Sejarah Teori Matematik
Sejarah Teori Matematik
Sejarah Teori Matematik
Matematik merupakan satu ilmu cabang ilmu yang telah mula dipelajari sejak
berkurun abad lamanya. Matematik ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur
abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Bukan sahaja dari segi nombor, matemati
juga memainkan peranan kepada bahasa perbualan dan penulisan dengan kosa kata yang tepat
untuk menghuraikan hubungan fizikal dan konsep.
Matematik pada zaman Babylon merujuk kepada orang-orang Mesopotamia iaitu Iraq
silam, yang bermula dari zaman awal Sumeria hingga ke kejatuhan Babylon pada 539 s.m.
Mereka terkenal dengan menggunakan tanah liat sebagai satu medium penulisan dan
mengukir ilmu matematik sebagai satu bahan rujukan ilmu. Ilmu tersebut ditulis dalam
tulisan pepaku dan diukir ketika tanah liat masih lembab, kemudiannya dibakar dalam sebuah
ketuhar ataupun dijemur di bawah sinaran matahari. Ilmu matematik Babylon ini boleh
dirujuk pada 400 batu bersurat tanah liat yang ditemui sejak 1850-an. Kebanyakan batu
bersurat tersebut bertarikh dari 1800 hingga 1600 s.m. dan meliputi ilmu mengenai pecahan,
algebra, kuadratik dengan kuasa tiga, teorem Phytagoras, pengiraan tigaan Phytagoras serta
fungsi trigonometri.
Gambar di atas merupakan satu penemuan batu bersurat tanah liat Babylon YBC 7289
dengan anotasi. Pepenjuru yang ditunjukkan menggambarkan anggaran punca kuasa 2 dalam
empat angka perenampuluhan. Pengiraan ini memberikan satu penganggaran √2 tepat kepada
hampir enam tempat perpuluhan.
24 51 10
1+ + 2 + 3 = 1.41421296
60 60 60
Kemajuan sistem pernomboran ini diterima ramai berdasarkan dua alasan yang
kukuh. Pertama, nombor 60 adalah satu bilangan highly composite, iaitu satu nombor yang
boleh dibahagikan dengan 2, 3, 4,5,6,10,12,15,20 dan 30. Pengiraan tersebut juga
memerlukan pengiraan mudah dengan pecahan. Kedua, masyarakat Babylon mempunyai satu
system letak-nilai yang besar, di mana digit ditulis di sebelah kiri mewakili nilai-nilai yang
lebih besar. Hal ini menyamai dengan sistem asas sepuluh yang digunapakai pada zaman kini
iaitu nilai tempat terbesar berada di bahagian kiri.
Matematik Greek pada zaman ini dianggap dimulakan oleh Thales (k.k 624 – k.k 546 s.m)
dan Phytagoras (k.k 582 – k.k 507 s.m.) walaupun pengaruh mereka masih belum kukuh dan
masih dipertikaikan. Ahli matematik tersebut sebenarnya telah mengadunkan idea-idea yang
diperoleh daripada Mesir, Mesapotamia dan India. Thales telah menggunakan geometri untuk
menyelesaikan masalah seperti mengira ketinggian pyramid dan jarak kapal dari pantai.
Walaupun teks matematik terawal dalam bahasa Greek yang telah ditemui ditulis
selepas zaman keyunanian, banyak teks ini dianggap sebagai salinan karya-karya yang ditulis
semasa dan sebelum zaman keyunanian. Bagaimanapun, tarikh-tarikh penulisan matematik
Greek adalah lebih pasti berbanding dengan tarikh-tarikh penulisan matematik yang lebih
awal, kerana terdapat sebilangan besar kronologi yang mencatat peristiwa dari setahun ke
setahun sehingga hari ini. Walaupun demikian, banyak tarikh masih tidak pasti, tetapi
keraguan adalah pada tahap beberapa dekad dan bukannya berabad-abad.
C. TAMADUN MESIR
Pada tamadun Mesir, matematik terawal dijumpai pada batu yang dipahat ketika
pemerintahan Raja Menes iaitu pengasas kepada Dinasti Firaun pertama pada 3000 s.m.
ukiran yang telah dijumpai adalah untuk mencatatkan harta rampasan haiwan.
Rajah : Lukisan yang diukir menunjukkan bilangan rampasan.
Baginda telah merampas 400 000 ekor lembu, 422 000 ekor kambing dan 120 000
orang tawanan. Ukiran tersebut telah mewakili nilai tempat ratus ribu di mana di bawah
ukiran lembu, terdapat empat simbol yang melambangkan 400 000, di bawah ukiran
kambing, terdapat empat simbol bulatan dan dua simbol angka 2 melambangkan 422 000
serta di bawah ukiran tawanan mewakili 120 000.
Sebagai tambahan untuk memberi rumus luas dan kaedah bagi pendaraban,
pembahagian dan menggunakan unit pecahan, ia juga mengandungi bukti bagi pengetahuan
matematik lain termasuklah nombor gubahan dan perdana; min aritmetik, geometri dan
harmoni; dan pemahaman mudah bagi kedua-dua Penapis Eratosthenes dan teori nombor
sempurna (dinamakan, itu yang bernombor 6). Ia juga menunjukkan bagaimana untuk
menyelesaikan persamaan linear tertib pertama begitu juga dengan janjang aritmetik dan
geometri.
Moscow papyrus pula dinamai bersempena dengan nama bandar tempat papyrus
disimpan. Maksud tulisannya mula diketahui pada tahun 1920 dan diterbitkan pada tahun
1930. Naskah ini mengandungi 30 kaedah penyelesaian masalah. Naskah ini merupakan satu
teks matematik tertua buat masa ini, sebagai sebahagian papirus Kerajaan Pertengahan Mesir
bertarikh kk. 2000—1800 SM. Seperti teks matematik purba lain, naskah tersebut
mengandungi "permasalahan perkataan" atau "cerita permasalahan", yang digunakan sebagai
hiburan.
D. TAMADUN ARAB
Pada zaman awal Islam (700 m), orang Islam mengalihkan perhatian mereka kepada
aktiviti-aktiviti intelektual. Tumpuan utama mereka ialah bidang ilmu amali seperti
matematik dan astronomi. Ada unsure-unsur keagamaan yang menyebabkan orang
Islam memerlukan matematik dan astronomi. Dengan ilmu geometri, mereka
menentukan arah Mekah (Kaabah) yang menjadi kiblat. Manakala arithmetik dan
algebra diperlukan untuk mengira harta pusaka , hari dan tahun. Dengan ilmu
astronomi pula, mereka menentukan hari seperti hari raya dan tarikh mula puasa bagi
bulan Ramadhan.
Ilmuan-ilmuan ini bukan sahaja mengumpul kajian lama, bahkan mereka telah
mengembangkan ilmu-ilmu tersebut kepada satu perspektif baru yang lebih releven.
Ini kerana ahli matematik sebelum mereka menggunakan matematik untuk perkara-
perkara yang tidak penting kepada manusia seperti menghitung cinta dan sebagainya.
E. EROPAH
Daripada peresapan ilmu-ilmu tersebut telah mencetuskan minat ahli Eropah terhadap
matematik. Pada zaman 1543, opernius telah menerbitkan karnaynya, De Revolutionibus
yang menegaskan bahawa Bumi mengelilingi Matahari. Vesalius pula telah menerbitkan De
Humani Corporis Fabricayang yang telah mengolahkan tubuh manusia sebagai satu organ.
Didorong oleh desakan pelayaran serta keperluan yang semakin bertambah untuk
menghasilkan peta-peta besar yang tepat, ilmuan Eropah telah menggunakan ilmu
trigonometri di mana ilmu ini telah menjadi satu abang ilmu yang utama di Eropah.
Bartholomaeus Pitisus merupakan orang pertama yang menggunakan perkataan
“trigonometri” pada tahun 1595. Jadual sinus dan kosinus telah diterbitkan pada tahun 1533.
Lebih kurang 3000 buku bercetak di Eropah pada abad ke 17. Hal ini kerana
kehebatan aktiviti perniagaan pada zaman Renaisans dan kesedaran tentang keperluan
pendidikan dalam kehidupan seharian. Buku bercetak ini telah diterbitkan dalam dua bahasa
iaitu bahasa asal dan juga dalam bahasa Latin.
F. RUJUKAN
Abdul Latif Samian (1992). Sejarah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang (1996). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd