Interaksi Simbolik

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 13

JCEA2116 TEORI- TEORI MANUSIA,

MASYARAKAT DAN ALAM MELAYU


TEORI INTERAKSI SIMBOLIK

PENSYARAH : Prof. Yaacob Bin Harun


MUHAMMAD IZZUL IZHAM BIN MOHAMMAD
NORDIN JEC130007

Interaksi simbolik.

Teori interaksi simbolik wujud dari hasil pemikiran ahli sosiologi George
Harbert Mead. Teori ini terbentuk apabila Mead tertarik dengan interaksi.
Interaksi simbolik merupakan salah satu pandangan teori yang muncul
setelah wujudnya teori aksi (action theory) yang dipelopori oleh Max Weber.
Teori interaksi simbolik berkembang buat awal kalinya di Universiti Chicago
dan lebih dikenali dengan mazhab Chicago. Tokoh utama dari teori ini berasal
dari pelbagai Universiti di luar Chicago. Diantaranya John Dewey dan C. H
Cooley, tokoh yang mula mengembangkan teori interaksi simbolik di
universiti Michigan kemudian pindah ke Chicago dan banyak mempengaruhi
W. I Thomas dan George Herbert Mead.
Seperti yang kita ketahui konsep ini muncul apabila Mead mengajar psikologi
sosial di Chicago sekitar tahun 1916-1928. Pada masa tersebut dunia sedang
dilanda perang besar antara Jerman bersama Austria menetang
Inggeris dan negara-negara sekutu, termasuk Amerika Syarikat.

Perancis,
Setelah

selesai Perang Dunia Pertama, Amerika Syrikat mengalami tekanan ekonomi


yang sangat tinggi. Pada saat itu di Amerika Syarikat wujud banyak
persoalan sosial. Dari masalah pengangguran,kadar jenayah yang tinggi,
pelacuran, pemecahan masyarakat, hingga banyak orang yang menghidapi
depresi dan wujud banyak persoalan sosial dalam masyarakat.Masalah ini
menjadi perhatian dalam kalangan ahli sosiologi.
Keadaan itu mendorong Mead untuk
manusia, terutama mengenai

memerhati kehidupan seharian

bagaimana individu melakukan interaksi.

Kemudian mengembangkan teori Psikologi sosial. Pada dasarnya beliau


percaya bahawa ilmu pengetahuan mampu memberikan penyelesaian
terhadap berbagai persoalan sosial. Selain itu, Mead juga memikirkan satu
teori yang mampu merungkai permasalahan ini. Mead juga aktif dalam
kegiatan

reformasi

sosial..

Kondisi

luaran

ini

yang

menjadi

bentuk

pemikirannya dalam penyelesaian isu sosial ini. Oleh sebab itu, kajian
berkaitan minda tidak mewujudkan

tanda tanya kerana

Mead melihat

minda secara pragmatik iaitu minda atau fikiran melibatkan proses berfikir

yang menjurus kepada penyelesaian masalah. Waktu tersebut Mead


beranggapan, dunia nyata sememangnya penuh dengan masalah (sesuai
dengan

keadaan

saat

itu),

dan

fungsi

pemikiran

untuk

mencuba

menyelesaikan masalah dan membolehkan manusia satu mekanisme yang


lebih efektif dalam kehidupan.
Dalam membahaskan konsep The Self, George Herbert Mead sentiasa
mengambil kira faktor struktural, iaitu masyarakat. Kerana pada dasarnya
menurut pengamatan Mead konsep diri (the self) yang dia sebut sebagai I
menentukan kehendak, keinginan, termasuk cita-cita dari mahkluk yang
namanya manusia. Namun dari pandangan lain diri manusia juga memiliki
konsepsi Me, yang sentiasa mengambil kira keadaan sekelilingnya. Me
sentiasa dipengaruhi oleh interaksi dalaman yang dikaitkan dengan keadaan
masyarakat. Itulah struktur sosial yang berpengaruh terhadap konsep diri
(the self).

ANDAIAN BERKENAAN DASAR TEORI

A. Pembahasan Teori Interaksi Simbolik


Menurut Mead, manusia akan memikirkan kemungkinan dalam tindakan dan
pemikirannya sebelum melakikan tindakan a dengan melalui pertimbangan.
Oleh hal demikian, dalam tindakan manusia terdapat suatu proses mental
yang terbentuk secara dalaman yang mendahului proses tindakan.
Berfikir menurut Mead adalah suatu proses individu berinteraksi dengan
dirinya sendiri dengan memilih dan menggunakan simbol-simbol yang
memberi makna. Melalui proses interaksi dengan dirinya sendiri

individu

akan memilih mana-mana rangsangan yang besar dan membentuk satu


hala-tuju atau anggapan. Dengan itu, individu tidak secara langsung memilih

rangsangan

tetapi terlebih dahulu memilih dan kemudian memutuskan

rangsangan yang akan membentuk anggapannya.


Simbol atau tanda yang diberikan oleh manusia dalam melakukan interaksi
mempunyai

makna-makna

tertentu

sehingga

dapat

membentuk

komunikasi. Menurut Mead, komunikasi yang baik apabila setiap pihak tidak
saja memberikan makna pada perlakuan mereka sendiri, tetapi memahami
atau berusaha memahami makna yang diberikan oleh pihak lain. Dalam
hubungan ini, Habermas mengemukakan dua

kecenderungan fungsional

dalam membicarakan bahasa dan komunikasi serta hubungan dengan


perkembangan manusia. Pertama, bahawa manusia dapat mengarahkan
perlakuan mereka yang akan mengakibatkan perkara positif . Kedua,
manusia terlibat dalam interaksi yang mempunyai makna yang kompleks
dengan orang yang lain, dapat memaksa diri mereka untuk cepat
berinteraksi dengan apa orang lain inginkan.
Pada

awal

perkembangannya,

pembelajaran tentang

perlakuan

interaksi

simbolik

manusia

yang

lebih

ada

menekankan

pada

hubungan

interpersonal, bukan pada keseluruhan kelompok atau masyarakat. Pada


dasarnya interaksi simbolik adalah perlakuan dan interaksi manusia itu dapat
dibezakan melalui simbol dan maknanya. Mencari makna di sebalik yang
terbentuk dari nafsu dalam interaksi simbolis. Secara umum, ada enam
pembahagian yang digunakan dalam konsep interaksi simbolik, iaitu;
1.

Perlakuan manusia mempunyai makna di sebalik perlakuannya;

2.

Manusia perlu mencari makna berasakan sumber pada interaksi sosial

manusia;
3.

Masyarakat merupakan proses yang berkembang secara holisitik, tidak

terpisah, tidak secara terus, tidak boleh diduga;

4.

Perlakuan manusia itu berlaku berdasarkan tafsiran fenomenlogik, iaitu

berlangsung atas maksud, pemaknaan, dan tujuan, bukan didasari atas


proses mekanikal dan automatik.
5.

Konsep mental manusia itu berkembang dialektik; dan

6.

Perlakuan manusia itu wajar dan membina secara reaktif.

B.

Kandungan dalam perbincangan Interaksi Simbolik

Mead turut menyatakan perbezaan antara teori yang diperkenalkan dengan


teori behaviorisme. Teori behaviorisme berpandangan bahawa perlakuan
individu adalah sesuatu yang boleh diamati, ertinya mempelajari tingkah
laku manusia secara objektif dari luar. Interaksi simbolik menurut Mead
mempelajari tindakan sosial dengan menggunakan teknik penilaian diri
untuk mengetahui sesuatu yang dapat diceritakan dari pandangan pelaku
itu sendiri. Maka

interaksi simbolik memperlihatkan manusia bertindak

bukan semata-mata kerana rangsangan dan respon, melainkan juga di


asaskan atas makna yang diberikan terhadap tindakan tersebut.
Menurut Mead, manusia mempunyai kemungkinan dalam tindakan dan
dalam pemikiran sebelum seseorang memulakan tindakan yang sebenarnya,
seseorang terlebih dahulu memikirkan berbagai alternatif tindakan itu
melalui pertimbangan pemikirannya. Kerana itu, dalam proses tindakan
manusia terdapat suatu proses mental yang tertutup
proses yang sebenarnya.

yang mendahului

Perspektif tentang masyarakat yang menekankan bertapa pentingnya


bahasa dalam keupayaan untuk memahami apa yang diungkapkan oleh
Mead. Selanjutnya Blumer memperkenalkan sebagai medium interaksi
simbolik sebagai berikut:
1.

Manusia melakukan tindakan sesuatu berdasarkan makna yang

dimiliki sesuatu tersebut untuk mereka;


2.

Makna dari sesuatu tersebut berasal dari atau muncul dari interaksi

sosial yang di alaminya seorang dengan sesamanya;


3.

Makna-makna yang dipelajari diubah melalui suatu proses

interpretative yang digunakan orang dalam berhubungan dengan sesuatu


yang ditemui.
C. Interaksi Simbolik dalam Realiti Sosial
Manusia mempunyai kemampuan untuk menciptakan dan memanipulasi
simbol-simbol. Kemampuannya itu diperlukan untuk komunikasi antara
peribadi dan fikiran subjektif. Menggunakan proses dan realitiviti bentukbentuk yang ada, maka Mead selanjutnya menggunakan tiga perspektif yang
berbeza; evolusionisme Darwin, idealism dialektis Jerman, dan pragmatism
Amerika, meskipun Mead menolak dikatakan hanya mensintesis ketiga
perpektif itu.
1)

Sikap-isyarat (Gerakan)

Gerakan adalah gerakan organisme pertama yang bertindak sebagai


rangsangan khusus yang menimbulkan tanggapan (secara sosial) yang tepat
dari organisme kedua. Isyarat suara sangat penting peranannya dalam
pengembangan isyarat yang signifikan. Namun, tidak semua isyarat suara
signifikan, kekhususan manusia dalam bidang isyarat (bahasa) ini pada
hakikatnya yang bertanggung jawab pada asal pertumbuhan masyarakat

dan pengetahuan manusia sekarang dengan seluruh kawalan terhadap alam


adalah melalui pengetahuan.
2)

Simbol-simbol Signifikan

Simbol Signifikan adalah sejenis gerak isyarat yang hanya dapat diciptakan
oleh manusia. Isyarat menjadi simbol signifikan bila muncul dari individu
yang membuat simbol-simbol itu sama dengan sejenis tanggapan (tetapi
tidak perlu sama) yang diperoleh dari orang yang menjadi sasaran isyarat.
Jadi di sini dapat disimpulkan simbol-simbol signifikan ada 2, iaitu: simbol
Bahasa dan Simbol Isyarat Fizikal: -Fungsi bahasa atau simbol yang signifikan
pada umumnya adalah menggerakkan tindakan yang sama kepada individu
yang berbicara dan juga kepada pihak yang lainnya. Pengaruh lain dari
bahasa merangsang orang yang berbicara

dan orang yang mendengar.

Simbol Isyarat Fizikal, menciptakan peluang di antara individu yang terlibat


dalam tindakan sosial tertentu untuk mengacu pada objek atau objek-objek
yang menjadi sasaran tindakan itu,

3)

Fikiran (mind)

Mead mendefinisikan fikiran sebagai proses percakapan seseorang dengan


sendirinya, tidak ditemukan dalam diri individu; fikiran adalah fenomena
sosial. Fikiran muncul dan berkembang dalam proses sosial dan merupakan
bagian integrasi dari proses sosial dan watak istimewa dari fikiran adalah
kemampuan individu untuk memunculkan dalam dirinya sendiri tidak hanya
satu respon saja, tetapi juga respon komunikasi secara keseluruhan, itulah
yang dinamakan fikiran.

4)

Diri (self)

Pada dasarnya diri adalah kemampuan untuk menerima diri sendiri sebagai
objek. Diri adalah kemampuan khusus untuk menjadi subjek mahupun objek,
untuk mempunyai diri, individu harus mencapai keadaan di luar dirinya
sendiri sehingga mampu mengasingkan diri sendiri, mampu menjadi objek
bagi dirinya sendiri. Dalam bertindak secara rasional ini mereka mencuba
memeriksa diri sendiri secara interpersonal, objektif dan tanpa emosi, Mead
mengenal pasti dua aspek atau fasa diri, yang ia namakan I dan Me.
Mead menyatakan, diri pada dasarnya diri adalah proses sosial yang
berlangsung dalam dua fasa yang dapat dibezakan, perlu diingat I dan
ME adalah proses yang terjadi di dalam proses diri yang lebih luas.
Bahagian terpenting dari pembahasan Mead adalah hubungan timbal balik
antara diri sebagai objek dan diri sebagai subjek. Diri sebagai objek ditujukan
oleh Mead melalui konsep Me, sementara ketika sebagai subjek yang
bertindak ditunjukkan dengan konsep I.
Analisis Mead mengenai I membuka peluang bagi kebebasan dan spontan.
Ketika I mempengaruhi Me, maka timbul modifikasi konsep diri secara
bertahap . ciri membezakan manusia dan haiwan adalah bahasa dan simbol
signifikan. Simbol signifikan haruslah merupakan suatu makna yang
dimengerti bersama. Ia terdiri dari dua fasa, Me dan I. dalam konteks ini
Me adalah sosok saya sendiri sebagai mana yang dilihat oleh orang lain,
sedangkan I adalah bahagian yang memperhatikan diri saya sendiri. Dua
hal yang itu menurut Mead menjadi sumber orientasi, kreativiti, dan spontan.
Percakapan dalaman memberikan saluran melalui sumber percakapan
luaran. Andai diri itu hanya mengandung Me, hanya akan menjadi agen
masyarakat. Fungsi kita hanyalah memenuhi perkiraan dan harapan orang
lain. Menurut Mead, diri juga terkandung I yang merujuk pada aspek diri
yang aktif dan mengikuti gerak hati. Mead menyebutkan, bahawa seseorang
itu dalam membentuk konsep dirinya dengan jalan mengambil perspektif
orang lain dan melihat dirinya sendiri sebagai objek. Untuk itu, ia melewati
tiga tahap iaitu:

1.

Fasa Bermain

Di mana si individu memainkan peranan sosial orang lain. Tahap ini


menyumbang

perkembangan

kemampuan

untuk

merangsang

perilaku

individu itu sendiri menurut perspektif orang lain dalam suatu peranan yang
berhubungan dengan itu.
2.

Fasa Pertandingan

Fasa

pertandingan

yang

terjadi

setelah

berkembang. Tahap pertandingan ini dapat

pengalaman

sosial

individu

dibezakan dari tahap bermain

dengan adanya suatu tingkat organisasi yang lebih tinggi. Konsep diri
individu terdiri dari kesedaran subjektif individu terhadap peranannya yang
khusus dalam kegiatan bersama itu, termasuk persepsi-persepsi tentang
harapan dan respons dari yang lain.
3.

Fasa Mengambil Peranan

Fasa mengambil peran (generalized other), iaitu ketika individu mengawal


perilakunya sendiri menurut peranan-peranan umum bersifat impersonal.
Menurut Mead, generalized other itu bisa mengatasi kelompok atau komuniti
tertentu secara transeden atau juga mengatasi batas-batas kemasyarakatan.
5)

Masyarakat

Pada peringkat paling umum, Mead menggunakan istilah masyarakat


(society) yang bererti proses sosial diri tanpa henti yang mendahului fikiran
dan diri. Masyarakat penting peranannya dalam membentuk fikiran dan diri,
di tingkat lain, menurut Mead, Masyarakat mencerminkan sekumpulan
tanggapan organisasi yang diambil oleh individu dalam bentuk aku
(me).Konsep Mead tentang masyarakat juga menekankan pada khusus
model praktis manusia,di mana tanganlah yang menghubungkan interaksi
manusia dengan dunia interaksi antara manusia dengan manusia lain,ia
menekankan adanya kaitan antara pengalaman seharian yang dihubungkan

oleh tangan. Pembicaraan dan tangan secara bersama-sama berperanan


dalam pengembangan manusia sosial. Maksudnya, beberapa jenis aktiviti
kerjasama telah menyebabkan adanya kendiri.
4.

Manusia dan Makna dalam Perspektif Interaksi Simbolis

Mead memandang realiti sosial dengan kaca mata psikologi sosial sebagai
sesuatu proses yang dinamik, bukan statik. Manusia mahupun aturan sosial
dalam proses akan jadi, bukan sebagai fakta yang sudah lengkap. Mead
meneliti

bagaimana

proses

individu

menjadi

anggota

organisasi

(masyarakat). Mead mengawalnya dengan diri (self) yang menjalani


interpretasi subjektif atas realiti struktur yang lebih luas. Diri ini
berkembang ketika orang belajar mengambil peranan orang lain atau
masuk dalam pertandingan bermain (play). Manusia di samping itu mampu
memahami orang lain yang memahami diri sendiri. Hal ini ditunjang oleh
penguasaan bahasa sebagai simbol dan isyarat terpenting, kerana bahasa
dan isyarat membolehkan

melakukan interaksi simbolik dengan dirinya

sendiri.

5.

Metodologi Yang Digunakan Dalam Interaksi Simbolik

Interaksi simbolik akan cuba menganalisis manusia dari aspek perilaku


tersembunyi, iaitu proses mental yang namanya berfikir. Kerana untuk
menganalisis realiti yang tersembunyi, dan kedalaman data, yang paling
sesuai dan tepat adalah metodologi kualitatif.
Sedangkan dari aspek ontologinya (the nature of reality) berdasarkan pada
paradigma construtivism ataupun relativism, realiti itu merupakan hasil
pembinaan mental dari individu-individu pelaku sosial, kerananya realiti itu

difahami secara beragam oleh setiap individu. Adapun Prinsip metodologi


interaksi simbolik ini sebagai berikut:
a.

Simbol dan interaksi itu adalah satu. Tidak cukup bila kita hanya

merakam fakta. Kita juga harus mencari yang lebih jauh dari itu, yakni
mencari konteks sehingga dapat ditangkap simbol dan makna sebenarnya.
b.

Kerana simbol dan makna itu tak lepas dari sikap peribadi, maka jati

diri subjek perlu ditangkap. Pemahaman mengenai konsep jati tiri subjek
yang demikian itu adalah penting.
c.

Peneliti harus mengaitkan antara simbol dan jati diri dalam lingkungan

yang membentuk hubungan sosialnya.


d.

Situasi harus dirakam bagi menggambarkan simbol dan maknanya,

bukan hanya merakam fakta sensual.


e.

Metod-metod yang digunakan seharusnya mampu refleksi bentuk

perilaku dan prosesnya.


f.

Metod yang dipakai sepatutnya mampu menangkap makna di sebalik

interaksi.
g. Kepekaan mengarahkan pemikiran,itu yang sesuai dengan interaksi
simbolik, dan ketika mula memasuki lapangan perlu dirumuskan menjadi
yang lebih operasional, menjadi konsep saintifik.
Kajian kes
Kajian kes yang ingin ditekankan dalam teori ini adalah putus cinta
membawa kepada bunuh diri. Seorang wanita bercinta dengan seorang
lelaki. Mereka amat mencintai antara satu sama lain. Cinta sememangnya
indah bagi manusia. Namun di sebalik cinta, lelaki tersebut berlaku curang
dan mempunyai kekasih lain. Disebabkan perasaan cinta yang mendalam

wanita tersebut terhadap lelaki tersebut dia ingin membunuh diri kerana
kehilangan lelaki yang dia cintai.
Dalam kes ini perkara yang dapat dilihat ialah perlakuan dan interaksi.
Tingkah laku manusia bukan ditentukan oleh sistem masyarakat (system of
the society), tetapi oleh interaksi sosial. Setiap perlakuan dan interaksi itu
menentukan interaksi sosial yang akan dijalinkan khususnya dari segi arah,
tujuan, perspektif, jangkaan dan had sempadan perlakuan. Perlakuan sosial
(yang melibatkan seorang pelaku) Interaksi

sosial (yang melibatkan

ramai/lebih daripada seorang pelaku). Diwujudkan oleh makna dan simbol


dalam proses interaksi antara manusia
Simbol: cinta
Perlakuan : bunuh diri
Kedua-dua perkara ini sebenarnya mempunyai tafsiran yang berbeza-beza.
Lelaki dan wanita mempunyai tafsiran yang berbeza kerana dipengaruhi oleh
psikologi. Berdasarkan kes ini tafsiran wanita tersebut terhadap simbol cinta
itu ialah dia merasakan cinta itu satu perkara yang penting. Cinta tidak boleh
dicurangi. Cinta adalah lambing kesetiaan. Cinta yang member kebahagiaan,
cinta adalah segala-galanya.
Namun bagi seorang lelaki pula tafsiran berdasarkan kes ini ialah cinta itu
subjektif. Sesiapa sahaja boleh dicintai. Cinta itu ibarat cinta monyet hanya
berlaku atas sebab suka-suka dan mungkin cinta yang disampaikan oleh
wanita tersebut tidak seperti cinta yang disampaikan oleh kekasih barunya.
Perkara ini memperlihatkan perbezaan tafsiran bagi seseorang lelaki atau
wanita. Tafsiran dipengaruhi oleh sekeliling.
Bagi perlakuan bunuh diri yang dilakukan oleh wanita tersebut mempunyai
tafsiran berbeza juga bagi wanita tersebut. Bagi dia bunuh diri tanda
kesetiaan dia kepada lelaki tersebut. Perlakuan bunuh diri juga mungkin

langkah terakhir kerana dia merasakan hidup tidak berguna lagi dan
mungkin juga tafsiran wanita tersebut apabila dia ingin membunuh diri
mungkin lelaki tersebut akan mencintai dirinya semula.
Berbeza pula bagi lelaki tafsiran yang boleh terjadi ialah wanita tersebut
sudah gila kerana ingin membunuh diri. Perlakuan itu tanda kesetiaan wanita
tersebut terhadap lelaki tersebut. Perlakuan tersebut juga membawa kepada
tafsiran yang wanita tersebut tiada pegangan agama. Contohnya, agama
Islam melarang perlakuan bunuh diri kerana nyawa itu milik Allah dan
perlakuan tersebut haram di sisi Islam.
Setiap tafsiran antara lelaki dan wanita ini akan membawa kepada perlakuan
seterusnya. Contohnya ialah kemungkinan perbuatan wanita tersebut akan
membuatkan lelaki tersebut menghargai cinta semula dan kembali kepada
wanita

tersebut.

Lelaki

tersebut

juga

berkemungkinan

untuk

terus

membiarkan wanita tersebut dan tidak menghiraukannya dan lelaki tersebut


akan

menyelamatkan

wanita

itu

dari

bunuh

diri

tetapi

tidak

akan

meneruskan cinta kerana wanita tersebut dianggap sudah gila atau tidak
siuman dan harus mendapatkan rawatan selanjutnya.
Demikian, teori interaksi sosial ini memperlihatkan setiap perkara yang
berlaku dalam sosial masyarakat mempunyai sebab dan musabab. Setiap
perkara mempunyai maksud yang boleh difahami dalam masyarakat atau
interaksi antara dua orang. Maka ia dilihat seperti satu rantai yang
bersambung antara satu sama lain dan tidak akan berhenti. Perkara ini akan
terus dan terus berlaku berubah mengikuti peredaran zaman. Teori ini amat
berguna bagi memahami sesebuah masyarakat atau individu dan seterusnya
mampu memberi penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berlaku
dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai