Nota Guru - Kaedah Penyelidikan Saintifik
Nota Guru - Kaedah Penyelidikan Saintifik
Nota Guru - Kaedah Penyelidikan Saintifik
Maksud penyelidikan :
Tuckman (1999): Penyelidikan adalah cara sistematik bagi mwndapatkan jawapan
untuk sesuatu soalan.
Kerlinger (1964) Penyelidikan saintifik adalah penyiasatan sistematik terkawal,
bercorak empirikal dan kritikal mengenai perhubungan di kalangan fenomena
Oleh itu boleh dirumuskan penyelidikan adalah satu usaha untuk menyelesaikan sesuatu
masalah khusus secara sistematik, terkawal, intensif dalam pengumpulan data secara
saintifik bagi menambahkan ilmu pengetahuan terkini dalam sesuatu bidang
Tujuan Penyelidikan
1
2. Sesuatu penyelidikan mestilah berorientasikan maslah. Penyelidikan hanya
dilakukan jika penyelidik merasakan wujud masalah dan menjadi keperluan
untuk dikaji maslah tersebut bagi menyelesaikannya.
3. Penyelidikan berbentuk empirikal iaitu kajian tersebut adalah merupakan
kombinasi antara pengalaman dan pengetahuan yang dilakukan mengikut
kaedah-kaedah tertentu (Simon 1969)
2
Contoh Jadual Ringkas Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan/ Proposal
4
Proses membina permasalahan kajian atau pernyataan masalah.
*Perlu diingat pelajar perlu terus membincangkan apa yang hendak dikaji secara umum
tanpa membincangkan senario yang besar secara panjang lebar tetapi senario yang
berkaitan apa yang hendak dikaji.
Dari segi permasalahan yang hendak dikaji, terdapat pelbagai bidang yang boleh
dibuat kajian. Dalam konteks sekolah menengah bidang-bidang yang boleh dibuat
kajian adalah seperti berikut; (LIHAT LAMPIRAN YANG DIBERI)
5
Objektif kajian.
Objektif kajian adalah ”Apakah yang hendak dicapai dalam sesuatu kajian”.
”Pada kebiasaannya, kita memulakan sub topik ini dengan
”Objektif kajian ini ialah”
1. Mengetahui jenis vitamin yang terdapat dalam 2 jenis makanan ringan misalnya
(kentang goreng dan keropok ikan)
2. Mengetahui adakah pertalian antara makanan ringan tertentu (kentang goreng
dan keropok ikan) dengan penyakit tertentu
3. Mengetahui kesan makanan ringan misalnya (kentang goreng dan keropok ikan)
Ke atas penyakit tertentu
1. Apakah jenis vitamin yang terdapat dalam makanan ringan (kentang goreng dan
keropok ikan) tersebut?
2. Adakah terdapat pertalian di antara makanan ringan (kentang goreng dan
keropok ikan) tersebut dengan penyakit?
3. Adakah terdapat kesan yang signifikan jenis makanan ringan dengan penyakit
tertentu?
6
*Pendefinisian istilah yang tepat akan memudahkan seseorang pengkaji itu
mengkaji dan mengukurnya
PENYELIDIKAN SAINTIFIK
1. Pengenalan
Penyelidikan saintifik adalah penyelidikan yang dijalankan secara tersusun, sistematik
dan mempunyai pembolehubah yang terkawal. Penyelidikan saintifik bersifat empirik
iaitu perlu ada eviden tentang pernyataan-pernyataan yang dibuat melalui analisis data
dan maklumat yang dikumpul untuk membuktikan suatu hipotesis atau teori.
Penyelidikan saintifik melibatkan :
a) pengukuran
b) kebolehpercayaan (reliability)
c) kesahihan (validity)
d) kawalan pembolehubah
e) kerawakan (randomization) sampel
f) generalisasi hasil kajian
a) Pengukuran
Proses memberi nilai kepada pembolehubah untuk membolehkan pengkaji
membuat analisis data dan seterusnya dapat membuat kesimpulan bagi
penyelidikan yang dilakukan.
b) Kebolehpercayaan
Ciri-ciri pengukuran yang dapat memberi nilai atau gambaran yang sama apabila
diuji pada sampel yang berlainan. Walaubagaimana pun, semua pengukuran
terdapat ralat (error). Semakin kecil ralat yang diperolehi, semakin tinggi
kebolehpercayaan alat ukur (instrumen) yang digunakan. Contoh instrumen
kajian ialah soal selidik.
c) Kesahihan
Kebolehan suatu instrumen untuk mengukur pembolehubah tertentu. Contoh,
pembaris meter hanya sesuai untuk mengukur panjang dan tidak sesuai untuk
mengukur suhu. Oleh itu pembaris mempunyai kesahihan yang tinggi apabila
7
digunakan untuk mengukur panjang dan mempunyai kesahihan yang sangat
rendah jika digunakan untuk mengukur suhu. Pengkaji perlu mengenalpasti
instrumen yang digunakan mempuyai kesahihan yang tinggi untuk mengukur
suatu pembolehubah supaya data yang diperoleh lebih tepat.
d) Kawalan pembolehubah
Konsep asas penyelidikan saintifik yang lebih bersifat kajian berbentuk
eksperimen. Pembolehubah boleh dibahagikan kepada pembolehubah
manipulasi (manipulated variable), pembolehubah bergerak balas (responding
variable) dan pembolehubah yang dimalarkan (fixed variable). Pengkaji yang
ingin membuat kajian tentang keberkesanan baja organik kepada penghasilan
buah naga di Air Paabas perlu mengenal pasti dahulu pembolehubah-
pembolehubah yang terlibat. Kemudian mengkategorikan pembolehubah-
pembolehubah tersebut mengikut kajian yang akan dijalankan.
Bagi semua penyelidikan saintifik berbentuk eksperimen, pengkaji perlu
membuat satu ekperimen kawalan untuk melihat kesan sebenar keatas
eksperimen tersebut. Bagi melihat keberkesanan baja organik ke atas
penghasilan buah naga, kita perlu ada sebatang pokok buah naga yang tidak
diberi baja organik. Satu pokok lain diberikan baja. Kemudian pengkaji akan
bandingkan penghasilan buah naga dari kedua-dua pokok tersebut.
e) Kerawakan sampel
Teknik pemilihan sampel secara rawak berasaskan semua sampel mempunyai
kemungkinan yang sama untuk dimasukkan dalam kumpulan eksperimen atau
kumpulan kawalan. Pemilihan sampel yang baik secara rawak dapat
menghasilkan suatu kajian yang representatif kepada satu populasi di mana
kajian dilakukan.
a) Teori
Penyelidikan saintifik memerlukan teori yang melibatkan konsep, definisi secara
operasi , eviden dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tentang
suatu fenomena. Teori yang baik hanya ada satu idea utama yang mudah untuk
difahami dan ia merupakan dsasar penyelidikan saintifik. Teori dalam
penyelidikan saintifik dapat mengurangkan kekeliruan semasa hendak membuat
kajian
b) Pernyataan masalah
Pernyataan yang bertujuan untuk mengwujudkan satu keadaan yang
menggerakkan seseorang untuk menyelesaikan dan membahaskannya. Oleh itu,
pernyataan masalah perlu dilakukan secara lebih kritis.
c) Hipotesis
Perumusan jawapan sementara tentang suatu permasalahan dan berusaha untuk
mencari untuk mencari jawapan yang sebenarnya melalui eksperimen.
Penyelidikan yang baik biasanya mempunyai beberapa hipotesis untuk
dibuktikan kebenarannya. Hipotesis yang baik mempunyai ciri seperti berikut :
i) dinyatakan mengikut perkara yang hendak diteroka oleh pengkaji.
ii) jelas, sederhana dan terbatas.
iii) dapat diuji, diukur dan dibuat perbandingan.
9
d) Bantuan dan peralatan
Penyelidik perlu mendapatkan pelbagai bantuan dari pakar luar dan peralatan
yang canggih untuk mendapat keputusan yang lebih tepat. Perkara ini mungkin
memerlukan sedikit perancangan yang lebih teratur untuk mendapatkan data.
10
Contoh Penyelidikan Saintifik
11
PENGENALAN
Tinjauan literatur ialah mengkaji hasil karya yang pernah dilakukan oleh orang
lain. Tinjauan ini dilakukan berpandukan kepada bahan-bahan bercetak seperti buku,
jurnal, tesis, dan surat khabar. Buku dan jurnal dirujuk boleh didapati di perpustakaan.
Selain daripada bahan bercetak, tinjauan juga boleh dilakukan melalui media elektronik
dalam laman-laman web dalam internet.
Tinjauan literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju
mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan
subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.
1. Pemecahan subtopik kepada kajian dalam negeri dan luar negeri, atau
2. Pemecahan subtopik berasaskan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat
dalam penyelidikan berkenaan.
3. Pemecahan subtopik mengikut objektif kajian
Jika penulisan berdasarkan pemecahan sub-topik kepada kajian dalam dan luar negeri,
maka, senarai susunan keutamaan adalah seperti berikut :
12
TUJUAN
Kerja-kerja yang berkaitan dengan pencarian kajian literatur boleh menjadi sesuatu
yang menggembirakan atau membosankan.
Terdapat banyak strategi yang telah digunakan oleh para pengkaji, tetapi tiada satu
pun yang terbaik untuk semua orang. Ini disebabkan oleh proses pencarian maklumat
banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada pada seseorang. Ini
bermakna, seseorang yang langsung tiada pengetahuan asas tentang sesuatu topik
tertentu akan mempunyai titik permulaan dan urutan yang berbeza dengan mereka yang
telah biasa dan mahir.
13
2. Sukar mendapatkan latar belakang dan overview yang lebih luas (broad
overview) tentang sesuatu masalah daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh
individu-individu tertentu.
Bagi sesetengah orang, sumber sekunder (secondary sources) seperti buku dan
ensaiklopedia, merupakan titik permulaan yang baik dalam proses pencarian maklumat
kerana ia dapat memberi gambaran yang lebih luas tentang sesuatu masalah atau topik
yang ingin dikaji. Seterusnya, sumber primer (primary sources) digunakan untuk
mengukuh dan memantapkan sesuatu idea atau dapatan yang diperolehi sebelumnya.
14
ENAM LANGKAH DALAM PENCARIAN LITERATUR (SIX STEPS IN THE
LITERATURE SEARCH)
Pernyataan masalah perlu ditulis dengan lengkap (complete) dan jitu (concise).
Daripada pernyataan masalah, kita boleh tentukan persoalan dan objektif kajian.
Sebagai contoh, katakan seorang pengkaji ingin menyiasat perbezaan pengetahuan
matematik dan amalan pengajaran di antara guru berpengalaman dan guru baru. Antara
persoalan yang boleh ditimbulkan ialah:
Sejauh manakah tahap pengetahuan matematik yang dimiliki oleh guru berpengalaman
dan guru baru?
15
Adakah tahap pengetahuan matematik mempengaruhi amalan pengajaran ?
Apakah sumber pengetahuan matematik bagi seseorang guru ?
Langkah ini akan membantu kita mendapatkan overview bagi sesuatu topik.
Walau bagaimanapun ianya boleh diabaikan jika pengkaji telah memiliki pengetahuan
yang mendalam tentang perkara tersebut. Sumber sekunder seperti buku dan
ensaiklopedia akan membantu apabila seseorang pengkaji memiliki pengetahuan yang
amat terhad tentang topik yang ingin dikaji. Ianya akan memberi maklumat latar
belakang dan gambaran yang lebih luas hasil penelitian terhadap ringkasan beberapa
kajian terdahulu.
Research Review – Research review adalah sumber maklumat yang terbaik kerana;
Antara contoh research review ialah: Review Of Educational Research, Annual Review
Of Psychology, Psychological Review, dll.
16
(iii) Tentukan descriptors (Determine descriptors)
Abstrak – Abstrak ialah ringkasan yang padat (concise summary) bagi sesuatu hasil
kajian. Ianya merupakan sumber maklumat yang amat bernilai, khususnya kepada para
pengkaji. Antara sumber abstrak yang terbesar ialah; “Dissertation Abstracts
International” (http://wwwlib.umi.com/cresearch/main), yang mana mengandungi
abstrak bagi disertasi daripada kebanyakan kolej dan universiti di Amerika Syarikat;
“Psychological Abstracts”, “Resources in Education”, dan “Current Index to Journals
in Education”.
Indeks – Beberapa indeks menyediakan rujukan kepada majalah dan artikel jurnal yang
berkaitan dengan sesuatu topik khusus. Kebanyakan bahan abstrak dan indeks
mengandungi makalah jurnal dan kertas kerja persidangan. Terdapat juga judul-judul
yang meliputi buku-buku, penerbitan rasmi, dan filem. Antara contoh indek yang
digunakan secara meluas dalam penyelidikan pendidikan ialah seperti; ERIC1
(http://www.askeric.org), “Education Index”, “Social Science Index”, “Physical
Education Index”, “PsycINFO2”, dan “Current Content3”.
17
1
ERIC (Educational Resources Information Center) is the world's largest
source of educational information, with more than 1 million abstracts of
documents and journal articles on education research and practice. ERIC,
established in 1966, is supported by the U.S. Department of Education, Office
of Educational Research and Improvement, and the National Library of
Education. It also corresponds to the printed indexes Resources in Education
(RIE) and Current Index to Journals in Education (CIJE)
[http://www.askeric.org ]
2
PsycINFO – A computer search in the field of behavior science. PsycINFO
selects key words and lists appropriate titles, identifying authors and journals.
3
Current contents – This small weekly magazine, published by the Institute
for Science Information, contains the table of contents of journals published
recently within a general content area and divides journals by subarea.
Perlu diingat bahawa seseorang pengkaji tidak wajar mengambil atau mencatat
bulat-bulat mana-mana rujukan yang terdapat dalam sesuatu buku atau artikel, tanpa
membacanya sendiri. Ini akan dapat meyakinkan kita bahawa sumber-sumber berkenaan
benar-benar wujud dan kandungannya relevan dengan topik kajian. Ingatlah bahawa :
18
Antara contoh koleksi bibliografi ialah; “Annotated Bibliography on Movement
Education”, “Completed Research in Health”, “Physical Education”, dll
(v) Membaca dan merekod literatur (Read and record the liteature)
Setelah literatur yang berkaitan dibaca dan difahami, maka ianya perlu direkod.
Perekodan melibatkan proses menulis maklumat utama (spt: penulis, judul artikel/buku,
nama buku/jurnal, dan maklumat penerbitan) dan membuat ulasan serta abstrak bagi
setiap literatur yang terpilih. Ulasan dan abstrak yang baik umumnya mengandungi
sekurang-kurangnya lima bahagian utama:
1. Tajuk kajian
2. Tujuan dan hipotesis kajian
3. Metodologi
o Reka bentuk kajian
o Persampelan
o Instrumen
o Analisis statistik
4. Dapatan kajian
5. Perbincangan dan kesimpulan
Selain daripada mengguna kad-kad yang bersaiz 5” x 3”, maklumat utama, ulasan dan
abstrak boleh dikumpul dengan menggunakan perisian berkomputer. Contohnya: Biblio
Reference Manager
(http://www.biblioscape.com/downloadreq.htm).
Kaedah ini akan menjadikan segala kerja kita lebih mudah, sistematik dan terkini.
Setelah semua bahan literatur dikumpul, dibaca dan difahami sepenuhnya, proses
menulis boleh bermula. Kajian literatur biasanya mengandungi tiga bahagian utama:
• Pengenalan (Introduction)
• Isi (Body)
• Ringkasan dan kesimpulan (summary and conclusions)
20
KEMAHIRAN AKADEMIK
KAEDAH PENYELIDIKAN SAINTIFIK
REKA CIPTA
BIL KRITERIA
1.1 Menyatakan masalah yang hendak
diselesaikan dengan jelas
1.2 Mengumpul data/maklumat yang Sumber data / maklumat
berkaitan dengan masalah dinyatakan
Borang soal selidik berkaitan
1.3 Menghuraikan data / maklumat dengan
tepat
1.4 Merumus masalah dengan jelas Dapat menghubungkait antara
data / maklumat dan masalah
Pernyataan Masalah
1. Terangkan situasi dan keperluan orang yang terlibat untuk menunjukan masalah
yang timbul.
2. Perlu menggunakan kata kunci untuk menerangkan situasi yang menjurus
kepada penyelesaian masalah:
Contoh kata kunci:
Susah/lambat/bahaya/sakit/penat/membazir tenaga/tidak tepat/tidak tahanlasak
3. Setiap pernyataan masalah mesti ada:
i.) Situasi masalah
ii.) Kata kunci
Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data:
disarankan mengumpul data melalui soal selidik sekurang-kurangnya 5 soalan
yang berkaitan dengan masalah yang dikenalpasti (soalan mesti dilampirkan)
perlu menyatakan tarikh,masa,lokasi
bilangan responden sekurang-kurangnya 30 orang
sediakna jadual hasil soal selidik bagi setiap soalan
Huraian Data
Pelajar perlu menghuraikan data yng diperolehi bagi setiap soalan samada dalm bentuk
peratusan
carta
graf
Rumusan Data
Rumusan mesti dapat menyokong masalah yang dikenalpasti dinyatakan dalam
bentuk peratusan atau bilangan :
contohnya : seramai 80% responden mengatakan tangan mereka tercedera
sewaktu mengupas durian
Peringatan : pelajar jangan sekali-kali menyatakan alat yang hendak dihasilkan
dalam bahagian ini
21
2. MEMBUAT PENYELIDIKAN DAN PENYIASATAN BERHUBUNG
DENGAN REKA CIPTA
BIL KRITERIA
2.1 Mengumpulkan data atau maklumat reka Nyatakan sumber data:
ciptaan yang sedia ada (inovasi) Maklumat / bahan bacaan /
ATAU media cetak / media
Mengumpul data/maklumat mengenai reka elektronik / pengalaman
ciptaan yang baru (penemuan baru) sendiri / pengalaman orang
lain / soal selidik / temubual
Penemuan Baru
1. Mengumpul teori-teori mengenai penemuan baru
2. Menganalisis teori-teori mengenai penemuan baru dengan menaplikasi teori /
prinsip hukum alam,
contoh :
Geseran/tekanan/gravity/apungan/sejatan/Tegangan/putaran/memontum dan
lain-lain.
3. Menyenarai maklumat yang diperolehi dari teori-teori yang dianalisis
4. Membuat rumusan mengenai teori-teori yang berkaitan dengan masalah yang
dikenalpasti.
22
3. MENJANA DAN MEMBENTUK BERBAGAI-BAGAI IDEA KE ARAH
PENYELESAIAN MASALAH
BIL KRITERIA
3.1 Mengenal pasti dua kaedah atau prinsip yang
berbeza dan menghasilkan idea dalam bentuk
lakaran berlabel
3.2 Menjana idea melalui lakaran perkembangan Sekurang-kurangnya dua
idea dijana
3.3 Mensintesis idea dengan menunjukkan hasil
gabungan dalm bentuk lakaran berlabel
3.4 Membuat perbandingan dari segi kefungsian Sekurang-kurangnya dua
idea yang digunakan berbeza dengan alat idea darisegi kekuatan dan
sedia ada. kelemahan fungsi.
Pelajar dikehendaki :-
• Menyenaraikan sekurang-krangnya 2 idea yang berlainan cara penyelesaian.
• Menjana setiap idea dengan lakaran belabel.
• Menerangkan fungsi idea secara ringkas dan jelas.
Langkah-langkah Penghasilan
• Menyatakan prinsip/idea/konsep/hukum am/hukum alam/sifat tabii dll.
• Bagaimana prinsip/idea/konsep/hukum am/hukum alam/sifat tabii dll berfungsi
dalm menyelesaikan masalah.
BIL KRITERIA
4.1 Menghasilkan lakaran Menghasilkan ilustrasi melalui
perkembangan reka bentuk yang pandangan perspektif
berlabel
4.2 Mempamerkan gambaran awal reka
ciptaan yang berlabel
4.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk Lakaran berlabel dan
sebenar secara terperinci berdimensi
4.4 Mengaplikasi rupa bentuk sebenar Menghasilkan ilustrasi
secara lukisan “rendering” berwarna
23
Lakaran Perkembangan Reka Bentuk
Pelajar perlu melakar perkembangan rekabentuk dan aspek seperti rekabentuk,
saiz, susun atur serta menerangkan pada bahagian yang difikirkan perlu.
Pelajar perlu juga menghasilkan lakaran dengan beberapa peringkat
perkembangan sehingga terhasilnya gambaran awal rekaciptaan.
SEKURANG-KURANGNYA 2 LAKARAN BERLABEL
BIL KRITERIA
5.1 Menyediakan rekod kerja (diari) dan carta alir Carta alir menggunakan
kerja individu simbol yang betul
Memilih Sistem dan Fungsi yang Berpotensi dan Bersesuaian dengan Reka Bentuk
Reka Ciptaan
Contoh : sistem hidrolik, electromagnet, tuas dll
BIL KRITERIA
6.1 Menghuraikan langkah-langkah
pembinaan reka ciptaan dengan
lakaran berlabel
6.2 Menyenaraikan peralatan kerja
pembinaan
6.3 Menyatakan spesifikasi reka ciptaan -Fungsi
-Saiz
-Had kemampuan
-Dan lain-lain
(mana-mana dua)
25