Bengkel Asas Tari
Bengkel Asas Tari
Bengkel Asas Tari
1. Peserta dari setiap sekolah iaitu SMK kapit, SMK Kapit No.2, SK Song dan
SK Belaga berkumpul di dewan makan untuk mendengar taklimat daripada
penganjur tentang tentatif program.
2. Pelajar berkenalan sesama mereka untuk menyesuaikan diri dalam
kalangan mereka sepanjang bengkel berlangsung.
3. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan yang setiap kumpulan disertai
oleh pelajar-pelajar dari sekolah yang berlainan.
4. Tenaga pengajar dan pelajar membuat warm up sebelum memulakan
gerakan tarian.
5. Barisan tenaga pengajar membuat demostrasi tentang langkah-langkah
asas beberapa jenis tarian seperti joget, inang, zapin dan ngajat secara
keseluruhan.
Bengkel Asas Tari yang diadakan memberi peluang yang cukup besar
kepada pelajar untuk mengenali asal usul seni tari. Di samping pelajar
dapat mempelajari teknik-teknik asas setiap jenis tarian, pelajar juga dapat
melatih diri dengan nilai kerjasama dalam kumpulan. Bagi guru-guru
pengiring pula, kami dapat bertukar-tukar idea serta info berkaitan dengan
seni tarian.
BENGKEL ASAS TARI ( HARI KEDUA)
1. Guru tari memberi penerangan tentang beberapan jenis tarian melayu
seperti joget, Inang dan Zapin serta tarian etnik sarawak iaitu Ngajat dari
segi sejarah dan asal usulnya.
2. Guru tari menunjukkan langkah-langkah asas untuk setiap jenis tarian dan
meminta pelajar mencuba langkah-langkah tersebut dengan diiringi alunan
muzik.
3. Peserta diminta untuk mereka bunga tari masing-masing dalam setiap
kumpulan dan berlatih bagi memantapkan gerak tari berkumpulan untuk
dipersembahkan di hadapan guru-guru dan para jemputan.
4. Pertunjukkan hasil gerak tari yang dibentuk oleh setiap kumpulan.
5. Penyampaian sijil penyertaan oleh Pengetua SMK Kapit selaku pihak
penganjur kepada pelajar yang terlibat dan guru pengiring.
Pengajuran program selama 2 hari berjalan dengan lancar. Semua pihak
termasuk pelajar dan guru pengiring sangat berpuas hati dan mereka merancang
untuk mengadakannya pada setiap tahun. Penganjuran program seumpama ini
mampu melahirkan bakat-bakat penari yang lebih profesional dan menjadi
pelapis untuk generasi yang akan datang supaya budaya yang wujud tidak luput
di telan zaman.