AKULTURASI
AKULTURASI
AKULTURASI
5.0 KESIMPULAN 18 - 19
6.0 RUJUKAN 20
1
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan
individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila
satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu
kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan
diolah dalam kebudayaan sendiri. Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur
kebudayaan dalam kalangan dua Masyarakat
Masyarakat pula ialah satu konsep yang paling penting dalam memahami hubungan
etnik. Terdapat pelbagai pendapat yang diberikan dalam mendefinisikan konsep masyarakat iaitu
sebagai kelompok manusia yang telah cukup lama hidup bersama dan saling bekerjasama
sehingga dapat mengorganisasikan diri dan meletakkan diri mereka sebagai kesatuan sosial yang
mempunyai batas-batas tertentu. Masyarakat adalah satu gagasan yang terdiri daripada manusia
yang saling berhubungan secara kolektif dengan mampunyai hak dan tanggungjawab yang saling
mengiktiraf. Menurut definisi Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu.
Kaitan akulturasi amatlah sangat berkait rapat antara budaya dan masyarakat. Akulturasi
juga dapat dieertikan sebagai individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
Satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu
kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan
diolah dalam kebudayaan sendiri. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan
atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses
pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan
2
kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh
dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya.
Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan
memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.
Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi.
Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang
mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk
kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.
Proses akulturasi berlaku apabila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing dan
kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing tersebut sesuai dengan kehendak-kehendak
tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri. Berbeza dengan proses
asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima,
Jayyum A. Jawan (1997).
Menurut Jayyum A. Jawan lagi budaya merupakan merujuk kepada ilmu pengetahuan,
kepercayaan,kesenian, kesusilaan, undang-undang dan adat resam . Secara umumnya budaya
ialah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa. Ia meliputi semua aktiviti harian
manusia dan juga berperanan membezakan antara bangsa-bangsa tertentu.
Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua
atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada
peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan
usur kebudayaan sendiri.
Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau,
makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah
dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu
masyarakat. Namun begitu, bukanlah mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang
mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat
kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak
berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.
3
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan
individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi.
Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang
mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk
kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima. Perkembangan
kebudayaan India ke Tanah Melayu berlaku hasil daripada aktiviti perdagangan India dengan
Asia Tenggara pada permulaan tahun Masihi.
Salah satu akulturasi dari budaya India ini adalah konsep diraja. Pengasas Melaka iaitu
Parameswara sendiri merupakan seorang yang beragama Hindu. Buktinya, sebelum kedatangan
Islam ke Tanah Melayu, sistem diraja adalah bersifat Hindu-Budha. Keadaan ini adalah
berdasarkan konsep Dewaraja.
Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah membesarkan keagungan
dan kedudukan Raja dalam upacara pertabalan baginda. Adat resam dan budaya masyarakat
Melayu juga turut menerima pengaruh daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan mantera.
Ini dapat dilihat daripada golongan bomoh atau dukun ketika melakukan upacara yang
berkenaan. Amalan seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai serta
mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat Melayu juga
4
dipengaruhi oleh amalan masyarakat India. Mengikut kebudayaan Hindu terdapat perbezaan
antara lapisan masyarakat bangsawan dengan masyarkat bawahan.
Oleh itu, wujudnya sistem kasta. Pengaruh ini dapat dilihat dalam struktur masyarakat
dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam
masyarakat di mana terdapat pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan
dengan rakyat biasa. Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam
kehidupan masyarakat Melayu. Kesan hubungan masyarakat India dengan Alam Melayu juga
dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan. Misalnya epik dan mitos India digunakan dalam
kesusasteraan Melayu Lama, seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Seri Rama, Hikayat
Pendawa Lima (berasaskan Ramayana dan Mahabrata),
Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayah Nakhkoda Muda, Hikayat Maharaja Pikrama
Sakti (daripada Kathasaritsagara). Beberapa tema dan motif kesusasteraan India tertentu
diserapkan ke dalam beberapa karya tradisi historiografi Melayu sebagai contoh lagenda Raja
Suran yang mengembara ke negara dasar laut dan perkahwinannya dengan puteri raja kerajaan
tersebut tercatat dalam Sejarah Melayu manakala jelmaan anak raja daripada buih terdapat dalam
Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dikaitkan dengan sumber kesusasteraan India tertentu.
Kesannya, budaya Islam telah dibawa masuk ke Tanah Melyu seperti adat memberi
salam, memakai pakaian menutup aurat seperti baju kurung, meletakkan nama-nama berasal dari
perkataan Arab dan sebagainya.
5
3.0 PERKEMBANGAN AKULTURASI ANTARA KUMPULAN ETNIK DALAM
MASYARAKAT MALAYSIA
Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Melaka telah diasaskan oleh Parameswara,
seorang putera Srivijaya yang beragama Hindu dan berasal dari Palembang. Parameswara
mengasaskan Melaka sekitar tahun 1400. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam.
Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Pada
ketika itu, agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka dan nama
Parameswara ditukar kepada Sultan Muzaffar Syah, Tan Chee Yee (1992).
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju
adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun
Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di
Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan
Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang
mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) telah menaiki takhta. Disebabkan
kedudukan Melaka yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi
kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah
menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan
Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun
Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po
tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang
terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan
tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk
memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata,
"Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia".
6
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah
Melaka tewas di tangan penjajah Portugis melalui pimpinan Alfonso de Albuquerque pada tahun
1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.
1. Konsep Diraja
Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima pengaruh daripada
agama Hindu iaitu amalan jampi dan mantera. Ini dapat dilihat daripada golongan bomoh atau
dukun ketika melakukan upacara yang berkenaan. Amalan seperti melenggang perut, bertindik
telinga, bersanding dan berinai serta mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi
dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh amalan masyarakat India.
3. Sistem kasta
7
atasan atau bangsawan dengan rakyat biasa. Keadaan ini membawa kepada kemunculan
masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu.
4. Kesusasteraan
Kesan hubungan masyarakat India dengan Alam Melayu juga dapat dilihat dalam bidang
kesusasteraan. Misalnya epik dan mitos India digunakan dalam kesusasteraan Melayu Lama,
seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima
(berasaskanRamayana dan Mahabrata), Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayah Nakhkoda
Muda, Hikayat Maharaja Pikrama Sakti (daripadaKathasaritsagara). Beberapa tema dan motif
kesusasteraan India tertentu diserapkan ke dalam beberapa karya tradisi historiografi Melayu
sebagai contoh lagenda Raja Suran yangmengembara ke negara dasar laut dan perkahwinannya
dengan puteri raja kerajaan tersebut tercatat dalam Sejarah Melayu manakala jelmaan anak raja
daripada buih terdapat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dikaitkan dengan sumber
kesusasteraan India tertentu. Tan Chee Yee (1992).
Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka ini juga, kita dapat melihat akulturasi dari
segi bahasa. Buktinya terdapat lebih 30% kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit diserapkan ke
dalam Bahasa Melayu. Contohnya, pada batu Bersurat Kedukan Bukit (683M) terdapat kosa-
kosa kata seperti sapuluh , datang, jalan, laksa dan banyak lagi.Zaid Ahmad et.al (2006).
6. Wayang kulit
Kemasukan unsur-unsur daripada epik Ramayana dan Mahabrata juga terdapat dalam
seni lakon dan wayang kulit di Nusantara. Walau bagaimanapun, proses penyerapan budaya
tersebut turut mengambil kira penyesuaian dan penyelarasan oleh unsur-unsur kebijaksanaan
tempatan.
8
7. Agama Islam
Sikap golongan agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan oleh ulama-ulama Islam
di Alam Melayu memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku, Zaid Ahmad et.al (2006)
Mereka berjaya memberikan tasawwur Islam yang sebenar sehingga terbentuknya pendidikan
formal melalui institusi seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah. Kesannya, budaya Islam
telah dibawa masuk ke Tanah Melyu seperti adat member salam, memakai pakaian menutup
aurat seperti baju kurung, meletakkan nama-nama berasal dari perkataan Arab dan sebagainya.
Dalam pada itu, interaksi tamadun juga mementingkan kebijaksanaan pemimpin. Contoh
paling ketara ialah kepimpinan dalam Islam yang berteraskanpemimpin adalah khalifah di muka
bumi. Islam menggunskan sistem berpolitik seperti tauhid, risalah dan khalifah. Dalam politik,
prinsip yang ditekankan ialah keadilan, kesamaan, syura dan akuauntabiliti. Sumber dalam
politik Islam ialah Kitabullah dan sunnah rasul-Nya selain daripada ijtihad dan ijma ulama.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah
Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda
pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian
Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah
mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-
Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih
kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British.
Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman,
9
Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain, Syamsul Amri
Baharuddin (2003).
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat
pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah
memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya muncullah golongan berpendidikan yang
mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan
majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Terdapat dalam kalangan mereka telah
membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura
(KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka
dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya
satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun
1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk
menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan
harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di
Tanah Melayu (1948-1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa.
Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union.
Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk
tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan
tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan
penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula
membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri
negaranya.
10
3.2.1 Contoh Akulturasi Zaman Penjajahan
1. India Muslim
Semasa Zaman Penjajahan British, mereka telah menggalakan kemasukan buruh dari
India secara beramai-ramai bagi mengusahakan ladang-ladang getah di Tanah Melayu,Syamsul
Amri Baharuddin (2003). Kedatangan mereka ini juga tidak dihalang oleh orang Melayu dan
mendapat galakan pihak British, di samping itu orang India sudah mempunyai hubungan tradisi
dengan Tanah Melayu. Kemasukan buruh India adalah melalui 3 sistem iaitu sistem buruh bebas
atau merdeka, sistem kontrak dan sistem kangani. Melalui sistem buruh bebas, mereka datang
dengan biaya sendiri yang diatur oleh orang atau kumpulan tertentu.
Interaksi sosial yang berlaku antara mayarakat Melayu di Alam Melayu dengan pedagang
dari India telah meninggalkan kesan mendalam terhadap budaya Melayu. Perkahwinan campur
antara orang berketurunan India dengan masyarakat tempatan telah membentuk sebuah
masyarakat minority yang dikenali sebagai masyarakat India-Muslim. Bukti kehadiran pedagang
dari India ini ditemukan dalam catatan sejarah Melaka. Tanjung Kling di Melaka dikatakan
dinamakan sedemikian oleh Portugis memandangkan terdapat ramai pekerja India yang bekerja
di tempat tersebut pada masa itu. Masyarakat India-Muslim ini mengamalkan cara hidup Melayu
dan mengamalkan adat-adat Melayu seperti beragama Islam, makan masakan Melayu, memakai
baju kurung dan sebagainya. Bahasa merupakan elemen terpenting dalam kehidupan masyarakat
India-Muslim. Kebanyakan anggota masyarakat ini lebih gemar berbahasa Tamil untuk
berinteraksi dalam kehidupan seharian,Syamsul Amri Baharuddin (2003).
Terdapat juga kata pinjaman daripada bahasa Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri
kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan untuk disesuaikan dengan bahasa
Melayu. Antara pinjaman bahasa daripada bahasa Tamil ialah :
11
3. Baba dan Nyonya
Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19
yangkebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.
Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit,
sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi. Kesan pengaruh budaya
Cina ke dalam peradaban Melayu agak ketara dengan kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya,
khususnya di Melaka. Antara perkapungan komuniti ini di Melaka ialah Melaka Tengah dan
Bandar Melaka antaranya Klebang Besar, Ujong Pasir, Jalan Tan Cheng Lock, Bandar Hilir, Batu
berendam, Bukit Rambai di samping di Daerah Jasin, Alor Gajah, Sungai Udang dan Masjid
Tanah, Zaid Ahmad et.al (2006)
Sehingga tahun 1977, terdapat seramai 5,000 orang Baba di Melaka atau bersamaan 3
peratus daripada keseluruhan masyarakat Cina di Melaka Asal usul masyarakat Baba dan
Nyonya bermula dengan hubungan dan sejarah awal antara masyarakat Cina dengan penduduk
tempatan khususnya orang Melayu. Ciri komuniti ini yang pada umumnya berpendidikan
Inggeris jelas memperlihatkan pengaruh Melayu dari segi pemakaian dan makanan. Generasi tua
masih mengekalkan pemakaian sarung dan kebaya. Masakan Nyonya mempunyai ciri kombinasi
Cina dan Melayu yang unik tetapi lebih cenderung kepada masakan Melayu. Hasil daripada
penyerapan budaya ini juga memberi kesan terhadap ragam bahasa yangmembentuk dialek
komuniti mereka sebagai bahasa pertuturan yang dikenali bahasa Melayu Baba.
4. Cina peranakan
Kewujudan penempatan komuniti Peranakan Cina di pantai Barat dan pantai Timur
Semenanjung Malaysia merupakan rentetan pertalian pedagang Cina dengan Alam Melayu.
Berdasarkankajian, peranakan Cina di Kelantan kini menetap di kawasan tebing Sungai Kelantan
dari KualaKerai di hulu, sehingga ke Tumpat di bahagian muaranya dan sekitar Kampung Tanah
Merah di Machang. Komuniti ini telah wujud ikatan yang rapat antara orang Melayu Kelantan
dengan komuniti peranakan Cina yang menyebabkan proses penyerapan budaya Melayu berlaku
di kalangan mereka. Manakala penempatan komuniti ini di Terengganu di sepanjang Sungai
12
Terengganu khususnya di Pulau Babi (kini Pulau Bahagia), Tirok dan Wakaf Tapai. Penggunaan
dialek Kelantan dan Terengganu yang fasih dan baik serta jenis pakaian yang serupa antara aspek
yang paling ketara. Mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat tempatan
dengan berkongsi minat yang sepunya seperti minat terhadap permainan, wayang kulit, wayang
gedek, menora selain permainan mahjong, capjeki dan pakau bagi kumpulan pinggiran. Walau
bagaimanapun masih terdapat kekangan penyerapan sepenuhnya golongan Peranakan ke dalam
masyarakat Melayu iaitu agama. Mereka masih mengekalkan amalan kepercayaan dan budaya
berasaskan warisan peninggalan nenek moyang mereka serta kepercayaan agama Buddha yang
merupakan faktor yangmembezakan masyarakat mereka dengan Melayu yang menganut Islam.
5. Peranakan Jawi
Masyarakat peranakan jawi terbentuk hasil perkahwinan campur antara lelaki India-
Muslim dari selatan India dengan wanita Melayu di Pulau Pinang. Seperti masyarakat Peranakan
Cina atau Baba Nyonya di Melaka, bahasa Melayu merupakan bahasa perhubungan utama dalam
kalangan masyarakat Peranakan Jawi. Salah satu perbezaan yang jelas antara masyarakat
Peranakan Jawi dengan India-Muslim dapat dilihat dari segi penggunaan bahasa. Walaupun
kedua-dua masyarakat ini beragama Islam, masyarakat Peranakan Jawi lebih gemar
menggunakan bahasa Melayu berbanding dengan masyarakat India-Muslim yang lebih gemar
menggunakan Bahasa Tamil.
6. Sistem Pentadbiran
Kesan penjajahan eropah juga telah membawa perubahan terhadap politik negara dimana
telah wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa diantara tiga unsur penting
iaitu; legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman diperkenalkan. Ini dapat dilihat dengan jelas
sekali perubahan yang telah dibawa berdasarkan perbezaannya dengan pentadbiran alam melayu
yang telah sedia ada iaitu, sebelum penjajahan eropah, sistem pentadbiran adalah dibawah kuasa
mutlak raja-raja dimana tiada pengagihan bidang kuasa. Seperti yang dapat dilihat, perubahn di
dalam pentadbiran ini, iaitu pengagihan kepada tiga bidang kuasa iaitu eksekutif, legislatif dan
13
juga kehakiman telah diteruskan didalam operandi dan pentadbiran negara sehingga ke hari ini,
dimana setiap unsur penting tersebut mempunyai bidang kuasa mereka yang tesendiri.
Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi hasil daripada campuran atara
sistem kapitalis dengan sistem sosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan pihak persendirian atau
swasta bekerjasama untuk membentuk satu pasaran yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan digubal
secara menyeluruh dan merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau persendirian.
Kerajaan sebagai pentadbir walau bagaimanapun boleh campur tangan dalam pasaran serta
urusan ekonomi dan kewangan apabila keadaan memerlukan.
Pada awalnya, sistem ekonomi campuran ini diamalkan di negara-negara luar seperti
Jepun, India dan United Kingdom. Selepas kemerdekaan, Malaysia mula mengamalkan sistem
ini bagi mentadbir ekonomi negara.
Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan rakyat. Walaupun
kerajaan menjadi pemilik kepada badan-badan utiliti tertentu tertentu namun pihak swasta atau
persendirian juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan-kegiatan perniagaan yang besar serta
menjadi pemilik kepada industri-industri gergasi yang penting di negara ini bahkan berbagai-
bagai insentif diberikan untuk menggerakkan kegiatan sektor swasta. Malaysia adalah di antara
negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran.
14
perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Pada tahun 70-an, kerajaan di samping
mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk
menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah
diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan industri yangmengunakan ramai
buruh.
Pada tahun 80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan
menerusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas
perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi.
Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Perkilangan adalah sektor
baru tetapi penting dan akan bertambah tinggi kedudukannya pada tahun-tahun akan datang.
3. Dasar Penswastaan
Penswastaan atau penyerahan milik negara kepada sektor swasta bermaksud mengubah
sesuatu perniagaan, perkhidmatan atau perusahaan daripada hak milik atau kawalan negara,
kerajaan atau awam kepada hak milik atau pengendalian swasta. Istilah penswastaan juga
merujuk kepada penggunaan kontraktor swasta untuk memberi perkhidmatan yang dahulunya
disediakan oleh sektor awam.Dasar penswastaan di Malaysia bermula dengan rasmi pada tahun
1983.
4. Islam Hadari
15
Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan
untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang
unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan,
ekonomi global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.
Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan
tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah
merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.
Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat yang
mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya
saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara
bijaksana, rasional, praktikal dan damai,Mardianah Nordin (2003)
5. Budaya 1Malaysia
Menurut beliau, konsep 1Malaysia dalam pentadbiran baharunya beerti bahawa kita
berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia - One People dan mengambil segala
tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik di Malaysia.
Pendekatan baharu ini merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan Negara dengan
berpaksikan perpaduan dan integrasi, kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan
kemajuan negara.
16
4.0 HALANGAN PERPADUAN TANPA AKULTURASI DI MALAYSIA
Malaysia berhadapan dengan cabaran untuk memupuk integrasi ke arah perpaduan sosial
yang ampuh, yang membezakan antara satu kelompok etnik dengan kelompok etnik yang lain
adalah adat resam, pola-pola kekeluargaan dan kekerabatan, agama, bahasa dan nilai kelompok
etnik berkenaan. Sikap etnosentrik akan lahir apabila ahli sesuatu kelompok etnik menganggap
ciri-ciri kebudayaan merekalah yang terbaik, benar dan hebat dari kelompok etnik lain.Apabila
wujud pemikiran seperti ini perpaduan tidak akan dapat dibina
Sikap perkauman yang kuat mempengaruhi pemikiran, sikap dan nilai tuntutan aspirasi
dan persaingan, prejudis, stereotaip dan diskriminasi dalam segala aspek antara kaum. Semua
elemen ini akan menyumbang kepada tercetusnya masalah dan konflik antara etnik.
17
5.0 KESIMPULAN
Isu-isu yang berlegar sekitar hubungan etnik terutamanya berkaitan perpaduan dan
integrasi amat perlu untuk difahami kerana jika diperhalusi daripada sudut sosiologi dan
antropologi, integrasi nasional membawa maksud minat yang semakin bertambah dalam diri
manusia untuk menyatukan kelompoknya demi survival kelompok tersebut). Sekiranya proses
ini tidak dilakukan kelompok tersebut akan musnah dan hancur. Justeru itu, integrasi nasional
dan perpaduan merupakan rukun survival yang perlu untuk meneruskan kehidupan di dunia.
Sehubungan itu, negara memerlukan bangsa Malaysia yang bersatu padu, berkongsi masa
depan yang sama, hidup dalam keadaan yang harmoni dan wujud perkongsian dengan cara yang
sebenar dan adil.
Jadi tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi.
Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang
mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk
kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima
18
Malaysia menggunakan model integrasi dan plural dalam membina perpaduan etnik.
Konsep pluraliti budaya atau cultural pluralism membenarkan setiap komuniti untuk
mengamalkan cara hidup dan budaya masing-masing termasuk penerimaan terhadap perbezaan-
perbezaan dalam aspek-aspek hidup yang sifatnya lebih peribadi seperti makanan, social
keluarga, amalan agama dan pembentukan organisasi social untuk menjadi kepentingan kaum
masing-masing.
Apa pun situasinya, penghayatan terhadap konsep dan nilai integrasi dan perpaduan serta
keupayaan setiap individu dalam kumpulan etnik tertentu untuk mengadaptasi diri dengan
kepelbagaian etnik dan budaya merupakan strategi utama dan relevan dalam usaha untuk
mencapai matlamat perpaduan sosial, budaya dan politik yang dihadapi oleh kebanyakkan
Negara, termasuklah negara maju
19
6.0 RUJUKAN
Zaid Ahmad, Ho Hui Ling, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ku Halim Ku Arifin, Lee
Yok Fee, Nazri Muslim Dan Ruslan Zainuddin, 2006. Hubungan Etnik Di Malaysia.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
20