Assignment Akauntabiliti

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 15

ASAS PENTADBIRAN AWAM

PENGENALAN

Pembangunan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan adalah amat penting bagi

menjadikan bangsa Malaysia sebagai bangsa yang berdaya saing di peringkat global. Kualiti

yang dimaksudkan bukan sahaja merangkumi pendidikan dan kepakaran semata-mata, ianya juga

harus melibatkan nilai moral yang tinggi, bertanggungjawab, dan mengutamakan nilai-nilai

murni dalam kehidupan. Antara aspek penting yang boleh menjadi pemangkin utama ke arah

membentuk bangsa Malaysia yang berkualiti ialah penerapan konsep akauntabiliti.

Akauntabiliti adalah prinsip yang perlu ada dalam diri setiap penjawat awam.

Pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan dan disertakan dengan amalan prinsip-prinsip

akan dapat memastikan peruntukan yang telah diberikan kepada agensi kerajaan, projek,

program atau aktiviti dapat mengikut perancangan dan anggaran, prosedur, sistem dan peraturan

semasa, serta mendapat pulangan terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan

Penerapan konsep akauntabiliti dalam setiap individu yang bergelar warganegara

Malaysia seharusnya menjadi antara agenda penting pengurusan tertinggi setiap organisasi.

“We are accountable to each other and to the people dan bertanggungjawab kepada Allah

SWT di Hari Penghitungan. Kita telah diberi amanah, kita mestilah beramanah, we hold

the people trust we must therefore be trusted.” (YAB Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi –

Majlis Perdana Persidangan Awam ke-5).

“Integrity without knowledge is weak and useless and knowledge without integrity is

dangerous and dreadful”. (Samuel Johnson)

(http://simung.wordpress.com/2010/07/06/akauntabiliti-dan-integriti-dalam-pengurusan-

kewangan/)
1
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

Nabi Muhammad s.a.w bersabda dengan maksud:

“Allah mencintai apabila tugas diamanahkan kepada seseorang, maka laksanakan tugas tersebut

dengan sebaik mungkin.”

(http://web.uthm.edu.my/pp/kompentesi/notaptk3/urusintegriti.ppt)

Begitulah antara petikan kata-kata yang menggambarkan betapa pentingnya prinsip

akauntabiliti dalam kehidupan dan kerja-kerja seharian. Tanggungjawab sebagai penjawat awam

adalah menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Sehubungan dengan

itu, penjawat-penjawat awam hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-

nilai murni termasuk akauntabiliti dan integriti bagi memastikan matlamat penyampaian

perkhidmatan kerajaan kepada orang awam tercapai.

KONSEP DAN PENGERTIAN ASAS

Akauntabiliti merujuk kepada memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang

ditentukan secara bertanggungjawab ke atas kejayaan ataupun kegagalan. Akauntabiliti penting

bagi memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan mencapai objektif yang telah ditetapkan dan

tiada pembaziran yang menjejaskan sumber-sumber awam.

(http://pkn.pahang.gov.my/attachment/notakursus/pengurusankew2006/pengurusankewkerajaan

Neg(1).pdf)

Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti bermaksud bertanggungjawab

kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Malahan akauntabiliti sering dirujuk

2
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

kepada sikap bertanggungjawab yang mendalam, jujur, telus, dan amanah. Manakala perkataan

yang sering dirujuk oleh golongan cendiakawan Islam pula ialah muhasabah. Berdasarkan

Kamus Dewan, muhasabah membawa maksud perbuatan menilai, meninjau perasaaan (fikiran,

pendirian) diri sendiri. Bermuhasabah pula bermaksud membuat penilaian terhadap diri sendiri.

Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk

memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka

yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga berkaitan

dengan disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban

terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. Konsep akauntabiliti sebenarnya sudah wujud

semenjak zaman Aristotle dalam bukunya “The Politics” apabila apabila beliau menyentuh

tentang pengurusan kewangan dan perbelanjaan negara kota atau “Polis”.

Dalam sektor awam, istilah akauntabiliti diberi takrifan sebagai tanggungjawab individu

atau organisasi yang menjalankan tugas dan tanggungjawab menguruskan sumber-sumber awam

melalui perwakilan kuasa. Berdasarkan konsep yang telah dijelaskan, terdapat hubungan yang

melibatkan dua pihak yang memberikan dan menerima perkhidmatan. Pihak yang mendapat

kuasa bertanggungjawab melaporkan semula kepada pihak yang mewakilkan kuasa segala aspek

yang telah dicapai melalui kuasa yang telah diterima.

(http://www.scribd.com/doc/37758146/AKAUNTABILITI)

Prinsip akauntabiliti amat penting dan perlu dihayati agar dapat dijadikan amalan oleh

setiap penjawat awam. Sekiranya prinsip-prinsip ini tidak dititikberatkan dalam pengurusan

kewangan, maka penyelewengan, salah laku, penipuan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan

mudah berlaku. Prinsip akauntabiliti memainkan peranan penting dan dapat menyumbang ke

3
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

arah kualiti dan imej sesuatu agensi kerajaan. Ia juga merupakan pra syarat bagi mendapatkan

keyakinan orang awam ke atas perkhidmatan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

ASPEK-ASPEK YANG BERKAITAN DENGAN AKAUNTABILITI

Aspek Yang berkaitan


Bil Pengertian
dengan akauntabiliti
1 Akauntabiliti Fiskal atau - Menuntut pematuhan kepada undang-undang,
peraturan dan arahan berkaitan kewangan
Kewangan
- Integriti dalam laporan kewangan dan akaun.
2 Akauntabiliti Pengurusan - Menekankan kepada kecekapan dan keberkesanan
pihak pengurusan dalam menggunakan sumber-
sumber awam
- Sumber merangkumi wang, tenaga manusia dan
sumber-sumber lain bagi mencapai objektif yang
telah ditetapkan.
3 Akauntabiliti Program - pelaksanaan perjanjian program khususnya
spesifikasi output dan impak seperti yang telah
dipersetujui dengan pihak pengurusan atasan dan
pihak berkuasa kewangan.
- Menentukan sama ada sasaran-sasaran prestasi
untuk petunjuk tertentu yang telah ditetapkan telah
dicapai.

Jadual 1 : Aspek Akauntabiliti yang wujud dalam sistem pendidikan negara

AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

4
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

Pengurusan kewangan merujuk kepada proses perancangan, pengagihan dan penggunaan

tenaga manusia, modal (wang tunai), barangan (aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi

matlamat sesuatu organisasi. Pelaksanaan proses ini hendaklah mematuhi undang-undang,

prosedur dan arahan yang berkuat kuasa yang ditetapkan. Pengurusan kewangan yang cekap dan

teratur amat penting dalam menguruskan sumber-sumber yang terhad seperti tenaga manusia,

wang, bahan-bahan mentah dan metodologi, menguruskan permintaan yang banyak ke atas

sumber-sumber ini, menentukan alternatif terbaik dalam menguruskan sumber-sumber tersebut

dan seterusnya meningkatkan tahap ekonomi negara.

Bidang-bidang utama dalam pengurusan kewangan adalah pengurusan belanjawan,

pengurusan hasil, pengurusan perolehan, pengurusan perakaunan dan pengurusan aset. Manakala

komponen pengurusan kewangan pula terdiri daripada perancangan, pelaksanaan, penyelarasan,

kawalan dan penilaian. Kawalan ke atas pengurusan kewangan penting bagi memastikan aktiviti-

aktiviti yang dilaksanakan dalam suatu bidang pengurusan kewangan adalah mengikut

perancangan yang telah ditentukan melalui sistem perakaunan, laporan dan pengauditan serta

mematuhi undangundang, prosedur dan arahan yang berkuat kuasa.

Secara keseluruhannya, akauntabiliti dalam pengurusan kewangan menjamin bahawa

wang awam dapat diuruskan dengan cekap. Tanpa kedua-dua prinsip ini dalam diri penjawat

awam, maka akan terjadilah pembaziran penggunaan sumber manusia, kewangan dan masa,

kelewatan dalam menyiapkan sesuatu projek, mengurangkan keyakinan orang awam terhadap

pengurusan kewangan Kerajaan khususnya dan perkhidmatan awam amnya dan seterusnya

membuka peluang untuk berlakunya penyelewengan, rasuah, salah laku dan salah guna kuasa.

5
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Perolehan Kerajaan merujuk kepada proses mendapatkan input-input yang diperlukan

oleh sesebuah organisasi dengan cekap pada kos yang paling menguntungkan (value for money)

dan memenuhi keperluan pelanggan. Ia hendaklah dilaksanakan secara terbuka, adil dan saksama

kepada semua pembekal dan kontraktor yang berkelayakan dan diuruskan dengan cekap dan

teratur tertakluk kepada undang-undang, prosedur dan arahan yang berkuat kuasa seperti Akta

Prosedur Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling

Perbendaharaan. Ia bertujuan untuk memastikan perolehan yang dibuat adalah paling

menguntungkan dan memenuhi matlamat value for money bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.

Walaupun pengurusan perolehan kerajaan dilengkapkan dengan undang-undang, prosedur

dan arahan sebagai panduan pelaksanaan, namun ia sering dikatakan sebagai bidang pengurusan

kewangan yang paling berisiko untuk berlakunya pembaziran, penyelewengan, salah guna kuasa,

salah laku, dan rasuah.

Pembaziran boleh berlaku disebabkan pembelian secara berlebihan, pembelian barang-

barang yang tidak berkualiti dan tidak mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan, membuat

perolehan tanpa perancangan yang teratur dan dengan sengaja mewujudkan keperluan sesuatu

bekalan, perkhidmatan atau kerja. Manakala ketirisan pula boleh berlaku disebabkan oleh

percanggahan kepentingan, pilih kasih terhadap pembekal atau telah berpakat, tidak melaporkan

kecacatan dan kekurangan, membocorkan maklumat jabatan, mengutamakan kepentingan sendiri

berbanding kepentingan orang awam dan telah menerima komisen atau suapan.

6
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

Faktor utama mengapa terjadinya pembaziran dan ketirisan dalam menguruskan

perolehan kerajaan adalah kemanusiaan iaitu sikap penjawat awam yang tidak mempunyai dan

tidak mengamalkan nilai-nilai murni seperti akauntabiliti, integriti, berkecuali, amanah, bersih,

jujur, telus, tulus, adil dan saksama dalam melaksanakan tugas-tugas yang

dipertanggungjawabkan. Kes-kes pembaziran dan ketirisan sudah pastinya akan menggagalkan

matlamat value for money dalam menguruskan perolehan kerajaan.

PENERAPAN PRINSIP AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI UNTUK MEMASTIKAN

VALUE FOR MONEY DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Penerapan prinsip akauntabiliti dan integriti dalam memastikan value for money dalam

perolehan kerajaan boleh dilaksanakan melalui beberapa kaedah seperti berikut:

 Penghayatan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam oleh penjawat-penjawat awam.

Ia dapat membimbing dan menjadi pegangan kepada penjawat awam dalam membentuk

akhlak yang mulia dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus, adil dan

bersungguh-sungguh. Antara nilai-nilai murni yang perlu dihayati bagi membolehkan

penerapan prinsip akauntabiliti dan integriti dalam setiap pegawai awam adalah seperti

amanah dalam menjalankan tugas, bertanggungjawab, ikhlas, jujur, bersih, adil dan

saksama, sikap berjimat-cermat dan lain-lain lagi. Pengurusan kewangan yang cekap

hanya dapat dilaksanakan oleh penjawat awam yang mempunyai dan mengamalkan ciri-

ciri yang baik dan berkualiti.

 Kerajaan juga telah melaksanakan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan

Pentadbiran Kerajaan Malaysia khususnya melalui penubuhan Jawatankuasa Keutuhan


7
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

Pengurusan (JKP) di semua kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri. Objektif penubuhan JKP ini adalah untuk mewujudkan pentadbiran

Kerajaan yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang paling tinggi,

meningkatkan lagi amalan-amalan murni di samping berusaha mengatasi masalah-

masalah dan kelemahan terutamanya dalam pengurusan kewangan Kerajaan dan

pentadbiran awam.

 Selain JKP, Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun di Agensi Kerajaan

Persekutuan (JPKA) turut ditubuhkan bertujuan untuk mengawasi, memantau dan

menyelia semua urusan kewangan agar berjalan lancar dan mematuhi semua pekeliling,

prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. JPKA memberi penekanan dan pemantauan

dalam isu-isu dan kelemahan pengurusan kewangan yang sering dibangkitkan dalam

Laporan Ketua Audit Negara seperti perbelanjaan yang melebihi peruntukan yang

diluluskan, pengurusan pungutan dan tunggakan hasil yang dikutip tidak check and

balance dan tidak dimasukkan ke dalam bank dalam tempoh yang ditetapkan, perolehan

dibuat di luar peraturan kewangan serta berlakunya pembaziran dan ketirisan, kelewatan

pembentangan penyata kewangan dan laporan tahunan Badan-badan Berkanun dan

pengurusan aset dan stor.

 Penubuhan PEMUDAH (Pemudah Cara Perniagaan) bertujuan untuk menguruskan isu

birokrasi di antara perniagaan dengan Kerajaan. Ia dilihat sebagai salah satu usaha

Kerajaan bagi memastikan perkhidmatan awam mencapai penanda aras antarabangsa

yang berteraskan pelanggan, berinovasi dan proaktif dalam menyokong ekonomi yang

berdaya saing. PEMUDAH diperkukuhkan dengan nilainilai seperti kesedaran untuk

menjadi lebih pantas, kerjasama yang proaktif di antara sektor awam dan swasta, syarat

8
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

dan peraturan yang berpatutan dan tiada rasuah. Penjawat awam dapat mengekalkan

prinsip akauntabiliti dan integriti serta melaksanakan tugas dengan telus apabila karenah

birokrasi dan peluang melakukan penyelewengan dapat dikurangkan.

 Bagi menerapkan prinsip integriti kepada penjawat awam dan memastikan gerakan

pemantapan integriti secara bersepadu pula, Kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti

Nasional (PIN) yang berperanan dalam memberikan bimbingan kepada keseluruhan

sektor awam, sektor swasta, parti politik, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), agama,

media, wanita, belia dan pelajar. PIN seharusnya dijadikan panduan dalam merealisasikan

hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan

membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para

warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi budi

pekerti yang luhur (Cabaran ke-4 Wawasan 2020).

 Peningkatan dan pemantapan integriti di kalangan penjawat awam ini perlu dilaksanakan

secara berterusan bagi memastikan prinsip ini dapat dihayati sepenuhnya dan dijadikan

amalan semasa melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Latihan,

bengkel dan kursus-kursus berkaitan akauntabiliti dan integriti hendaklah diberikan

sebagai salah satu usaha mengukuhkan lagi prinsip-prinsip tersebut dalam diri penjawat-

penjawat awam.

 Usaha melahirkan penjawat awam yang berkualiti dan berintegriti ini sebenarnya

memang giat dijalankan oleh Kerajaan. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh

Kerajaan adalah melalui pelancaran program-program kesedaran yang memberi tumpuan

kepada penghayatan konsep Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Pandang ke Timur,

Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran, Budaya Kerja Berkualiti, Kod Etika

9
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

Kerja, Piagam Pelanggan dan ISO 9000, Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) bagi mencegah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan

termasuklah dari aspek pengurusan kewangan, penubuhan Biro Pengaduan Awam sebagai

salah satu mekanisme atau saluran penyampaian aduan dan maklumat oleh orang awam

mengenai tindakan, salah laku, salah guna kuasa dan penyelewengan penjawat awam

dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan dan pembentukan Unit

Audit Dalam bagi memastikan pengurusan perbelanjaan, hasil dan aset kerajaan

dilaksanakan secara berhemah dan teratur.

 Memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui

pelaksanaan sistem-sistem pengurusan kewangan dan sistem pemantauan projek-projek

Kerajaan. Ia bagi meningkatkan lagi ketelusan, kecekapan dan keberkesanan dalam

melaksanakan perolehan Kerajaan. Antara sistem-sistem yang membantu ke arah

peningkatan akauntabiliti dan integriti penjawat awam adalah seperti Sistem e-Perolehan,

Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Elektronik (e-SPKB) dan Sistem

Pemantauan Projek. Mekanisme pelaporan yang menyeluruh melalui sistem-sistem ini

memudahkan pemantauan oleh setiap jabatan.

 Penyediaan Manual Prosedur Kerja, Piagam Pelanggan dan mempamerkan carta aliran

kerja supaya diketahui umum. Ia bagi membolehkan orang awam mengetahui prosedur,

proses dan aliran kerja bagi mengelakkan kekeliruan serta ruang dan peluang untuk

terjadinya penyelewengan. Dengan cara ini, prinsip akauntabiliti dan integriti dapat

dikekalkan dalam diri penjawat awam. Pihak pengurusan juga hendaklah memastikan

bahawa kod etika kerja bukan sahaja perlu ditulis dan diedarkan kepada penjawat awam

10
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

tetapi juga hendaklah dibincangkan bersama dan difahami dan diamalkan dalam

menjalankan tugas-tugas seharian.

KEBERKESANAN PRINSIP AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI DALAM

PENGURUSAN PEROLEHAN KERAJAAN

Keberkesanan penerapan prinsip-prinsip akauntabiliti dan integriti kepada penjawat

awam dan keupayaan dalam mengurangkan pembaziran dan ketirisan dalam urusan perolehan

kerajaan boleh diukur melalui beberapa kaedah pengukuran/petunjuk prestasi seperti berikut:

Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index – CPI):

CPI merupakan indeks tahunan yang telah dikeluarkan bermula tahun 1995. Indeks ini

mengukur tahap rasuah di kalangan penjawat awam dan ahli politik. Apabila prinsip akauntabiliti

dan integriti semakin dihayati dan diamalkan dalam pelaksanaan perolehan kerajaan, maka kes-

kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan akan semakin berkurangan dan seterusnya akan

dapat memperbaiki kedudukan sesuatu negara dalam indeks ini.

Star Rating

Penarafan ke atas agensi Kerajaan melalui Star Rating melibatkan penilaian ke atas tiga

(3) komponen utama iaitu komponen pengurusan, perkhidmatan teras dan pengurusan kewangan.

Pengurusan kewangan merupakan salah satu kriteria yang dinilai di bawah komponen

pengurusan. Sub kriteria yang dinilai di bawah pengurusan kewangan ialah bayaran dalam

tempoh 14 hari, mesyuarat jawatankuasa pengurusan kewangan dan akaun, pengurusan aset,

11
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

tindakan ke atas laporan audit, pemeriksaan mengejut, perolehan, prestasi perbelanjaan dan

inisiatif mengurangkan pembaziran. Laporan yang diterima hendaklah dibuat penambahbaikan

dan kajian semula perlu dilaksanakan secara berterusan oleh agensi kerajaan.

Laporan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA):

Selaras dengan penubuhan jawatankuasa ini dan laporan-laporan yang dihasilkan, agensi

kerajaan dapat menilai sejauh mana keberkesanan amalan akauntabiliti dan integriti penjawat-

penjawat awam dalam melaksanakan semua urusan kewangan sama ada ia mematuhi undang-

undang, prosedur dan arahan yang berkuat kuasa atau pun tidak. Laporan ini juga dapat

membantu ketua-ketua jabatan dalam mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam pengurusan

kewangan dan akaun dan seterusnya mengambil langkah-langkah penambahbaikan yang

sewajarnya.

Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara

Antara teguran Ketua Audit Negara dalam pengurusan kewangan adalah dalam bidang

perolehan iaitu perolehan sering dibuat di luar peraturan kewangan serta berlakunya pembaziran

dan ketirisan. Ketua jabatan perlulah mengambil serius teguran-teguran oleh Ketua Audit Negara

dan menerimanya sebagai sesuatu yang positif untuk meningkatkan lagi sistem pengurusan

kewangan jabatan melalui peningkatan amalan akauntabiliti dan integriti.

Aduan / Maklum balas Orang Awam

Salah satu mekanisme yang boleh digunakan oleh orang awam untuk membuat laporan

atau aduan adalah melalui Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (iSPAAA).

Penghayatan prinsip akauntabiliti dan integriti boleh diukur melalui jenis aduan yang diterima

12
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

melalui sistem ini. Antara jenis aduan yang pernah diterima adalah seperti kelewatan penjawat

awam dalam melaksanakan tindakan, salah guna kuasa, tidak mengikut prosedur dan kegagalan

penguatkuasaan. Bilangan aduan daripada orang awam yang tinggi, menggambarkan keadaan di

mana penjawat awam gagal menghayati dan mengamalkan prinsip akauntabiliti dan integriti

dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Sistem Pengurusan Akauntabiliti dan Integriti Sektor Awam (SPAI)

SPAI merupakan salah satu kaedah dalam membuat penilaian dan pengurusan risiko dan

dijadikan asas untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti agensi kerajaan yang berisiko dari segi

rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. SPAI membuat penilaian dan penarafan ke

atas aktiviti-aktiviti yang berisiko, merangka pelan pengurusan risiko dan mengemukakan

kaedah pemantauan pelaksanaan pengurusan risiko.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, akauntabiliti merupakan asas penting proses perwakilan kuasa

dalam sektor awam dalam negara. Tanpa akauntabiliti, garis panduan dalam pengurusan dan

pelaksanaan dasar kerajaan dalam organisasi tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Konsep perwakilan kuasa hanya akan menjadi penyerahan kuasa dan kelemahan dalam struktur

pelaksanaan di peringkat akar umbi tidak akan dapat diperbaiki.

Prinsip akauntabiliti dan integriti dalam setiap penjawat awam memainkan peranan

penting dalam memastikan pengurusan kewangan dan perolehan kerajaan dapat dilaksanakan

dengan adil, jujur, amanah, cekap dan teratur berpandukan undang-undang, prosedur dan arahan

13
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

yang berkuat kuasa. Penjawat awam hendaklah sentiasa mempunyai, menghayati, mengamalkan

dan mengekalkan konsep, falsafah dan prinsip akauntabiliti dan integriti di samping nilai-nilai

murni yang lain melalui kaedah-kaedah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terutama sekali

dalam bidang pengurusan kewangan yang melibatkan perolehan kerajaan. Secara langsung

kualiti kerja yang ingin dicapai dalam organisasi akan lebih mudah dicapai kerana komitmen

semua pihak dapat ditingkatkan

14
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800
ASAS PENTADBIRAN AWAM

RUJUKAN

1. Institut Integriti Malaysia : “Pelan Integriti Nasional Cetakan Ketiga”, 17 Mei 2006.
2. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) : “Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam”,

1991.
3. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) : “Citra Karya – Falsafah, Nilai dan Etika

dalam Perkhidmatan Awam.


4. http://www.scribd.com/doc/37758146/AKAUNTABILITI
5. http://simung.wordpress.com/2010/07/06/akauntabiliti-dan-integriti-dalam-pengurusan-
kewangan/
6. http://www.ciast.gov.my/bm/images/Nota/jpa%20integriti%20dan%20akauntabiliti
%201389.pdf
7. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0925&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm&arc=hive
8. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1030&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_10.htm&arc=hi
ve
9. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0915&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hi
ve
10. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0914&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm&arc=hive
11. http://www.pmo.gov.my/ucapan/?t=1996&b=all&m=s&p=ahmadsarji
12. http://duniacikgu.wordpress.com/2008/06/10/akauntabiliti-perguruan/
13. http://pkn.pahang.gov.my/attachment/notakursus/pengurusankew2006/pengurusankewker
ajaanNeg(1).pdf
14. http://web.uthm.edu.my/pp/kompentesi/notaptk3/urusintegriti.ppt

15
ROHAYU BINTI AWALUDDIN
209800

Anda mungkin juga menyukai