Karan Gan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

KARANGAN 3

Salah satu tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya, keindahan


pantai, landskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan
tempat, misalnya di Indonesia dan di Negara Thai. Yang unik ialah budaya
tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan
makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong
mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita.
Ada yang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita.
Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam
Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan.
Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan
kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen,
ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya.
Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita
menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas.
Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan
identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah
dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat
sepanjang masa.
Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui
latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh
dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh
menyelitkan budaya ! tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.
Pertandingan berbalas pantun clan tarian tradisional akan mengembangkan
budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk
mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini
juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan
ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana tak kenaI maka tak cinta.
Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai
kaum di Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa
menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu,
media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan
meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan
melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak
media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita
Harian, yang merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan,
kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga
boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti Malaysia Hari lni
dan Selamat Pagi Malaysia.
Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium,
bak pepatah yang berbunyi biar mati anak,jangan mati adat. Oleh itu, usaha
memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng.

Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman,


tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.

Memelihara dan memulihara warisan negara.


Memperkenalkan semula seni yang hampir pupus kepada generasi muda.
Menjana ekonomi negara
Membentuk jati diri bangsa Malaysia

................................................................................................................................
..............................
Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah
yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan
kehilangan identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti
memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika
hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal
budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya
mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.
Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara
yang paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua
daripada generasi muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu
kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja dalam usaha mereka
mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu membuktikan
rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran
sanggup mengekalkan budaya.
Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-nilai
murni dan sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis
daripada diri remaja negara ini. Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka
dengan nada yang kasar, lari dari rumah, dan suka memarahi orang tua. Jadi,
pengekalan dan pengamalan budaya ini sudah pasti akan menonjolkan rasa

hormat dan sikap atau jati diri remaja yang murni. Remaja akan menjadi individu
yang terbilang.
Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak
akan luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan
kenduri sudah mula hilang sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih
suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah
melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai
banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah
pasti akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara
meriah.
Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling
bergantung anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua
kaum harus mengekalkan budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu.
Sikap hormat antara satu sama lain menyebabkan kita tidak akan cuba
menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh. Sebaliknya, penghargaan
terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita.
Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah
yang arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang
ke arah kemodenan sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau
tidak sesuai lagi. Kita harus melihat budaya sebagai satu alat yang mampu
membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan
rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita boleh
menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup.
................................................................................................................................
...............................

Mari kita kupaskan kepentingan utama dengan menggunakan minda


pelajar kelas pertama dalam membicara tentang nilai estetika.Kita dapat
mengekalkan nilai estetika negara dalam menempuh perkembangan pesat di
peringkat global.Hal ini dapat dikatakan demikian kerana warisan negara
mempamerkan keunikan dan kesenian yang hanya terdapat di Malaysia.Sebagai
contoh bangunan Stadhuys yang dibina semasa penjajahan Belanda pada zaman
pramerdeka dahulu.Pengekalan seni bangunan ini telah menimbulkan rasa
kagum terhadap peninggalan sejarah yang begitu mendalam di bumi Asia
ini.Oleh hal yang demikian,Kementerian Warisan dan Kebudayaan turut
mengambil inisiatif dalam mengekalkan warisan bangsa Malaysia seperti
memelihara dan memulih bangunan condong di Teluk Intan.Seperti yang semua
sedia maklum bangunan condong itu tetap berdiri teguh walaupun kelihatan
sudah tua.Jelaslah,warisan negara yang terpelihara akan mempunyai nilai
estetika yang dapat menjadi kebanggaan Malaysia.
Bicawara seterusnya,warisan negara kita juga mempunyai daya tarikan
pelancong asing yang cakna akan sejarah silam Malaysia.Buktinya kemasukan

pelancong asing meningkat dari tahun ke tahun.Daya tarikan yang unik di


Malaysia telah memaut hati pelancong asing untuk menikmati keindahan dan
keunikan yang ada di bumi bersejarah ini.Tamsilnya,Kota A Famosa yang wujud
sejak penjajahan Portugis masih mendapat tumpuan pelancong asing sehingga
kini.Bukankah kita bangga akan warisan yang wujud ini? Sudah semestinya kita
sebagai warganegara Malaysia turut menzahirkan rasa kagum akan
kemerdekaan dan sejarah yang penuh bermakna ini.Jadi,tidak hairanlah jika
Malaysia menjadi pilihan pelancong asing untuk mencuci mata.Bertitik tolak
daripada manifestasi tersebut,masyarakat Malaysia juga dapat menjalin interaksi
sosial dengan pelancong asing di samping industri pelancongan negara dapat
melonjakkan ekonomi negara kita.Maka,tidak rugilah kita memelihara warisan
negara bangsa yang terbina sejak berkurun lamanya.
Memetik wasitah nirmala seterusnya,semangat patriotik juga dapat dipupuk
dalam kalangan rakyat Malaysia.Warna-warni sejarah yang telah melakar
nostalgia negara telah mewujudkan asimilasi pelbagai kaum yang erat serta
warisan bangsa yang istimewa.Semangat patriotik dapat dipupuk dalam
kalangan anak-anak muda sejak dari rebungnya lagi dengan adanya warisan
yang ditingalkan oleh pejuang terdahulu.Sebelum tiram memuntahkan
mutiaranya,moleklah digilap dan dijaga dengan baik agar dapat bersinar dengan
cahaya yang bergemerlapan.Begitu juga anak-anak muda yang masih berumur
setahun jagung dan darah setampuk pinang ini dapat dipupuk semangat cinta
akan negara dalam dirinya.Jadi,Malaysia dapat melahirkan benih yang baik dan
modal insan yang berguna pada masa hadapan.Tokoh pujangga juga ada
menyatakan jika benih yang baik dilontar ke udara menjadi kejora,dibaling ke
laut menjadi pulau dan dicampak ke bumi menjadi
penawar.Analoginya,semangat patriotik dapat dipupuk dalam diri semua
masyarakat melalui warisan negara dan bangsa yang masih kukuh sehingga
hari ini.
Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus
di bawah kata kunci mengenang jasa dan sejarah.Tidak dapat dinafikan lagi kita
dapat mengenang jasa perajurit-perajurit yang memengang senjata dan sedia
berkorban untuk tanah air tercinta ini.Hal ini dikatakan demikian kerana kita
seolah-olah dapat merasai detik-detik bersejarah negara apabila melihat warisan
negara yang wujud seperti Tugu Negara.Peribahasa biar putih tulang jangan
putih mata amat sebati dengan pejuang negara kita.Oleh hal yang demikian
konsep itu dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat Malaysia disamping
dapat mencetuskan semangat inkuiri yang kuat dalam kalangan
masyarakat.Oleh itu,masyarakat kini juga akan dapat menghalang anasir-anasir
jahat yang mungkin akan mendominasi ekonomi,politik mahupun sosial negara
kita.Sudah terang lagi bersuluh,warisan bangsa yang telah lahir dapat menyemai
rasa terharu dengan jasa perajurit negara dan sejarah yang telah mengukir
kemerdekaan Malaysia.Sesungguhnya hidup bukanlah satu kemenangan tetapi
sebaliknya sesuatu perjuangan.
Intihanya,warisan negara haruslah dihargai dan dipelihara untuk melahirkan
insan yang progresif dan proaktif dalam pelbagai skop dan bijak mengatur bicara

mengenai sejarah negara seperti Tun Dr.Mahatir Mohamad.Hal ini sekali gus
dapat mencantas golongan yang seperti buah kedempung,di luar berisi di dalam
kosong.Maka,ayuhlah kita bersama-sama menyeru rakyat Malaysia untuk
memelihara warisan bangsa daripada lenyap ditelan gelombang kemodenan
yang berpaksikan teknologi masa kini.Biarpun kita ingin berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara kelas pertama yang lain.Janganlah kita
melupai jasa pejuang negara yang telah menumpahkan darah demi
mempertahankan warisan dan maruah bangsa dan negara.George Santaya ada
menyatakan manusia yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya
semula.Jadi,jangan sesekali kita menjadi seperti kacang melupakan kulit kerana
sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.

Anda mungkin juga menyukai