Pendidikan Kesihatan Tahun 5 (P1)

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

PK tahun 5

BAHAGIAN A

1. Lelaki mempunyai ______________ yang menghasilkan sperma.


A. testis
B. zakar
C. faraj
D. uretra
2. Perempuan mempunyai ________________ yang menghasilkan ovum.
A. saluran falopio
B. uterus
C. faraj
D. ovari
3. Percantuman sperma dan ovum akan membentuk _______________.
A. embrio
B. zigot
C. fetus
D. bayi
4. Embrio membesar menjadi ___________ dalam uterus ibu selama lebih kurang 9
bulan sebelum dilahirkan.
A. zigot
B. bayi
C. fetus
D. darah
5. Berikut adalah sistem reproduktif lelaki kecuali.
A. Testis
B. Zakar
C. Ovari
D. Skrotum
6. Berikut adalah sistem reproduktif perempuan kecuali.
A. Skrotum
B. Saluran falopio
C. Uterus
D. Faraj
7. Apakah maksud kitaran haid?
A. Pengeluaran darah dari uterus.
B. Perubahan yang berlaku di uterus.
C. Perubahan yang berlaku semasa haid sehingga bertemu haid seterusnya.
D. Perbandingan yang berlaku semasa haid sehingga bertemu haid seterusnya.

8. Berikut merupakan padanan yang betul mengenai kitaran haid.


A. Fasa Haid - Lapisan dinding uterus mula menebal.
B. Fasa Pemulihan - Lapisan dinding uterus mula gugur.
C. Fasa Subur - Lapisan dinding uterus menebal.
D. Fasa Prahaid Lapisan dinding uterus berhenti menebal.
9. Dalam proses persenyawaan, ovum dan sperma bergabung untuk menghasilkan
_________________.
A. Tulang dibaluti daging (fetus)
B. Seketul daging (embrio)
C. Tulang
D. Segumpal darah (zigot)
10. Berikut adalah padanan yang betul kecuali
A. Sperma sel pembiakan lelaki
B. Ovum sel pembiakan perempuan
C. Uretra tempat perkembangan embrio
D. Tiub fallopio tempat persenyawaan
11. Berikut merupakan padanan yang betul mengenai keistimewaan lelaki dan
perempuan, kecuali
A. Lelaki - Otot untuk mempertahankan diri
B. Lelaki Emosi yang kuat
C. Perempuan Melahirkan anak
D. Perempuan Menyusukan anak
12. Apakah cara yang betul untuk menjaga kebersihan anggota seksual diri sendiri?
A. Memakai pakaian yang kotor.
B. Menggunakan sabun semasa mandi.
C. Tidak perlu cuci tangan.
D. Berkongsi pakaian dengan orang lain.

13. Apakah cara menghormati anggota seksual orang lain?


A. Mengintai orang lain yang sedang mandi.
B. Tidak cuba untuk menyentuh anggota seksual individu lain.
C. Menceritakan tentang anggota seksual individu lain.
D. Menyentuh dengan sengaja anggota seksual anggota lain.
14. Semasa bermain di padang, Regina tercedera pada anggota seksualnya. Siapakah
pihak yang boleh merawat Regina?
I Doktor
II Jururawat
III Rakan
IV Orang awam

A.
B.
C.
D.

I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV

15. Berikut merupakan kepentingan pengambilan makanan seimbang, kecuali


A. Mengekalkan gaya hidup sihat.
B. Membekalkan nutrien yang mencukupi.
C. Bersemangat untuk melakukan kerja.
D. Menaikkan berat badan.
16. Berikut adalah kelebihan vitamin dan mineral dalam badan, kecuali
A. Badan sihat dan bertenaga
B. Proses penghadaman yang baik
C. Rabun malam
D. Tumbesaran yang baik

Soalan 17 dan 18 merujuk pernyataan di bawah.


Makanan yang diambil oleh Farah semasa di rumah
Ais krim , Coklat , minuman bergas ,
kentang goreng

17. Apakah kumpulan makanan yang banyak diambil oleh Farah?


A. Karbohidrat
B. Protein
C. Vitamin
D. Lemak dan gula
18. Apakah kesannya jika Farah meneruskan amalan pemakanan seperti ini?
A. Obesiti

B. Badan sihat
C. Badan cergas dan cerdas
D. Bersemangat
19. Antara makanan yang berikut, manakah yang mengandungi protein?
A. Susu segar, ikan, keju, ayam, telur, daging
B. Roti, bijirin, jagung, mee, kentang, tepung
C. Epal, bunga kobis, betik, oren, sawi, bayam
D. Aiskrim, gula kapas, kek, coklat, gula-gula
20. Antara sumber bagi vitamin ialah _________________.
A. daging ayam dan gading lembu.
B. coklat, madu dan gula-gula.
C. susu dan berbagai jenis bijirin.
D. buah limau, betik, nanas dan sayuran hijau.
21. Penyakit kronik adalah disebabkan pengambilan makanan yang mengandungi
_____________ dengan kadar yang banyak.
A. Karbohidrat
B. Protein
C. Vitamin dan mineral
D. Lemak, minyak, gula dan garam
22. Antara sumber nutrien berikut, yang manakah tidak membekalkan protein?
A. Ikan
B. Sayur tomato
C. Telur
D. Daging
23. Antara yang berikut, manakah contoh makanan yang berkhasiat?
A. Minuman berkarbonat
B. Gula-gula
C. Susu
D. Aiskrim

24. Amirah telah diserang penyakit cirit-birit sejak semalam. Apakah kemungkinan yang
menyebabkan Amirah sakit?
I. Amirah tidak basuh tangan sebelum makan.
II. Amirah makan makanan yang telah basi.
III. Amirah makan makanan yang sangat besar.

IV. Amirah makan menggunakan tangan kiri.


A.
B.
C.
D.

I dan II
I, II dan III
II dan IV
I, II, III dan IV

25. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan inhalan?


A. Dikenali sebagai bahan sentuhan yang menimbulkan kesan kepada
perubahan minda.
B. Dikenali sebagai bahan sedutan yang menimbulkan kesan kepada
perubahan minda.
C. Dikenali sebagai ubat yang menimbulkan kesan kepada perubahan minda.
D. Dikenali sebagai bahan sembuhan yang menimbulkan kesan kepada
perubahan minda.

26. Berikut adalah jenis bahan inhalan kecuali


A. Pen maker
B. Bedak
C. Penanggal gris
D. Bahan pengilat
27. Apakah cara mengelak pengambilan bahan inhalan?
I. Menyertai aktiviti sukan.
II. Berani menolak ajakan.
III. Melepak bersama rakan.
IV. Menunjukkan kehebatan diri sendiri.
A.
B.
C.
D.

I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV

28. Apakah bukan kesan pengambilan bahan inhalan dalam jangka masa panjang?
A. Susut berat badan.
B. Pendarahan dalam otak.
C. Hidung berdarah.
D. Kematian mengejut.
29. Apakah yang akan anda lakukan sekiranya adik atau abang anda terlibat dengan
kegiatan penyalahgunaan bahan inhalan?
A. Turut serta dalam aktiviti tersebut bersama-sama.
B. Memberi nasihat yang baik apabila di rumah.

C. Memarahi mereka di khalayak ramai.


D. Mendiamkan diri sahaja seolah-olah tidak nampak apa yang berlaku.
30. Berikut adalah teknik untuk mengatakan TIDAK kepada penyalahgunaan bahan
inhalan, kecuali
A. Penangguhan
B. Membuat alasan
C. Tukar isu perbualan
D. Menerima ajakan

31. Sistem reproduktif manusia berfungsi untuk menghasilkan ___________


A. peluh

C. zuriat

B. perasaan

D. keberanian

32. Remaja perempuan akan mencapai akil baligh apabila didatangi ______
A. petunjuk

C. haid

B. ihtilam

D. mimpi

33. Remaja lelaki akan mencapai akil baligh apabila mengalami _________
A. sakit

C. gatal-gatal

B. ihtilam

D. kekeliruan

BAHAGIAN B
Jawab semua soalan yang terdapat di dalam kertas ini. Tuliskan jawapan anda pada
ruangan jawapan yang telah disediakan.

(1) Kejadian manusia ialah satu proses yang menakjubkan. Gambar rajah di bawah
menerangkan bagaimana persenyawaan berlaku di dalam uterus sehingga bayi
dilahirkan. Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
embrio

faraj

uterus

sperma

falopio

ovum

ovari

1. Setiap bulan, ................................................... akan


menghasilkan ............................................
2. Persenyawaan berlaku apabila ............................................. bersatu dengan ovum.
3. Selepas persenyawaan, zigot akan terbentuk dan bergerak dari
saluran ................................. ke .................................................
4. Zigot akan menjadi ................................................. dan melekat pada dinding uterus.
5. Embrio membesar menjadi fetus dalam uterus. Dalam tempoh lebih kurang 9 bulan,
fetus membesar menjadi bayi dan dilahirkan melalui ..................................
(2) Tulis (L) pada pernyataan lelaki dan (P) pada penyataan perempuan yang betul.
1. Pembesaran punggung ___________
2. Bahu dan dada beransur-ansur menjadi bidang
___________
3. Mula menunjukkan pertumbuhan payu dara ___________
4. Suara menjadi lunak.___________
5. Suara mula pecah dan beransur-ansur menjadi garau. ___________
6. Mula tumbuh misai.___________

(3) Lengkapkan jawapan yang betul.

Kuman

Haid

Jerawat

Ihtilam

Diari

Kotex

1. Buku catatan selain kalendar yang digunakan untuk menanda tarikh


kedatangan haid. ______________.
2. Darah yang keluar daripada faraj selama beberapa hari pada setiap bulan
dikenali sebagai _________________.
3. __________________ mula tumbuh pada muka semasa akil baligh.
4. Apabila telah akil baligh, seseorang remaja lelaki akan mengalami
_________________.
5. Alat yang digunakan oleh wanita untuk menampung darah haid.
__________________.
6. Kebersihan tuala wanita perlu dipastikan bagi mengelak
___________________.

jangkitan

Anda mungkin juga menyukai