Kajian Jaku Iban

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

Kajian Bahasa

Perbezaan dan persamaan kebudayaan suku-suku bumiputera di Sarawak, khususnya kaum


Iban dikatakan mencerminkan juga perbezaan dan persamaan dengan suku-suku bumiputera di
kepulauan Nusantara lainnya. Sejauh manakah isu ini benar? Persoalan berhubung dengan
aspek bahasa sangat rumit kerana banyak teori dan tafsiran yang dikemukan banyak tokoh
mahupun sarjana yang berkaita. Antara kaum Iban dan suku Melayu, misalnya, memang zahir
perbezaan kebudayaan, tetapi apakah hubungan antara kedua-duanya sehingga bahasa
mereka menunjukkan kesamaan (Mohd taib Osman, 1988).
AA. Cense dan E.M. Uhlenbeck (dalam Mohd Taib Osman, 1988) mengatakan bahawa
bahasa Iban telah dianggap sebagai satu dialek bahasa Melayu. Dalam buku mereka, Critical
Survey of Studies of the Language of Borneo, s-Gravenhage, 1958, hlm. 10, ada menjelaskan
bahawa ada dalam kalangan kaum Iban sendiri percaya pada suatu ketika dahulu yang mereka
berasal dari Sumatera. Ada pula yang cuba mengaitkan bahasa Iban dengan bahasa
Mingkabau kerana diftong di hujung kata yang terdapat dalam kedua-dua bahasa tersebut
(Mohd Taib Osman, 1988). Persoalannya, sejauhmana hal ini benar? Apakah hubungan ini
dapat menjelaskan kaitan bahasa Iban dengan bahasa Melayu? Maka, perkembangan bahasa
Iban dilihat mempunyai sejarahnya sendiri berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Chemaline
(2011) memetik bahasa Iban ini dapatlah dikatakan mempunyai benihnya sendiri memandang
ianya memiliki cabang penggunaan kata-kata yang bersifat kompleks serta memperlihatkan
ketinggian dan ketulenan warisan bangsa bebanding kaum lain.
Namun, Nik Safiah Karim et al, (2004), mengaitkan bahasa Iban yang dalam golongan
Kalimantan termasuk Kenya-kayan dan Melanau dikatakan tergolong dalam bahasa
Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar
yang bernama keluarga bahasa Austris. Di samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun
yang lain dalam keluarga ini, iaitu bahasa-bahasa Austroasia dan Tibet-Cina.
Tambah beliau lagi, rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang,
iaitu bahasa-bahasa kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia, antaranya
bahasa-bahasa Hawaii, Tonga, dan Moari, bahasa-bahasa Melanesia, antaranya bahasabahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian, dan bahasa-bahasa Mikronesia, antaranya
bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshal, Carolina dan Gilbert. Bagi Bahasa Melayu
yang tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia mempunyai kira-kira
200-300 bahasa kesemuanya. Menurut beliau lagi, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
bahasa Iban mempunyai pertalian yang jelas dengan bahasa Melayu.

Perkembangan Bahasa Iban


Bahasa Iban dikatakan mempunyai sifat homogen. Menurut C.A. Bamfylde (1898), kaum Iban
merupakan kumpulan etnik pribumi yang paling homogen (sejenis sahaja) iaitu tidak ada sukusuku tertentu, menggunakan bahasa yang sama dan mewarisi nilai, tradisi, kepercayaan, adat
resam serta kebudayaan yang sama. Kaum Iban kaya dengan keunikan bahasanya sebagai
bahasa ilmu dan komunikasi. Padal awal perkembangan bahasa Iban digunakan dalam
hubungan seharian dalam kalangan masyarakat mereka. Dalam aspek komunikasi, bahasa
Iban digunakan bagi menyampaikan idea dan pemikiran. Mereka berinteraksi dengan orang lain
dengan menggunakan bahasa Iban mereka sendiri. Keadaan ini memperlihatkan tahap
perkembangan bahasa Iban telah maju setapak lagi.
Chemaline et al, (2011) menyatakan jumlah penduduk kaum Iban yang kian bertambah
telah menjadikan bahasa Iban semakin penting dan selari dengan matlamat penggunaanya.
Idea ini turut diperjelaskan oleh E.H. Gomes (1911), melalui pemerhatiannya semasa tinggal di
bumi Sarawak. Catatan beliau, corak kehidupan kaum Iban yang kian bertambah baik dari segi
pemikiran, penjagaan kesihatan, pertanian setelah mereka mengutamakan aspek pendidikan.
Para pelajar yang sudah berjaya menamatkan persekolahan apabila mereka kembali ke
kampung sendiri berupaya menjadi contoh (role model) kepada orang lain. Keadaan ini telah
memberi impak positif akan peri pentingnya bahasa Iban sebagai bahasa ilmu dan
perhubungan di peringkat komuniti mereka. Ukuran yang menjadi keutamaan kaum Iban bagi
cara berfikir dan bersaing adalah melalui pendidikan. Mereka yang memiliki ilmu pengetahuan
yang tinggi mampu menghasilkan karya penulisan yang berkisar akan agama, cerita, karangan,
salasilah dan sebagainya. Ekoran daripada itu mereka sudah pandai menulis surat kepada
orang lain.
Bahasa Iban setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini, dimartabatkan sebagai
bahasa ilmu dan komunikasi selaras dengan perubahan dan pembangunan komuniti itu sendiri.
Langkah-langkah untuk memantapkan bahasa Iban dari segi tatabahasa, system ejaan dan
sebagainya bertepatan dengan tahap kesediaan dan penerimaanya sebagai bahasa ilmu. Di
Sarawak, banyak institusi mengambil berat terhadap penggunaan bahasa Iban. Misalnya,
institusi gereja, Radio Malaysia Sarawak (RTM) adalah antara dua buah institusi yang
menggunakan bahasa Iban secara pesat hingga ke hari ini. Organisasi seperti Tun Jugah
Foundation (TJF) berdiri teguh meningkatkan serta memartabatkan aspek kesusasteraan kaum
Iban. Selain itu, Majlis Adat Istiadat Sarawak turut memainkan peranan mereka mengkaji aspek
salasilah, adat, budaya dan undang-undang dalam komuniti kaum Iban. Pertubuhan seperti
Sarawak Dayak National Union (SDNU) dan Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

berfungsi serta bekerjasama dengan institusi lainnya mempergiatkan usaha mereka dalam
memartabatkan perkembangan bahasa Iban pada tahap yang tinggi.
Bahasa Iban mengikut kajian sarjana lingustik dikatakan cabang dalam rumpun
Austronesia. Asmah Hj. Omar (2008), menyatakan bahasa Iban sememangnya serumpun
dengan bahasa Melayu tetapi tetap mempunyai ciri-ciri dan kekuatan tersendiri berteraskan
terminology serta kekukuhan kepercayaan, adat dan perundangan kaum Iban. Menurut beliau
lagi bahawa bahasa Iban sudah berkembang lebih kurang 1000 tahun yang lalu. Kajian A.A.
Cence dan M. Unlenbeck (1958) turut memperjelaskan bahawa bahasa Iban sebagai cabang
dialek bahasa Melayu. Jika diselidiki secara mendalam dari segi etimologi bahasa Iban
sememangnya tidak dapat dinafikan perhubungan kedua-dua bahasa ini namun bahasa Iban
tetap mempunyai identitinya tersendiri sebagai bahasa bagi kaum Iban.

Menurut Padang Luna et al, (2011) bahasa Iban mempunyai benihnya sendiri dan berdiri
atas kapasiti sebagai bahasa ibunda kaum Iban yang bertunjangkan ketinggian adat dan daya
kehidupan melebihi kaum-kaum lain. Sebagai contoh, dalam aspek kesusasteraan kaum Iban
terdapat tiga kategori fungsi bahasa Iban yakni bidang infomasi, hiburan dan adat resam.
Struktur atau kategori penggunaan bahasa Iban secara standard dipergiatkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM), Pusat Perkembangan Kurikulum sebagai bahasa yang dipelajari di
peringkat sekolah rendah dan menengah. Bahasa Iban turut dinilai dalam peperiksaan awam
seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kini dipelajari
sehingga ke peringat Diploma (Institut Perguruan Malaysia) dan peringkat Ijazah di Universiti,
khasnya Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Jika dibuat perbandingan secara leksikostatistik bahasa Iban dengan bahasa Melayu
mempunyai perhubungan yang agak ketara. Menurut Asmah Hj. Omar (2008), bahasa Iban
dengan bahasa Melayu mempunyai 63% bekognat (berkaitan) berbanding bahasa Jawa hanya
35% sahaja. Walau bagaimanapun, Padang Luna et al, (2011) setakat hari ini belum ada kajian
dibuat menjelaskan orang yang berbahasa Melayu di Pulau-pulau Melayu seperti Indonesia,
Malaysia dan Filipina serta tempat-tempat lain di Asia Tenggara sehingga ke Indo-China, ke
Pulau Madagaskar, Afrika dan Pulau-pulau di Pasifik dapat berbahasa Iban atau mengetahui
maksud dalam bahasa Iban sekiranya tidak mempelajarinya. Freeman (1980) mengatakan
bahasa Iban mempunyai sejarah perkembangan dan ketulenan lebih 5000 tahun yang lalu.
Dalam masyarakat Iban ianya menunjukkan bahasa Iban itu sendiri memiliki ketulenan apabila
digunakan dalam banyak soal kehidupan mereka.
Faktor Pengukuhan Bahasa Iban

Bahasa Iban mempunyai aglutinatif, bermakna ianya berasaskan daripada kata imbuhan
kepada kata akar. Perkembangan bahasa Iban berpegang kepada sifat penerimaan dan
kelenturan morfologi. Bahasa Iban mempunyai aspek pengayaan leksikon dan kelainan
berbanding bahasa lain. Menurut Chemaline, et al, (2011) perkembangan bahasa Iban berlaku
berikutan daripada kemajuan gaya hidup serta disokong elemen-elemen lain dalam kata akar,
imbuhan awalan, penambahan, dan elemen-elemen lain yang terdapat dalam morfologi bahasa
Iban.

Bahasa Iban mempunyai sepuluh huruf vocal /a/, /a/, /e/, /e/, /i/, /i/, /o/, /o/ dan /u/, /u/.
Satu perkara yang membezakan bahasa Iban dari segi sebutan ialah fitur fonetik huruf vokal
yang memiliki glotis. Ini bermakna, huruf vokal dalam bahasa Iban disebut sekaligus dan vocal
yang disebut bersekat glottis. Huruf vocal yang bersekat glotis hanya terdapat pada hujung
perkataan sahaja. Sebagai contoh, /a/ dalam perkataan /naga/ berbunyi terbuka tetapi /a/
dalam perkataan /naga/ berbunyai glotis. Fitur vokal dan glotis dalam bahasa Iban menjadikan
kelebihan unik dalam bahasa Iban di mana memilik acuannya tersendiri. Walau bagaimanapun,
dalam aktiviti penulisan ianya tidak ditulis. Perkataan yang berakhir huruf vocal berbunyi glotis
hanya nyata dalam lisan sahaja. Oleh yang demikian, bahasa Iban mempunyai jati diri yang
praktikal dalam menyampaikan maksud tertentu supaya dapat meliputi sesebuah konsep itu
dengan menyeluruh (Chemaline, 2011).

Anda mungkin juga menyukai