Variasi Rangsangan, Penerangan Esei

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 17

Kemahiran Variasi Rangsangan

Variasi Rangsangan ialah teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran


guru untuk menarik perhaian dan minat pelajar terhadap aktiviti pengajarannya. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), masa tumpuan perhatian pelajar adalah
singkat. Jika aktiviti tau langkah yang dijalankan tidak dipelbagaikan, murid-murid akan
cepat berasa bosan dan hilang minat. Oleh itu, guru harus mengenali dan
mengaplikasikan teknik dan kemahiran variasi rangsangan dalam kelas.
Prinsip-Prinsip Penggunaan Variasi Rangangan
Pengaplikasi kemahiran variasi rangsangan memerlukan prinsip-prinsip yang
tertentu. Yang pertama, guru harus mengaitkan perubahan kaedah dan teknik
penyampian dengan tujuan dan isi pelajaran. Hal ini dapat memastikan murid tidak
terbawa-bawa dengan keseronokan hal di luar isi kandungan pengajaran, dan dapat
meningatkan pembelajaran murid.
Selain itu, variasi rangsangan harus diaplikasikan memlalui alat bantu mengajar
yang memainkan peranan sebagai alat mempelbagaikan pengalihan saluran deria.
Untuk mnejayakan penggunaan alat bantu mengajar (ABM), guru perlu merancang
terlebih awal dan menyampaikan pengajaran dengan ABM dengan teknik berkesan.
Seterusnya, setiap langkah penyampaian harus mengandungi aktiviti pengajaran
yang berbea dengan langkah penyampaian yang lain. Jika masa penyampaian sesuatu
langkah melebihi lima minit, corak aktiviti pengajaran harus diubah. Dalam perubahan
aktiviti PdP, guru boleh mengaplikasikan teknik variasi rangsangan agar menjamin
aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan berkaitan dengan langkah-langkah
penyampaian antara satu sama lain.
Selain itu, guru harus sentiasa prihatin akan keberkesanan pengajaran dan
pengggunaan variasi rangsangan. Dari pemerhatian keadaan murid sama ada
bersemangat dan melibbatkan diri dalam PdP secara aktif, guru dapat mengetahui
bahawa penggunaan variasi rangsangan adalah berkesan. Penggunaan variasi
rangsangan sepatutnya mampu meningkatkan minat pembelajaran murid dan menjurus
kepada keberkesanan pengajaran guru. Namun, sekiranya murid tidak dapat

menguasai sesuatu isi kandungan atau hilang minat dn fokus dengan mudah, guru
harus mengubah pelbagai rangsangan berdasarkan maklum balas dari pelajar.

Objektif Penggunaan Variasi Rangangan


Penggunaan variasi rangsangan mempunyai tujuan atau objektif yang paling
utama, iaitu memusatkan perhatian pelajar dan mengekalkan minat dan perhatian murid
terhadap aktiviti pengajaran guru. Dalam hal ini, guru harus menggunakan variasi
rangsangan secara bijak untuk mencapai objektif ini supaya memastikan keberkesana
PdP. Selain itu, variasi rangsangan juga membekal peluang kepada pelajar untuk
belajar dari persepsi deria yang berlainan. Hal ini kerana guru akan mempelbagaikan
cara pengajaran dari segi deria seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Murid
dapat menggunakan berbagai-bagai saluran deria untuk mengikut pelajaran serta
memperolehi ilmu pengetahuan.
Melalui variasi rangsangan, guru dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam
pelbagai aktivti pembelajaran dan pengalaman belajar. Murid yang tidak berpeluang
untuk melakukan hands-on kerana kaedah pengajaran bercirikan berpusatkan guru
akan berpeluang untuk berubah dari mendengar penjelasan kepada bertanya soalan,
mendemonstrasi sahaja kepada berlakon ikut kreativiti murid dan lain-lain. Dalam hal
ini, variasi rangsangan dapat memotivasikan pelajar serta membangkitkan naluri ingin
tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru.
Secara keseluruhannya, variasi rangsangan berobjektif untuk membantu guru
menyampaikan pengajaran secara berkesan dan menjadikan suasana PdP kondusif
dan seronok.

Komponen Dalam Kemahiran Variasi Rangsangan.


Kemahiran variasi rangsangan mengandungi enam komponen yang penting.

Perubahan pergerakan
langkah guru

Perubahan bentuk
fizikal pelajar

Perubahan pergerakan
anggota guru

Komponen-kompnen
Variasi Rangsangan
Perubahan nada
suara

Perubahan bentuk
lisan pelajar

Perubahan fokus
deria pelajar

Dalam komponen perubahan pergerakan langkah guru, guru harus diingatkan


agar tidak berdiri atau berduduk pada tempat yang sama dan statik. Guru harus
bergerak dari kiri ke kanan, dari depan dan belakang dan posisi lain dengan lancar dan
sesuai. Dalam komponen perubahan pergerakan anggota guru, pergerakan tangan dan
kepala memainkan peranan yang penting. Guru harus mempelbagaikan cara
menggerakkan tangan dan kepala secara sesuai sama ada bergerak atau berhenti.
Dalam komponen perubahan nada suara pula, guru harus memastikan nada suara diri
adalah sesuai ketika menyampaikan pengajaran. Suara guru yang berubah dari
mendatar kepada lantang atau dari lantang kepada senyap akan menimbulkan minat
murid untuk mengetahui apakah yang disampaikan oleh guru. Komponen ini amat
penting dalam mewujudkan saspens atau sesi bercerita.
Dalam komponen perubahan fokus deria pelajar, guru harus mempelbagaikan
cara murid menerima informasi dari aspek audio, visual, sentuhan dan lain-lain. Dari
pengajaran kelas yang mengutamakan mendengar kepada kuliah guru dan melihat

catataan guru di papan putih, guru boleh mewujudkan variasi rangsangan dengan
memberi pelajar menonton video atau memberi peluang kepada pelajar untuk
menyentuh dan merasa sesuatu objek. Sekiranya guru dapat mengaplikasikan
perubahan fokus deria murid bersesuaian dengan subjek yang diajar, minat dan rasa
ingin tahu murid akan dibangkitkan.
Seterusnya, antara komponen variasi rangsangan ialah perubahan bentuk lisan
pelajar. Contohnya, bentuk lisan murid boleh berubah dari menyoal kepada menjawab,
membaca kepada bertutur, membaca kepada bercerita dan lain-lain. Dengan
mempelbagaikan cara lisan pelajar, pelajar dapat melahirkan perasaan seronok kerana
berpeluang melakukan bentuk lisan yang luar biasa seperti bercerita dan bernyanyi.
Seterusnya, komponen variasi rangsangan juga termasuk perubahan dalam fizikal
pelajar. Apabila guru mendapati murid telah bosan dari menulis atau duduk, guru boleh
mempelbagaikan bentuk fizikal murid dari menulis kepada melukis, duduk kepada
berdiri atau berlari, dan mendapat peluang untuk demonstrasi dan berlakon.

Kemahiran dalam Penerangan


Kemahiran menerang dugunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep, atau
isi kandungan pelajaran kepada pelajar yang biasanya dalam peringkat perkembangan.
Dalam peringkat perkembangan, mereka memerlukan pembinaan konsep yang kukuh
dan menerima pemahaman fakta secara terperinci. Semasa menggunakan kemahiran
menerang, guru berperanan memberi huraian tentang isi pelajaran kepada pelajar. Dari
penggunaan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran, pelajar dapat menguasai konsep
dan fakta dengan kukuh dan menyeluruh.
Sebagai contoh, guru menerangkan maksud keberanian dengan menggunakan
beberapa contoh ayat yang mengandungi sifat berani. Guru menerangkan sambil
menggunakan model untuk mendemonstrasikan cara pembuangan sampah sarap ke
dalam sungai akan mengakibatkan banjir. Selain daripada menggunakan model, guru
boleh menghuraikan isi pelajaran dengan merujuk buku teks.
Prinsip-prinsip Kemahiran Penerangan
Bagi memastikan penerangan guru dapat difahami dan berjaya, guru harus
mengetahui prinsip-prinsip kemahiran menerang. Antara prinsip-prinsip dalam
penggunaan kemahiran menerang ialah bentuk penerangan harus bersesuaian dengan
aktiviti pengajaran. Sebagai contoh, ketika menerangkan proses pembukaan Melaka,
guru harus menggunakan peta minda atau lakonan yang menggalurkan proses
kedatangan Parameswara dan bukannya menerangkan proses tersebut dengan
memberikan contoh ayat sahaja.
Seterusnya, masa yang digunakkan untuk menerangkan sesuatu harus tepat
dan memakan masa yang singkat. Hal ini disebabkan murid akan berasa bosan jika
disuruh duduk lama dan diam untuk cuma mendengar penerangan guru. Oleh itu, guru
perlu menguasai kemahiran variasi rangsangan agar mengekalkan tumpuan dan minat
murid dalam sesi penerangan yang melebihi satu minit. Selain itu, guru harus
menentukan dan menyediakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran yang bakal
digunakan terlebih dahulu. Dengan persediaan yang rapi, guru dapat menjalankan sesi
penerangan dengan lancar tanpa kucar-kacir.

Selain daripada persediaan yang rapi, guru harus menggunakan perkataan dan
istilah yanng sesuai dan berpandukan tahap dan pengalaman pelajar ketika memberi
penerangan. Hal ini adalah untuk memudahkan pemahaman murid terdapat konsep
tanpa berasa keliru dengan maksud perkataan dalam penyampaian guru. Fokus murid
juga tidak akan terlari dengan mengelakkan pelajar dari berasa kecewa kerana tidak
dapat memahami maksud perkataan.
Selain itu, isi penerangan guru harus berdasarkan pengetahuan pelajar yang
lepas. Hal ini harus dijalankan agar mampu mengaitkan pemahaman pelajar dengan
mudah dan bermakna. Sebagai contoh, apabila menerangkan maksud riuh-rendah
kepada pelajar di luar bandar, murid lebih memahami maknanya jika dikaitkan dengan
keadaan di pasar pagi, iaitu banyak orang dan bising. Murid luar bandar tidak dapat
faham akan maksud riuh-rendah jika dikaitkan dengan keadaan di stesen LRT waktu
pagi kerana tidak berpengalaman berada di situ.
Dalam memperkenalkan konsep yang baru dan abstrak, pelajar memerlukan
bantuan guru untuk membuat penerangan. Alat bantu mengajar yang digukan untuk
membantu guru menereangkan isi pelajran haruss sesuai dan diuruskan dengan teknik
yang berkesan. Dari gambar, musik, alat-alat lain, murid dapat memahami dengan
mudah. Selepas aktiviti penerangan, guru harus menggalakkan pelajar bertanya manamana perkara yang kurang faham.
Objektif Penggunaan Kemahiran Penerangan
Antara objektif penggunaan kemahiran penerangan ialah memudahkan guru
menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran, dan murid dapat menguasai
dan memahami isi pelajaran tersebut dalam masa yang singkat. Sesungguhnya, fokus
dan tahap minat pelajar akan hilang dalam masa yang terhad. Oleh itu, guru harus
pandai menerang isi pelajaran agar dapat difahami oleh pelajar dalam masa yang
singkat.
Selain itu, kemahiran menerang berobjektif untuk memudahkan murid
memahami sesuatu konsep atau isi pelajaran dengan jelas. Sekiranya pelajar tidak
dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru, guru tersebut harus

membuat refleksi dan mengubag cara menyampaikan penerangan, sama ada


memanfaatkan penggunaan ABM atau menggunakan variasi rangsangan.
Selain itu, kemahiran penerangan berobjektif untuk memudahkan guru
menghuraikan sesuatu proses atau prosedur. Kemahiran penerangan yang baik harus
membolehkan guru menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa. Dari ini,
murid akan memahami sebab akibat sesuatu perkara dan boleh meramalkan
kemungkinan berlaku ssesuatu peristiwa tertentu.
Komponen-Komponen dalam Kemahiran Penerangan

Kemahiran
ilustrasi

Aras Permulaan

Komponen-komponen
kemahiran menerang

Penutup

Penyusunan idea

Dalam aras permulaan, guru memberi penerangan yang bersifat membangkit


kesediaan pelajar untuk belajar. Penerangan guru harus dapat membangkit dan
mengekalkan perhatian pelajar. Dalam aras ini, guru boleh menggunakan ABM yang
bersesuaian. ABM bukan sahaja mampu membangkitkan minat murid, malah
meningkatkan kesediaan pelajar untuk belajar. Selain itu, penerangan guru melalui ABM
juga membolehkan murid memahami sesuatu konsep dengan lebih kukuh dan mudah.

Dalam kemahiran ilustrasi, guru berperanan menggunakan gambar dan ilustrasi


untuk menerangkan isi kandungan. Hal ini kerana konsep atau benda yang abstrak
tidak mudah digambarkan dan diterangkan. Oleh itu, guru harus menggunakan gambar
atau contoh untuk membantu murid mengaitkan pemahaman dengan konsep. Dalam
hal ini, contoh dan sumber tersebut harus mencukupi, sesuai, menarik. Guru juga perlu
tahu cara mengendalikan contoh atau sumber agar cekap menguruskannya tanpa
menjejaskan PdP guru.
Dalam penyusunan idea, guru harus cekap dalam pengurusan kemahiran
menerang. Hal ini akan memastikan idea untuk menerangkan isi kandungan dapat
dikembangkan dengan teratur, pengaplikasian variasi rangsangan yanng tepat dan
berjaya serta penerangan lissan yang jelas dan tepat.
Dalam komponen penutup, guru harus menyatakan isi-isi penting secara bertulis
dan disusun dengan teratur. Komponen penutup ini memberi imbas kembali kepada
murid tentang segala isi pelajaran yang telah dipelajari. Hal ini membolehkan murid
mengenal pasti tahap pemahaman mereka dan boleh mengaitkan aktiviti-aktiviti yang
telah dipelajari dalam kelas tersebut. Dalam hal ini, guru harus memberi pernyataan
penutup secara ringkas dan tepat.

Penggunaan Bahan/Sumber Pengajaran


Penggunaan bahan ataupun sumber pengajaran ialah satu teknik kemahiran pengajara
yang harus dikuasai oleh semua guru pelatih dalam Pengajaran Mikro.
Teknik penggunaan bahan pengajaran ini akan melibatkan murid agar mereka kuat
memerhati, mentafsir dan menghuraikan isi pelajaran sejarah. Bahan-bahan
pengamatan akan memberi pengalaman kurses kepada pelajar. Dengan itu akan
mudah meningkatkan kefahaman murid mengenai fakta, konsep dan bahan-bahan
yang abstrak dalam bidang sejarah.
Disebabkan fakta sejarah merangkumi tarikh, nama, peristiwa, tafsiran, idea dan istilah
mengenai sejarah, oleh itu semasa guru sedang menjelaskan sesuatu konsep, dia
hendak menggunakan berbagai-bagai alat percetakan dan elektronik untuk membantu
dia menjelas dan mengembangnya. Ini biasanya dilakukan melalui alat perakaman
video, carta, graf, gambar, peta, symbol, lambang dan sebagainya. Dengan itu,
pengajaran sejarah akan menjadi bersifat kreatif dan tidak membosankan murid.
Tegasnya, penggunaan peralatan ini akan dapat disampaikan pengajaran dengan
memberi keterangan dan kefahaman sejarah yang lebih mudah. Bahan bantuan
mengajar ini dapat mengatasi masalah dan kesulitan yang dihadapi dalam mempelajari
sejarah.
Bahan-bahan pengajaran ini juga boleh mempengahuri celik akal dan daya pemikiran
murid. Ia juga boleh menjadi perangsang dan mewujudkan persekitaran yang lebih
menarik. Dengan menggunakan bahan pengajaran maka murid didedahkan dengan
berbagai-bagai sumber sejarah. Ini akan mendorong para murid kepada proses
pembelajaran sejarah. Sumber-sumber sejarah ini juga akan menjadikan pengajaran
guru lebih kreatif.
Selain daripada itu, dengan penggunaan bahan pengajaran akan melibatkab diri murid
secara cergas dalam proses pembelajaran. Mereka dengan sendirinya akan
mengemukakan soalan-soalan mengenai sejarah. Bahan pengajaran ini juga dapat
meluaskan bidang dan memberi peluang kepada murid-murid untuk memperolehi

maklumat dan pengalaman baru. Tujuan dan matlamat pengajaran akan menjadi lebih
nyata.
Brown(1969) berpendapat bahawa penggunaan sumber yang bercorak sejarah yang
diperoleh dan digunakan itu harus dapat menentukan tahap pengetahuan dan
pencapaian mereka.
Wilkinson(1971) pula menegaskan bahawa bahan pengajaran itu dapat memberi
keberkesanan dalam proses pembelajaran. Bahan-bahan bantuan mengajar itu dapat
memberi latar belakang pengetahuan yang kukuh mengenai sejarah melalui berbagaibagai aktiviti yang dirancang oleh guru. Bahan bantu mengajar ini dapat menumbulkan
minat, memperdalami dan menjadikan pembelajaran sejarah menjadi lebih bermakna.
Para murid yang mempunyai pandangan positif terhadap mata pelajaran sejarah.
Penggunaan bahan-bahan pengajaran juga akan mengubah corak pengajaran sejarah
daripada yang berbentuk tradisional kepada bentuk moden dan akan menjadi sejarah
dapat digunakan dalam kehidupan.
Pelajar akanmemperoleh pengalaman pembelajaran dengan memberi mereka galakan
berfikir secara kritis. Dngan itu mereka akan dapat mengkaji dengan mendalam faktafakta sejarah. Mereka juga akan mbelajar menilai, menganalisis dan mentafsir bahanbahan mengenai kajian zaman silam berdasarkan kesahan dan kebolehpercayaan akan
fakta-fakta sejarah. Bahan bantuan mengajar juga akan menggalak mereka membuat
penyelidikan. Di samping itu, masa yang digunakan untuk menyampaikan pengetahuan
dan kemahiran daam bidang sejarah akan dapat disingkatkan dan dengan itu akan
dapat mengelakkan daripada pembaziran masa.
Charles B.Klasek(1972) menyatakan bahaawa pengajaran guru itu boleh dianggapkan
teratur sekiranya mereka dapat mempersepadukan pengajaran dengan bahan bantuan
mengajar. Pengajaran guru tersebut akan menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun
fikiran murid terhadap pelajaran sejarah.
Pemilihan Bantuan Mengajar Sejarah
Untuk membuat perancangan mengajar sejarah yang dapat mencapaikan hasrat, tujuan
dan matlamat pengajaran,beberapa strategi perlu diaturkan dan dipertimbangkan oleh

guru. Untuk mencapai perkara di atas maka beberapa prinsip perlu ada dalam
membuat pemilihan terhadap alat-alat bantuan mengajar yang digunakan dalam
pengajaran sejarah. Dengan membuat pemilihan yang tepat akan dapat ditentukan
faedah yang akan diperoleh daripada penggunaan bahan pengajaran. Antara prinsipprinsip yang hendak diberikan perhatian ialah:
1.

Isi Pelajaran

Bahan Pengajaran yang hendak digunakan itu mesti mempunyai hubungkait dengan
kandungan pelajaran yang hendak disampaikan kepada murid sejarah dalam bilik
darjah. Suatu perkara nyata yang perlu dilakukan oleh guru adalah bahawa peralatan
yang hendak digunakan itu mempunyai perkaitan yang rapat dengan sesuatu tajuk
pelajaran itu. Penggunaan alat itu mempunyai hubung kait dengan bahan, fakta dan
konsep sejarah yang hendak disampaikan oleh guru.
2.

Kegiatan Pembelajaran

Dalam memilih bahan-bahan pengajaran amat mustahak sekiranya tidak melibatkan


murid dalam kegiatan pembelajaran. J.A. Bruner(1966) menekankan bahawa
pengajaran sejarah perlu melibatkan pengalaman pelajar. Pengalaman yang perlu
dilihatkan itu adalah pengalaman murid secara langsung dan pengalaman ini
mengesyorkan bahawa murid berasa dan mengalaminya dengan melibatkan diri dalam
kegiatan sejarah. Sebagai contohnya, mereka terlibatkan dalam membuat penyelidikan,
mencari gali bahan-bahan sejarah.
Bahan-bahan pengajaran yang digunakan itu adalah mengikut tingkat pengalaman
murid-murid dan akan dianalisis berasaskan pengalaman langsung pelajar. Kaedah ini
dapat digunakan sebagai asas pertimbangan untuk menggunakan bahan pengajaran
dengan kaedah yang bermakna dan dapat digunakan secara praktikal.
3.

Kaedah Mengajar

Bahan-bahan bantuan mengajar yang hendak digunakan itu patutnya senang diperoleh
oleh guru dan alat itu juga dapat memudahkan pengajaran yang disampaikan. Alatan
yang dipilih itu harus mempunyai hubungkait dengan prinsip dan matlamat pengajaran.

Guru boleh menggunakan peralatan ini untuk menerangkan fakta, maklumat dan
bahan-bahan sejarah yang hendak disampaikan. Bahan-bahan pengajaran itu haruslah
mengena dengan kaedah mengajar.
4.

Mencapai matlamat

Dalam memilih alat ia perlu sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran
guru.Peralatan itu akan membantu guru untuk mencapai matlamat pengajarannya
dengan lebih berkesan daripada ia tidak menggunakan bahan pengajaran untuk
membantunya. Pengajaran guru akan kelihatan teratur dan sempurna. Guru juga akan
rasa lebih yaki dengan menggunakan alat pengajaran dan masa yang digunakan akan
disingkatkan.
Penggunaan Peralatan Bantuan
1.

Perkatan dengan matlamat

Tiap-tiap pengajaran yang hendak idsampaikan oleh guru mesti adanya objektif.
Objektif itu akan menentukan bentuk ilmu pengetahuan, dan kemahiran yang perlu
disampaikan kepada pelajar. Begitu juga bahan pengajaran harualah berkaitan dengan
matlamatpengajaran guru.Peralatan yang digunakan untuk memastikan bahawa tujuan
pengajaran itu dapat dicapai dengan menggunakan bahan-bahan pengajaran. Dalam
menggunakan bahan pengajaan, guru perlu memastikan konsep, bahan, fakta,
maklumat dan kefahaman yang akan dapat dikembangkan dengan menggunakan
bahan-bahan pengajaran.
Bahan pengajaran ini dapat mengukuhkan pengajaran, pengetahuan, kemahiran dan
keupayaan murid. Dengan menggunakannya maka dapat memudahkan murid
menyelesaikan masalah dan melakukan penyelidikan. Peralatan yang
seharusnyameningkatkan pemikiran kritis di kalangan pelajar.
2.

Peralatan yang sesuai

Peralatan yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran sejarah kepada murid


perlu sesuai mengikut peringkat pemikiran mereka. Peralatan yang digunakan perlu
sesuai dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran. Alat yang digunakan itu juga tepat

pada masa sesuatu bahan, fakta dan pengajaran yang hendak disampaikan.
Penggunaan bahan-bahan perlu diberi masa kepada murid untuk memperoleh
pembelajaran yang optimum. Bahan bantuan mengajar ini juga dapat memenuhi
keperluan murid.
Bahan bantuan mengajar juga perlu diuji dahulu penggunaannya sebelum digunakan
dalam bilik darjah supaya memastikan ia dalam keadaan yang baik dan boleh
digunakan sepenuhnya. Bahan bantu mengajar juga perlu menarik minat murid-murid
untuk mempelajari sejarah. Bahan itu jga harus bersikap mudah diubahsuai, dialih dan
digunakan oleh guru dan murid.
Di samping itu, bahan tersebut dapat memberikan gambaran dan imbasan terhadap
bahan yang digunakan itu. Ada kalanya penilaian pencapaian murid boleh dilakukan
dengan penggunaan peralatan pengajaran.
3.

Membangkitkan minat

Minat merupakan suatu perkara yang penting dalam mendorongkan murid-murid agar
beriat cergas dalam pembelajaran sejarah. Bahan pengajaran ini seharusnya dapay
mengembangkan minat mereka terhadap pelajaran sejarah dan mampu membentuk
daya pemikiran kreatif dan mengukuhkan persepsi murid. Di samping itu, bahan yang
digunakan juga dapat memberi pengalaman pembelajaran dan berjaya mewujudkan
suasana persekitaran pembelajaran yang sesuai kepada pelajar sejarah.
4.

Berasaskan kemampuan

Segala pengajaran yang hendak disampaikan mestisesuai dengan kemampuan, bakat


dan kebolehan pelajar. Pengajaran, bahan pengajaran yang digunakan harus sesuai
dengan kemampuan, bakat, kebolehan serta suasana pembelajaran yang wujud di
persekitaran. Menggunakan alat pengajaran tidak hanya untuk mencapaikan matlamat
oengajaran maka seharusnya dapat mengembangkan sikap positif terhadap
pembelajaran sejarah. Mereka harus terasa terlibat dalam kegiatan sejarah yang
diaturkan oleh guru.

Dengan adanya bahan pengajaran maka guru dapat menyusunkan gerak kerja susulan.
Guru harus memberikan masa yang mencukupi kepada murid-murid mengguna dan
menghayati bahan pengajaran tersebut. Ini dapat mengembangkan kebolehan murid
dalam pembelajaran sejarah.Guru juga dapat buat penilaian terhadap pencapaian
murid dalam sesuatu peringkat pengajaran sejarah. Guru boeh memberikan tugasan,
mengemukan soalan untuk menguji kefahaman murid. Guru juga boleh menyuruh
mereka mencerita semula intisari cerita, mengadakan perbincangan, perbahasan dan
sebagainya.
5.

Peruntukan masa

Sebelum menggunakan bahan pengajaran, guru harus membuat perancangan yang


teliti. Perancangan bahan penggajaran harus dirancang mengikut masa alat-alat itu
digunakan di berbagai-bagai peringkat pengajaran sejarah. Peruntukan masa yang
secukupnya harus diberi untuk membolehkan murid-murid memperoleh pengajaran.
Jenis-jenis Peralatan Bantuan Pengajaran Sejarah
Ada beberapa jenis dam bentuk bahan pengajaran yang boleh digunakan oleh guru
untuk menyampaikanpengajarannya itu. Bahan pengajaran itu boleh dibahagikan
kepada beberapa kumpulan mengikut jenisnya. Bagaimanapun, ada antara bahanbahan pengajaran itu boleh dibuat oleh guru dan ada pula yang boleh digantikan
dengan bahan yang lain yang hampir sama juga mutunya. Antara jenis-jenisnya ialah:
Alat Bergambar Dan Berbentuk Grafik
Alat bergambar dan berbentuk grafik ada yang boleh dibuat oleh guru sendiri dengan
kerjasama murid-murid. Ada yang berbentuk banhan bercetak yang mungkin terpaksa
dibelikan oleh guru. Peralatan dalam kumpulan ini termasuk buku teks sejaraha,
lambang, simbol dan logo serta sema yang boleh dibuatkan oleh guru.
Jadual Berstruktur
Jadual berstruktur ialah jadual sejarah yang mengandungi bahan sejaraj yang khas
memberi maklumat mengenai sesuatu peristiwa sejarah yang mungkin dalam bentuk

pergolakan politik, perjanjian, memorandum persefahaman dan lain-lainnya. Jadual itu


disusun mengikut urutan dan mempunyai perkaitan idea dan fakta sejarah.
Jadual seumpama itu dinamakan Jadual Berstruktur. Dengan mempersembahkan
jadual sejarah jenis ini akan memudahkan para murid memahamidan mengikuti
perkembangan sesuatu keperihalan dan peristiwa sejarah. Ini juga akan menjadikan
persembahan sejarah itu lebih menarik dan berjaya meninggalkan kesan yang
mendalam kepada para murid.
Alat Pandang Tayang
Alat pandang tayang ini ada berbagai-bagai bentuk dan jenisnya dan ada antaranya
yang boleh dibuat dan diusahakan oleh guru sekarang. Bagaimanapun, alat-alat ini
dapat memberi maklumat yang diperlukan oleh guru dan murid dalam menghayati
pelajaran sejarah. Setelah digunakan bahan-bahan bantuanmengajar itu hendaklah
disimpan dengan cermat agar dapat digunakan semula bila-bila sahaja diperlukan.
Contohnya seperti transparensi, projektor overhed, slaid serta filem jalur.
Alat Dengar Edaran
Pada masa sekarang ini ada berbagai-bagai jenis alat dengar yang boleh digunakan
untuk pengajaran sejarah. Barangan dan peralatan itu banyak diedarkan di pasaram
dan antaranya dalam bentuk alat-alat perakaman. Bahan-bahan bantuan ini terdiri
daripada pita rakaman, radio, piring hitam, rekod dan lain-lain lagi. Untuk pengajaran
yang berkesan, guru hendaklah melatih para elajar tentang teknik mendengar yang
berkesan. Di perinhkat rendah, mereka terlebih dahulu disogokkan dengan bunyibunyian air mengalir, angin yang bertiup kencang, bunyi petir dan garuh dan
sebagainya dan minta mereka mengenal pasti akan bunyi-bunyi itu.
Alat Pandang-Dengar
Dalam menggunakan alat pandang-dengar ini pelajar akan dapat melihat dan
mendengar sendiri akan pengajaran guru berasaskan bahan dan fakta sejarah.
Peralatan yang lebih canggih dalam dunia pendidikan digunakan sekarang untuk
membantu dan mempertingkatkan daya ingatan, pemikiran dan tanggapan para pelajar.

Oleh itu, bahan-bahan bantuan mengajar dengan menggunakan filem dan televisyen
telah diperkenalkan hari ini.

Bibliografi
Bhargava, A. (2009). Comparative Study of Teaching Skills of In-Service Teachers
Trained through Regular and Distance Mode.
Jha, A. K. (2006). Homework Education : A Powerful Tool of Learning . New Delhi:
Atlantic Publishers and Distributors.
Sang, M. S. (2010). Pedgogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sharma, A. (2015, April 1). Model Micro Lesson on Explanation Skill. Didapatkan dari
Sacred Heart College of Education : http://www.himtrust.co.in/lesson
%20plan/English.pdf

Anda mungkin juga menyukai