Kajian Bahasa Iban
Kajian Bahasa Iban
Kajian Bahasa Iban
Maran Ramping
Universiti Putra Malaysia
2013
Kajian Bahasa
Perbezaan dan persamaan kebudayaan suku-suku bumiputera di Sarawak, khususnya
kaum Iban dikatakan mencerminkan juga perbezaan dan persamaan dengan suku-suku
bumiputera di kepulauan Nusantara lainnya. Sejauh manakah isu ini benar? Persoalan
berhubung dengan aspek bahasa sangat rumit kerana banyak teori dan tafsiran yang
dikemukan banyak tokoh mahupun sarjana yang berkaita. Antara kaum Iban dan suku
Melayu, misalnya, memang zahir perbezaan kebudayaan, tetapi apakah hubungan
antara kedua-duanya sehingga bahasa mereka menunjukkan kesamaan (Mohd Taib
Osman, 1988).
AA. Cense dan E.M. Uhlenbeck (dalam Mohd Taib Osman, 1988) mengatakan bahawa
bahasa Iban telah dianggap sebagai satu dialek bahasa Melayu. Dalam buku
mereka, Critical Survey of Studies of the Language of Borneo, s-Gravenhage, 1958,
hlm. 10, ada menjelaskan bahawa ada dalam kalangan kaum Iban sendiri percaya pada
suatu ketika dahulu yang mereka berasal dari Sumatera. Ada pula yang cuba
mengaitkan bahasa Iban dengan bahasa Mingkabau kerana diftong di hujung kata yang
terdapat dalam kedua-dua bahasa tersebut (Mohd Taib Osman, 1988). Persoalannya,
sejauhmana hal ini benar? Apakah hubungan ini dapat menjelaskan kaitan bahasa Iban
dengan bahasa Melayu? Maka, perkembangan bahasa Iban dilihat mempunyai
sejarahnya sendiri berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Chemaline (2011) memetik
bahasa Iban ini dapatlah dikatakan mempunyai benihnya sendiri memandang ianya
memiliki cabang penggunaan kata-kata yang bersifat kompleks serta memperlihatkan
ketinggian dan ketulenan warisan bangsa bebanding kaum lain.
Namun, Nik Safiah Karim et al. (2004), mengaitkan bahasa Iban yang dalam golongan
Kalimantan termasuk Kenya-kayan dan Melanau dikatakan tergolong dalam bahasa
Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa
besar yang bernama keluarga bahasa Austris. Di samping rumpun Austronesia, terdapat
dua rumpun yang lain dalam keluarga ini, iaitu bahasa-bahasa Austroasia dan TibetCina.
Tambah beliau lagi, rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang,
iaitu bahasa-bahasa kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia,
antaranya bahasa-bahasa Hawaii, Tonga, dan Moari, bahasa-bahasa Melanesia,
antaranya bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian, dan bahasa-
Bahasa Iban standing dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini, dimartabatkan sebagai
bahasa ilmu dan komunikasi selaras dengan perubahan dan pembangunan komuniti itu
sendiri. Langkah-langkah untuk memantapkan bahasa Iban dari segi tatabahasa,
system ejaan dan sebagainya bertepatan dengan tahap kesediaan dan penerimaanya
sebagai bahasa ilmu. Di Sarawak, banyak institusi mengambil berat terhadap
penggunaan bahasa Iban. Misalnya, institusi gereja, Radio Malaysia Sarawak (RTM)
adalah antara dua buah institusi yang menggunakan bahasa Iban secara pesat hingga
ke hari ini. Organisasi seperti Tun Jugah Foundation (TJF) berdiri teguh meningkatkan
serta memartabatkan aspek kesusasteraan kaum Iban. Selain itu, Majlis Adat Istiadat
Sarawak turut memainkan peranan mereka mengkaji aspek salasilah, adat, budaya dan
undang-undang dalam komuniti kaum Iban. Pertubuhan seperti Sarawak Dayak National
Union (SDNU) dan Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) berfungsi serta
bekerjasama dengan institusi lainnya mempergiatkan usaha mereka dalam
memartabatkan perkembangan bahasa Iban pada tahap yang tinggi.
Bahasa Iban mengikut kajian sarjana lingustik dikatakan cabang dalam rumpun
Austronesia. Asmah Hj. Omar (2008), menyatakan bahasa Iban sememangnya
serumpun dengan bahasa Melayu tetapi tetap mempunyai ciri-ciri dan kekuatan
tersendiri berteraskan terminology serta kekukuhan kepercayaan, adat dan
perundangan kaum Iban. Menurut beliau lagi bahawa bahasa Iban sudah berkembang
lebih kurang 1000 tahun yang lalu. Kajian A.A. Cence dan M. Unlenbeck (1958) turut
memperjelaskan bahawa bahasa Iban sebagai cabang dialek bahasa Melayu. Jika
diselidiki secara mendalam dari segi etimologi bahasa Iban sememangnya tidak dapat
dinafikan perhubungan kedua-dua bahasa ini namun bahasa Iban tetap mempunyai
identitinya tersendiri sebagai bahasa bagi kaum Iban.
Menurut Padang Luna et al. (2011) bahasa Iban mempunyai benihnya sendiri dan
berdiri atas kapasiti sebagai bahasa ibunda kaum Iban yang bertunjangkan ketinggian
adat dan daya kehidupan melebihi kaum-kaum lain. Sebagai contoh, dalam aspek
kesusasteraan kaum Iban terdapat tiga kategori fungsi bahasa Iban yakni bidang
infomasi, hiburan dan adat resam. Struktur atau kategori penggunaan bahasa Iban
secara standard dipergiatkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Pusat
Perkembangan Kurikulum sebagai bahasa yang dipelajari di peringkat sekolah rendah
dan menengah. Bahasa Iban turut dinilai dalam peperiksaan awam seperti Penilaian
Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kini dipelajari sehingga
ke peringat Diploma (Institut Perguruan Malaysia) dan peringkat Ijazah di Universiti,
khasnya Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Jika dibuat perbandingan secara leksikostatistik bahasa Iban dengan bahasa Melayu
mempunyai perhubungan yang agak ketara. Menurut Asmah Hj. Omar (2008), bahasa
Iban dengan bahasa Melayu mempunyai 63% bekognat (berkaitan) berbanding bahasa
Jawa hanya 35% sahaja. Walau bagaimanapun, Padang Luna et al. (2011) setakat hari
ini belum ada kajian dibuat menjelaskan orang yang berbahasa Melayu di Pulau-pulau
Melayu seperti Indonesia, Malaysia dan Filipina serta tempat-tempat lain di Asia
Tenggara sehingga ke Indo-China, ke Pulau Madagaskar, Afrika dan Pulau-pulau di
Pasifik dapat berbahasa Iban atau mengetahui maksud dalam bahasa Iban sekiranya
tidak mempelajarinya. Freeman (1980) mengatakan bahasa Iban mempunyai sejarah
perkembangan dan ketulenan lebih 5000 tahun yang lalu. Dalam masyarakat Iban ianya
menunjukkan bahasa Iban itu sendiri memiliki ketulenan apabila digunakan dalam
banyak soal kehidupan mereka.
Faktor Pengukuhan Bahasa Iban
Bahasa Iban mempunyai aglutinatif, bermakna ianya berasaskan daripada kata imbuhan
kepada kata akar. Perkembangan bahasa Iban berpegang kepada sifat penerimaan dan
kelenturan morfologi. Bahasa Iban mempunyai aspek pengayaan leksikon dan kelainan
berbanding bahasa lain. Menurut Chemaline et al. (2011) perkembangan bahasa Iban
berlaku berikutan daripada kemajuan gaya hidup serta disokong elemen-elemen lain
dalam kata akar, imbuhan awalan, penambahan, dan elemen-elemen lain yang terdapat
dalam morfologi bahasa Iban.
Bahasa Iban mempunyai sepuluh huruf vocal /a/, /a/, /e/, /e/, /i/, /i/, /o/, /o/ dan /u/,
/u/. Satu perkara yang membezakan bahasa Iban dari segi sebutan ialah fitur fonetik
huruf vokal yang memiliki glotis. Ini bermakna, huruf vokal dalam bahasa Iban disebut
sekaligus dan vocal yang disebut bersekat glottis. Huruf vocal yang bersekat glotis
hanya terdapat pada hujung perkataan sahaja. Sebagai contoh, /a/ dalam perkataan
/naga/ berbunyi terbuka tetapi /a/ dalam perkataan /naga/ berbunyai glotis. Fitur vokal
dan glotis dalam bahasa Iban menjadikan kelebihan unik dalam bahasa Iban di mana
memilik acuannya tersendiri. Walau bagaimanapun, dalam aktiviti penulisan ianya tidak
ditulis. Perkataan yang berakhir huruf vocal berbunyi glotis hanya nyata dalam lisan
sahaja. Oleh yang demikian, bahasa Iban mempunyai jati diri yang praktikal dalam
menyampaikan maksud tertentu supaya dapat meliputi sesebuah konsep itu dengan
menyeluruh (Chemaline, 2011).
Dari segi linguistik, bahasa Iban mempunyai enam huruf;
vokal a, e (pepet), e(taling), i, o dan u. Jadual 1.0 menunjukkan huruf-huruf vocal dalam
bahasa Iban.
Jadual 1.0: Huruf-Huruf Dalam Bahasa Iban
Huruf
Simbol
Hadapan
a
a
api
e pepet
e
empai
e taling
e
i
i
iru
o
o
oksigen
u
u
ubi
Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia: PPK (2000)
Tengah
tali
sepan
dinga
koma
buka
Belakang
jaga
chire
mali
chunto
biru
Bagi huruf-huruf konsonan, bahasa Iban memiliki dua puluh satu kesemuanya. Hurufhuruf konsonan /b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y,
z/. Sebilangan perkataan yang tumbuh menggunakan huruf konsonan, misalnya /ch/,
/ng/ dan /ny/. Contoh konsonan sebegini dalam perkataan adalah seperti /ch/ dengan
perkataan /charik/ (koyak); /ng/ dengan perkataan /ngaum/ (menyokong); /ny/ dengan
perkataan /nyabak/ (menangis). Terdapat dua cara menekankan bunyi perkataan dalam
bahasa Iban, iaitu tekanan premier dan tekanan skunder. Contoh, dalam penggunaan
tekanan premier /ch/ dalam perkataan /charik/ (koyak) dan penggunaan tekanan
skunder dalam perkataan /pechah/ (pecah). Bermakna, bunyi sebutan yang bersifat
lembut /eh/ wujud di tengah-tengah perkatan bahasa Iban. Tuntasnya, cara sebutan
yang bersifat lembut melambangkan intonasi bahasa Iban yang baik dan beradab.
Sebutan yang betul memperlihatkan ketinggian standard dalam bahasa Iban yang
digunakan sehari-hari. Jadual 2.0 juga turut memperlihatkan huruf-huruf konsonan di
dalam bahasa Iban.
Jadual 2.0: Huruf-Huruf Konsonan Dalam Bahasa Iban
Huruf
Simbol
Hadapan
Tengah
b
b
batu
sabut
c
ch
chabut
bacha
d
d
dapur
puda
f
f
fosil
sulfur
g
g
gerah
agi
h
h
hari
sehari
j
j
jari
gaji
k
k
kami
aku
l
l
lima
malam
m
m
minta
amat
n
n
nadai
tanah
p
p
nadi
apai
q
q
Quran
r
r
raban
kara
s
s
sukat
asuh
t
t
tiga
ketup
v
v
vitamin
universiti
w
w
wai
lawa
x
x
xeroks
y
y
yu
ayuk
z
z
zoo
plaza
ng
ng
ngajat
angin
ny
ny
nyamuk
anyut
Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia : PPK (2000)
Belakang
bab
abad
tarif
beg
rumah
kolej
pandak
tikal
kasam
ikan
asap
achar
panas
sekut
x-ray
kuiz
pisang
-
Menurut Profesor Dato Asmah Haji Omar (1995) dalam kertas kerja yang dibentangkan
oleh beliau dalam forum Pandangan Terhadap Sistem Ejaan Bahasa Iban Yang
Disediakan oleh Dayak Cultural Foundation: Atur Sepil Jaku Ibanmendapati perkaitan
atau hubungan yang mendalam dengan bahasa Melayu. Usaha ini dijadikan platform
dalam menggubal ssstem ejaan yang mantap bagi bahasa Iban yang standard dan baik.
Dalam ketetapan yang telah diambil, pemilihan prinsip lingustik, ketulenan,
kesederhanaan, fleksibel, dan praktikal diambil kira dalam memurnikan aspek ejaan dan
tatabahasa bahasa Iban yang standard.
Dewasa kini, bahasa Iban yang dipelajari di sekolah rendah dan menengah di negara ini
adalah selaras denga Akta Pendidikan 1996. Kurikulum bahasa Iban di sekolah rendah
mempunyai kesenambungan dengan sekolah menengah. Kurikulum bahasa Iban turut
menekankan aspek kemahiran pelajar menguasai bahasa Iban selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Bahasa Iban yang dimartabatkan sebagai mata pelajaran opsyen di sekolah menyahut
cabaran agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Aspek-aspek yang
berkaitan dengan kemahiran berbahasa, mendengar, lisan, membaca dan menulis
merupakan intipati organisasi kurikulum bahasa Iban. Dengan ini juga selaras dengan
pengajaran bahasa Melayu di sekolah sekarang. Pengisian kurikulum bahasa Iban
mempunyai kepelbagaian aspek bahasa yakni sistem bahasa, tatabahasa, morfologi,
sintaksis, pengayaan istilah, ejaan, sebutan dan intonasi, peribahasa dan kata ganda.
Kesemua aspek ini turut mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu yang diajar di
peringkat sekolah rendah mahupun menengah.
Penutup
Kajian yang berkaitan dengan bahasa suku kaum Iban mempunyai sedikit perkaitan
dengan bahasa Melayu. Kajian Asmah Hj. Omar (2008), bahasa Iban dengan bahasa
Melayu mempunyai 63% bekognat memperlihatkan hubungan kekerabatan kedua-dua
bahasa tersebut. Tambahan pula, pendapat mengatakan bahasa Iban dan bahasa
Melayu serumpun dalam cabang Austronesia mengukuhkan lagi pertalian kedua-dua
bahasa ini. Walau bagaimanapun, unit linguistik dalam bahasa Iban mengandungi
struktur dan fungsinya yang tersendiri wajar diutamakan agar tidak bertindih dengan
bahasa lain. Keadaan ini perlu diberi perhatian memandangkan bahasa Iban boleh
berdiri dengan sendiri selari dengan keutuhan dan identitinya sebagai bahasa ibunda
bagi kaum Iban di Sarawak.
Perkembangan bahasa Iban sejak dari dulu sehingga sekarang memperlihatkan
pertumbungan yang pesat. Bermula sebagai bahasa lisan sehingga menjadi bahasa
ilmu dan komunikasi yang penting sekarang menunjukkan bahasa Iban dapat diterima
oleh semua pihak yang ingin melihat kemajuan bahasa ini setapak lagi. Usaha lain yang
menjadikan bahasa Iban sebagai aset maha penting dan warisan kaum Iban wajar
diperkukuhkan sebagai simbol keutuhan negara Malaysia yang berbilang bangsa dan
agama.
Rujukan:
Asmah Hj. Omar (2008). Ensaiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
A.A. Cence dan M. Uhlenbeck (1958). Critical survey of studies on the language of
Borneo. Gravenhage: Martinus Nihoff.
Chameline Osup & Padang Luna (2011). Morfologi Jaku Iban: Malin nembiak enggau
pengajar. Tanjong Malim, Perak: Pencetakan Salam Sdn. Bhd.
Freeman, D. (1980). Some reflections on the nature of Iban society. Canbera: Australian
National University, Advanced School of Pacific Studies.
Jabu Numpang (1989). Keynote Address on The culture of Sarawak : An overview
dlm.The Sarawak Museum Journal. Vol.2.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran, Bahasa Iban. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mohd Taib Osman (1988). Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood
(2004).Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Padang Luna & Chemaline Osup (2011). Fonologi Jaku Iban : Malin nembiak enggau
pengajar. Tanjong Malim, Perak: Percetakan Salam Sdn Bhd.
Rujukan Internet:
Dipetik pada 10 November 2012.http://telecentre.my/nangajagau/index.php/ms/sejarah.html