Peribahasa Yang Sesuai Dalam Karangan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12

Peribahasa yang Sesuai Dalam Karangan

Penggunaan peribahasa dalam karangan akan memberi impresi positif kepada pemeriksa
bahawa anda mempunyai pengetahuan bahasa yang luas termasuk peribahasa. Oleh itu,
saya berharap anda menggunakan sekurang-kurangnya lima peribahasa dalam setiap
karangan.

PEPATAH

1. Ada air adalah ikan


– rezeki terdapat di mana-mana sahaja.

2. Ada asap ada api


– persahabatan yang tidak dapat dipisahkan.

3. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
– bagi orang yang mampu, segala kehendaknya mudah tercapai.

4. Ada rotan ada duri


– dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.

5. Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas


– perbuatan yang jahat akan mendapat balasan juga.

6. Air sama air bersatu, sampah ke tepi juga


– tiada guna mencampuri perselisihan orang yang bersaudara kerana kita akan disisihkan
apabila mereka berbaik-baik semula.

7. Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba


– sesuatu usaha tidak akan menjadi sempurna dengan serta-merta.

8. Alah sabung, menang sorak


– sudah kalah tetapi masih bercakap besar.

9. Alang-alang berdakwat biar hitam / alang-alang berminyak biar licin / alang-alang mandi
biar basah
– sesuatu kerja hendaklah diusahakan dengan sempurna, jangan separuh jalan.

10. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan


– kalau sudah terlanjur membuat sesuatu perbuatan jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya.

11. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah mati kelaparan
– menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabadikan.

12. Antan patah lesung hilang


– kemalangan yang datang bertimpa-timpa.

13. Ayam terlepas, tangan bau tahi


– melakukan perbuatan yang dilarang akhirnya mendapat malu

14. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak


– lebih wajar membuat pekerjaan yang kurang baik sementara menunggu pekerjaan yang
lebih baik.

15. Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya


– kehendak, kegemaran, fikiran, dan lain-lain setiap orang adalah berbeza.

16. Bapa borek, anak rintik


– anak menurut baka bapanya.

17. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-


senang kemudian
– biarlah bersusah payah dahulu asalkan mendapat kesenangan pada kemudian hari.

18. Berani kerana benar, takut kerana salah


– orang yang benar akan mempertahankan kebenarannya dan orang yang bersalah akan
berasa takut.

19. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul


– betapa susah orang yang melihat penderitaan orang lain, lebih susah lagi orang yang
mengalami penderitaan itu.

20. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


– bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan sama ada susah atau senang.

21. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar


– berhati-hati apabila menceritakan sesuatu hal.

22. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah


– sama taraf.

23. Berpatah arang berkerut rotan


– tali persahabatan yang putus sama sekali.

24. Besar-besar istana raja, kecil-kecil pondok sendiri


– betapa senangnya di rumah besar kepunyaan orang lain, tidaklah sama dengan rumah
sendiri biarpun kecil.

25. Besar tidak boleh disangka bapa, kecil tidak boleh disangka anak
– kepandaian atau kelebihan terdapat pada semua orang, tidak kira tua atau muda.

26. Biar mati anak, jangan mati adat


– adat resam tidak boleh dilanggar.

27. Biar putih tulang, jangan putih mata


– lebih baik mati daripada menanggung malu.

28. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali


– berbuat baik janganlah berlebih-lebihan tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat.

29. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga


– pergaduhan sesama keluarga tidak berpanjangan, akhirnya berbaik-baik semula.

30. Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu


– tipu muslihat biasanya dilakukan dengan perkataan yang lemah lembut dan manis.

31. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan


– jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk
mencapainya.

32. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


– kita hendaklah mematuhi peraturan tempat yang kita diami.

33. Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat


– diam orang yang berilmu itu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

34. Didengar ada, dipakai tidak


– nasihat yang sia-sia.

35. Enggang sama enggang, pipit-sama pipit


– bergaul dengan orang yang sama taraf.

36. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama
– jasa dan nama baik seseorang yang mati akan dikenang juga.

37. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah


– pergaduhan antara dua orang besar atau pemerintah, rakyat yang mendapat kesusahan.

38. Genggam bara api biar sampai jadi arang


– membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan.

39. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari


– tingkah laku guru akan menjadi ikutan murid.

40. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga


– budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun dia telah mati.

41. Harapkan pagar, pagar makan padi


– seseorang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, dia pula yang mengkhianati kita.

42. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah


– pembahagian yang sama rata.

43. Hati hendak semua jadi


– jika ada kemahuan, semua kerja akan jadi.

44. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih


– jika berkehendakkan sesuatu akan berusaha untuk mendapatkannya, tetapi jika tidak
mahu membuat sesuatu pekerjaan, berbagai-bagai alasan boleh diberikan.

45. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah


– semasa hidup kita mestilah mengikuti adat resam, dan apabila sudah mati terserah pada
hukum Tuhan.

46. Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing


– tolong-menolong dalam kehidupan

47. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri


– tidak kira betapa mewah negara orang, namun negara sendiri juga yang lebih baik.

48. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati


– budi baik seseorang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup.

49. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu
– orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya.

50. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis


– sentiasa beringat dan berhati-hati supaya tidak terpedaya.

51. Ini hari orang, esok hari kita


– malang dan malapetaka itu tidak dapat ditentukan.

52. Itik diajarkan berenang


– membuat pekerjaan yang sia-sia.

53. Jauh bau bunga, dekat bau tahi


– sanak saudara yang jauh selalu dikenang tetapi apabila dekat selalu bertengkar.

54. Kain sehelai sepinggang


– habis hartanya kerana kebakaran atau kecurian.

55. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang


– pendapatan cukup untuk hidup sahaja (tidak bekerja tidak dapat wang untuk membeli
makanan).

56. Kalah jadi abu, menang jadi arang


– tiada yang kalah atau menang dalam sama sahaja bagi kedua-dua pihak dalam sesuatu
pergaduhan, kerana kedua-dua pihak menanggung kerugian.

57. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa


– kepandaian atau kebolehan bukan pada orang tua sahaja tetapi ada juga pada orang
muda atau kanak-kanak.

58. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan


– sangat berbesar hati kerana nasihat atau bantuan orang lain.

59. Kuman di sebarang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak
– nampak kesalahan orang lain tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.

60. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum


– banyak lelaki dan perempuan di dunia ini, jika tidak berkenaan, pilihlah yang lain.

61. Lain bengkak lain bernanah


– orang lain yang melakukan kesalahan tetapi orang lain pula yang dituduh.

62. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati


– setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza.

63. Lain lubuk lain ikannya (lain padang lain belalang)


– adat dan kebudayaan berbeza antara negara.

64. Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getahnya
– orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang menanggung akibatnya.

65. Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan
– manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan.

66. Lembu punya susu, sapi dapat nama


– orang lain yang bekerja, orang lain pula yang mendapat nama.

67. Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya


– terlepas daripada sesuatu kesusahan, kesusahan lain pula yang menimpa.

68. Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga


– walaupun sudah berbaik-baik selepas berkelahi tetapi kejadian itu masih ada dalam
ingatan.

69. Masak di luar mentah di dalam


– kelihatan baik hati tetapi sebenarnya jahat.

70. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak


– menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

71. Masuk ke telinga kanan, keluar dari telinga kiri


– tidak mahu menerima nasihat yang diberikan.

72. Melepaskan anjing tersepit (Sesudah selepas ia menggigit)


– menolong orang yang tidak tahu mengenang budi akan merugikan kita sendiri.

73. Meludah ke langit menimpa muka sendiri juga


– membuat sesuatu yang tidak padan dengan diri sendiri seperti melawan orang yang lebih
berkuasa, akhirnya kita sendiri yang susah.

74. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih
– mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk daripada orang yang dicela.

75. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya


– tidak sesiapa pun dapat melarang seseorang daripada bercakap.

76. Niat hati nak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai
– tidak berdaya untuk mencapai cita-cita.

77. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa


– mengucapkan terima kasih dan menghargai pemberian dan pertolongan yang diterima.

78. Pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk


– orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam.

79. Penyu bertelur beratus-ratus tiada orang tahu, ayam bertelur sebiji riuh sekampung
– orang yang berilmu merendah diri tetapi orang yang berpengetahuan cetek suka berlagak.

80. Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri


– orang yang miskin dan lemah dilakukan sesuka hati oleh orang yang kaya dan berkuasa.

81. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit


– sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga.

82. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain


– tekun dan sabar membuat sesuatu pekerjaan akhirnya berhasil juga.

83. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu


– orang yang sudah kena tipu akan berhati-hati pada kali lain.

84. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjatuh juga


– walau betapa pandai pun seseorang itu, ada kalanya tersilap atau kecundang juga.

85. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna


– sebelum melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis dahulu agar tidak menyesal
kemudian.

86. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan


– jika tidak dapat dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki
kembali soalan pokoknya.

87. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga


– walau ke mana juga seseorang itu merantau, akhirnya balik ke tempat asalnya juga.

88. Siapa makan lada, dialah berasa pedas


– orang yang melakukan sesuatu yang kurang baik mudah terasa apabila orang mengatai
dan menyindirnya.

89. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


– adat yang tidak berubah-ubah; sesuatu yang tetap utuh dan tidak berubah-ubah.

90. Takut kerana salah, berani kerana benar


– orang yang bersalah berasa takut tetapi orang yang tidak bersalah berani
mempertahankan diri.

91. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang


– keuntungan yang datang daripada berbagai-bagai punca.

92. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran


– kerana mahu mengejar keuntungan yang besar, harta sedikit yang ada hilang pula.
PERIBAHASA MELAYU YANG POPULAR DALAM SOALAN SPM

NO PERIBAHASA MAKSUD
1 bagai kaca terhempas ke batu sangat sedih
bagai menatang minyak yang menjaga dengan penuh kasih
2 penuh sayang
berat sama dipikul, ringan sama sama-sama menghadapi kesusahan
3 dijinjing dan kesenangan
ingat sebelum kena, jimat sebelum berjimat cermat sementara ada
4 habis wang
kais pagi makan pagi, kais petang
5 makan petang hidup miskin dan melarat
kecil tapak tangan, nyiru
6 ditadahkan berterima kasih atas bantuan orang
kerana pulut santan binasa, kerana kerana salah cakap, imej diri
7 mulut badan binasa tercemar
kesalahan orang lain yang kecil
kuman di seberang laut nampak, nampak, kesalahan sendiri yang
8 gajah di depan mata tak nampak ketara tak nampak
mengambil peluang atau
kesempatan sewaktu orang lain
9 menangguk di air keruh menghadapi masalah
10 mendapat durian runtuh mendapat bonus
11 menjaga tepi kain orang suka mencampuri urusan orang lain
tidak mahu mengulangi kesalahan
12 pisang tidak akan berbuah dua kali yang sama
membuat persediaan rapi untuk
13 sediakan payung sebelum hujan menghadapi sesuatu
sekali jalan sesat, dua kali jalan tidak mahu mengulangi kesilapan
14 tahu yang sama
tidak berkuasa dan berpura-pura
15 seperti cacing menjadi naga berkuasa
hanya membuat kerja apabila
16 seperti pahat dengan penukul dipaksa atau disuruh
seseorang yang berpura-pura ingin
sudah gaharu cendana pula, sudah tahu sesuatu perkara walaupun dia
17 tahu bertanya pula sudah mengetahuinya
yang baik dijadikan teladan, yang perkara yang baik dijadikan contoh
18 buruk dijadikan sempadan dan perkara yang tidak baik dijauhi

Peribahasa SPM
Peribahasa dalam Soalan Bahasa Melayu SPM
Oleh: Cikgu Mohd. Khir Kassim

Mulai tahun 2004, soalan Bahasa Melayu Kertas 2 SPM turut meliputi aspek peribahasa
iaitu:
Soalan 3: Pengetahuan dan kefahaman tentang tatabahasa bahasa Melayu, ceraian (e).

Soalan peribahasa itu akan menguji murid-murid dari segi pengetahuan dan pemahaman
tentang aspek peribahasa serta penggunaannya. Soalan-soalannya mungkin dalam bentuk
memberikan peribahasa yang sesuai dengan pernyataan atau petikan yang diberikan,
mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai pada ruangan yang disediakan
dalam ayat atau pernyataan, membina ayat berdasarkan peribahasa dan memberi maksud
peribahasa. Jumlah markah bagi soalan ini ialah 6 markah. Berdasarkan trend soalan
semasa, soalan yang akan dikemukakan adalah berdasarkan 3 peribahasa.

Peribahasa tersebut meliputi simpulan bahasa, pepatah, bidalan, perumpamaan, dan kata-
kata hikmat. Oleh itu murid-murid dinasihatkan supaya menguasai seberapa banyak yang
boleh tentang peribahasa Bahasa Melayu secara umum, di samping memberikan
penekanan terhadap semua peribahasa yang terdapat dalam buku teks tingkatan 4 dan 5.

Untuk membantu murid-murid dalam mengenal pasti peribahasa yang terdapat dalam buku
teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, yang berikut disenaraikan peribahasa tersebut dengan
muka suratnya sekali:

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. (m/s 10) (SPM 2004)
Dengan adanya kerjasama dalam masyarakat, keadaan masyarakat itu akan menjadi kuat
dan sebarang pekerjaan dapat dilaksanakan dengan mudah.

2. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (m/s 10 & 166) (SPM 2004)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama.

3. Darah daging. (m/s 10)


Anak yang ada pertalian darah dengan ibu atau bapanya. Adat atau sesuatu kelaziman
pada sesuatu kaum ataupun seseorang.

4. Seperti lembu dicucuk hidung. (m/s 166)


Orang bodoh yang mengikut perintah sahaja.

5. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. (m/s 166)


Generasi pelapis yang akan memikul tanggungjawab terhadap negara pada masa depan
dan masing-masing mempunyai peranan yang sama penting.

6. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. (m/s 166)


Seimbang dari segi kedudukan dan sama tarafnya.

7. Jika melentur buluh biarlah dari rebungnya. (m/s 174 & 176)
Jika hendak mendidik anak hendaklah bermula sejak kecil lagi.
8. Tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. (m/s 174)
Hajat atau harapan yang begitu besar.

9. Genggam bara api biar sampai jadi arang. (m/s 174)


Apabila melakukan sesuatu pekerjaan, hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh
dan diusahakan sehingga berjaya.

10. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. (m/s 174)


Sesuatu keputusan bergantung pada diri sendiri untuk melakukannya.

11. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. (m/s 234)
Sesuatu yang sentiasa dikenang atau diingati dan sukar untuk dilupakan.

Di samping itu, peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu tingkatan 5 pula
ialah:
.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (m/s 3)
Setiap keinginan tentu ada cara untuk mencapainya.

Lintah darat. (m/s 15)


Peminjam wang yang mengenakan faedah yang tinggi pada peminjam.

Jauh perjalanan luas pengalaman. (m/s 80) ; banyak berjalan luas pengalaman. (m/s 252)
Semakin banyak pengalaman baru yang diperoleh jika kita pergi ke tempat orang.

Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. (m/s 91 & 116) (SPM 2004)
Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong antara satu sama lain.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. (m/s 15 & 98)


Jika ada perpaduan, rakyat akan menjadi kuat, dan kalau berpecah belah, negara akan
hancur.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (m/s 98)
Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong antara satu sama lain.

Seperti kacang lupakan kulit. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007)


Orang yang tidak tahu mengenang budi.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama.

Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. (m/s 99)


Perlu mengikut adat dan kepercayaan tempat kita berada pada masa itu.
Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. (m/s 99)
Walau di mana sekalipun kita berada, kita hendaklah mengikut cara hidup masyarakat di
mana kita menetap kerana setiap masyarakat mempunyai adat resam serta cara hidup
mereka yang tertentu.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua. (m/s 99)


Orang yang bermuafakat akan tetap setia antara satu dengan yang lain (jika seorang
mendapat kesusahan, yang lain turut sama merasakannya.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. (m/s 114, 115, 116 &
216)
Seseorang itu perlu berusaha untuk memperoleh sesuatu.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. (m/s 114)


Kalaulah kita hendakkan sesuatu kejayaan atau kesenangan, kita hendaklah sanggup
menempuh kesusahan dan juga bekerja dengan cara yang bersungguh-sungguh.

Rajin dan usaha tangga kejayaan. (m/s 114)


Kejayaan akan dicapai jika disertai dengan usaha dan kerajinan.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. (m/s 115)


Sikap berjimat-cermat akan membolehkan seseorang itu menjadi kaya-raya.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan. (m/s 115)


Sesuatu perkara yang terlalu banyak pada satu-satu masa.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang


kemudian. (m/s 116) (SPM Ulangan 2007)
Bersusah payah terlebih dahulu supaya dapat mengecap kesenangan pada masa akan
datang..

19. Sediakan payung sebelum hujan. (m/s 189)


Hendaklah bersiap sedia dan beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan.

20. Memerah otak. (m/s 115)


Memikirkan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh.

21. Genggam bara api, biarlah sampai jadi arang. (m/s 215)
Melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

22. Bagai aur dengan tebing. (m/s 115)


Saling membantu antara satu sama lain.

23. Mencari jalan. (m/s 115)


Mencari ikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

24. Biar mati anak, jangan mati adat. (m/s 179 & 265)
Sikap menghormati dan sayangkan adat tradisi itu lebih daripada menghormati dan
menyayangi anak sendiri.

Setelah membaca semua peribahasa daripada buku teks tersebut, diharapkan murid-murid
dapat merujuk kamus peribahasa untuk meluaskan penguasaan peribahasa dan memahami
penggunaannya. Murid-murid juga digalakkan untuk berbincang dengan guru dan rakan,
serta membuat latihan yang sesuai dengan bimbingan guru bagi memantapkan penguasaan
aspek peribahasa Melayu. Hal ini dapat mengelakkan murid-murid menghadapi masalah
semasa menjawab soalan peribahasa dalam peperiksaan penggal dan SPM. Selain itu rajin-
rajinlah membaca kamus peribahasa bagi meluaskan perbendaharaan peribahasa anda. Hal
ini demikian kerana bilangan peribahasa sangat banyak dan soalan peribahasa dalam
peperiksaan SPM pula tidak semestinya dipilih daripada peribahasa yang terdapat dalam
buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Posted by Cikgu Mohd Khir Kassim at 6:32 AM


Labels: spm

Anda mungkin juga menyukai