untuk mengelakkan sifat pelupa/nyanyuk dan
kematian sel saraf atau neuron, otak mestilah selalu diberi tugasan iaitu input berupa
maklumat kerja-kerja berfikir mestilah sentiasa berterusan.Rahsia yang paling besar
sekali untuk menyegarkan otak ialah dengan selalu membaca Al-Quran dan berzikir
kepada Allah swt !!!. Ini adalah bertepatan sekali dengan sebuah hadis nabi yang

bermaksud Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Ini menunjukkan otak
ataupun akal tidak pernah jemu atau letih dalam proses belajar!

Anda mungkin juga menyukai