Tingkah Laku Positif Negatif
Tingkah Laku Positif Negatif
Tingkah Laku Positif Negatif
TINGKAH LAKU NEGATIF Disleksia Lembam (slow learner) Disruptif Hiperaktif Agresif secara lisan dan fizikal Bergerak sesuka hati Kelakuan nakal Distruktif - Vandalisme - Geng
Definisi: Merupakan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan bahasa iaitu membaca dan ia merangkumi mengeja, ,menulis dan menyebut. Kanakkanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca dengan perlahan, kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur adukkan perkataan yang berbunyi sama. Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku.
Aspek fizikal
Tiada perbezaan yang nyata berbanding kanak-kanak biasa. Pakaian tidak kemas
Bukti: Berdasarkan latar belakang murid, Azam seorang yang tidak mempedulikan tentang kekemasan diri dan pakaian. Contohnya, Azam datang ke sekolah dengan seluar yang singkat dan bertetas jahitan di bahagian kaki dan memakai baju yang telah dipakai hari sebelumnya serta mempunyai tanda kotoran makanan. Rambutnya juga agak panjang dan tidak dirapikan. Ada kalanya, dia memakai pakaian yang tidak digosok, berselipar ke sekolah dan kadang-kadang memakai kasut tanpa stoking.
Aspek Kecerdasan
Kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran membaca, mengeja dan menulis.
Bukti 1: Azam tidak boleh membaca dan mempunyai masalah dalam mengeja dan menulis. Contohnya pada laporan 2 iaitu pada hari Khamis Azam ke kelas pemulihan sewaktu rakan-rakan sedang mempelajari subjek Matematik. Bukti 2: Berpandukan laporan 6 iaitu pada hari Isnin sewaktu subjek Bahasa Inggeris, guru memberi latihan dalam bentuk edaran dan meminta murid menjawab serta mengisi tempat kosong. Namun begitu, Azam yang tidak pandai membaca telah meniru daripada rakannya Fairus.
Aspek Sosial
- Perangai atau perlakuan seharian yang tidak konsisten - Bercakap dengan kuat atau menjerit.
Bukti 1: Kelakuan Azam tidak dapat diramal. Contohnya, dalam laporan 2 bersamaan hari Khamis sewaku subjek Pendidikan Muzik Azam terus bertindak kasar dengan mencekak leher baju Farid apabila Farid memicit pipinya. Sebaliknya pada laporan ke-12 hari khamis sewaktu subjek bahasa Inggeris Azam sedikit pun tidak menghiraukan tingkah laku Farid yang memicit tengkuk, mencuit telinga dan tangannya berulang kali. Bukti 2: Laporan 6, hari Isnin, subjek Bahasa Inggeris. Azam meminta kertas dengan menjerit kepada guru.
Definisi: Perkembangan kanak-kanak ini agak lambat sejak peringkat bayi. Pada peringkat ini, bayi lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tindak balas menggenggam masih belum menghilang walaupun usia bayi lebih tiga bulan. Mereka juga tidak dapat memberi tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Bukti: Laporan 2, hari Khamis sewaktu subjek Pendidikan Muzik. Semasa guru memainkan lagu Hidup Gembira. Luqman Rahan mengetuk-ngetuk pensil ke meja mengikut rentak muzik. Azam tidak mempedulikan lagu yang sedang dimainkan sebaliknya asyik menyalin latihan matematik yang diberikan guru sewaktu dia ke kelas pemulihan.
Disruptif
Definisi: Tingkah laku yang bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga membahayakan pelajar lain, kerana pelajar yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikir akibatnya.
Hiperaktif
Murid yang bersifat hiperaktif ini tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan.
Bukti 1: Dalam laporan 12, hari Khamis subjek Bahasa Melayu menunjukkan Azam tidak menumpukan perhatian ketika guru meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Azam bermain tolak kerusi dan meja dengan rakannya iaitu Farid. Bukti 2: Azam sering tidak menyiapkan latihan yang diberikan. Sebaliknya meniru jawapan daripada rakan-rakannya yang lain.
bertindak agresif secara lisan dengan memberi amaran kepada kawankawannya iaitu, Woi! Tempat aku jangan sapa duduk! sebelum keluar daripada kelas untuk ke kelas pemulihan. Bukti 2: Laporan 2, hari Khamis, subjek Kajian Tempatan. Azam bertindak agresif dengan menendang murid India apabila murid tersebut tidak membenarkan azam berkongsi buku dengnnya.
Bukti: Azam sering keluar masuk kelas sesuka hati mengikut pintu belakang tanpa menghiraukan guru yang sedang mengajar ketika itu. Dia juga sering berjalan dari tempat duduknya ke meja murid yang lain sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Kelakuan nakal
melakukan kelakuan yang tidak baik dengan membuka kotak pensil seorang murid perempuan kelas 4D yang tempat duduknya di hadapan tempat duduk Azam. Azam mengambil pemadam murid tersebut dan dia kembali ke tempat duduknya. Murid perempuan tersebut tidak ada di tempat duduknya ketika itu.
Distruktif
Definisi: Tingkah laku yang amat merbahaya kerana ia bukan sahaja melakukan aktiviti jenayah tetapi juga mengancam keselamatan orang dan kemudahan-kemudahan sekolah.
Vandalisme
Definisi: Iaitu merosakkan sama ada melalui sindiran atau lain. melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti orang
Bukti: Dalam laporan 6, hari Isnin, subjek Matematik. Azam mengaku mencuri basikal di hadapan masjid semasa umat Islam sedang bersembahyang Jumaat.
Geng
Bukti: Berdasarkan latar belakang Azam, dia merupakan ahli kumpulan yang telah dibentuk sesama mereka dengan diketuai oleh seorang murid Tahun 5. Ahli-ahli dalam kumpulan ini perlu mematuhi beberapa syarat yang dikenakan oleh ketua kumpulan ini. Kumpulan ini pernah terlibat dalam pergaduhan di sekolah dan di luar sekolah. Mereka telah diberi amaran oleh Guru Disiplin akan ditukarkan sekolah jika didapati bergaduh lagi.
Definisi: Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku ini mula tertarik pada sesuatu dan akan bertindak tanpa arahan. Kesannya boleh menimbulkan situasi yang merbahaya.
Bukti 1: Dalam laporan 12, hari Khamis, subjek Pendidikan Muzik. Azam juga seorang yang bersikap ingin tahu. Contohnya, seorang murid dari kelas dan tahun lain datang berjumpa penyelidik meminta memaklumkan kepada murid 4M yang menyertai kelab boling agar berkumpul di kantin. Azam yang ingin tahu segera datang bertemu penyelidik dan bertanya, Depa habaq apa cikgu?. Belum sempat penyelidik berkata apa-apa, Zulhairie juga bertanya, Pasai apa cikgu?. Penyelidik meminta mereka bertenang dan menyampaikan pengumuman berkenaan. Bukti 2: Dalam laporan yang sama, Azam menunjukkan sikap ingin tahunya sewaktu subjek Matematik dengan menyalin soalan dan cuba bertanya dengan guru bagaimana menjawab soalan tersebut.