Teks Syarahan Ihtifal Ilmiah BM 2011
Teks Syarahan Ihtifal Ilmiah BM 2011
Teks Syarahan Ihtifal Ilmiah BM 2011
mesra elok pekerti Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi Bertimbang rasa hormat menghormati Kita berkhidmat jujur dan ikhlas Mencurah bakti tak minta dibalas Harapan rakyat satu amanah Budi bahasa budaya kita Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh Salam perpaduan bertatahkan intan kemesraan saya ucapkan kepada Tuan Peneraju Majlis, barisan panel hakim nan bijak bestari, penjaga masa yang setia dengan detik waktunya, dan seterusnya kulasentana dewan yang ceria,di hati tinggi pekerti. Kulawarga dewan yang saya muliakan, Mauduk pidato yang akan saya sampaikan ialah Budi Bahasa Budaya Kita. Budi bahasa didefinisikan kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi maupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5,Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata: Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya intelek tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa. Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma
sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional Negara kea rah wawasan 2020. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Y.A.B Perdana Menteri semasa pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni pada 11Januari, 2005 di Istana Budaya, Kuala Lumpur telah menyarankan agar bangsa Malaysia yang maju seperti dicita-citakan menjelang tahun 2020 dapat mempamerkan Kecemerlangan Kegemilangan dan Keterbilangan berasaskan pekerti mulia, berbudaya tinggi dan berbahasa baik. Ini akan lebih bermakna jika kita dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Untuk mencapainya usaha bersepadu dan bersekutu di kalangan agensiagensi kerajaan pusat dan negeri, pihak swasta, institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah, pertubuhan-pertubuhan sukarela bukan kerajaan, orang perseorangan dansebagainya perlulah dipertingkatkan. Kulawangsa dewan penggerak wawasan, Lontaran idea pertama, nilai budi bahasa penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Penerapan nilai budi bahasa yang kukuh akan melahirkan ummah yang berakhlak mulia. Iman al-Ghazali mengatakan apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilainilai murni dapat
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilaibudi bahasa sejak di bangku sekolah nescaya mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Ingatlah bahawa falsafah hidup yang bertunjangkan budi bahasa pada diri akan mencerminkan susana kehidupan yang harmoni di Malaysia. Kulasentana dewan, kluster ilmuan, Lontaran idea kedua, nilai-nilai budi bahsa penting dalam kehidupan untuk membentuk masyarakat yang taat dan takwa kepada pencipta serta bepegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan syumul yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai berbudi bahasa yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Insan yang beragama akan menjadi insan yang bertanggungjawab, beriman, dan tahu bersyukur. Tambahan pula, nilai budi bahasa yang berpaksikan agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu agar kita tidak diibaratkan umpama kambing kecil, meretak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi. Intihanya, nilai budi bahasa amat penting dalam kehidupan kita yang kian sarat diasak oleh pelbagai permasalahan sosial pada hari ini. Profesor DiRaja, Ungku Aziz berkata, Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka. Kulasentana ilmuan Islam, Lontaran idea ke -3, Amalan dan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni sama ada dalam komunikasi,ucapan, pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam: _ Institusi Kekeluargaan
_ Institusi Kemasyarakatan _ Institusi Pembelajaran _ Institusi Perkhidmatan INSTITUSI KEKELUARGAAN Antara Ibu Bapa - Anak-Anak - Ibu Bapa Ibu bapa wajib mendidik, membimbing dan menegur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul serta mempunyai kelakuan terpuji. Antaranya : _ Patuh, taat, hormat dan menyayangi mereka. _ Menghormati orang lain, menghargai alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Antara Adik Beradik Hubungan antara adik beradik adalah disusun oleh aturan kelahiran: dari sulung kepada tengah dan bongsu. Yang muda mesti hormatkan yang tua, adik menghormati kakak dan abang dengan memanggil secara baik gelaran atau pangkat yang lazimnya dalam masyarakat. Antaranya ialah : _ Gelaran 'Abang Long', 'Abang Ngah', 'Kak Cik' atau sebagainya. Antara Saudara Mara. Hubungan darah dan perkahwinan dengan saudara mara sebelah ibu dan bapa, mertua dan ipar dan sebagainya hendaklah berasaskan : rasa hormat, sapan dan santun melalui tegur sapa dan panggilan pangkat mereka. Komunikasi dan pergaulan antara saudara mara juga harus berasaskan rasa hormat, sopan dan santun. INSTITUSI KEMASYARAKATAN DAN MASYARAKAT UMUM Generasi Tua Dengan Yang Muda Hubungan antara yang tua dengan yang muda sentiasa berada dalam suasana hormat menghormati, sayang menyayangi dan bertatasusila. Antaranya ialah : _ Mendahulukan yang tua. _ Bertutur, bercakap atau berbual dengan nada suara yang lembut, bersopan dan rendah diri. _ Yang muda di beri peluang untuk memberi pendapat atau pandangan. Pemimpin Masyarakat dan Orang Awam Hidup bermasyarakat memerlukan tutur kata yang sopan, fiil yang halus dan berpekerti yang mulia. Antaranya ialah :
_ Menghormati seseorang yang dipilih menjadi pemimpin. _ Menyokong pemimpin kita untuk menjayakan apa saja rancangan dan tindakan untuk kebajikan bersama. Masyarakat Umum Anggota masyarakat yang berbudi adalah orang yang menunjukkan perangai, kelakuan serta peribadi yang baik dan sentiasa menjaga dirinya dari segala macam kelakuan buruk yang tidak disetujui oleh masyarakat. Antara sifat terpuji ialah : _ Memberi bantuan terutama kepada warga tua, warga istimewa, wanita dan kanakkanak. _ Sentiasa beratur di kaunter bayaran dan mendapatkan perkhidmatan serta. _ Bertimbang rasa, sabar dan baik hati INSTITUSI PEMBELAJARAN Antara Guru - Pelajar - Guru Guru mendidik murid-murid termasuklah budi bahasa dan akhlak untuk berkelakuan baik teratur dan sejahtera. Antaranya ialah : _ Berdisiplin _ Bertegur sapa dengan penuh hormat dan bersopan santun. Membiasakan diri mengucapkan "Selamat Pagi", "Assalamualaikum", terima kasih, memohon maaf dan sebagainya. Antara Pelajar - Pelajar - Rakan Sebaya Saling menghormati sesama rakan. Antaranya ialah : _ Membiasakan diri mengucapkan salam atau ucap selamat. _ Menghargai perbezaan beragama, latar belakang masyarakat dan budaya masingmasing. INSTITUSI PERKHIDMATAN Antara Ketua - Anggota Yang Dipimpin Ketua Layanan baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra dan mendorong semua kakitangan berusaha keras untuk membantu ketua mencapai matlamat organisasi. Antaranya ialah ; _ Mematuhi undang-undang, prosedur, peraturan dan arahan. _ Sentiasa menepati masa.
Antara Rakan Sekerja Sesama rakan sekerja perlulah menunjukkan budi pekerti yang mulia, bahasa yang halus serta bertimbang rasa akan sentiasa menarik rakan sekerja untuk bersama menjalankan kerja yang bermutu, membina kesatuan organisasi dan juga mencapai matlamat dan misi organisasi. Antaranya : _ Saling hormat menghormati, setiakawan yang kukuh dan bersopan santun. _ Bantu membantu dan bermaufakat. Antara Organisasi Dengan Pelanggan Anggota perkhidmatan yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan perkhidmatan telefonis menjadi cerminan kepada keseluruhan organisasi yang diwakilinya. Pelanggan akan merasa senang apabila menerima perkhidmatan seperti: _ Penuh beradap dengan tutur kata yang sopan, lembut, terang dan jelas, mesra dan sentiasa ingin membantu. _ Adil dan saksama. Hadirin-hadirat sekalian, Lontaran idea ke-4, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2005 akan digerakkan ke seluruh pelusuk negara demi melahirkan rakyar yang maju dan berilmu, bermoral, berbudi bahasa dan mengamalkan nilainilai mumi seperti yang digariskan dalam prinsip-prinsip Rukunegara. Y.A.B Perdana Menteri telah menyarankan agar bangsa Malaysia yang maju seperti dicita-citakan menjelang tahun 2020 dapat mempamerkan Kecemerlangan Kegemilangan dan Keterbilangan berasaskan pekerti mulia, berbudaya tinggi dan berbahasa baik. Ini akan lebih bermakna jika kita dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Ini jelas menunjukkan bahawa budi bahasa amat penting dalam proses kita menjalani kehidupan seharian. Kulawangsa warga dewan sekalian, Hadith : Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Mencaci ibu bapa termasuk dosa besar. Para sahabat bertanya:Adakah orang yang mencaci ibu bapanya? Jawab Rasulullah s.a.w ,:Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lalu orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula. (Muslim)
Dalam kehidupan ini kita selalu ingin menjadi yang terbaik sehingga kita lupa bahawa kita telah menjangkau batasan orang yang baik-baik. Selaku seorang yang beragama Islam kita hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik. Hormati orang lain sebagaimana kita mahu diri kita dihormati. Orang yang biadap memiliki tiga ciri iaitu fikirannya buruk, ucapannya kasar dan perilakunya jahat. Orang demikian cenderung melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Mereka tidak pandai menghormati orang dan suka mencaci maki orang tanpa menyedari bahawa kata-kata itu akan kembali kepada diri mereka sendiri mahupun ibu bapa mereka. Lebih dari itu mereka juga sebenarnya telah mencemarkan identiti sebagai seorang Islam yang sentiasa menyuruh umatnya agar berbudi bahasa dan berakhlak mulia. Nampaknya masa amat mencemburui saya untuk terus petah berkatakata. Ribuan ampun dan maaf atas keterlanjuran kata dan ketajaman bahasa sepanjang syarahan saya. Pantun Sekian, terima kasih. Cik Syahdu Wabillahitaufiqwalhidayah.. Bestari mohon permisi.