Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam P
Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam P
Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam P
Pendahuluan
Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, meluahkan perasaan, menyampaikan ilmu,
memberi arahan, menyatakan sesuatu dan sebagainya. Bahasa juga mencerminkan pemikiran,
peraturan, sikap, kebudayaan dan peradaban sesuatu bangsa yang dapat diperturunkan dari satu
generasi ke satu generasi yang lain. Manusia memperoleh bahasa pertama secara semula jadi sejak
dilahirkan dan dianggap sebagai bahasa ibunda. Apabila perkembangan pesat berlaku manusia mula
mempelajari bahasa kedua secara formal. Dalam proses mempelajari bahasa kedua ini kadang
berlaku pertukaran kod, pemindahan kod dan tidak kurang penting juga wujud bahasa lain di antara
kedua-duanya. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan
setiap kaum ini mempunyai bahasanya yang tersendiri. Uniknya BM dipilih dan diangkat menjadi
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, iaitu bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantar
dan bahasa perantaraan masyarakat bagi semua kaum. Oleh itu, walaupun terdapat banyak bahasa
bumiputera atau bahasa tempatan yang dituturkan di seluruh pelusuk tempat di negara ini, BM tetap
digunakan sebagai bahasa perantaraan di sekolah.
Di Sarawak, khasnya terdapat lebih daripada 30 etnik yang menuturkan bahasa pribumi masingmasing. Justeru, mereka akan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah.
Penguasaan B1 dan B2 sangat berbeza. Penguasaan bahasa pertama melalui pemerolehan yang
diwarisi secara turun temurun dan prosesnya berlaku secara tidak sengaja dan tanpa dirancang. Dalam
keadaan atau situasi yang tidak disedari, penguasaan bahasa secara pemerolehan akan melibatkan
proses mental dan prosesnya bersifat tabii. Penguasaan bahasa kedua pula kebiasaannya diperoleh
melalui pembelajaran secara formal di sekolah. Pelajar-pelajar di Sarawak menghadapi masalah
berkaitan pertuturan dan penulisan bahasa Melayu Standard. Keadaan kini mendorong pengkaji untuk
mengkaji dan menyelidik fenomena tersebut dengan lebih mendalam. Selain itu, fenomena
pemindahan bahasa ini juga dilihat sebagai satu permasalahan yang perlu dibendung dan ditangani.
Dalam kajian ini, bahasa kedua merujuk kepada Bahasa Melayu yang dipelajari oleh pelajar-pelajar
Iban, manakala Bahasa Iban merupakan bahasa ibunda atau bahasa pertama mereka.
Pernyataan Masalah
Kajian Noor Aina Dani (1994) berkenaan dengan pemindahan bahasa dalam karangan dan pertuturan
BM pelajar B2 di Sabah, didapati memang terdapatnya pengaruh dialek dalam penulisan pelajar di
Sabah. Fenomena pemindahan bahasa ini dilihat sebagai satu permasalahan yang perlu dibendung dan
ditangani. Hal ini kerana, gangguan bahasa dalam penulisan karangan bukan sahaja dilakukan oleh
pelajar sekolah rendah malahan juga dilakukan oleh pelajar pada peringkat yang lebih tinggi lagi.
Gangguan tersebut dilihat berbentuk pengaruh daripada unsur-unsur persekitaran linguistik seperti
pendedahan dan penggunaan bahasa oleh pelajar tersebut serta sikap pelajar terhadap bahasa yang
dipelajari. Nathesan (1995) menjelaskan bahawa bahasa sememangnya mempunyai hubungan yang
erat dengan masyarakat penutur sesebuah bahasa tersebut. Tambah beliau lagi, kajian terhadap bahasa
tidak dapat dilakukan tanpa mengaitkannya dengan masyarakat yang menjadi penuturnya. Oleh yang
demikian, dalam kajian ini pengkaji terdorong untuk mengkaji dan membuktikan bahawa persekitaran
linguistik sememangnya mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai B2.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran bahasa Melayu pelajar. Tiga
kategori utama ialah faktor persekitaran linguistik, faktor psikolgi dan faktor dan kaedah pengajaran.
Faktor yang pertama ialah faktor persekitaran lingusitik. Menurut Chew Fong Peng dan Abdul Jalil
Othman dalam Sosiohumanika, (2008) menyatakan lingkungan keluarga individu amat
mempengaruhi corak kehidupan seseorang pelajar. Persekitaran linguistik ialah lingkungan di mana
pelajar itu tinggal, dalam bentuk masyarakat dan individu serta suasana politik tentu sekali akan dapat
juga membantu pencapaian dalam mempelajari bahasa. Pengkaji mendapati pelajar-pelajar Iban yang
dibesarkan dengan lingkungan bangsa mereka sendiri kurang yakin semasa bertutur bahasa Melayu.
Pengkaji menyifatkan pelajar-pelajar ini tidak hidup dalam lingkungan yang sihat untuk belajar
bahasa Melayu terutama dari aspek pertuturan.
Faktor yang kedua ialah faktor psikologi. Selalunya motif dan keupayaan ini dibantu dengan sikap
dan motivasi dalam mempelajari sesuatu bahasa itu. Mengikut Lightbown dan Spada (1999) dalam
kajian yang dilakukan oleh Nik Mohd Rahimi et al (2008) menyatakan banyak keputusan kajian yang
telah membuktikan elemen motivasi memberikan sumbangan kepada pencapaian bahasa kedua dalam
kalangan pelajar. Dalam tinjauan yang lepas didapati pelajar Iban tidak suka bertutur menggunakan
bahasa Melayu kerana mereka merasakan untuk bertutur bahasa Melayu mereka perlu mempelajari
segalanya. Mereka perlu mempelajari sebutan, tatabahasa, dan kosa kata bahasa Melayu yang jauh
bezanya dengan bahasa ibunda mereka.
Menurut Tamam Timbang et al. Dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Edisi 89, teknik pengajaran
yang kreatif dapat membantu guru untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar. Pengkaji mendapati
guru kurang menekankan dua kemahiran itu disebabkan pelajar tidak suka memberi pendapat secara
lisan akibat penguasaan kosa kata yang kurang dan tidak yakin diri. Pelajar pula menganggap guru
tidak memperuntukkan masa yang secukupnya untuk mengajar dua kemahiran itu dan lebih
memfokuskan kemahiran menulis dan membaca. Sebenarnya punca-punca tersebut saling berkait,
iaitu sikap guru yang mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran dalam bilik
darjah menyebabkan pelajar tidak yakin untuk memberi pendapat secara lisan. Siti Hajar Abd Aziz
(2009: 110), kelemahan berbahasa pelajar berlaku kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan
asas berbahasa yang kukuh sewaktu berada pada peringkat sekolah. Pada peringkat menengah pula,
pelajar lebih memberikan tumpuan untuk lulus peperiksaan. Dengan kata lain, mereka mempelajari
bahasa bukan untuk mendapatkan kemahiran berbahasa, sebaliknya untuk membolehkan mereka
menjawab soalan peperiksaan.
Persoalan Kajian
Adakah faktor-faktor persekitaran linguistik mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua
Objektif Kajian
Menghuraikan faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua
Kepentingan Kajian
Kajian ini penting bagi menambah bilangan kajian yang sedia ada dalam bidang psikolinguistik iaitu
berkaitan pemerolehan bahasa kedua pelajar. Kajian ini juga memberi maklumat kepada para
pendidik, khasnya guru-guru yang mengajar bahasa Melayu tentang masalah yang dihadapi oleh
pelajar dalam mempelajarai BM sebagai bahasa kedua. Selain itu, kajian ini penting untuk
menjelaskan faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi pembelajaran BM sebagai B2.
Secara amnya kajian ini penting kerana pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua sering melakukan kesalahan dalam pertuturan dan penulisan mereka akibat pengaruh bahasa
ibunda.
Sorotan Kajian
James (1988), menyatakan bahawa bahasa kedua yang berbeza daripada bahasa pertama
menimbulkan kesukaran untuk dipelajari. Beliau turut menyatakan gangguan bahasa dalam
membentuk bahasa kedua, iaitu gangguan fonologi. James turut menyatakan bahawa terdapat nosi
gangguan bahasa dalam konteks situasi. Beliau turut menyatakan bahawa gangguan fonik merupakan
gangguan pembentukan bahasa pada peringkat permulaan. Umumnya , gangguan bahasa Bidayuh ke
atas pencapaian bahasa Melayu kanak-kanak. James telah menyatakan bahawa proses pemindahan
bahasa sebagai salah satu daripada proses linguistik. Selain itu, pemindahan bahasa dianggap sebagai
aturan psikolinguistik yang bermakna. Semasa bertutur bahasa Melayu, kanak-kanak masyarakat
Bidayuh sering menggunakan bahasa Bidayuh untuk membentuk pola-pola ayat bahasa Melayu.
Lado (1957 & Fries (1945) mengemukakan bahawa dalam proses pembelajaran B2, seseorang pelajar
kerap melakukan kesilapan akibat daripada pengaruh bahasa ibundanya. Lado (1957) mengatakan
bahawa seseorang pelajar sememangnya cenderung untuk memindahkan aspek-aspek B1 dalam B2
semasa mempelajari B2. Beliau juga mengatakan bahawa apabila satu pola struktural mempunyai
fungsi, bentuk dan penyebaran yang sama dalam B1 dan B2, pembelajaran bahasa akan berlaku
dengan senang kerana dapat memindahkan bahasa dengan mudah. Namun keadaan yang sebaliknya
akan berlaku apabila B1 dan B2 mempunyai fungsi, bentuk dan penyebaran yang berbeza. Keadaan
ini akan menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran dan akhirnya kesilapan akan berlaku.
Noriah Mohamad (1987) telah membuat penyelidikan terhadap strategi komunikasi pelajar-pelajar
Iban berkomunikasi dalam Bahasa Malayu. Dalam kajian itu, Noriah telah memberikan tumpuan
terhadap strategi pencapaian dari aspek sebutan bunyi (fonologi) dan leksikal. Hasil daripada
kajiannya, Noriah mendapati bahawa dari aspek sebutan bunyi, sampel kajiannya telah menggunakan
strategi pemindahan negatif bunyi dan strategi pemindahan positif bunyi. Kedua-dua strategi ini
melibatkan pemindahan semua jenis bunyi dalam Bahasa Malayu, iaitu bunyi vokal, konsonan dan
diftong .
Kuldip Kaur (1994) membentangkan penemuan tentang cara kanak-kanak dan orang dewasa
mempelajari bahasa kedua dengan memberi tumpuan kajian pemelajaran bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua. Beliau yang memetik pendapat Dulay et. al.(1982) menyatakan bahawa pemerolehan
bahasa kedua sebagai proses pemelajaran bahasa asing berlaku selepas mengetahui dan menguasai
bahasa pertama yang bermula pada peringkat umur lima tahun atau selepasnya. Satu lagi aspek yang
berkaitan dengan linguistik ialah umur. Beliau mengemukakan dapatan tentang pengaruh umur
seseorang individu dalam usaha mempelajari serta memperoleh bahasa kedua. Beliau turut
menegaskan bahawa had umur maksimum bagi berlakunya proses perkembangan bahasa adalah pada
waktu seseorang itu berusia 12 tahun atau apabila seseorang itu memasuki alam remaja.
Amir Bin Juhari dan Noor Zila binti Md. Yusuf (2012) telah menjalankan kajian ke atas 30 orang
pelajar Iban yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kertas kerja yang dibentangkan
di Seminar PMIOL, Bandung Indonesia telah membincangkan Kaedah berkesan dalam
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kertas kerja tersebut membicarakan tentang
faktor-faktor yang dikenal pasti sebagai punca pelajar-pelajar lemah menulis karangan. Gangguan
daripada bahasa Ibunda dan kekurangan kosa kata dalam bahasa sasaran menyebabkan pelajar
berkenaan gagal menulis karangan dengan baik. Bagi pelajar-pelajar B2, mereka masih belum
menguasai kemahiran mengolah isi karangan kerana beberapa faktor. Antaranya kurang idea, tahap
penguasaan bahasa yang sangat lemah , kosa kata yang terhad dan tabiat membaca yang rendah.
Kaedah IsSam diperkenalkan untuk membantu pelajar-pelajar B2 menulis karangan dengan baik. Satu
kajian tindakan telah dilaksanakan untuk menguji keberkesanan Kaedah IsSam. Responden kajian
terdiri daripada pelajar-pelajar Iban yang mempelajari bahasa Melayu sebagai B2. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian
pasca. Pencapaian pelajar lebih baik dalam ujian pasca berbanding ujian pra.
Latar Belakang Responden Kajian
Kajian ini dijalankan dengan mengambil sampel kajian daripada sebuah sekolah di daerah Meradong,
Bintangor Sarawak. Sampel Kajian terdiri daripada 28 orang pelajar Iban yang mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Sampel kajian ialah pelajar-pelajar yang berumur 10 tahun dan
menuntut dalam tahun empat di sekolah kajian. Mereka terdiri daripada 12 pelajar perempuan dan 16
orang pelajar lelaki. Berikut merupakan peratusan pelajar SK Bukit Nibong mengikut kaum.
1%
1%
1%
5%
Iban
Cina
Melayu
Melanau
82%
Kenyah
Dusun
Bidayuh
6
4
2
0
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Iban
97%
Melayu
Gred
Markah
Gred
Andrew Jackson
28
Ayang
45
43
Beatrice
75
63
Brownson
35
10
Daisy
55
53
Desmond
42
63
Dyana
48
37
Emelya
35
Gilbert Jimbai
28
33
10
Jeniffer Shirley
40
12
11
Jennifer
68
78
12
Joachim
33
33
13
Joanessanji
33
23
14
Joanis Slu
75
77
15
Jordan
45
57
16
Katerina
58
65
17
Margaretha
35
15
18
Martina
55
50
19
Natasya Kristy
83
57
20
Nelson Rimong
45
50
21
Patricia Joana
73
75
22
Reni Jau
43
23
23
Ricky Melis
58
43
24
Ricky Thomas
30
25
Sofia Iging
40
27
26
Stevenson Untam
35
27
27
Syarrolyne Challa
40
48
28
Veronica Ipah
68
75
Responden kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah 28 orang pelajar Iban yang sedang belajar di
salah sebuah sekolah rendah di daerah Meradong, Sarawak. Pengkaji telah memilih subjek kajian
berdasarkan kriteria berikut
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
Rasional pelajar-pelajar tahun empat dipilih sebagai responden kajian kerana pada tahap ini, pelajarpelajar tahun empat merupakan pelajar tahap 2 yang sudah mendirikan asas kukuh dalam menguasai
kemahiran membaca dan menulis sebelum melangkah ke tahun 5 dan 6.
Kaedah Kajian
Pengkaji menggunakan kaedah kajian lapangan dengan mengemukakan borang soal selidik untuk
mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Melalui borang soal selidik pengkaji telah
mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang diri dan keluarga responden serta latar belakang
bahasa keluarga responden.
Dapatan Kajian
Menghuraikan faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua
Dalam kajian ini pengkaji cuba melihat faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua .Data dikutip berdasarkan borang soal selidik
yang diberikan kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang mengandungi dua bahagian. Bahagian
A ialah latar belakang diri dan keluarga seperti bangsa ibu bapa, bangsa datuk dan nenek, pekerjaan
ibu bapa, tempat tinggal dan bangsa jiran. Manakala bahagian B pula berkaitan latar belakang bahasa
yang digunakan dalam keluarga.Pengkaji berpendapat pengaruh persekitaran linguistik amat penting
dalam pemerolehan bahasa kedua. Hal ini bergantung kepada sikap positif ibu bapa atau penjaga
terhadap bahasa Melayu akan membuka ruang yang lebih luas untuk kanak-kanak mempelajari bahasa
tersebut. Gleitmann (1986) dalam Puteri Roslina (2004) menyatakan, sikap, kepercayaan, tanggapan,
penilaian dan sifat semulajadi menyebabkan seseorang itu bertindak dengan cara tertentu. Sikap
kanak-kanak terhadap bahasa kedua mungkin berbeza bagi mereka yang berlatar belakang keluarga
profesional daripada yang bukan profesional.
Latar Belakang diri dan keluarga
Kajian ini melibatkan 28 orang responden yang terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan 16 orang
pelajar perempuan yang berumur dalam lingkungan 10 tahun. Kesemua pelajar ini berketurunan Iban
berdasarkan bangsa bapa.Walau bagaimanapun terdapat seorang pelajar mempunyai ibu berketurunan
Melanau. Dari segi bangsa datuk dan nenek sebelah bapa pula, 100% responden mempunyai datuk
dan nenek berbangsa Iban. Namun begitu seorang responden mempunyai datuk dan nenek berbangsa
Melanau melalui keturunan sebelah ibu. Berdasarkan pekerjaan bapa hanya seorang responden
mempunyai bapa yang bekerja dengan syarikat swasta manakala selebihnya bekerja sendiri sebagai
nelayan, petani dan buruh. Kebanyakan ibu responden tidak bekerja dan menjalankan tugas-tugas
sebagai suri rumah. Dari segi kawasan tempat tinggal responden, 27 orang tinggal di rumah panjang
manakala seorang tinggal di kampung. 100% responden mempunyai jiran berbangsa Iban. Data dan
maklumat responden dapat ditunjukkan melalui jadual satu di bawah :
Butiran
Kekerapan
Jantina
Lelaki
Perempuan
12
16
Umur
10 tahun
28
Bangsa bapa
Iban
Lain-lain
28
0
Bangsa Ibu
Iban
Lain-lain (Melanau)
27
1
Iban
Lain-lain
28
0
Iban
Lain-lain
28
0
Iban
Lain-lain (Melanau)
27
1
Iban
Lain-lain (Melanau)
27
1
Pekerjaan Bapa
Swasta
Sendiri
1
27
Pekerjaan Ibu
Suri rumah
28
Tempat Tinggal
Rumah Panjang
Taman Perumahan
Kampung
27
0
1
Bangsa Jiran
Iban
Lain-lain
28
0
Bil
Maklumat Berkaitan
Iban
Peratus
Melanau/
Melayu
1.
Peratus
28
100%
2.
28
100%
3.
27
97%
3%
4.
28
100%
5.
4%
27
96%
6..
28
100%
7.
28
100%
8.
28
100%
9.
28
100%
10.
28
100%
11.
28
100%
12.
28
100%
13.
28
100%
14.
28
100%
Iban
97%
Rumah Panjang
3%
97%
Axis Title
14
12
10
8
6
4
2
0
Melayu
Iban
Campuran
Rumusan
Berdasarkan faktor-faktor persekitaran linguistik yang telah dihuraikan tadi, jelas bahawa faktor
persekitaran linguistik membentuk sikap kanak-kanak terhadap pembelajaran bahasa kedua. Latar
belakang keluarga, latar bahasa, tempat tinggal, rakan dan jiran memberi pengaruh terhadap
pembelajaran bahasa kedua kanak-kanak dan mempengaruhi tahap kecekapan kanak-kanak di tempat
kajian dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Berdasarkan tinjauan dan
pemerhatian pengkaji, faktor pekerjaan ibu bapa juga mempengaruh pembelajaran bahasa kedua
kanak-kanak. Kanak-kanak yang lahir daripada keluarga profesional cenderung menggunakan bahasa
Melayu dalam pertuturan mereka akibat dorongan daripada ibu bapa. Namun begitu, dalam kajian ini
kebanyakan ibu bapa bekerja sendiri. Kekurangan masa bersama anak-anak menyebabkan mereka
kurang prihatin tentang keperluan bahasa tersebut kepada kanak-kanak. Justeru, kesedaran untuk
menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak mereka sangat kurang.
Dorongan hanya diperoleh di sekolah melalui guru dan rakan-rakan berbangsa Melayu. Walau
bagaimanapun perkahwinan campur boleh menggalakkan penggunaan pelbagai bahasa terutama
bahasa Melayu yang sering digunakan sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan masyarakat
pelbagai etnik di Sarawak. Latar belakang tempat tinggal juga boleh mempengaruhi pembelajaran
bahasa Melayu. Bagi respoden yang tinggal di rumah panjang, pendedahan terhadap bahasa Melayu
amat kurang kerana hidup dalam kelompok masyarakat Iban yang hanya menggunakan bahasa Iban
sebagai bahasa pertuturan utama. Jika diteliti daripada pergaulan dengan rakan dan jiran, kanakkanak yang bergaul dengan rakan dan jiran berbangsa Melayu lebih cekap menggunakan bahasa
Melayu berbanding kanak-kanak yang tinggal di rumah panjang.
D.N. Larson dan W.A. Smalley (1972) menyenaraikan tujuh perkara yang dapat memberi sedikit
penjelasan mengenai kemungkinan berhasilnya pembelajaran bahasa kedua iaitu, pertama pelajar
yang mempunyai keupayaan yang tinggi, serta diberi peluang yang baik dan mempunyai motif yang
kukuh dan sikap yang sihat serta belajar dalam lingkungan masyarakat yang mendorong, maka
usahanya dalam pembelajaran bahasa itu tentu sekali akan berjaya. Kedua, seorang pelajar yang
mempunyai motif tinggi dan diberi peluang baik, tetapi tidak mempunyai keupayaan yang tinggi
terhadap pembelajaran bahasa, akan mencapai kejayaan yang baik juga, lebih-lebih lagi kalau
masyarakat sekelilingnya itu mendorongnya. Ketiga, seorang pelajar yang mempunyai motif yang
tinggi serta ada sikap dan keupayaan baik, tetapi kurang berpeluang, harus juga mencapai kejayaan
yang agak baik jika ada individu di sekelilingnya yang memberi sokongan kepada pembelajarannya
itu. Keempat, jika seorang pelajar itu berpeluang baik untuk belajar bahasa dan mempunyai
keupayaan tinggi, maka kejayaannya bergantung pada motifnya. Motifnya itu akan bergantung kepada
lingkungan kebudayaan di sekelilingnya. Hanya mereka yang dapat mengatasi masalah ini yang
berjaya. Kelima, jika seorang pelajar itu bermotif tetapi tidak mempunyai keupayaan, sikap dan
peluang untuk belajar maka dia harus gagal. Kalaulah kebudayaan dan masyarakat sekelilingnya
membantu maka ada juga sedikit harapan untuk mendapat sedikit kejayaan. Keenam, jika seorang
pelajar itu mendapat peluang baik untuk belajar bahasa tetapi tidak mempunyai keupayaan dan motif,
maka dia akan gagal. Peluang yang diberi kepadanya akan sia-sia. Kebudayaan yang menyokong
pembelajaran itu juga akan membosankannya. Ketujuh, pelajar yang berkeupayaan tinggi, tetapi tidak
bermotif dan juga tidak diberi peluang akan gagal. Walau bagaimanapun lingkungan yang menyokong
mungkin membantunya mencari motif, kalau tidak dia akan gagal. Faktor-faktor ini perlulah wujud
sebelum kejayaan sepenuhnya tercapai. Tetapi, sekiranya faktor-faktor ini tidak menyokong maka
pelajar itu tentu akan gagal.
Dalam kajian ini pengkaji telah berjaya membuktikan bahawa faktor persekitaran linguistik telah
mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar-pelajar
Iban di sekolah kajian. Faktor tersebut ialah latar belakang diri dan keluarga serta latar belakang
bahasa keluarga. Pembelajaran bahasa kedua perlu difikirkan terlebih dahulu dan dirancang
sepenuhnya oleh guru berbanding bahasa pertama yang diperoleh secara tidak formal. Pembelajaran
harus berlaku dalam lingkungan sosial yang membolehkan bahasa kedua sering didengar dan
dituturkan. Hal ini memerlukan latihan dan pengulangan sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan.
Pengkaji berharap dengan adanya kajian seperti ini, akan dapat membantu guru-guru merancang
strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam membimbing pelajar mempelajari bahasa kedua.
Kajian ini juga mampu membekalkan maklumat kepada pensyarah dan guru-guru bahawa
persekitaran linguistik mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembelajaran bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua. Hasil penyelidikan boleh digunakan untuk rujukan ilmu bagi pelajar, guru,
pensyarah dan masyarakat umum.
RUJUKAN
Adjemain, C (1976). On The Nature of Interlanguage Systems dlm Jurnal Language Learning 26,
hlm.297-320 1976.
Alice Alim, (2011). Bahasa Antara dalam Pemelajaran Bahasa Kedua. Kertas Kerja dalam
Persidangan Linguistik ASEAN V, Warna-warni Lingustik ASEAN: Penyelidikan dan
Pemantapan Korpus Ilmu, Anjuran PLM dan UKM. 21-22 Disember 2011.
Amir Juhari, Noor Zila (2012). Kaedah berkesan dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Kertas Kerja dalam Persidangan PLIOM Universitas Pendidikan Indonesia
14-15 Jun 2012
Corder, S. Pit., (1973).Introducing applied linguistics. Penguin Books Ltd.
Ellis, Rod ( ed ), (1987). Second language acquisition in context.Hertfordshire: Prentice
Hall International ( UK ) Ltd.
Faerch, C (ed), (1983). Strategies in Interlanguage Communication. New Yord: London Limited.
Diemroh Ihsan, (1998). Bahasa Antara Kedudukannya dalam Rentangan Linguistik: Implikasi dalam
Pengajaran Bahada Asing..Kertas Kerja dalam Seminar Masyarakat Linguistik Indonesia
(MLI) Komisariat Universitas Sriwijaya, Palembang 26 Disember 1988
Kuldip Kaur, (1994). Pemelajaran dan Pemerolehan Bahasa Kedua oleh Kanak-kanak dan Orang
Dewasa dlm. Jurnal Dewan Bahasa 38:7 hlm.645-650..
Nemser, William.,(1971). Approximate systems of foreign language learners.IRAL
9:2, hlm.115-123.
Noor Aina Dani, (1999). Bahasa Antara di kalangan Pelajar B2: Tahap dan Fosilisasi. Monogaf
Bahasa Sastera dan Budaya Melayu Jld 1 1999. Jabatan Bahasa Melayu FBMK, UPM.
Puteri Roslina Abdul Wahid,(2004). Bahasa Antara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Selinker Larry, (1975). The interlanguage hypothesis extended to children. dlm.
Language Learning 25: 1, hlm. 139-161.
Selinke Larry, (1992). Rediscovering interlanguage.London And New York: Longman
Group United Kingdom Limited.
Susan Juhin (1999). Bahasa Antara dalam Bahasa Melayu Lisan Kanak-kanak bangsa Bidayuh di
Daerah Bau, Sarawak.dlm Jurnal Dewan Bahasa 43:5 hlm.455-463
Tarone, et al. (1983) On The Variability of Interlanguage Systemdlm. Applied Linguistics 4:2, hlm
143-163..
Tarone, E, (1988). Variation of Interlanguage.London : Edward Arnold
Zulkifley Hamid, (1996). Bahasa Konsep, Fungsi dan Penggunaannya oleh Penutur. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.