Teori Deontologi

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 16

Muka Depan

Penghargaan

Isi Kandungan

Pengenalan

Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Etika adalah bukan yang bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Etika berasal daripada perkataan ethics yang diambil daripada perkataan ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan. Etika boleh dibahagikan kepada dua iaitu; Normatik yang merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan jahat; manakala Metaethic pula dibahagikan kepada dua iaitu Analitik yang berkaitan dengan menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkahlaku baik dan jahat, dan Kritikal yang berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Dengan lain perkataan, etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Etika menurut French dan Granrose (1995) adalah : "A set of normative guidelines directed towards resolving conflicts of interest, so as to enhance societal well-being". Untuk membentuk etika yang baik, tingkahlaku seseorang itu adalah penting dan seseorang itu perlu ada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dengan berasaskan kepada etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang itu. Buchnolz (1989) pula mendefinisikan etika sebagai: " is a systematical attempt,through the use of reason, to make sense of our individual and social moral experience in such a way as to determined the rules that ought to governed human conduct and the values worth pursuing in life". Bagi memberi makna kepada perjalanan moral sosial dan individu, perlu ada satu sistem yang boleh menggunakan alasan-alasan dan bertindak sebagai satu panduan yang boleh memberi kebaikan kepada tingkahlaku manusia dan seterusnya menjadi kehidupan itu lebih bermakna.

White (1993), pula mengatakan etika adalah cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan manusia. Falsafah etika adalah berbeza daripada undang-undang, keagamaan, budaya dan pendekatan secara peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkahlaku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia. Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan tumpuan kepada kebaikan moral. Socrates (469-399B.C.) menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan (virtue) dan kesihatan roh (health of the soul). Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang agar menjadi berakhlak mulia (virtuous). Socrates mengatakan bahawa kebahagian adalah mustahil diperolehi tanpa memiliki moral kebaikan dan tindakan yang tidak beretika akan menggangu orang lain. Malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat. Hubungan etika dan personaliti manusia dilanjutkan oleh anak muridnya iaitu Plato (428-348B.C.) yang mengatakan bahawa moral kebaikan adalah suatu imbangan dan harmoni di kalangan perbezaan yang wujud dalam roh (soul) dan alas an (reason) akan mengambil alih keperluan fizikal dengan dibantu oleh emosi. Seperti mana Socrates, Plato melihat moral kebaikan sebagai suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan yang sejati adalah sukar dicapai dan bergantung sepenuhnya kepada peringkat pembelajaran falsafah yang tinggi dan kebenaran metafizik yang memerlukan kajian yang lama. Oleh itu, mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman intelektual. Bagi Aristotle (384-322B.C.) pula, beliau melihat kebaikan moral agak berbeza daripada Plato dan Socrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubungan yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat (character) atau personaliti. Aristotle mendefinisikan kebaikan moral (virtue moral) sebagai: "not according to the nature of the actions, but according to the dispositions of the doer". Aristotle juga mempertikaikan tentang kebaikan moral dikembangkan sepertimana kemahiran fizikal iaitu menerusi latihan dan tabiat. Bagi Aristotle, beretika adalah merupakan dimensi dalaman dalam tindakan seseorang dan kebaikan (virtue) bergantung kepada sifat bukan perbuatan (deeds) dan sifat seseorang itu dibentuk oleh setiap tindakan yang dipamerkan. Plato dan Socrates pula mengatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antara kebaikan moral dan personaliti yang sihat. Walau bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah ini

berpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada di dalam tangan seseorang itu. Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, etika moden banyak menfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan dan telah membentuk dua persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status moral daripada akibat (consequences) yang dibuat dan tindakan itu samada betul atau salah. Dahulunya ia dikenali sebagai Teologikal dan sekarang dikenali dengan Deontological iaitu pendekatan kepada etika. Etika bukan sahaja terdiri daripada satu set peraturan atau huraian yang menentukan bagaimana seseorang seharusnya bertindak tetapi ia terdiri daripada tindakan dan motif orang yang beretika dalam melakukan sesuatu yang betul (right) dalam semua situasi yang dihadapi. Tindakan beretika datang dari seorang yang berakhlak mulia (virtuous) yang mengambil berat tentang melakukan sesuatu yang baik dan bukannya menjadi hamba kepada satu set peraturan yang difikirkan mempunyai kaitan dengan kebaikan dalam keadaan yang tertentu. Golongan yang mengatakan bahawa tiada pertalian antara peraturan masyarakat (kemoralan social) serta keperibadian mulia dengan etika, biasanya lebih cenderung berfikir sendiri tentang criteria moral. Oleh itu, mereka telah berfalsafah dan akhirnya menghasilkan beberapa teori etika yang mengutamakan atau berasaskan prinsip tertentu. Tetapi prinsip etika itu berbeza dan bertentangan. Dalam perbincangan seterusnya akan mendedahkan serta membuat sedikit ulasan atau kritikan terhadap dua prinsip etika yang boleh disifatkan sebagai teleologi.

Teori Teleologikal Teori Etika Teologikal dan Deontologikal adalah berkaitan dengan prinsip dan peraturan yang memperkatakan tentang apa yang sepatutnya dilakukan dan bukannya apakah jenis manusia yang hendak dibentuk.Teori Etika Teologikal yang juga dikenali dengan consequentialism adalah sejenis teori yang mendakwa bahawa samada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat(consequences) atau hasil daripada sesuatu tindakan. Teori teleologi menegaskan bahawa kriteria dan piawai asas tentang sesuatu yang benar, baik, salah, jahat, dan sebagainya ialah penghasilan nilai moral yang dianggap baik. Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Teori Etika Teleologikal yang juga dikenali dengan consequentialism adalah sejenis teori yang mendakwa bahawa samada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat (consequences) atau hasil daripada sesuatu tindakan. Setiap tindakan yang mendatangkan kesan yang baik adalah tindakan beretika . Contohnya, kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi. Seseorang itu dianggap tidak beretika dianggap tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan. Bagaimanapun, ahli teleologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Ini menyebabkan Wujudnya beberapa jenis teleologi yang berbeza seperti utilitarianisme dan egoism.

TEORI UTILITARIANISME Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan (iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral). Seorang pengikut utilitarianisme yang terkemuka ialah John Stuart Mill (1806-1873). Mill (1964) memerihalkan utilitarianisme seperti berikut: Konsep utiliti atau Prinsip Kebahagiaan Terbanyak menekankan sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Yang dimaksudkan dengan kebahagiaan ialah keseronokan yang dihajati dan tiadanya kesakitan, manakala kedukaan ialah kesakitan dan tiadanya keseronokan. Keseronokan (bebas daripada kesakitan) sahajalah natijah atau hasil yang benar, baik dan yang diidamkan. Warnock (1979) pula berpendapat bahawa perkataan utilitarian dicipta oleh Jeremy Bentham (1748-1832). Oleh itu, Bentham telah dianggap sebagai pengasas prinsip utiliti dalam perbahasan moral. Sesungguhnya, Bentham (1970) mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi keseronokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu keseronokan. Quinton (1973), misalnya, menganggap individu yang memegang prinsip

utilitarianisme sebagai mereka yang bersetuju bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri. Penentuan nilai berkenaan ialah keseronokan dan kesakitan yang wujud bersamanya. Sebelum ulasan dibuat terhadap etika utilitarianisme, untuk memperjelaskan teori etika ini eloklah isu moral berkaitan peperangan diambil sebagai contoh. Bagi utilitarianisme, dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu menerusi cara berperang tertentu, seseorang itu mesti menimbangkan kemudahan dan kebaikan yang mungkin dihasilkan oleh peperangan itu. Jika kemudaratan itu dijangka melebihi apa-apa akibat yang baik yang boleh dinikmati negara yang melancarkan peperangan itu (walaupun negara berkenaan menang), menurut etika utilitarianisme, peperangan itu tidak boleh di justifikasikan. Sebaliknya, peperangan serta cara peperangan itu dikendalikan dianggap wajar dari segi moral oleh etika utilitarianisme jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kebaikan lebih daripada kesengsaraan dan penderitaan. Justeru itu, utilitarianisme akan menyokong

tindakan mengebom bandar bandar di Jerman (walaupun ramai yang tidak berdosa terkorban) untuk menamatkan Perang Dunia Kedua kerana jika pihak Nazi menang, dunia ini akan kehilangan sifat ke manusiaannya dan kezaliman akan berleluasa. Walau apa pun, yang menjadi masalah ialah setiap negara yang pernah berperang selalunya mendakwa mereka berbuat demikian untuk menegakkan kebenaran bagi kebaikan dunia, manakala cara serta alat peperangan canggih yang digunakan adalah wajar dari segi moral. Berbalik kepada penerangan Bentham dan Mill di atas, kita bolehlah menganggap penerangan Bentham dan Mill sebagai pengalaman keseronokan mestilah dimaksimumkan dan kesakitan diminimumkan. Jika inilah halnya prinsip utiliti, dalam meminimumkan kesakitan, akan membenarkan kita dalam situasi tertentu untuk melakukan perkara tidak baik atas alasan perlu bagi menyekat berlakunya sesuatu yang lebih buruk. Misalnya, kita akan dibenarkan mendera dengan keras seseorang yang telah membuat kesalahan, malahan menghukum orang yang tidak bersalah (scapegoat) jika ini perlu dan mencukupi untuk mengelakkan kekacauan, kerugian, kerosakan, kejahatan atau kecelakaan lebih besar. Begitu juga untuk memaksimumkan keseronokan, sesuatu perlakuan yang melibatkan bercakap bohong, tidak menepati janji dan sebagainya yang boleh membawa kebahagiaan kepada 10 orang, akan diutamakan daripada perlakuan lain yang dapat menjana jumlah kebahagiaan yang sama hanya kepada sembilan orang walaupun perlakuan yang kedua ini tidak melibatkan perkara tidak baik seperti bercakap bohong. Sekali lagi, atas prinsip memaksimumkan kebahagiaan, dalam mengagihkan sesuatu seperti wang atau barang kepada sekumpulan manusia, orang yang paling iri hati atau tamak sepatutnya mendapat lebih. Ini kerana orang biasa mudah bersyukur, tetapi orang yang iri hati atau tamak mesti mahu lebih daripada orang lain, barulah mereka berpuas hati, seronok dan bahagia. Tetapi semua contoh minimumkan kesakitan dan memaksimumkan keseronokan, sebenarnya tidak adil dan berat sebelah. Oleh itu, mestilah diakui bahawa konsep utiliti dengan, mudah boleh berkonflik dengan prinsip keadilan. Kerumitan mendamaikan utiliti dengan keadilan (suatu prinsip atau virtue moral yang asas) bukan sahaja boleh menjadikan prinsip utiliti itu sebagai asas moral atau etika yang memuaskan. Aspek lain dalam prinsip utiliti dalam teori ini yang masih boleh diperbaiki. Pertama keseronokan dan kesakitan ialah perasaan. Perasaan adalah subjektif. Seperti yang dinyatakan oleh Durkhein (1968), keseronokan atau kebahagiaan pada hakikatnya ialah suatu perasaan atau pengalaman yang subjektif yang setiap orang menikmatinya mengikut

kehendaksendiri. Oleh itu, prinsip utiliti tidak bersifat objektif tetapi subjektif atau relatif seperti juga prinsip simpati atau antipati yang telah dikritik oleh Bentham. Beliau mengkritik dan memburuk-burukkan prinsip utilitinya. Kedua Kerosakan dan kesakitan bukan sahaja subjektif, tetapi sesuatu yang disangsikan atau kabur. Mereka yang berfahaman utilitarianisme percaya bahawa kerosakan dan kesakitan adalah sendiri. Dan semua sensasi hanya boleh digolongkan kepada kerosakan da kesakitan. Tetapi ramai pengkritik utilitarianisme berpendapat bahawa semua kepercayaan dan anggapan itu tidak tepat. Parekh (1974), misalnya berhujah bahawa ada keadaan minda yang tidak boleh diterangkan dengan betul dan tepat bagi menggambarkan keseronokan atau kesakitan. Menurutnya, terdapat sensasi yang belum tercapai intensiti atau keamanan minimum tertentu, sungguhnya bukan sensasi keseronokan atau sensasi kesakitan dan terdapat sensasi yang enak dan enak dan kurang menyenangkan tetapi tidak menyakitkan. Contohnya seseorang itu sakit kepalanya. Terdapat pula sensasi yang menyakitkan tetapi tidak semestinya merunsingkan atau tidak menyenangkan. Misalnya seorang ibu melahirkan anaknya. Ketiga prinsip utiliti menggambarkan manusia hanya sebagai pemburu keseronokan atau manusia itu secara naluri semestinya membenci kesakitan. Dalam hal ini, terdapat juga hujah yang boleh dikemukakan untuk menunjukkan bahawa gambaran tentang manusia ini tidak tepat. Masochists misalnya berpendapat bahawa menikmati dan suka kepada kesakitan atau mendapat kepuasan daripada kesakitan yang dilakukan terhadap dirinya sendiri. Mereka merasai, mengalami atau menanggung keperitan dan kesakitan kerana mendapat kerosakan daripada kesakitan itu. Mungkin ada juga orang lain yang menanggung kesakitan hanya kerana mereka hendak merasainya, bukan kerana menginginkannya dan insan ini tidak mendapat sebarang keseronokan daripada apa yang dialaminya. Nietzsche (1968) juga menentang idea bahawa manusia menjauhkan diri daripada kesakitan, iaitu membenci kesakitan. Beliau mengatakan bahawa untuk berusaha mendapatkan kuasa, manusia mesti mengatasi rintangan dan menempuh halangan. Ini ditafsirkan oleh beliau sebagai mengejar atau memburu kuasa melalui kesakitan. Oleh itu, kesakitan ialah sesuatu yang wujud dalam alam ini sebagai sifat atau bahagian yang tetap dan semula jadi. Kesakitan tidak perlu dielakkan tetapi mesti diatasi untuk mencapai kuasa. Beliau juga menggambarkan kesakitan sebagai bapa kepada segala keseronokan serta

pendahuluan kepada segala keseronokan kerana kesakitan ialah pengalaman mengatasi sesuatu rintangan atau halangan. Dalam pernyataan prinsip utiliti ini, terdapat dua istilah lain yang perlu juga diteliti. Pertama ialah istilah kebaikan. menurut prinsip utiliti, pengalaman keseronokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitkan dengan kejahatan. Kita sepatutnya menentang pengenalpastian kebaikan dengan keseronokan kerana ada nilai lain yang berkait dengan kebaikan yang lebih patut dianggap sebagai matlamat hidup. Contohnya, kebebasan, kesihatan, ilmu. pengetahuan dan kualiti lain yang menjadikan kehidupan itu berharga. Kesemuanya ini boleh kita akui sebagai lebih penting berbanding dengan keseronokan dan sesuatu yang benar benar baik dan segi moral. Patut juga ditekankan bahawa terdapat keseronokan yang jahat dan hasad kerana ada manusia atau dengan kata lain sadist yang berasa seronok membunuh dan menyeksa orang lain atau memusnahkan harta benda orang, misalnya. Umumnya, perlakuan ini dianggap sebagai tidak baik, tetapi jika seseorang itu menikmati keseronokan melakukannya, perlakuan orang itu pasti lebih dahsyat berbanding jika dia melakukannya atas sebab lain. Misalnya, menyeksa orang lain kerana hendak mendapatkan sesuatu daripada pihak musuh mungkin tidak sejahat menyeksa seseorang kerana keseronokan. Seterusnya ialah istilah kebahagiaan. Prinsip utiliti turut menyamakan keseronokan dengan kebahagiaan. Ini juga sukar diterima kerana sebenarnya kedua-dua istilah itu patut dibezakan. Menurut Frankena (1973), 'keseronokan' membayangkan perasaan yang agak khusus sedangkan 'kebahagiaan' tidak demikian. Berbeza dengan 'kebahagiaan', 'keseronokan' membayangkan sensasi 'rendah' atau sensasi fizikal, iaitu sesuatu yang tidak mendalam atau berpanjangan berbanding dengan kepuasan jangka panjang dan lebih mendalam yang terdapat, pada. kebahagiaan. Selain itu, ungkapan seperti 'kehidupan yang menyeronokkan' menggambarkan sesuatu yang agak berbeza daripada rangkai kata 'kehidupan yang membahagiakan'. Oleh itu jika kita bersetuju dengan ciri-ciri keseronokan di atas, dengan menegaskan bahawa keseronokan ialah kebahagiaan, keraguan kita akan bertambah tentang sama ada kebahagiaan mesti dilihat sebagai tujuan utama kehidupan manusia atau tidak.

Akhir sekali, utilitarianisme membayang bahawa tidak kira maksud tindakan itu baik atau jahat, kedua-duanya boleh disukat. Dari segi kuantiti pula, yang paling baik dan jahat mestilah boleh diimbangi. Behtham bertanggung jawab dalam usaha menghasilkan suatu kalkulus hedonok bagi keseronokan dan kesakitan dengan menggunakan tujuh keadaan atau demensi, iaitu intensiti keseronokan atau kesakitan; jangka masanya; ketentuan atau ketidakpastiannya; keadaan dekat atau terpencilnya; sifat kebaikannya; ketulenan dan takutnya. Empat dimensi yang pertama hendaklah diambil kira dalam menilai keseronokan dan kesakitan.Perkiraan ini hanya merujuk seseorang insan dan bagi sesuatu keseronokan atau kesakitan. Tetapi apabila keseronokan atau kesakitan lain dipertimbang, dimensi kelima dan keenam hendaklah diambil kira. Dimensi ketujuh pula dipertimbang apabila perkiraan ini melibatkan lebih seorang insan. Untuk mendapatkan perkiraan tepat terhadap kecenderungan am sesuatu perlakuan yang melibatkan sesuatu komuniti terhadap kepentingan sesuatu komuniti, Bentham mengemukakan suatu proses atau arahan yang terlalu panjang untuk dihuraikan di sini. Tentang kalkulus hedonik Bentham (ialah proses menyukat keseronokan dan kesakitan), perlu ditegaskan bahawa 'proses ini ialah suatu urusan yang sukar kerana menghadapi berbagai bagai masalah. Pertama, kerana tiada manusia yang boleh memberikan jumlah perasaannya dengan tepat. Contohnya intensiti keseronokan atau kesakitan yang dirasai seseorang sukar disukat. Satu lagi masalah ialah setiap orang mengalami keseronokan dan kesakitan yang tidak sama dari segi mutu dan tahapnya. Bentham sendiri mengatakan bahawa terdapat 14 jenis keseronokan dan 12 jenis kesakitan yang berbeza antara satu sama lain dari segi kualitinya. Dan menyedari hal ini Mill (1964) berkata, tidak munasabah jika dalam menaksir dan menyukat keseronokan atau kesakitan, perkiraan hanya bergantung kepada kuantiti sedangkan dalam menilai unsur lain, kuantiti dan kualiti diambil kira. Oleh sebab kualiti mempengaruhi nilai, timbullah pertanyaan sama ada seseorang itu boleh membuat perbandingan kuantitatif antara keseronokan dengan kesakitan yang tidak serupa dari segi kualiti. Selain itu, terdapat kerumitan menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan seseorang, pada masa yang berlainan dan berkait dengan pengalaman yang berbeza. Kalkulus hedonik juga membandingkan perasaan individu yang berbeza. Tetapi menurut Mackie (1979), sukatan antara orang perseorangan menimbulkan kerumitan yang lebih besar.

Bagaimanapun, Bentham yang menyedari masalah ini, telah menghuraikan perbincangannya dengan memperkenalkan 32 situasi yang mempengaruhi perasaan. Tetapi kerana situasi itu sendiri wujud dalam jumlah gabungan yang tidak terhad, keadaan ini tidak dapat membantu kita bagi membandingkan perasaan individu yang berbeza terhadap keseronokan atau kesakitan. Tegasnya, terdapat kerumitan yang tidak boleh diatasi untuk menyukat atau mengimbangi keseronokan dan kesakitan. Oleh itu, kenyataan ini merupakan suatu tentangan yang serius terhadap kekuatan prinsip utiliti. Daripada keseluruhan perbincangan kita tentang prinsip utiliti, kesimpulannya ialah kita mesti berjaga jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat utiliti sebagai suatu prinsip etika mahupun pegangan dalam kehidupan. Ini kerana prinsip etika yang di kemukakan masih tidak kukuh dan masih boleh dipertikaikan oleh orang lain mahupun pihak lain.

TEORI EGOISME Ahli falsafah Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 1900) ialah seorang ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat. Ahli falsafah ini pernah menggambarnya kemoralan sosial, terutama etika agama Nasrani dan Yahudi, sebagai ciptaan hamba abdi ( slave morality atau herd morality). Dalam buku On the Genealogy of Morals and Ecc Homo, beliau menyentuh asal usul kemoralan hamba abdi ini. Dalam penerangannya, Nietzche pertamanya mengenal pasti dua kumpulan manusia, iaitu orang biasa atau rakyat jelata dan kumpulan tuan. Kumpulan tuan biasanya terdiri dari golongan bangsawan. Menurut Nietzsche pertamanya rakyat jelata lemah dan tidak berdaya walaupun dari segi bilangan, lebih ramai. Kaum bangsawan pula, sungguhpun mereka kaum minoriti, adalah kuat, individualistik dan mempunyai iradat atau tekat untuk berkuasa dan bebas. Tekad untuk berkuasa ini merupakan tekad kaum bangsawan untuk hidup sebagai overman atau superman, iaitu individu yang ingin mencapai serta menikmati kemoralan ketuanan ( master morality).Oleh sebab itu mereka lemah dan miskin, rakyat jelata ingin melindungi diri mereka daripada diekploitasi oleh kaum bangsawan yang berkuasa itu. Menurut Nietzsche, rakyat jelata biasanya berasa sakit hati dan menyimpan dendam terhadap kemoralan ketuanan yang dianuti kaum bangsawan. Rakyat jelata yang sentiasa menentang bangsawan akhirnya berjaya mendesak golongan itu mengkaji semula pendirian nilai mereka. Akhirnya kaum bangsawan mula mempercayai dan menganggap bahawa baik bukanlah bermaksud bangsawan tetapi baik ialah mengasihi dan menurut segala perintah Tuhan. Kaum bangsawan, berikutan penentangan rakyat jelata, mula melihat diri mereka sendiri mereka sendiri sebagai buruk dan durjana. Mereka akhirnya menganggap bahawa nilai asal mereka ( individualisme atau egoisme) sebagai salah dan terkutuk. Piawai dan ukuran baik dan jahat kaum bangsawan sekarang sudah menjadi piawai baik dan durjana bagi rakyat jelata. Perubahan nilai kaum bangsawan di atas telah dihasilkan dengan berkesan oleh rakyat jelata dengan memperkenalkan peraturan moral yang mengandungi konsep serta pengorbanan diri, rasa bersalah suara batin dendaan pahala dan dosa serta kepercayaan agama.

Menurut Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya Tuhan dan agama yang melindungi dan menjadikan peraturan moral rakyat jelata kekal dan universal, lahir daripada pemberontakan agung golongan majoriti ini terhadap ketuanan nilai bangsawan. Rakyat jelata telah berjaya menjadikan etika dan kemoralan atau perkara salah dan benar itu sebagai berpunca daripada perundangan tuhan.Usaha rakyat biasa memutlakkan peraturan moral mereka dengan mengaitkan autoriti agama atau Tuhan telah ditentang oleh Nietzsche kerana menurutnya, perkara ini merupakan perkembangan ke arah kemoralan hamba abdi yang merendahkan martabat manusia seperti binatang peliharaan atau pun binatang gembala. Beliau berpendapat bahawa keadaan wujudnya manusia masih dalam proses pengubahsuaian dan belum lagi menguasai persekitarannya. Oleh itu, bergantung kepada keadaan dan apabila ada peluang, peraturan moral yang digubal dengan sewenang wenangnya oleh rakyat biasa hendaklah ditentang dan diubah bagi menjamin kemajuan dan kecekapan kaum bangsawan. Oleh sebab pendapat teori ini yang menyatakan Tuhan dan agama ciptaan rakyat biasa melindungi peraturan moral daripada perubahan, kepercayaan itu ialah musuh kehidupan dan kebenaran bagi mereka. Dengan ini, konsep pahala dan dosa telah ditolak oleh mereka. Sebaliknya, dalam usaha menjadi superman, maju dan cekap, individu mesti menentang pengorbanan diri dan menggantikannya dengan pemeliharaan diri, pengasihan diri, pembesaran diri, kepentingan diri dan ego. Individu mesti juga memulihkan tekadnya untuk berkuasa, iaitu naluri semula jadinya yang membolehkan dia membezakan unsur yang boleh menguntungkan berbanding dengan yang merugikannya dan kemudian menekan, menguasai serta mengeksploitasi unsur itu. Seperti yang diterangkan di atas, tekad untuk berkuasa mestilah ditafsirkan juga sebagai tekad untuk hidup. Menurut Nietzsche, mengeksploitasi rakyat biasa dan bukannya pengorbanan diri malah dasar atau hakikat kehidupan. Sebagai rumusan, ahli falsafah ini ialah seorang egois yang mahu melihat kaum bangsawan (sebagai manusia yang individualistik) menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undang undang moral. Beliau mendesak agar kaum bangsawan dan egois bangkit semula dan berkuasa dalam lapangan moral. Pendapat atau falsafah Nietzsche yang diterangkan dengan ringkas di atas tentu sekali ditentang oleh mereka yang beragama. Bagi penentang falsafah ini, Nietzsche dianggap sebagai ateis yang tidak bermoral. Nietzsche juga ditentang oleh pendukung demokrasi serta mereka yang berjiwa masyarakat dan berfikiran sivik. Sesungguhnya, egois biasanya

mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Menurut Ross (1998), egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri sendiri, sebaliknya dalam banyak kes, mungkin memudaratkan orang lain. Lebih khusus lagi, kita boleh membentangkan beberapa penentangan lain terhadap falsafah moral atau etika Nietzsche. Pertama, Nietzsche mungkin jahil tentang hakikat kewujudan manusia atau sengaja menyalahtafsirkannya. Akibatnya, beliau berhujah berasaskan maklumat dan data yang salah. Misalnya, Nietzsche berpendapat, untuk memperoleh kecekapan dan kemajuan, mereka yang lemah mesti dieksploitasikan. Manusia juga tidak perlu bermasyarakat atau taat kepada autoriti, malah, hendaklah membenci pertubuhan atau organisasi. Sejarah menunjukkan perlindungan kepada mereka yang lemah dan menderita tidak menjejaskan kemajuan, kekuatan dan kecekapan umat manusia dan menderita tidak menjejaskan kemajuan, kekuatan dan kecekapan umat manusia keseluruhannya. Kejayaan rakyat Jepun pula, misalnya kerana kesetiaan kepada maharaja mereka. Mereka yang kuat dan berkuasa juga tidak semestinya membenci organisasi. Nietzsche juga menentang pengorbanan diri seperti yang diamalkan oleh tentera Jepun (kamikazi) kerana menurut beliau, unsur ini boleh menyebabkan manusia reput dan mundur (mengurangkan jumlah komuniti). Pada kita ini tidak benar. Sebaliknya manusia seperti binatang liar dan buas akan berbunuhan sesama sendiri jika pengorbanan diri tidak dipraktikkan. Satu lagi hujah menyokong pengorbanan diri dan menentang kepentingan diri ialah pembawaan atau sifat semula jadi jiwa manusia, oleh itu, tidak patut dimusnahkan. Kesimpulannya, Prinsip Utilitarianisme yang dikemukakan mendukung bahawa kita seharusnya memaksimunkan kebahagiaan dan meminimunkan kesakitan.

Manakala pengajaran Egoisme pula menyokong etika individualisme. Oleh itu, dalam kehidupan seharian, kita mestilah berjaga-jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat daripada mana-mana pihak.

RUJUKAN Abdul Rahman Md. Aroff, 1999. Pendidikan Moral : Teori etika dan amalan moral. Serdang ; Universiti Putra Malaysia. Tan Yeow Kwai, 1996. Pendidikan Moral 1: Konsep dan program pendidikan moral. Selangor; Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Tan Yeow Kwai, 2006. Pendidikan moral : Konsep dan pedagogi pendidikan moral. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. http://treebuilder.blogspot.com/2010/11 teori_utilitarianisme_teori egoisme.html. http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/oumm-3202_--etika-profesional/

Anda mungkin juga menyukai