Unsur-Unsur Bahasa Sanskrit Dan Bahasa P

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 13

MPU3201 BAHASA KEBANGSAAN A

TRIMESTER 3 2015/2016

Tajuk:

Unsur Asing dalam Bahasa Melayu


(Bahasa Sanskrit dan Bahasa
Parsi)
Encik Ma'aroff Bin Abd Rahman

Nama
Pensyara
h:
Nama
Foo Wee Ning
Pelajar:
ID Pelajar: 1151303480

Isi Kandungan
Pendahuluan......................................................................................................................3
Asal-usul pengaruh Bahasa Sanskrit dan Bahasa Parsi dalam Bahasa Melayu..............4
Kategori dan contoh kosa kata bahasa Sanskrit dan bahasa Parsi dalam bahasa
Melayu...............................................................................................................................6
Bahasa Sanskrit.............................................................................................................7
Bahasa Parsi................................................................................................................12
Penutup............................................................................................................................14
Rujukan............................................................................................................................15

Pendahuluan
Peminjaman kata-kata atau istilah daripada Bahasa Sanskrit dan Bahasa Parsi berlaku
apabila Bahasa Melayu bertembung dengan bahasa-bahasa tersebut. Sejak zaman
Bahasa Melayu kuno, kedua-dua bahasa tersebut telah mempengaruhi Bahasa Melayu
hingga zaman moden. Peminjaman daripada kedua-dua bahasa ini telah
memperkayakan kosa kata bahasa Melayu dari pelbagai aspek. Pengkajian kata
pinjaman dari kedua-dua bahasa ini sangat menarik kerana saya bukan sahaja
memperoleh ilmu tentang perkataan-perkataan yang selalu digunakan, saya juga boleh
mempelajari tentang pengaruh kedua-dua bahasa tersebut atas bahasa dan budaya
Melayu. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Ma'aroff
Bin Abd Rahman dan Multimedia University kerana memberi saya peluang menjalani
pengkajian tersebut dan akibatnya membolehkan saya mengembang ilmu dan
pengetahuan tentang asal-usul bahasa Melayu dari segi pengkajian pengaruh bahasa
Sanskrit dan bahasa Parsi dalam bahasa Melayu.

Asal-usul pengaruh Bahasa Sanskrit dan Bahasa Parsi


dalam Bahasa Melayu
Aktiviti perdagangan antara masyarakat Kepulauan Tanah Melayu dan masyarakat
India pada zaman prasejarah, iaitu sejak abad ke-7 sehingga abad ke-13, telah
memulakan dan memupuk pengaruh bahasa Sanskrit dalam Bahasa Melayu. Bukti
pengaruh Sanskrit wujud dalam bentuk tulisan Palava yang tercatat di atas batu
bersurat pada zaman pemerintahan kerajaan Srivijaya. Ini menunjukkan bahawa
negara India dan Tanah Melayu telah mempunyai hubungan dagangan yang lama.
Pedagang-pedagang India serta pendeta agama Hindu dan Buddha telah memainkan
peranan besar dalam mengembangkan dan menyebarkan unsur-unsur Sanskrit di
Kepulauan Tanah Melayu.
Selain itu, bahasa Melayu menerima kemasukan unsur-unsur bahasa Sanskrit oleh
sebab kedudukan tinggi bahasa Sanskrit pada zaman tersebut. Selain daripada
peminjaman perkataan yang baru, penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian
telah menyebabkan penggantian perkataan bahasa Melayu yang sudah wujud kerana
penggunaan bahasa Sanskrit dianggap lebih sesuai dan menepati maksud perkataan
bahasa Melayu yang asli. Situasi ini juga menunjukkan bahawa bahasa Sanskrit lebih
tinggi mutunya kerana bahasa tersebut merupakan bahasa sarjana pada zaman
tersebut.
Perkunjungan pedagang Parsi ke Tanah Melayu lebih 800 tahun lalu membuahkan
pengaruh bahasa Parsi dalam bahasa Melayu juga. Pengaruh bahasa Parsi dikaitkan
dengan pengaruh agama Islam hasil penyebaran daripada orang Arab di Tanah Melayu.

Oleh itu, boleh dikatakan bahasa Parsi diserap ke dalam bahasa Melayu sezaman
dengan kemasukan unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Kebanyakan
pengaruh bahasa Parsi lebih tertumpu dalam lapangan gelaran dan kesasteraan rajaraja, dan adat pertabalan.

Kategori dan contoh kosa kata bahasa Sanskrit dan


bahasa Parsi dalam bahasa Melayu
Pengaruh bahasa Sanskrit dan bahasa Sanskrit terutamanya disebabkan oleh aktiviti
perdagangan dan penyebaran agama dari negara India dan Parsi. Oleh itu, kebanyakan
kosa kata kedua-dua bahasa ini adalah dalam bidang perdagangan dan agama.
Terdapat juga kosa kata dari bidang lain seperti istilah abstrak dan lain-lain lagi.
Kedua-dua bahasa ini telah menpengaruhi perkembangan bahasa Melayu, terutamanya
dalam memperkayakan kosa kata bahasa Melayu. Oleh itu, masyarakat tempatan boleh
menamakan sesuatu benda atau konsep baru yang diperkenalkan oleh pedagangpedagang India dan Parsi.
Selain itu, kebanyakan perkataan bahasa Melayu tidak menepati maksud bahasa asing
dan perlu digantikan untuk meningkatkan tahap bahasa Melayu dari segi semantik dan
juga menunjukkan bahasa Melayu bermaju setahap dengan perkembangan semasa,
oleh itu bahasa Melayu boleh mengekalkan relevan dan statusnya yang bertahap tinggi
tidak kesah kepada zaman yang mana-mana.

Bahasa Sanskrit
Contoh-contoh perkataan bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:
Bidang
Agama dan Falsafah

Istilah abstrak

Alam semula jadi

Negara dan hubungan

Bahasa Sanskrit
agama
vidyadhari
buddh
deva
devi
upavasa
asmara
vancana
cidra
gambhira
santosa
bhumi
athana
surya
chaya
juala
pungala

Bahasa Melayu
agama
bidadari
budi
dewa
dewi
puasa
asmara
bencana
cedera
gembira
sentosa
bumi
tanah
suria
cahaya
nyala
pengawal

kekerabatan
rajah
raja
maharajah
maharaja
paramesuara
permaisuri
mantri
menteri
rajaputraka
putera
Lain-lain
sanabhya
saudara
wuat
buat
bhasika
bahasa
Jadual 1: Contoh-contoh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu
Pada masa yang sama, terdapat beberapa proses penyerapan bahasa Sanskrit yang
berlaku di dalam bahasa Melayu seperti berikut:

No.
1

Proses
Penyerapan bahasa

Keterangan
Beberapa imbuhan yang

Contoh
Bahasa

Sanskrit ke dalam

digunakan dalam

imbuhan bahasa

Bahasa Melayu berasal

Sanskrit
Melayu
eka, dwi, maha, pra, swa,

Melayu

dari bahasa Sanskrit

Bahasa

tata, tuna, wan ,man,


wait, nita

Peleburan

Proses pengguguran

uttara

utara

kamsa

gangsa

vela

bila

atau peleburan satu


konsonan dalam
perkataan-perkataan
yang mengandungi dua
konsonan yang sama
3

Perubahan konsonan

dan berurutan.
Proses ini melibatkan

tidak bersuara kepada

perubahan konsonan

yang bersuara

letupan lelangit lembut


tidak bersuara /k/
menjadi konsonan
lelangi lembut

Perubahan vokal /e/

bersuara /g/.
Proses ini melibatkan

menjadi /i/

perubahan vokal depan


separuh sempit /e/
menjadi vokal depan

Perubahan vokal /i/

sempit /i/.
Proses ini melibatkan

menjadi /e/

perubahan vokal dengan

divasa

dewasa

sutra

sutera

sarira

selera

stri

isteri

manusya

manusia

parusa

prosa

sempit /i/ menjadi vokal


depan separuh sempit
6

Suara bakti

/e/.
Proses penambahan
vokal antara dua bunyi
konsonan yang tidak

Disimilasi

silabik.
Proses disimilasi ialah
proses perubahan dua
bunyi yang sama

Protesis

menjadi tidak sama.


Proses protesis ialah
proses pertambahan
vokal pada bahagian
awal perkataan sebelum

Epentesis

sesuatu bunyi konsonan.


Proses penambahan
bunyi vokal atau
konsonan di tengah kata

10

Sinkop

selain bunyi basal.


Proses ini
memendekkan kata
dengan cara

menggugurkan bunyi
11

Haplologi

tengah atau suku kata.


Proses penggugguran

samanantar

sementar

satu suku kata dalam

budidaya

budaya

perkataan yang
mengandungi dua suku
kata yang sama dan

berurutan.
Jadual 2: Proses penyerapan bahasa Sanskrit yang berlaku di dalam bahasa Melayu

Bahasa Parsi
Contoh-contoh perkataan bahasa Parsi dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:
Bidang
Sikap manusia, moral dan hubungan

Bahasa Parsi dalam Bahasa Melayu


takhta

kekeluargaan

Bahagian anggota badan dan pakaian


Makanan, buah-buahan dan minuman
Agama
Rumah dan konsep berkaitan

Perdagangan dan perakaunan

cara
nama
kahwin
nenek
baju
jam
lengan
anggur
agar-agar
gandum
ustaz
istana
bandar
taman
dewan
bazar
daftar

Ketenteraan dan konsep berkaitan

arah
pahlawan
Jadual 3: Contoh-contoh bahasa Parsi dalam bahasa Melayu
Kebanyakan perkataan-perkataan bahasa Parsi dalam bahasa Melayu tidak mengalami
perubahan maksud dan sebutan. Keadaan ini menunjukkan bahawa orang Iran dan
orang Melayu mempunyai perhubungan yang sangat erat. Dalam bidang pemerintahan,
kosa kata Parsi banyak digunakan untuk gelaran raja-raja Melayu dan upacara
penabalan raja-raja Melayu. Nama raja-raja Melayu Melaka pula membawa gelaran
Syah, di mana pengunaan perkataan Syah merupakan kata pinjaman daripada bahasa
Parsi yang dibawa masuk oleh orang India.

Penutup
Kesimpulannya, boleh dilihat bahawa bahasa Sanskrit dan bahasa Parsi banyak
mempengaruhi pengembangan bahasa Melayu sejak zaman dahulu dalam banyak
aspek akibat interaksi masyarakat India dan masyarakat Parsi dengan masyarakat
Tanah Melayu. Secara tidak langsung, penyerapan perkataan kedua-dua bahasa
tersebut juga memperkenalkan konsep yang baru kepada masyarakat Melayu dan ini
membolehkan masyarakat Melayu memperolehi lebih banyak ilmu dan pengetahuan.
Oleh sebab itu, pengaruh kedua-dua bahasa tersebut telah menyumbang banyak ke
kemajuan bahasa Melayu sehingga hari ini.

Rujukan
Munisviran, T., Aya, M., Bella, H., & Eiyzah, E. E. (2013, Mei 19). Pengaruh Bahasa Asing.
Dalam Karya Agung Melayu. Diambil dari
http://karyagungsem4.blogspot.my/2013/05/pengaruh-bahasa-asing.html
Mamat, N. (2011, Ogos 11). Bab 8: Peminjaman Dalam Bahasa Melayu. Diambil dari
http://www.academia.edu/7954468/BAB_8_PEMINJAMAN_DALAM_BAHASA_MELAYU
Noorsinah, C. (2013, Mei 12). Pengaruh Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu. Dalam
Kalungan Budi. Diambil dari
http://cikgunoorsinah.blogspot.my/2013/05/pengaruh-bahasa-asing-dalam-bahasa.html
Melebek, A., & Moain, A. (2006). Sejarah Bahasa Melayu (pp. 19-50). Kuala Lumpur, Malaysia:
Utusan Publications & Distrubutors. Diambil dari https://books.google.com.my/books?
id=5JgkxzsW_p8C&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false
Azad, M. (2007, Mei 28). Hubungan Melayu-Parsi. Diambil dari
http://naim-firdausi.blogspot.my/2007/05/hubungan-melayu-parsi.html

Anda mungkin juga menyukai