Menyediakan Cadangan Penyelidikan

Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 24

Menyediakan Cadangan Penyelidikan

Oleh Prof. Dr. Othman bin Lebar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Apa dia Cadangan Penyelidikan? Proses mencerna idea kajian yang umum dan luas tetapi menarik kepada set-set tindakan yang mampu diuruskan bagi menghasilkan dapatan kajian yang sah dan boleh dipercayai.

Langkah-langkah menyediakan cadangan kajian


Menentukan soalan-soalan khusus yang ingin dijawab oleh kajian Memikirkan kemungkinan-kemungkinan langkah-langkah tindakan untuk menjawab soalan Menentukan langkah-langkah tindakan yang sesuai diambil berdasarkan masa, sumber serta tenaga manusia yang ada Membentangkan cadangan kajian dalam cara yang menyakinkan untuk mendapatkan sokongan, kewangan

Pertimbangan Dalam proses menyediakan cadangan kajian yang muktamad, perlu dipertimbangkan di antara apa yang kita suka lakukan dengan apa yang kita boleh lakukan dengan munasabah.

Cadangan Penyelidikan
TAJUK - Perlu jelas/tidak kabur - Perkataan dapat menggambarkan fokus cadangan - Gunakan hanya satu ayat - Dapat menggambarkan kepada pembaca idea-idea utama cadangan

Komponen Cadangan Penyelidikan


Bab 1 : Pengenalan Kajian - Pengenalan - Latarbelakang - Pendekatan Teori - Pernyataan masalah - Tujuan kajian Umum & Khusus - Kesignifikanan Kajian - Definisi Pembolehubah Kajian - Definisi konsep pembolehubah - Definisi operasional pembolehubah - Hipotesis Kajian Umum & Khusus - Rumusan

Komponen Cadangan Kajian


Bab 2: Tinjauan Literatur - Pengenalan - Fokus kepada Pembolehubah A - Fokus kepada Pembolehubah B - Fokus kepada hubungan Pembolehubah A & B - Rumusan

Komponen Cadangan Kajian


Bab Metodologi Kajian Rekabentuk Persampelan Pengumpulan Data Analisis dan Interpretasi Data Bentuk Laporan

Komponen Cadangan Kajian

Anggaran Perbelanjaan Jadual kajian Bibliografi Lampiran

Latarbelakang
Secara umumnya, latarbelakang perlu menjelaskan beberapa objektif. Antaranya: i. dapat menimbulkan minat pembaca kepada topik ii. menjelaskan masalah yang membawa kepada kajian iii. meletakkan kajian dalam konteks literatur yang lebih luas iv. dapat menjangkau golongan audien yang tertentu Memperkenalkan topik dan permasalahan kajian. Menjelaskan secara ringkas metodologi yang akan digunakan untuk mengkaji permasalahan kajian.

Pernyataan masalah

menyatakan apakah masalahnya dan serta mengapa masalah tersebut perlu dikaji. Boleh lah disokong dengan pandangan serta dapatan kajian yang berkaitan

Objektif kajian

Nyatakan objektif umum dan objektif spesifik

Kepentingan kajian
Nyatakan kumpulan sasaran yang akan mendapat faedah daripada kajian ini seperti guru, sekolah, ibubapa, kementerian pendidikan

Batasan kajian
Batasan darisegi: - Konteks - Subjek - Konstruk

Tinjauan Literatur
literatur yang ditinjau dan dibincangkan itu perlu disusun mengikut urutan yang lebih sesuai dan mudah difaham. Jelaskan secara ringkas kandungan tinjauan literatur (dalam satu perenggan) Perbincangan teori berkaitan boleh dibincangkan mengikut sub-topik atau tematema tertentu yang berkaitan dengan masalah yang dikaji perlu dikaitkan dengan kajian yang telah dijalankan Rumusan perkara-perkara yang telah dibincangkan

Metodologi
Dijelaskan mengikut urutan sub-topik yang biasa digunakan dalam cadangan penyelidikan Rekabentuk kajian Jelaskan paradigma dan ciri-ciri kajian tindakan Jelaskan konsep kajian tindakan serta tokohtokoh yang membincangkan tentang konsep dan definisi kajian tindakan Jelaskan peranan penyelidik Jelaskan bagaimana akses kepada tempat kajian dan subjek kajian akan dibuat

Persampelan
Nyatakan teknik persampelan yang akan digunakan terutama dalam konteks kajian berbentuk kajian tindakan Pemilihan subjek kajian justifikasi pemilihan

Prosedur Pengumpulan data


Jelaskan metod, teknik dan alat pengumpulan data serta justifikasi pemilihan metod yang sesuai Untuk kajian tindakan, teknik yang biasa digunakan adalah pemerhatian (participation observation atau unobstrusive observation), temubual (berstruktur atau tidak berstruktur), analisis dokumen berkaitan, soalselidik, ujian Jelaskan instrumen untuk mengumpul data

Analisis data dan interpretasi data


Jelaskan langkah-langkah dan teknik analisis data yang sesuai digunakan untuk data berbentuk kualitatif dan kuantitatif

Teknik melapor kajian

Bentuk laporan yang akan digunakan: Formal? Naratif?

Jadual kajian
Tindakan-tindakan yang akan diambil dalam menyediakan kertas cadangan serta perlaksanaan kajian mengikut tempoh masa yang sesuai serta mengikut urutan langkah-langkah dalam kajian Perlu dipertimbangkan masa, sumber serta kemudahan akses kepada maklumat dan subjek kajian

Anggaran Perbelanjaan
Menyediakan kos yang diperlukan untuk melaksanakan kajian Kos yang disediakan perlu bersesuaian dengan masa, aktiviti-aktiviti serta tindakan yang akan dijalankan

RUMUSAN
Kualiti keseluruhan cadangan yang baik: - soalan kajian yang baik - rekabentuk kajian yang sesuai - metod yang terperinci, sesuai dan praktikal - pasukan penyelidik yang berkelayakan

RUMUSAN
Cadangan yang berkualiti: - tajuk yang bermaklumat - soalan kajian yang jelas - latarbelakang dan rasional yang meyakinkan - kajian lepas yang relevan - populasi dan sampel yang sesuai - pengukuran, instrumen dan metod intervensi yang sesuai - saiz sampel yang mencukupi - kerangka analisis yang baik - isu etika dikemukakan dengan baik - bajet yang sesuai - penjadualan yang realistik

Anda mungkin juga menyukai