Aspek-Aspek Peningkatan Tamadun - Pentadbiran
Aspek-Aspek Peningkatan Tamadun - Pentadbiran
Aspek-Aspek Peningkatan Tamadun - Pentadbiran
• Tamadun awal manusia terus berkembang kerana masyarakat sentiasa berusaha untuk
mencapai kemajuan dan peningkatan berlaku setelah tamadun berkembang.
• Kemajuan tamadun dapat diukur melalui pencapaian manusia dari segi sosial, politik dan
ekonomi. Hal ini dapat dilihat dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China.
LATAR BELAKANG TAMADUN
TAMADUN YUNANI
Bentuk pemerintahan dalam tamadun Yunani telah mengalami pelbagai perubahan
daripada:
Demokrasi Diktator
• Tamadun Yunani
• Tamadun ini telah wujud dalam beberapa bentuk
pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara
kota. Bentuk pemerintahan tersebut mengalami
pelbagai perubahan daripada
monorki,oligorki,aristokrasi,dikator(tirani) dan akhirnya
kepada demokrasi.Kewujudan pelbagai bentuk
pemerintahan ini menunjukkan orang yunani sentiasa
berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan
pentadbiran Negara kota mereka.
Pemerintahan dan Petadbiran Tamadun
Yunani
• Sebelum system demokrasi diperkenalkan Raja Athens mengamalkan system beraja. Raja
dibantu sebuah badan yang dinamakn konsul. Raja berprana sebagai ketua hakim,ketua
tentera, dan ketua agama.
• Kuasa konsul menjadi kuat dan menyababkan peranan raja sebagai ketua hakim,ketua
tentera dan ketua agama merosot.
• Sistem pemerintahan seperti ini dinamakan sebagai oligarki.
• Dari kalanagan konsul ini lahir pula golongan aristokrat yang kuat. Mereka memiliki kuasa
yang besar dan pemerintahan oleh golongan aristokrat .
• Rakyat tidak berpuas hati terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi
• Muncul golongan yang mula menuntut hak dan telah menyababkan rampasan kuasa.
• Keadaan ini telah membawa kepada pemerintahan tirani oleh diktator
• Biasanya,diktator bukan daripada golongan aristocrat tetapi daripada golongan orang
kaya atau tentera, tetapi tindakan tersebut telah ditentang oleh golongan aristokrat.
Aristokrasi:Pemerintahan oleh golongan bangsawan
yang kaya
Tirani:Pemerintahan yang zalim yang memperlihatkan
kekuasaan digunakan dengan sewenang-wenangnya
Demokrasi:Pemerintahan atau kerajaan yang ditadbir oleh
wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
Diktator:Pemerintahan berkuasa mutlak,iaitu
mempunyai kuasa yang tidak terhad
Republik:Negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih
oleh rakyat melalui pilihan raya dan diketuai oleh
presiden.
Tamadun Rom
• Pemerintahan telah bermula dengan sistem beraja dari tahun 753S.M.lagi.
• Rom diperintah secara mutlak oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang berasa
dari kalangan masyarakat Latin tempatan.
• Pemerintahan oleh raja-raja Etruscan tidak disenangi oleh masyarakat.
• Pimpinan dari golongan bangsawan yang dikenali sebagai patrician telah bangun
dan memberontak.
• Rom kemudainnya membentuk satu republik pada tahun 509S.M.
• Dalam system republik tiada pemerintah yang berkuasa mutlak. Kuasa tertinggi
terletak pada dua orang senat yang dilantik oelh dewan senat untuk sesuatu
tempoh yang telah dietapkan.
• Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan - bagi
membincangkan hal-hal pentadbiran Negara dan merangka perundangan.
Sistem republik Di Rom
• Telah berubah apabila rom mencapai taraf empayar di bawah
pemerintahan Julius Caesar.Perubahan ini telah berlaku dan beliau
dapat meluaskan kuasa ke Macedonia,Yunani,Syam,Mesir, Perancis,
Brittania(Britain) dan beberapa kawasan di Jerman.Sistem empayar ini
telah menunjukkan peningkatan dengan membentuk sistem
pentadbiran pusat.
Sudut maklumat
Julius Caesar
*Beliau lahir pada tahun 100 S.M.
*Dikenali sebagai Ketua Tentera yang agung
*Tahun 62 S.M. dilantik menjadi praetor
*Pada tahun 59 S.M. beliau menjadi konsul.
*Beliau mengistiharkan dirinya sebagi ditaktor setelah mengalahkan
jeneral Pompey.
*Beliau telah dibunuh pada tahun 44S.M. oleh penyokong Jeneral
Pompey.
Tamadun India
• Pembentukan antara tahun 600-320 S.M.
• Mempunyai 2 bentuk kerajaan iaitu kerajaan besar dan kerajaan kecil
• Kerajaan besar diketuai raja manakala kerajaan kecil bersifat
kepuakan dan tidak beraja .
• Dalam tamadun ini raja mengamalkan kuasa mutlak
• Berasaskan kepercayaan raja itu adalah suci dan harus dihormati,
• Empayer Maurya membentuk dan menyatukan kerajaan kecil India
dari tahun 321-185 S.M.Ia mengubah status raja kepada maharaja.
• Empayer Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke
Pergunungan Hindu Kush.Ibu negaranya terletak di Pataliputra.
• Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa
pemerintahan Maharaja Asoka iaitu dari tahun 273-232 S.M.
• Perang Kalinga,Asoka lebih menekankan kedamaian dan kemajuan
sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama
Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.
• Asoka telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan
pemerintahannya.
Tamadun China
• Perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk system feudal
kepada pemerintahan berbentuk sistem pentadbiran berpusat.
• Perluasan kuasa ini telah menghasilkan empayer pada zaman Dinasti Chin
dari tahun 221-206 S.M.
• Konsep raja telah bertukar kepada maharaja.
• Pembentukan sebuah system pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri
daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja.
• Perlantikan ini berasaskan kepada pencapaian mereka dalam peperiksaan
awam.
• Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan dinasti seterusnya.
• Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini adalah Shi
Huang Ti