Asas Kawalan Motor

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 7

ASAS KAWALAN MOTOR

Definisi

Kawalan motor adalah disiplin ilmu sains lakuan motor yang mengkaji postur dan
pergerakan manusia serta mekanisma yang mengawalnya. Kawalan pergerakan
dicapai melalui interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh system
biologi. Sistem biologi manusia pula adalah suatu sistem yang bebas dan berfungsi
mengikut keperluannya seperti sistem saraf, sistem otot, sistem rangka dan sistem
peredaran darah. Bagi melakukan pergerakan sistem biologi sebenarnya dipengaruhi
oleh daya-daya luar seperti daya gravity, inersia dan geseran. Daya ekstrinsik ini adalah
bersifat dinamik. Kecekapan pergerakan bergantung kepada kecekapan system biologi

Jenis lakuan motor.

Jenis-jenis lakuan motor adalah lakuan motor tanpa kemahiran (involuntary movement)
dan lakuan motor berkemahiran (voluntary movement)

Lakuan motor tanpa kemahiran

Lakuan motor tanpa kemahiran adalah semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar
kawal. Pelaku tidak boleh memilih atau memodifikasikan lakuan yang terhasil kerana
berlaku secaa spontan dan dalam waktu yang singkat. Sebagai contohnya pantulan
lutut, tarikan kaki atau tangan apabila terkena benda panas. Pergerakan involuntary
hanya terhasil apabila situasi memerlukan pergerakan tersebut.
Mekanisma umum pergerakan involuntary adalah seperti berikut:

Rangsangan diterima oleh neuron sensori ditukarkan kepada impuls sensori


Sis. Reseptor menerima rangsangan diperingkat periferi

Impuls bersinaps dengan neuron motor disaraf tunjang Impuls sensori seterusnya dihantar ke saraf tunjang

Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinaps Seterusnya impuls dihantar ke sis. efektor

Maklumat impuls yang diterima oleh sistem efektor akan menghasilkan pergerakan involu
Lakuan motor berkemahiran

Lakuan motor berkemahiran merujuk kepada semua pergerakan yang dihasilkan secara
sedar atau didalam kawalan. Pelaku memilih dan menetukan untuk melakukan sesuatu
kemahiran. Lakuan voluntary adalah hasil daripada perlakuan yang terbina hasil
daripada perlakuan yang terbina melalui bakat, pengalaman dan latihan. Setiap
kemahiran yang dipamerkan akan membawa kepada perubahan perlakuan.

Mutu lakuan yang dihasilkan dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran.
Interaksi ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti tahap kemahiran dan
pengalaman. Contohnya kemahiran melontar kedalam dalam bola sepak, dimana
pemain yang melontar yang mempunyai kemahiran melontar yang baik akan dapat
melontar dengan tepat dan lancar kepada rakan atau tempat yang ingin diumpan
kepada rakan. Pemain yang berkemahiran juga jarang melakukan kesalahan teknikal.

Mekanisma umum pergerakan voluntary adalah seperti berikut:

Rangsangan fizikal diperingkat periferi diterima Neuron sensori terima rangsangan fizikal, menukarkan
efektor kepada impuls sensori

Imp.sensori bersinaps dengan neuron sensori motor Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus
yang terdapat di korteks motor

Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila Seterusnya impuls dihantar ke saraf tunjang dank e
bersinaps. Beberapa integrasi sensiori motor akan berlaku di
sis.efektor
korteks serebral

Apabila sis.efektor menerima maklumat motor ini


pergerakan voluntary terhasil
Jenis pergerakan berkemahiran

Individu bergerak balas terhadap persekitarannya. Individu bergerak dari suatu tempat
ketempat yang lain untuk memperoleh maklumat. Dalam permainan badminton
misalnya individu bergerak kearah bulu tangkis dan cuba mematikannya pada pihak
lawan untuk mendapat mata permainan. Semua pergerakan digelanggang dikawal oleh
pemain itu sendiri.

Pergerakan berkemahiran terbahagi kepada dua bahagian iaitu kemahiran generik dan
kemahiran berobjektif.

Kemahiran generik

Kemahiran generik adalah kemahiran yang diwarisi. Perkembangan ciri-ciri ini


bergantung kepada fungsi neurologi dan berlaku sejak lahir kedunia. Variasi makanan,
latihan dan keadaan alam sekeliling tidak begitu mempengaruhi kematangan.
Kematangan individu adalah secara semula jadi. Kemahiran motor berkembang
bersama dengan kematangan seseorang. Tindakbalas akan terbentuk apabila
pertumbuhan otot matang sepenuhnya. Sebagai contoh, secara fisiologi kemahiran
motor seseorang itu mudah dilatih pada peringkat kanak-kanak.perubahan kematangan
berlaku dengan cepat pada awal hayat dan berkurangan pada umur dua puluhan.
Proses ini berterusan mengikut tahap kematangan.

Kemahiran berobjektif

Kemahiran berobjektif ialah kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus.
Perolehan sesuatu kemahiran ini bergantung kepada perlakuan yang ingin dihasilkan.
Dalam proses kemahiran ini beberapa unsur penting harus diambil kira dalam
mengukuhkan penguasaan kemahiran tersebut. Antaranya unsur kecekapan,
ketepatan, ketekalan dan cepat bertindak balas apabila menerima rangsangan. Dalam
acara larian contohnya seseorang individu harus mempelajari teknik larian yang betul
jika ingin mendapatkan kelajuan optimum. Disamping itu juga faktor masa reaksi,
kecerunan badan dan gaya hayunan tangan membantu meningkatkan kelajuan
seseorang pelari pecut. Kemahiran berobjektif dapat dipertingkatkan menerusi latihan
yang kerap dan praktis serta bersistematik. Kemahiran generik berobjektif terdiri
daripada pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.pergerakan lokomotor adalah
jenis pergerakan yang membolehkan sesaran jasad secara mendatar seperti berjalan
berenang, berlari dan berbasikal. Pergerakan bukan lokomotor adalah sejenis
pergerakan yang tidak menghasilkan sesaran jasad secara mendatar seperti
menyambut bola, membaling bola dan berdiri tegak.

Pengelasan kemahiran motor.

Kemahiran ini merujuk kepada pengetahuan mengenai sebarang pengetahuan motor


serta berkebolehan menggunakannya dengan cekap dan berkesan. Apabila seseorang
melakukan sesuatu aktiviti, dia mampu menunjukkan pergerakan yang menarik, kemas
dan berani.Kemahiran ini adalah hasil daripada perlakuan yang diperoleh daripada
bakat, pengalaman dan latihan. Selain itu, kemahiran juga dipengaruhi oleh faktor-
faktor lain seperti mental, kematangan, baka dan motivasi. Setiap kemahiran yang
dipamerkan akan membawa kepada perubahan perlakuan. Penentu kajayaan atau
kegagalan sesuatu aplikasi kemahiran itu datangnya daripada individu itu sendiri.
Terdapat 3 kriteria yang digunakan untuk membezakan kemahiran motor asas iaitu
ketepatan lakuan, stabiliti persekitaran dan ciri pergerakan

Ketepatan lakuan

Ketepatan lakuan adalah berdasarkan kepada jenis atau saiz otot utama yang terlibat
dalam menghasilkan kemahiran. Ketepatan lakuan terbahagi kepada 2 iaitu kemahiran
motor halus dan kemahiran motor kasar. Kemahiran otot kasar melibatkan penggunaan
otot-otot besar dan sebahagian besar anggota badan. Semua acara sukan terdiri
daripada kategori ini. Kemahiran motor halus melibatkan koordinasi saraf otot bagi
kerja-kerja yang memerlukan ketepatan. Kemahiran ini amat memerlukan ketelitian dan
berbeza daripada tugas lain. Perbezaan ini kerana darjah koordinasikan mata-tangan
yang tinggi dan ketepatan pergerakan tangan-jari.
Ciri pergerakan

Ciri pegerakan sesuatu kemahiran berpandu kepada cara sesuatu kemahiran itu
dimulakan atau diakhiri.kemahiran ini juga dapat dibezakan berdasarkan titik mula dan
titik akhir perlakuan sesuatu kemahiran. Titik mula atau titik akhir kemahiran dikawal
oleh pelaku atau di luar kawalan pelaku. Pengelasan kemahiran motor berdasarkan
kriteria ciri pergerakan adalah kemahiran diskrit, kemahiran berterusan dan kemahiran
bersiri.

Kemahiran diskrit

Kemahiran diskrit adalah kemahiran yang mempunyai titik permulaan dan pengakhiran
yang spesifik. Kemahiran ini melibatkan pergerakan pantas dalam masa terhad.
Contohnya smesy dalam badminton dimana masa yang terhad ini tidak memberi
peluang untuk mengubah tindakbalas semasa kita melakukan tindak balas tersebut.
Contoh lainnya ialah menendang bola atau menembak. Terdapat juga pergerakan lain
yang memerlukan 2 atau lebih pergerakan dalam masa singkat tetapi mempunyai
permulaan dan pengakhiran yang spesifik iaitu merejam bola takraw dan melontar
peluru.

Kemahiran berterusan

Kemahiran berterusan adalah kemahiran yang melibatkan perlakuan yang sama


diulang berkali-kali dengan titik mula dan titik akhir yang arbitrari. Titik permulaan dan
akhiran pergerakan ditentukan oleh pelaku dan bukan disebabkan oleh tugasan
tersebut contohnya berenang dan berlari.

Kemahiran bersiri

Kemahiran diskrit boleh bercantum secara bersiri. Apabila kombinasi kemahiran ini
berlaku, maka ia dikenali sebagai kemahiran bersiri. Dalam kemahiran bersiri setiap
fasa merupakan respon kepada pergerakan sebelumnyadan rangsangan kepada
pergerakan seterusnya. Sebagai contoh, kemahiran melompat tinggi dan merejam
lembing. Dalam kemahiran tersebut pergerakan mesti dilaksanakan mengikut urutan
kemahiran tersebut.
Stabiliti persekitaran

Kemahiran luar kawal (open motor skill)

Kemahiran luar kawal adalah kemahiran yang dihasilkan dalam persekitaran yang
berubah-ubah. Dalam hal ini, objek atau pelaku dalam keadaan bergerak semasa
perlakuan kemahiran itu dilaksanakan. Sementara kemahiran luar kawal pula faktor
persekitaran mempengaruhi tindakan atau perlakuan individu. Contohnya dalam
permainan bola sepak, pemain yang menerima hantaran daripada rakan sepasukan,
pemain boleh menentukan samada hendak membuat hantaran, merembat atau
membawa bola adalah tindakan yang tepat. Walaupun boleh melakukan tindakan
dengan baik tetapi pemain tidak boleh meramal adakah hantarannya akan disambut
oleh rakan atau pihak lawan, rembatannya akan ditepis oleh pihak lawan atau
menggelecek yang akan direbut pihak lawan. Ini bermakna pemain mempunyai pilihan
untuk memilih tindakan yang akan dilakukan terhadap rangsangan tetapi tidak akan
dapat meramal apa yang akan berlaku pada setiap tindakan yang diambil

Kemahiran terkawal (closed motor skill)

Keamahiran terkawal ialah kemahiran yang dihasilkan dalam persekitaran yang stabil
dan tindakan ditentukan oleh pelaku seperti bermain bowling dan melempar cakera.
Individu mengawal corak perlakuan yang bakal dihasilkan. Oleh itu seorang atlet harus
mempelajari sesuatu kemahiran dengan teknik yang betul agar mampu menguasai
kemahiran tersebut. Dalam acara lempar cakera misalnya pemain harus mengetahui
teknik yang betul, pemindahan tenaga dan sudut lemparan yang betul agar
lemparannya boleh mencapai sasarannya.

Anda mungkin juga menyukai