5.1. Pelaksanaan Strategi PLC

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

5.1.

PELAKSANAAN STRATEGI PLC

Pengenalan
Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community boleh
didefinisikan sebagai suatu kerangka konsep yang dapat memperlihatkan berlakunya
anjakan paradigma dalam kalangan guru. Hal ini bermaksud, budaya kerja guru yang
bekerja secara menyendiri berubah kepada budaya kerja kolaboratif yang menjurus
pada nilai pembelajaran yang mementingkan perbincangan yang dinamik antara guru,
murid, pengetua, ibu bapa dan komuniti sekolah. tujuannya adalah untuk menambah
baik kualiti dan proses pembelajaran warga sekolah.
“Professional Learning Community (PLC)‟ merujuk kepada usaha para
pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk
membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk
murid-murid mereka (DuFour, Eaker, & Many, 2006).

Cadangan Pelaksanaan Strategi “Lesson Study” PLC di Sekolah.


PLC berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian
murid dan sekolah. 5 strategi tersebut adalah seperti berikut:
Lesson Study menyediakan suatu wacana atau peluang untuk peningkatan
profesionalisme guru. Berbanding dengan model perkembangan profesional guru
yang lain, Lesson Study adalah unik dan model bottom-up: ia adalah atas inisiatif guru-
guru sendiri dan bukan arahan pihak atasan. Dalam usaha menerapkan budaya
Lesson Study, guru-guru perlu mengubah paradigma selaras dengan konsep
pembelajaran sepanjang hayat.

Lesson Study adalah amalan guru-guru secara kolaboratif:


(i) merancang dan menyedia Rancangan Mengajar
(ii) membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru
(iii)membuat refleksi terhadap P&P, dan seterusnya
(iv)mengubahsuai untuk menambahbaik Rancangan Mengajar.

Kitaran Lesson Study


Langkah 1:
Menentukan goal dan objektif pengajaran
Langkah 2:
Merancang dan menyediakan RPH secara kolaboratif
Langkah 3:
Membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru
Langkah 4:
Membuat refleksi terhadap P&P
Langkah 5:
Mengubahsuai untuk menambah baik RPH
Langkah 6:
jika perlu, ulang Langkah langkah 3-5

Langkah-langkah pelaksanaan
1. Membentuk Kumpulan dan Menentukan Matlamat
 Melantik seorang Ketua Kumpulan
 Kaji matlamat kurikulum dan sukatan pelajaran
 Kaji dan bincang masalah pembelajaran murid
 Bincang dan tentukan matlamat yang hendak dicapai

2.Rancang dan Bina RPH


 Pilih unit/tajuk yang hendak diajar dalam satu sisi pengajaran
 Bincang masalah pembelajaran pelajar
 Bincang dan rancang langkah-langkah pengajaran termasuk strategi, BBM.
 Jangkakan respon pelajar semasa proses pengajaran
 Bentang dan lihat semula strategi pengajaran dengan teliti

3. Pelaksanaan Pengajaran
 seorang Pakar Rujuk (PR) atau Knowledgeable others (KO) dijemput sebagai
pemerhati, pemberi komen dan cadangan bagi langkah penambahbaikan
 PR/KO diberi taklimat ringkas oleh Ketua Kumpulan tentang skop pengajaran
yang akan disampaikan
 Kumpul data untuk refleksi/perbincangan-fokus utama adalah respon murid,
tingkahlaku dan pembelajaran murid.
 Elakkan fokus kepada pengajaran guru

4. Sesi Refleksi Pengajaran


 Diketuai oleh Ketua Kumpulan
 dimulakan dengan melihat semula matlamat Lesson Study
 Diikuti oleh guru yang mengajar memberi komen, pandangan dan refleksi
terhadap pengajaran dan RPH
 Guru-guru lain yang menjadi pemerhati perlu berkongsi maklumat dan perlu
menekankan kepada aspek-aspek positif pembelajaran murid (berdasarkan
eviden/bukti murid).
 Bincang/komen secara mendalam kekuatan dan kelemahan dan fikirkan cara
penambahbaikan dari segi hasil pembelajaran murid, isi kandungan dan RPH
Pakar rujuk bertindak sebagai moderator/pemudahcara dan mengemukakan
pandangan serta cadangan dalam sesi refleksi.
 Sesi refleksi adalah bersifat profesional dan sebarang kritikan/teguran adalah
bertujuan untuk mengingkatkan profesionalisme guru
 Komen dan hasil refleksi perlu dicatat dan disimpan untuk dijadikan rujukan
serta bertujuan untuk penambahbaikan RPH yang akan datang.
 Pengerusi Pakar Rujuk perlu memastikan guru-guru aktif dan berfikir secara
mendalam semasa sesi refleksi melalui teknik menyoal isu-isu yang kritikal
Kesimpulan.
Keberkesanannya banyak bergantung kepada penglibatan guru secara sepenuhnya
dan dengan kerelaan hati demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Sesungguhnya, sangat penting untuk guru menyedari bahawa faedah dan manfaat
yang diperolehi melalui Lesson Study menjangkaui proses yang dilalui. Secara sedar
atau tidak, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh akan diaplikasikan secara
langsung oleh guru-guru dalam sesi pengajaran mereka di bilik darjah. Budaya Lesson
Study diharapkan dapat memupuk kesedaran guru untuk lebih komited dan
berdedikasi terhadap profesion perguruan.

Anda mungkin juga menyukai